Friday, February 17, 2017

AYDA JEBAT Di Pelancaran GINTELL De' Space Kerusi Urut U.F.O

Hi Korang,


Event ahad lepas ni di ioi City Mall, sebab dekat dengan rumah so akak pi la ye

Pelakon dan penyanyi terkenal Ayda Jebat membuat penampilan khas sebagai duta GINTELL di IOI City Mall Putrajaya, untuk bertemu dengan para peminat dan para pelanggan GINTELL melancarkan kerusi urut terbaru GINTELL De’ Space.

Seronok Ayda Jebat bersembang dengan Hanif mengenai kerusi urut Gintell yang baru ni

Penampilan khas Ayda Jebat akan menambahkan pelancaran kerusi urut GINTELLL De’ Sapce bersama para peminat dan pelanggan GINTELL yang datang ke acara tersebut. Ayda Jebat bukan sahaja menikmati mengambil gambar selfie dengan peminatnya dan juga bersama-sama menyanyikan lagu popular “Pencuri Hati” dan lagu terbaru dalam keadaan riang gembira. 

Pemilihan Ayda Jebat sebagai duta GINTELL adalah untuk mengukuhkan jenamanya kepada pasaran yang lebih muda. Terutamanya, golongan muda kini sering sibuk bekerja tanpa mempunyai masa yang cukup untuk berehat dan menenangkan diri sendiri. Seperti Ayda Jebat yang bekerja sebagai pelakon dan penyanyi, kerjayanya memerlukan masa yang panjang dan tidak menentu. Kelelahan kerja menimbulkan tekanan pada dirinya dan mungkin menjejaskan kesihatannya. 

Ayda Jebat bersama Datuk Goh

Bagaimanapun, kini dengan adanya sofa urutan GINTELL De’Vano S di rumah, Ayda Jebat dapat menghilangkan tekanan dan kepenatan kerja pada bila-bila masa sahaja. Dengan hanya meluangkan sedikit masa setiap hari bersama GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa, dia dapat menenangkan diri dan berehat dengan sepenuhnya. 

Ayda Jebat bersama Gintell Management Team

Kesihatan adalah penting untuk menikmati rasa cinta yang indah dan bermakna dalam kehidupan kita. Sebagai duta GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa, Ayda Jebat yang mengutamakan kesihatan, ikatan kasih sayang keluarga dan diri sendirinya memang serasi dengan moto GINTELL “Health Love Life” ~ Kesihatan, Kasih Sayang, Kehidupan.


Sempat Ayda Jebat menghiburkan para pengunjung yang datang di Gintell roadshow ioi city mall ini tau.. Seronok mereka ek..

GINTELL De’ Space


GINTELL De’ Space kerusi uut U.F.O adalah kerusi urut yang memenuhi keperluan untuk semua. Dengan adanya GINTELL Dé Space, segala kepenatan akan hilang dengan keseronokan dan kepuasan urutan yang selesa. Penggelek QUAD 3D akupuntur diperkenalkan untuk memenuhi keperluan setiap orang. Ciri-ciri ini memberi urutan wisdomatic yang disesuaikan dengan saiz badan anda. Selain itu, pengesan pintar dengan tepat mengikut titik Akupuntur badan anda yang dapat menyenangkan seluruh badan. Selain itu, Aero V-Trek akan mengikuti setiap lengkung badan anda bagi menyediakan urutan yang persisi dan disasarkan dengan ergonomik dan keselesaan dari leher ke paha. Aero V-Trek ini akan membantu melegakan sakit belakang dan pinggang dan melegakan sengal otot. Selain itu, Regangan 180 Space Strecth akan membantu melegakan dan menghilangkan penat anda setelah seharian penat bekerja.

Promosi, GINTELL De' Space harga promosi hanya RM24,988 atau RM694.11 sebulan. Pemegang kartu kredit Citibank, Maybank dan UOB akan dapat promosi bernilai lebih. Syarat dan ketentuan berlaku.

GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa


GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa adalah sofa urutan pertama yang mempunyai kontur urutan terpanjang dari leher sampai paha. Lanjutan Trek V yang berukuran 105cm panjang dapat melegakan kesakitan dan tekanan anda dengan urutan yang selesa pada bahagian leher, pelvic, punggung dan paha. Teknologi penggelek urut berhaba 3D merangsang pengedaran darah dan memperbaiki metabolisme untuk meredakan nyeri bahu. Selain itu, ciri beg tekanan udara pada sofa urutan ini membentuk dan membetulkan pinggul dan paha untuk memastikan anda terus tampil anggun.

Diperkemas dengan fabrik yang berwarna ceria dan cerah, GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa adalah sofa urutan yang bergaya modern dan ergonomik. Sofa urutan ini mempunyai 4 sistem kawalan mudah dan mesra pengguna. GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa yang ringan dan bersaiz kecil ini adalah pilihan yang tepat dan sempurna untuk kediaman dan juga pejabat kerana sofa ini sesuai untuk diletakkan di mana-mana sahaja.

Untuk pembeli yang hadir pada hari tersebut, GINTELL menawarkan kombo pakej ulang tahun yang terhebat bagi kedua-dua GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa dan mesin urut kaki G-Beetle Plus dengan hanya RM3,988. Marilah meraikan bersama GINTELL untuk menikmati ini yang lebih selesa!



Thursday, February 16, 2017

KL Carnival Bukit Jalil Bermula 24hb Mac 2017, Jom Datang Beramai-ramai

Hi Korang,



Sebuah majlis pengenal dan ramah mesra bersama media telah diadakan oleh pihak pengurusan KL Carrnival Entertainment Shopping Bazaar Sdn. Bhd. bagi menghargai pengamal media tempatan dalam mempromosikan penjenamaan semula bazar berkenaan.




Ketua Pegawai Eksekutif KL Karnival Sdn. Bhd., Mohd Rustam Haji Roshandin



Majlis beramah mesra di tapak KL Carnival, di Bukit Jalil ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif KL Karnival Sdn. Bhd., Mohd Rustam Haji Roshandin yang dalam rangka suai kenal bersama media tempatan.


Turut memeriahkan majlis, barisan artis tempatan dan personaliti tanah air yang menjadi residen artis KL Carnival. Antara yang menghadirkan diri ialah Amira Othman, Shiha Mentor, Tahirah Sirat, Ramona Zarnzam, Ziha AF, Alif AF, Shidee, Joey BPR, Maria Tunku Sabri, Sharifah Zarina, Man Raja Lawak, serta Reyhana Yunus dan ramai lagi yang akan hadir bagi menyokong usaha KL Carnival.

Persembahan Pembukaan dari Atari Concept

Selain diserikan dengan kehadiran residen artis, pengamal media juga berpeluang meninjau ruangan jualan yang mula beroperasi pada 24 Mac 2017. Majlis ramah mesra diakhiri dengan sesi karaoke di antara pengamal media dan residen artis.

Dengan pelaburan sebanyak RM5,000 000.00, KL CArnival Entertainment Shopping Bazar yang berkonsepkan 'Kontena Market' dengan lebih 300 kontena dan 300 khemah ini bakal menjadi bazar yang menggunakan konsep kontena terbesar di Asia.


Pemindahan ke lokasi baharu ini sekaligus dapat membantu rakyat Malaysia yang ingin mencari pendapatan tambahan serta mampu merancakkan ekonomi dan industri pelancongan negara.

Sebelum ini, peniaga di KL Downtown Night Market hilang punca pendapatan selepas tapak niaga yang telah beroperasi 10 tahun di Bandar Tun Razak terpaksa ditutup kerana projek pembangunan.

 


Sedikit sedutan temuramah yang di siarkan di salah sebuah rancangan tv baru-baru ini mengenai KL Carnival Bukit Jalil

ini contoh kontena tuh, tapi nanti boleh renovate la kan

Untuk pertanyaan mengenai sewa tapak kontena, korang sila hubungi:

03 - 4288 2844
016 - 677 7016


Visual concept berkenaan tapak KL Carnival Bukit Jalil

Visual concept berkenaan tapak KL Carnival Bukit Jalil


Korang boleh check it out, info lanjut di social media:-

Website : 

Facebook : 
https://www.facebook.com/klcarnival/


Resipi Agar-Agar POKKA Premium Coffee dan Premium Cappuccino

Hi Korang,

Wah kalau cerita pasal kopi ni terus mata aku jadi bercahaya ek, yelah kopi tuh dah sememangnya jadi favourite aku all the time. Even nak tidur pun kekadang nak pekena kopi seteguk dua kan inikan pulak kalau di waktu pagi. 


Semenjak dua menjak ni, kopi Pokka ni senang nak dapat so memang jadi minuman harian untuk aku yang driving sana sini yelah kerja melawat site kan tak tentu tempat so bagi menghilangkan dahaga dan ngantuk ini je yang aku terjah cari. Paling senang nak jumpa di petrol station, 7-11 dan kekadang supermarket macam speed99 pun hado gak tau. 

Bayar, terus bukak dan minum. 

Kalau jalan jauh ke, balik kampung ke travel ke inilah peneman yang setia katanya hehehehe

Yang penting ianya NO PRESERVATIVE, NO COLORING, REAL BREWED dan HALAL CERTIFIED

Selain daripada diminum terus, kita boleh pelbagaikan minuman kopi POKKA ni ek. 

Aku hari tuh time weekend lepas, sempatlah buat eksperimen dengan kedua-dua Pokka drinks ni iaitu Premium Coffee dan Premium Cappuccino.

Nak tau aku buat apa, ermm alah senang sajor buat agar-agar kopi . Ni aku kongsikan resipi agar-agar kopi Pokka ni. 

Bahan-bahannya:-


1 botol Premium Coffee dan Premium Cappuccino (kena pandai agak-agak sukatannya)

1 paket agar-agar serbuk (guna yang clear)

1 liter air (kena pandai agak-agak sukatannya)

1 cawan gula halus (kena pandai agak-agak sukatannya)

2biji putih telur

Cara-cara:

Aku buat cara cepat dan pantas dan simple yang mungkin sebab bahan-bahan ni yang ada kat dapur hari tuh plak. 


1. Masukkan agar-agar serbuk, bersama gula dan air di dalam periuk


2. Masakkan serbuk agar-agar bersama gula dan air hingga kesemua bahan larut dan mendidih. Kacau selalu ye


3. Masukkan 2 biji putih telur kedalam kedua-dua adunan, bahagi sama rata ek untuk dapatkan kepala agar-agar. Biasalah aku kan suka try and error katanya


4. Sesudah mendidih bahagikan kepada 2 periuk tau.



5. Masukkan 2 cawan kopi Pokka iaitu satu cawan premium coffee di dalam periuk pertama dan satu cawan premium Cappuccino di dalam periuk kedua. Kacau sekata dan rasa, tawar ke manis ke hah kat sini kena pandai adjust rasa mengikut tekak memasing ek.



6. Kalau rasa dah cun kedua-duanya, masukkan ke dalam bekas untuk di sejukkan. 


7. At least sejukkan dalam fridge 2 jam atau lebih. Macam aku buat malam so esok paginya baru potong. 

Ermm inilah hasilnya

Agar-Agar POKKA Premium Coffee 

Rasanya cam tawar sket maybe aku letak gula kurang kot, bau premium Coffee tu boleh tahan harumnya.

Agar-Agar POKKA Premium Cappuccino

Just nice tak manis tak tawar sebab aku rasa Premium Cappuccino ni membantu agar-agar ni jadi enak se enaknya hehehhehee Akak vote for this!!

So apa tunggu lagi, untuk pencinta kopi macam ahkak ni mehlah cuba resipi senang lagi mudah lagi menyelerakan tekak di kala lapar kan