Monday, February 6, 2017

Minuman POKKA Ni Sedap-Sedap Belaka

Hi Korang,

Ermm pepagi lagi citer pasal makan ek hehehhehe yesza I like it!.

Aku kan pencinta kopi, so segala mak neka kopi pelbagai jenama semua aku cuba bagi nak cari kesesuaian tekak aku tuh. Tapi takdelah siang malam kopi langsung tak minum air lain. 

Aku biasa perasan jenama kopi Pokka ni dulu kopi ni agak payah sket nak cari kat pasaran, aku selalu jumpa kat kedai runcit cina je kat kampung aku tapi la ni dah merata-rata ada, paling senang jumpa kat petrol station lah kan. 

Tapi bila dengar Pokka je mesti ramai ingat ini kopi yang bukan keluaran Malaysia kan, eh tidak wokeh walaupun ianya berasal dari Jepun tapi sekarang ni semuanya di kilangkan di Malaysia tau. So jangan ragu-ragu sayang Pokka tetap di sini ye

Pokka Coffee dan Cappuccino

Sedikit sejarah mengenai Pokka ye..

Established in 1977 by parent company Pokka Corporation headquartered in Japan (http://www.pokka.co.jp/), Pokka Corporation (Singapore) Private Limited ("Pokka") (http://www.pokka.com.sg/), is a leading food and beverage group in Singapore and Asia Pacific.

The Group manufactures and markets a wide range of beverages under its 'POKKA' brand, as well as owns and operates restaurant chains under a portfolio of proprietary brands. Backed by over 30 years of experience in the beverage industry and more than 16 years in restaurant and food outlet management, Pokka is well-entrenched in the F&B scene of Singapore & Asia Pacific region.

Pokka Corporation (S) Private Limited, Malaysia Branch incorporated in April 1995 was established to grow the business further in Malaysia. With a major transition in 2007, Pokka aims to be the "choice of beverage brand" to lifestyle and health conscious consumers.

Hah gituh ceritanya

Yang penting ianya NO PRESERVATIVE, NO COLORING, REAL BREWED dan HALAL CERTIFIED


Tengoklah si tamak aku tuh dengan air Pokka, bukan dia minum pun tapi sibuknya ya ampun macam dia soranglah yang punya air Pokka ni kan

Sebenarnya ada pelbagai jenis minuman Pokka yang di keluarkan di Malaysia, antaranya Asian Tea, Western Tea, Coffee , Milk Range dan Fruit Juice.

Aku sempat cuba beberapa jenis minuman Pokka ni iaitu
  • Jasmin Green Tea
  • Honey Lemon
  • Premium Coffee
  • Premium Cappuccino
  • Melon Milk 
  • Cookies & Cream Milk


Kalau nak tau minuman teh hijau atau GREEN TEA ini merupakan star product alah kengkonon hero dalam jenama Pokka ni ek. 

Kenapa jadi pilihan ramai?

Sebab cara pemilihan daun the hijau ini di lakukan dengan teliti dan cara pemprosesannya tidak menjejaskan kualiti dan khasiat teh hijau tersebut. 


Ermm Premium Cappuccino memang menjadi pilihan utama aku sebab rasa kopinya segar dan tidak kuar baunya. Ada sesetengah jenama kopi, bila kita buka penutup tuh langsung terus baunya melekat kat kita yang ni tidak ye.


Minuman honey lemon pun sedap gak tau especially kalau korang minum tengah-tengah panas memang cepat menyejukkan badan, aku masa pi Singapore dulu minuman ni yang aku duk bantai minum bila berjalan kat Orchard Road, masa tu baru nampak minuman ni ada berlambak kat 7-11 diaorang tuh. Tapi aku beli yang botol kecil lah takkan nak usung yang besar ni ke hulu ke hilir. 

Pokka Melon Milk

Pokka Cookies and Cream



Yang lelain tuh nanti aku cuba lah, mesti sedap jugak kan. 

Bagi korang yang nak tau lebih lanjut mengenai minuman Pokka ni korang boleh check it out di,

Official website : 

Facebook Page : 

Selamat mencuba ye!!


Friday, February 3, 2017

REVIEW | GT Mobile Smart Phone GT-888

Hi Korang,


Phone phone phone..

Of courselah kita senantiasa nak pembaharuan dalam bidang teknologi ni

Barulah mengikut trend terkini katanya kan. 


So smartphone dari Singapore? 

Wow hebat ni. Singapore pun dah buat handphone sendiri. Aku di perkenalkan dengan dengan telefon pintar jenama dari Singapura iaitu GT Mobile, jenama yang sememangnya cukup sinonim dan popular terutama bagi warga Singapura. 

Ok meh layan video UN-BOXING GT888 ni ek


Ermm sama je aksesori dengan smartphone yang lelain di pasaran tapi kalau beli phone ni siap dia bagi extra screen protector dan casing sekali tau

Cantik kan


Dengan skrin senipis 5.5 inchi, saiz RAM 2GB, terdapat juga dalam saiz RAM 1GB, berat 160 gram, ROM 16GB dan OS Android 5.1 Lollipop.

Ermm yang paling aku suka adalah fungsi kameranya



Dengan spesifikasi untuk gambar dari hadapan (front) 5MP dan belakang (rear) 8MP ianya sudah memadai untuk hasil gambar yang menarik.


Boleh guna dua sim kad, so tak payah nak bawa 2 phone ke hulu ke hilir dalam poket kan. Senang je

Ok aku share sedikit mengenai speksifikasi GT-888 ni ek





Bagi aku sendiri telefon GT Mobile GT-888 ini sangat praktikal dan sesuai untuk mereka yang mahukan sesuatu yang sederhana dan memenuhi bajet pembelian telefon pintar pada harga yang mampu dimiliki.


Apa yang penting segala spesifikasi untuk sebuah telefon pintar memang hadir dalam GT Mobile GT-888 dan ianya sudah cukup memberi kepuasan dalam hati!

Thursday, February 2, 2017

Supper Di Kopi & XOXO, Bandar Baru Bangi

Hi Korang,


Untuk perhatian blogger AZUERIENA kita belum selimm lagi ek, itu hanya ilusi mata je hahahahaha (ada dia cakap aku dah kurus ishkk mana ada)

Sebenarnya bukan aku tak nak citer pasal aku pi makan di cafe Nora Danish ni tapi sebab aku tak puas hati dengan kualiti gambar yang aku amik tuh. Yelah suasana dalam cafe tu agak malap-malap sket dan lagipun seat yang aku duduk memang gelap bebenau dan sesuai untuk orang baru bercinta je table tuh hehehe.. aku datang nak makan je kan..

Ok mintak maaf sengsiang dulu ek!!

Langsung tak terfikir nak pi makan kat situ pun, dah kul 10 lebih Mr Big sibuk cakap dia lapar plak. Bila aku tanya lepas maghrib nak makan apa-apa tak, ewah dia jual mahal plak cakap tak lapar. Eh belum tengah malam dah lapar kan so pi lah kitaorang merayap kat area Bangi Sentral ini cari makan.


Tup-tup ternampak plak Kopi & XOXO cafe ni.

Ok masuklah..


Memang cozy sebab tu gelap, orang punyalah ramai. Kena tunggu sekejap untuk dapatkan meja, ada rezeki orang bangun pulak so dapatlah meja ek. Tapi meja orang bercinta, walaupun tepi pintu masuk tapi kelam-kelam je lampunya. Alah tak perlah janji ada meja nak makan. 


Oh ye kat sini semua self service ye.

Ada menu kat atas meja, then lepas fikir apa nak makan terus pi kaunter tuh. Hah order apa yang korang nak makan. 

Kitaorang order

Bubur Betty 


Walaupun mahal sket aku rasa tapi condimentnya ada macam-macam, sampai Mr Big cakap boleh kenyang sampai esok tengahari ni hahahaha

Lemon Chicken Rice

Ini untuk Mr Big gak sebenar tapi disebabkan bubur betty tuh kemain banyak maka aku yang kena habiskan nasi ni, sedap. Lemon dengan chicken blend each other

The Gorpis El Plato 

Aku memang nak makan goreng pisang ni dari cafe Nora Danish ni kat Bangsar sampai dah tutup dah sekarang baru dapat rasa. Aku amik yang mix flavor punye, so memacam perisa ada. Licin sepinggan aku makan sorang, Mr Big rasa sekeping je.


Total kerugian ermm aku pun tak ingat sebab pakai bayar je rasa je tak sampai RM60 kot termasuk ari sekali. Kira oklah bagi kitaorang kan, boleh pi makan lagi. Cuma kena cari meja yang terang lah so barulah cantik ambil gambar. 

Jom singgah ke 

Kopi XOXO Bangi
D-08-G Paragon Point 2,
Jln Medan PB5 Seksyen 9,
Bandar Baru Bangi.



Waktu Operasi:

Tue-Thu > 12:30 - 11:00 pm
Fri & Sat > 12:30 - 1:00 am
Sun > 12:30 - 11:00 pm

Close on Monday

Instagram: @kopi.xoxo

Kalau korang rasa jauh nak pi ke Bangi, korang boleh pi ke outlet TTDI kat sana pun ada jugak

Selamat menjamu selera korang!...