Friday, February 10, 2017

Mana Dapat Triple Pay Gaji Kalau Kerja Hari Cuti!

Hi Korang,

Ye aku tau semalam public holiday Thaipusam, wah seronoklah korang bercuti ek siap sambung cuti sampai hari ahad kan.

Huahuahuahuahua

Mak kojo noks 😢 😢 😢 😢 😢 😢

Kami di Company German ni tak ambil cuti ni so kerja cam biasa ye.

Errmm untunglah ko Cik Lily Putih oit, dapat triple pay gaji hari tu ek!

Dapek apo?? Amik ni dush dush dush ✊ ✊ ✊ ✊

sambil keja sambil nyanyi-nyanyi wokeh

Dah bertahun aku kerja dengan orang-orang German ni dan belum pernah aku dapat cuti hari Thaipusam ni ek, memang gazette cuti bagi negeri Selangor tapi company aku tak ambil pun. 

Eh, baik report kat Jabatan Buruh yang ko kena kerja!

Dah kenapa nak ber report pulak kan, sebab setiap company berhak untuk tentukan cuti-suti sampingan macam cuti awal muharram, cuti Thaipusam sebab ini bukan cuti yang wajib pun. Macam company aku, HR dah gazette 16 hari cuti untuk staffnya sekata dengan site office lain dalam Malaysia ni. Jadi kitaorang just ambil cuti wajib macam Raya, CNY, Krismas, Deepavali, National Day, Hari Malaysia. So yang lelain tu tak amiklah. 

Alah time nilah korang keje tanpa gangguan sebab korang je keje orang lain cuti, so dapatkan siapkan report-report yang terbantut, buat filling, housekeeping, buat claim bagai kan. 


Oooo dapatlah gaji triple pay ek?

Banyak ko punya triple pay ek, belum pernah sekali pun dalam seumur hidup aku dapat triple pay ni sebab bila gaji seseorang tuh dah lebih daripada RM1500 secara automatiknya dia dah tertakluk di bawah akti Industrial Act, yang mana semua undang-undang tertakluk kepada company yang dia kerja dan Jabatan Buruh tak boleh masuk campur at all. 

Melainkan gaji korang bawah RM1500 ye and yang tuh korang boleh fightttt

Kenapa nak sedih pulak kena kerja time cuti, aku ok je. Sebab dah biasa even Mr Big pun tak kisah pun, lagipun aku suka sebab bila balik umah je kain baju dah basuh dan kekadang ada rezeki siap nasi goreng hehehe Mr Big masak kan.


At least cuti tuh kitaorang dah ada plan so ambil jelah cuti, bukan susah pun.

Itu je.. selamat bekerja semuanya..

Thursday, February 9, 2017

LEGO® BINA KOTA GOTHAM DI MID VALLEY MEGAMALL

Hi Korang,

Filem The LEGO® BATMAN Movie yang akan ditayangkan tidak lama lagi menjanjikan sesuatu yang paling ‘mengagumkan’ – iaitu paparan Dark Knight dengan cara LEGO® yang tersendiri. Sempena tayangan perdana filem ini, LEGO Malaysia menghiburkan para peminat BATMAN yang paling disayangi ini dalam Acara Khas The LEGO® BATMAN Movie di Atrium & Lobi Pintu Masuk Timur, Tingkat Bawah, Mid Valley Megamall. Acara untuk pengguna ini berlangsung dari Isnin 6 Februari 2017 hingga Ahad 12 Februari 2017.


Dianjurkan dengan kerjasama 20th Century Fox Malaysia dan Toys “R” Us untuk mempromosi filem terbaru dalam francais LEGO® dan memperkenalkan edisi terhad baru set The LEGO® BATMAN, peminat LEGO® dan wira pembanteras jenayah Gotham ini akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti bertema The LEGO® BATMAN Movie, diorama LEGO® ciptaan peminat, dan peluang untuk menebus pelbagai cenderahati LEGO®! 


“Filem The LEGO® BATMAN Movie adalah mercu jaya baru bagi kami. Seperti The LEGO® Movie, ia pasti sekali lagi mencetus fenomena budaya pop dan kami sememangnya mahu memastikan kami dapat berhubung dengan peminat menerusi cara kami sendiri – dengan menyemai keseronokan membina. Acara ini bukan sekadar susulan filem, tetapi dari segenap segi merupakan unsur penting yang dijanjikan oleh LEGO® dan kami rasa tidak sempurna untuk menayangkan filem tanpa menganjurkan acara ini,” kata Jacob Leighton Rennison, Pengurus Pemasaran Kanan LEGO Malaysia. 

Peminat setia LEGO® dan BATMAN berpeluang untuk menyertai aktiviti menarik yang berikut di Mid Valley Megamall:


Cabaran Persembunyian Joker (Joker’s Hideout) 

Joker’s Hideout ialah cabaran dengan tema yang pasti dibanggakan oleh peminat LEGO® dan BATMAN. Sepasukan 4 orang meneroka bilik-bilik berlainan dalam Persembunyian tersebut dan menggunakan LEGO® untuk membina dan menyelesaikan teka-teki untuk membolehkan mereka menangkap The Joker. Cabaran ini direka cipta untuk kanak-kanak berumur 5-12 tahun. 



Diorama unik LEGO® BATMAN Movie

Satu-satunya diorama LEGO® BATMAN Movie ini dibina khas oleh peminat setia LEGO® di Malaysia dari Kumpulan Pengguna LEGO® Malaysia (LOM). Kumpulan ini menganjurkan pertandingan membina LEGO® untuk menggalakkan peminat menyerlahkan bakat kreatif dalam diri mereka dan membina diorama berdasarkan filem tersebut. Sebanyak 25 hasil ciptaan terbaik dipamerkan di acara tersebut. 


Bergambar dengan LEGO® BATMAN dan LEGO® ROBIN!

Pengguna Instagram yang suka memaparkan gambar mereka di media tersebut pasti teruja dengan kemunculan mengejut maskot LEGO® BATMAN dan LEGO® Robin. Sebuah gerai foto dengan latar belakang The LEGO® BATMAN Movie menawarkan kemudahan cetakan gambar serta-merta untuk dibawa pulang sebagai kenangan. Di samping itu, peminat setia Dark Knight tidak harus melepaskan peluang untuk melihat 10 Batsuit LEGO® BATMAN yang berlainan dalam 2D. 

Cenderahati eksklusif LEGO® BATMAN Movie menerusi aktiviti Buat dan Bawa Pulang 

Dengan kerjasama Toys “R” Us, peminat yang membeli mana-mana set mainan The LEGO® BATMAN Movie boleh membina Bat Mobile mereka sendiri di ruang mainan khas LEGO® dan membawanya pulang untuk digandingkan dengan set baru mereka. 

Peminat LEGO® dan Batman juga boleh mengunjungi gerai sementara The LEGO® BATMAN Movie yang akan didirikan di Pavilion, Kuala Lumpur, Ipoh Parade, Ipoh dan Queensbay Mall, Pulau Pinang. Selain itu, pembelian setiap dua (2) tiket filem akan membolehkan penonton menebus Bat Blind Coupon istimewa dari kaunter tiket Golden Screen Cinemas, yang melayakkan mereka untuk menebus hadiah istimewa apabila membeli barangan LEGO® BATMAN di 7 gedung sah LEGO®. 


Acara The LEGO® BATMAN Movie akan diadakan dari Isnin, 6 Februari 2017 hingga Ahad, 12 Februari 2017. Untuk maklumat lanjut acara dan gerai sementara yang disediakan, sila ke laman Facebook dan laman web rasmi LEGO® Malaysia, www.facebook.com/legomalaysia.official, dan www.lego.com/en-my/batmanmovie atau laman Facebook Toys “R” Us Malaysia www.facebook.com/toysrusmy. The LEGO® BATMAN Movie akan ditayangkan di layar perak mulai hari Khamis, 9 Februari 2017. 

Ikuti berita dan perkembangan terkini The LEGO® BATMAN MOVIE dengan mengunjungi laman Facebook rasmi Warner Brothers Pictures www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia. Peminat boleh berkongsi pengalaman The LEGO® BATMAN MOVIE mereka dengan menggunakan hashtag #LEGOBatmanMovieMY dan #BuildSomethingBatmanMY.

Wednesday, February 8, 2017

UNIVERSAL MUSIC x FAZURA '360 Talent Management'

Hi Korang,

Last week ada majlis sesi tandatangan perjanjian '360 Talent Management' di antara Universal Music dan Fazura di Le Meridien Kuala Lumpur.

Alah orang ajak so mak pi la nok

Telah terlebih dahulu mencetak nama sebagai aktres kelas pertama dalam dunia lakonan, ternyata ia belum mampu menoktahkan kebebasan Fazura untuk meneroka lapangan hiburan dengan lebih jauh. 


Seiring dengan berkembangnya tawaran lakonan sehingga ke Indonesia, Fazura tidak mahu momentum kariernya terarah kepada satu bidang sahaja. 

Fazura yang menjadi penyanyi wanita pilihan group terkenal Estranged menerusi kolaborasi dalam hit Hancur Aku pada 2015, terlebih dahulu melahirkan single perdananya, Sayangi Dirimu pada 2014. 

Seperti tersusun cantik dan tidak mahu menoleh ke belakang, Fazura yang sebelum ini tidak pernah mempertaruhkan karier seninya di bawah pengurusan sebuah syarikat telah mengambillangkah berani apabila kini secara rasmi mengikat kontrak bersama syarikat rakaman gergasi Universal Music. 

Namun, kontrak yang ditandatangani bukan sahaja sebagai seorang penyanyi, sebaliknya, Fazura memberi kepercayaan penuh terhadap Universal Music untuk menguruskan segala urusan karier seninya termasuk kontrak sebagai duta dan hal berkaitan. 

Keputusan tersebut diambil bukan sekadar untuk memastikan kerjayanya dalam bidang seni lebih kukuh, tetapi Fazura mahu memastikan impak yang besar dan lebih positifterjadi kepada karier seninya. 


"Pihak kami telah lama mengikuti perkembangan karier Fazura. Sebagai anak seni, beliau memiliki perjalanan karier yang baik dan memberi pengaruh besar terhadap banyak peminatnya. Apabila melihat kepada perjalanan kariernya yang positif dan semangat beliau untuk terus berkembang maju, Universal Music tidak teragak-agak mengikat kontrak dengan Fazura dan mengambil tanggungjawab besar serta memainkan peranan untuk mencorakkan kerjaya seninya daripada segenap segi. Besar harapan kami, agar kerjasama yang dijalinkan ini akan memancarkan lagi pesona Fazura dalam dunia hiburan," ujar Pengarah Urusan Universal Music Malaysia & Singapura, Encik Kenny Ong. 

Sehubungan itu, Universal Music dengan bangganya mempersembahkan single kolaborasi Fazura bersama pemenang The Voice Filipina musim ke-2, Jason Dy.

Menepati janji mereka, single tersebut menyaksikan Fazura tidak duduk dalam zon selesa negara sendiri apabila beliau menjalin kolaborasi bersama Jason Dy untuk lagu berjudul "Nothing Like Pag-lbig".


Kolaborasi itu sekali gus menyaksikan Fazura bakal menakluk pasaran muzik Filipina, sama seperti beliau sukses memikat hati peminat di Indonesia dengan bakat lakonannya.

"Untuk 'salam perkenalan' pesona Fazura, pihak kami berbangga mempersembahkan kolaborasi beliau bersama Jason Dy, seorang penyanyi di Filipina. Kolaborasi ini secara tidak langsung membuktikan Universal Music begitu komited dan serius untuk memberi anjakan besar terhadap karier nyanyian Fazura. Seperti yang kita sedia maklum, beliau sudah berjaya menawan hati peminat Indonesia dengan lakonannya, saya percaya menerusi single duet Nothing Like Pag lbig, peminat Filipina akan terpesona pula dengan bakat nyanyiannya," ujar Kenny lagi.

Sementara itu, Fazurajuga berbesar hati dan cukup teruja untuk melihat perkembangan positif selepas beliau menyerahkan masa depan karier seninya kepada Universal Music.


"Saya mengambil keputusan memberi kepercayaan penuh untuk Universal Music menguruskan karier seni saya kerana portfolio syarikat rakaman ini cukup baik. Dari segi nyanyian, banyak penyanyi hebat bernaung dengan Universal termasuk Yuna dan Dato' Siti Nurhaliza yang menyerahkan kerja pengedar album kepada Universal. Justeru saya terpanggil untuk duduk di bawah Universal Music agar bukan sahaja kerjaya nyanyian saya dikembangkan dengan lebih baik, tetapi memastikan karier seni saya lebih terurus dan terjamin. Dan saya percaya bahawa Universal Music akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik," ujar Fazura.

Sepertimana Universal Music, Fazura cukup teruja menantikan respons terhadap kolaborasi perdananya dengan Jason Dy, sementelah ia merupakan kerjasama pertamanya dengan anak seni dari Filipina.


Pihak pengurusan Universal Music juga telah merangka dan menyusun projek istimewa Fazura di luar bidang nyanyian seiring dengan kepercayaan yang diberikan untuk memperkembangkan karier seninya.

All the best Fazura...