Friday, February 3, 2017

REVIEW | GT Mobile Smart Phone GT-888

Hi Korang,


Phone phone phone..

Of courselah kita senantiasa nak pembaharuan dalam bidang teknologi ni

Barulah mengikut trend terkini katanya kan. 


So smartphone dari Singapore? 

Wow hebat ni. Singapore pun dah buat handphone sendiri. Aku di perkenalkan dengan dengan telefon pintar jenama dari Singapura iaitu GT Mobile, jenama yang sememangnya cukup sinonim dan popular terutama bagi warga Singapura. 

Ok meh layan video UN-BOXING GT888 ni ek


Ermm sama je aksesori dengan smartphone yang lelain di pasaran tapi kalau beli phone ni siap dia bagi extra screen protector dan casing sekali tau

Cantik kan


Dengan skrin senipis 5.5 inchi, saiz RAM 2GB, terdapat juga dalam saiz RAM 1GB, berat 160 gram, ROM 16GB dan OS Android 5.1 Lollipop.

Ermm yang paling aku suka adalah fungsi kameranya



Dengan spesifikasi untuk gambar dari hadapan (front) 5MP dan belakang (rear) 8MP ianya sudah memadai untuk hasil gambar yang menarik.


Boleh guna dua sim kad, so tak payah nak bawa 2 phone ke hulu ke hilir dalam poket kan. Senang je

Ok aku share sedikit mengenai speksifikasi GT-888 ni ek





Bagi aku sendiri telefon GT Mobile GT-888 ini sangat praktikal dan sesuai untuk mereka yang mahukan sesuatu yang sederhana dan memenuhi bajet pembelian telefon pintar pada harga yang mampu dimiliki.


Apa yang penting segala spesifikasi untuk sebuah telefon pintar memang hadir dalam GT Mobile GT-888 dan ianya sudah cukup memberi kepuasan dalam hati!

Thursday, February 2, 2017

Supper Di Kopi & XOXO, Bandar Baru Bangi

Hi Korang,


Untuk perhatian blogger AZUERIENA kita belum selimm lagi ek, itu hanya ilusi mata je hahahahaha (ada dia cakap aku dah kurus ishkk mana ada)

Sebenarnya bukan aku tak nak citer pasal aku pi makan di cafe Nora Danish ni tapi sebab aku tak puas hati dengan kualiti gambar yang aku amik tuh. Yelah suasana dalam cafe tu agak malap-malap sket dan lagipun seat yang aku duduk memang gelap bebenau dan sesuai untuk orang baru bercinta je table tuh hehehe.. aku datang nak makan je kan..

Ok mintak maaf sengsiang dulu ek!!

Langsung tak terfikir nak pi makan kat situ pun, dah kul 10 lebih Mr Big sibuk cakap dia lapar plak. Bila aku tanya lepas maghrib nak makan apa-apa tak, ewah dia jual mahal plak cakap tak lapar. Eh belum tengah malam dah lapar kan so pi lah kitaorang merayap kat area Bangi Sentral ini cari makan.


Tup-tup ternampak plak Kopi & XOXO cafe ni.

Ok masuklah..


Memang cozy sebab tu gelap, orang punyalah ramai. Kena tunggu sekejap untuk dapatkan meja, ada rezeki orang bangun pulak so dapatlah meja ek. Tapi meja orang bercinta, walaupun tepi pintu masuk tapi kelam-kelam je lampunya. Alah tak perlah janji ada meja nak makan. 


Oh ye kat sini semua self service ye.

Ada menu kat atas meja, then lepas fikir apa nak makan terus pi kaunter tuh. Hah order apa yang korang nak makan. 

Kitaorang order

Bubur Betty 


Walaupun mahal sket aku rasa tapi condimentnya ada macam-macam, sampai Mr Big cakap boleh kenyang sampai esok tengahari ni hahahaha

Lemon Chicken Rice

Ini untuk Mr Big gak sebenar tapi disebabkan bubur betty tuh kemain banyak maka aku yang kena habiskan nasi ni, sedap. Lemon dengan chicken blend each other

The Gorpis El Plato 

Aku memang nak makan goreng pisang ni dari cafe Nora Danish ni kat Bangsar sampai dah tutup dah sekarang baru dapat rasa. Aku amik yang mix flavor punye, so memacam perisa ada. Licin sepinggan aku makan sorang, Mr Big rasa sekeping je.


Total kerugian ermm aku pun tak ingat sebab pakai bayar je rasa je tak sampai RM60 kot termasuk ari sekali. Kira oklah bagi kitaorang kan, boleh pi makan lagi. Cuma kena cari meja yang terang lah so barulah cantik ambil gambar. 

Jom singgah ke 

Kopi XOXO Bangi
D-08-G Paragon Point 2,
Jln Medan PB5 Seksyen 9,
Bandar Baru Bangi.



Waktu Operasi:

Tue-Thu > 12:30 - 11:00 pm
Fri & Sat > 12:30 - 1:00 am
Sun > 12:30 - 11:00 pm

Close on Monday

Instagram: @kopi.xoxo

Kalau korang rasa jauh nak pi ke Bangi, korang boleh pi ke outlet TTDI kat sana pun ada jugak

Selamat menjamu selera korang!...

Wednesday, February 1, 2017

Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel, Penjagaan Kulit Yang Sempurna

Hi Korang,

Kita tau yang aloe vera memang mempunyai kebaikan yang tersendiri kan!

Eh jangan nak menidakkan fakta ye hahahahhaha


Aloe Vera merupakan bahan pelembap asli yang amat sesuai dengan kulit kita, tak kiralah kat mana pun korang sapu ye ianya tetap menyejukkan.

Ni aku nak cerita mengenai produk Aloe Vera Gel keluaran Jayeon ni lah.

Jayeon Aloe Vera gel merupakan salah satu produk terbaik yang di import dari Korea. Jayeon menjanjikan produk yang berkualiti tinggi dengan 100% dari bahan semulajadi aloe vera terpilih agar mendapat tempat di hati wanita Asia yang sangat mementingkan kecantikkan kulit. 

Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel


Gel ini amat sesuai untuk semua jenis kulit serta kulit sensitif dengan tekstur yang lembut dan menenangkan. Gel yang sejuk dan segar ini meresap ke dalam kulit tanpa kesan yang melekit. Sesuai digunakan untuk seluruh badan korang tanpa sebarang kesan sampingan. 

Ianya juga bertindak sebagai pelindung sinar uv juga kaya dengan vitamin dan mineral.


Di antara bahan-bahan terkandung di dalam gel ini:-


  • Rosemary Leaf : Anti bakteria, membaiki dan meratakan warna kulit
  • Green Tea Leaf : Antioksidan
  • German Chamomile Flower / Leaf : Melegakan dan melembutkan kulit
  • Aloe baradensis Leaf : Melembutkan dan melembapkan kulit
  • Byungpul Extract : Membaiki dan melegakan kulit
  • Licorice Root : Antioksidan, melegakan dan mencerahkan kulit
  • Mulberry Root : Mencerahkan, melembapkan dan melegakan kulit
  • Artemisia Absinthium (wormwood) Extract : Anti bakteria dan melegakan kulit


Fungsi Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel


  • Melegakan kulit dari pacaran Matahari
  • Meredakan ruam serta kegatalan pada kulit
  • Antipenuaan
  • Bertindak Sebagai Pelembap
  • Merawat Jerawat


Cara menggunakannya: 



Setelah membersihkan wajah, ambil gel dalam kadar yang mencukupi dan sapukan pada wajah atau tubuh badan. Bagi kulit kering, sapukan gel pada waktu pagi dan malam untuk mendapat keputusan yang lebih memuaskan.

Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel ini di jual pada harga RM19.90

Info selanjutnya korang boleh layari :

Instagram: @jayeoncosmetic