Monday, February 13, 2017

Dashing ELITE Shampoo Singkirkan Lebihan WAX Dengan Hanya 1 Cucian

Hi Korang,

Wah dashing ELITE Shampoo ermm untuk lelaki lah bukan wanita. 

So Mr Big beruntunglah sebab produk yang aku dapat ni memang untuk dia jelah. Walaupun rambut tak berapa nak ada tapi setiap malam memang dia shampoo rambut, bukan apa pun tapi tau lah pi keja naik motor so debu-debu tanah ke asap ke melekat lah kat rambut tu kan. 


Gaya rambut yang menarik sangat penting kepada golongan lelaki bagi menyerlahkan personaliti dan kebiasaannya menjadi tarikan pertama yang menangkap perhatian perempuan! Bagi mendapatkan gaya rambut yang diidamkan, kebanyakan lelaki memilih untuk menggunakan produk-produk penggayaan rambut seperti gel rambut, penyembur rambut, atau yang sedang popular masa kini; wax rambut, yang sememangnya sukar untuk dicuci sehingga menjadi antara masalah besar yang dihadapi sebahagian besar lelaki hari ini!

Justeru, bagi memastikan rambut benar-benar bersih daripada produk penggayaan, kebanyakan lelaki memilih untuk menambah amaun penggunaan syampu dalam setiap cucian. Ada juga yang menambah bilangan cucian rambut secara harian semata-mata untuk menyingkirkan produk penggayaan rambut yang masih melekat di rambut. Ia berpunca daripada formulasi syampu-syampu di dalam pasaran yang tidak dihasilkan secara spesifik bagi membersihkan produk-produk penggayaan rambut lelaki.

Ramai juga tidak menyedari bahawa meskipun penggunaan syampu secara kerap dengan amaun berlebihan mampu membersihkan rambut, dalam tempoh jangka panjang, ia akan melemahkan kekuatan rambut serta menyumbang kepada kemunculan masalah rambut dan kulit kepala yang lebih serius seperti rambut gugur, kulit kepala gatal, rambut rosak dan kusam.


Apabila rambut tidak dibersihkan dengan betul, penggunaan produk penggayaan rambut secara harian akan mengumpulkan kekotoran yang seterusnya menyebabkan masalah rambut kering, rapuh dan kusam. Ia juga akan membuatkan anda sukar untuk menggayakan rambut.

Sebagai solusi kepada permasalahan ini, ELITE, rakan jenama pendahulu produk penggayaan rambut lelaki telah melancarkan Syampu ELITE Men yang diperhebatkan dengan Wax Out System, yang direka khusus dan terbukti mampu menyingkirkan produk-produk penggayaan rambut, minyak dan kekotoran pada rambut dan kulit kepala secara menyeluruh menerusi satu cucian sahaja! Hanya dengan satu cucian, segala lebihan produk penggayaan rambut dapat dibersihkan daripada rambut.

Berdasarkan keputusan yang diperoleh daripada ujian penggunaan melibatkan 150 lelaki, 85% bersetuju bahawa Syampu ELITE Men sememangnya direka khusus bagi menyingkirkan produk-produk penggayaan rambut secara efektif dengan hanya satu cucian.

SYAMPU ELITE MEN dengan formulasi dan pek menarik baharu adalah produk yang mesti dimiliki sekiranya anda mahukan rambut yang bersih, kulit kepala yang sihat dan gaya rambut yang menarik setiap hari!

Terdapat dua pilihan SYAMPU ELITE MEN iaitu – Antikelemumur dan Anti Rambut Gugur


Dengan adanya SYAMPU ELITE MEN Antikelemumur, anda kini boleh ucapkan selamat tinggal kepada kelemumur dan kulit kepala yang gatal. Syampu ini sesuai untuk lelaki yang peka terhadap perkembangan fesyen semasa dan menitikberatkan aspek penampilan serta kebersihan diri. Ia mengandungi agen antikelemumur dan dengan penggunaan secara tetap, ia dapat merawat kulit kepala dan membuatkan rambut sihat dan kuat serta dalam masa yang sama, mencegah pembentukan kelemumur dan pengelupasan kulit kepala. Dengan menggunakan syampu ini, anda tidak perlu lagi bimbang tentang masalah kelemumur dan bebas untuk menyerlahkan ketinggian cita rasa fesyen anda. Ia juga mengandungi mentol untuk sensasi sejuk yang menyegarkan dalam setiap mandian.


Hapuskan kegusaran rambut gugur anda dengan SYAMPU ELITE MEN Anti Rambut Gugur. Serlahkan gaya rambut menarik anda tanpa perlu berkompromi dengan masalah keguguran rambut. Ia mengandungi Advanced Micro-Protein yang menguatkan rambut dan mengurangkan kerapuhan, memberikan anda rambut yang lebih sihat dan kuat. Ia juga mengandungi mentol untuk sensasi sejuk yang menyegarkan dalam setiap mandian. Keyakinan akan menjadi milik anda apabila menggunakan syampu ini.


SYAMPU ELITE MEN dijual pada harga RM11.90 dan boleh didapati di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara.

Kunjungi laman Facebook Elite by Dashing https://www.facebook.com/EliteEdgyEFX untuk mengetahui lebih banyak maklumat menarik.

ELITE merupakan subsidiari jenama pendahulu Produk Penjagaan Peribadi Lelaki, DASHING, yang menyempurnakan penjagaan peribadi Lelaki Malaysia dari hujung rambut hingga hujung kaki.


Friday, February 10, 2017

Mana Dapat Triple Pay Gaji Kalau Kerja Hari Cuti!

Hi Korang,

Ye aku tau semalam public holiday Thaipusam, wah seronoklah korang bercuti ek siap sambung cuti sampai hari ahad kan.

Huahuahuahuahua

Mak kojo noks 😢 😢 😢 😢 😢 😢

Kami di Company German ni tak ambil cuti ni so kerja cam biasa ye.

Errmm untunglah ko Cik Lily Putih oit, dapat triple pay gaji hari tu ek!

Dapek apo?? Amik ni dush dush dush ✊ ✊ ✊ ✊

sambil keja sambil nyanyi-nyanyi wokeh

Dah bertahun aku kerja dengan orang-orang German ni dan belum pernah aku dapat cuti hari Thaipusam ni ek, memang gazette cuti bagi negeri Selangor tapi company aku tak ambil pun. 

Eh, baik report kat Jabatan Buruh yang ko kena kerja!

Dah kenapa nak ber report pulak kan, sebab setiap company berhak untuk tentukan cuti-suti sampingan macam cuti awal muharram, cuti Thaipusam sebab ini bukan cuti yang wajib pun. Macam company aku, HR dah gazette 16 hari cuti untuk staffnya sekata dengan site office lain dalam Malaysia ni. Jadi kitaorang just ambil cuti wajib macam Raya, CNY, Krismas, Deepavali, National Day, Hari Malaysia. So yang lelain tu tak amiklah. 

Alah time nilah korang keje tanpa gangguan sebab korang je keje orang lain cuti, so dapatkan siapkan report-report yang terbantut, buat filling, housekeeping, buat claim bagai kan. 


Oooo dapatlah gaji triple pay ek?

Banyak ko punya triple pay ek, belum pernah sekali pun dalam seumur hidup aku dapat triple pay ni sebab bila gaji seseorang tuh dah lebih daripada RM1500 secara automatiknya dia dah tertakluk di bawah akti Industrial Act, yang mana semua undang-undang tertakluk kepada company yang dia kerja dan Jabatan Buruh tak boleh masuk campur at all. 

Melainkan gaji korang bawah RM1500 ye and yang tuh korang boleh fightttt

Kenapa nak sedih pulak kena kerja time cuti, aku ok je. Sebab dah biasa even Mr Big pun tak kisah pun, lagipun aku suka sebab bila balik umah je kain baju dah basuh dan kekadang ada rezeki siap nasi goreng hehehe Mr Big masak kan.


At least cuti tuh kitaorang dah ada plan so ambil jelah cuti, bukan susah pun.

Itu je.. selamat bekerja semuanya..

Thursday, February 9, 2017

LEGO® BINA KOTA GOTHAM DI MID VALLEY MEGAMALL

Hi Korang,

Filem The LEGO® BATMAN Movie yang akan ditayangkan tidak lama lagi menjanjikan sesuatu yang paling ‘mengagumkan’ – iaitu paparan Dark Knight dengan cara LEGO® yang tersendiri. Sempena tayangan perdana filem ini, LEGO Malaysia menghiburkan para peminat BATMAN yang paling disayangi ini dalam Acara Khas The LEGO® BATMAN Movie di Atrium & Lobi Pintu Masuk Timur, Tingkat Bawah, Mid Valley Megamall. Acara untuk pengguna ini berlangsung dari Isnin 6 Februari 2017 hingga Ahad 12 Februari 2017.


Dianjurkan dengan kerjasama 20th Century Fox Malaysia dan Toys “R” Us untuk mempromosi filem terbaru dalam francais LEGO® dan memperkenalkan edisi terhad baru set The LEGO® BATMAN, peminat LEGO® dan wira pembanteras jenayah Gotham ini akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti bertema The LEGO® BATMAN Movie, diorama LEGO® ciptaan peminat, dan peluang untuk menebus pelbagai cenderahati LEGO®! 


“Filem The LEGO® BATMAN Movie adalah mercu jaya baru bagi kami. Seperti The LEGO® Movie, ia pasti sekali lagi mencetus fenomena budaya pop dan kami sememangnya mahu memastikan kami dapat berhubung dengan peminat menerusi cara kami sendiri – dengan menyemai keseronokan membina. Acara ini bukan sekadar susulan filem, tetapi dari segenap segi merupakan unsur penting yang dijanjikan oleh LEGO® dan kami rasa tidak sempurna untuk menayangkan filem tanpa menganjurkan acara ini,” kata Jacob Leighton Rennison, Pengurus Pemasaran Kanan LEGO Malaysia. 

Peminat setia LEGO® dan BATMAN berpeluang untuk menyertai aktiviti menarik yang berikut di Mid Valley Megamall:


Cabaran Persembunyian Joker (Joker’s Hideout) 

Joker’s Hideout ialah cabaran dengan tema yang pasti dibanggakan oleh peminat LEGO® dan BATMAN. Sepasukan 4 orang meneroka bilik-bilik berlainan dalam Persembunyian tersebut dan menggunakan LEGO® untuk membina dan menyelesaikan teka-teki untuk membolehkan mereka menangkap The Joker. Cabaran ini direka cipta untuk kanak-kanak berumur 5-12 tahun. 



Diorama unik LEGO® BATMAN Movie

Satu-satunya diorama LEGO® BATMAN Movie ini dibina khas oleh peminat setia LEGO® di Malaysia dari Kumpulan Pengguna LEGO® Malaysia (LOM). Kumpulan ini menganjurkan pertandingan membina LEGO® untuk menggalakkan peminat menyerlahkan bakat kreatif dalam diri mereka dan membina diorama berdasarkan filem tersebut. Sebanyak 25 hasil ciptaan terbaik dipamerkan di acara tersebut. 


Bergambar dengan LEGO® BATMAN dan LEGO® ROBIN!

Pengguna Instagram yang suka memaparkan gambar mereka di media tersebut pasti teruja dengan kemunculan mengejut maskot LEGO® BATMAN dan LEGO® Robin. Sebuah gerai foto dengan latar belakang The LEGO® BATMAN Movie menawarkan kemudahan cetakan gambar serta-merta untuk dibawa pulang sebagai kenangan. Di samping itu, peminat setia Dark Knight tidak harus melepaskan peluang untuk melihat 10 Batsuit LEGO® BATMAN yang berlainan dalam 2D. 

Cenderahati eksklusif LEGO® BATMAN Movie menerusi aktiviti Buat dan Bawa Pulang 

Dengan kerjasama Toys “R” Us, peminat yang membeli mana-mana set mainan The LEGO® BATMAN Movie boleh membina Bat Mobile mereka sendiri di ruang mainan khas LEGO® dan membawanya pulang untuk digandingkan dengan set baru mereka. 

Peminat LEGO® dan Batman juga boleh mengunjungi gerai sementara The LEGO® BATMAN Movie yang akan didirikan di Pavilion, Kuala Lumpur, Ipoh Parade, Ipoh dan Queensbay Mall, Pulau Pinang. Selain itu, pembelian setiap dua (2) tiket filem akan membolehkan penonton menebus Bat Blind Coupon istimewa dari kaunter tiket Golden Screen Cinemas, yang melayakkan mereka untuk menebus hadiah istimewa apabila membeli barangan LEGO® BATMAN di 7 gedung sah LEGO®. 


Acara The LEGO® BATMAN Movie akan diadakan dari Isnin, 6 Februari 2017 hingga Ahad, 12 Februari 2017. Untuk maklumat lanjut acara dan gerai sementara yang disediakan, sila ke laman Facebook dan laman web rasmi LEGO® Malaysia, www.facebook.com/legomalaysia.official, dan www.lego.com/en-my/batmanmovie atau laman Facebook Toys “R” Us Malaysia www.facebook.com/toysrusmy. The LEGO® BATMAN Movie akan ditayangkan di layar perak mulai hari Khamis, 9 Februari 2017. 

Ikuti berita dan perkembangan terkini The LEGO® BATMAN MOVIE dengan mengunjungi laman Facebook rasmi Warner Brothers Pictures www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia. Peminat boleh berkongsi pengalaman The LEGO® BATMAN MOVIE mereka dengan menggunakan hashtag #LEGOBatmanMovieMY dan #BuildSomethingBatmanMY.