Thursday, February 2, 2017

Supper Di Kopi & XOXO, Bandar Baru Bangi

Hi Korang,


Untuk perhatian blogger AZUERIENA kita belum selimm lagi ek, itu hanya ilusi mata je hahahahaha (ada dia cakap aku dah kurus ishkk mana ada)

Sebenarnya bukan aku tak nak citer pasal aku pi makan di cafe Nora Danish ni tapi sebab aku tak puas hati dengan kualiti gambar yang aku amik tuh. Yelah suasana dalam cafe tu agak malap-malap sket dan lagipun seat yang aku duduk memang gelap bebenau dan sesuai untuk orang baru bercinta je table tuh hehehe.. aku datang nak makan je kan..

Ok mintak maaf sengsiang dulu ek!!

Langsung tak terfikir nak pi makan kat situ pun, dah kul 10 lebih Mr Big sibuk cakap dia lapar plak. Bila aku tanya lepas maghrib nak makan apa-apa tak, ewah dia jual mahal plak cakap tak lapar. Eh belum tengah malam dah lapar kan so pi lah kitaorang merayap kat area Bangi Sentral ini cari makan.


Tup-tup ternampak plak Kopi & XOXO cafe ni.

Ok masuklah..


Memang cozy sebab tu gelap, orang punyalah ramai. Kena tunggu sekejap untuk dapatkan meja, ada rezeki orang bangun pulak so dapatlah meja ek. Tapi meja orang bercinta, walaupun tepi pintu masuk tapi kelam-kelam je lampunya. Alah tak perlah janji ada meja nak makan. 


Oh ye kat sini semua self service ye.

Ada menu kat atas meja, then lepas fikir apa nak makan terus pi kaunter tuh. Hah order apa yang korang nak makan. 

Kitaorang order

Bubur Betty 


Walaupun mahal sket aku rasa tapi condimentnya ada macam-macam, sampai Mr Big cakap boleh kenyang sampai esok tengahari ni hahahaha

Lemon Chicken Rice

Ini untuk Mr Big gak sebenar tapi disebabkan bubur betty tuh kemain banyak maka aku yang kena habiskan nasi ni, sedap. Lemon dengan chicken blend each other

The Gorpis El Plato 

Aku memang nak makan goreng pisang ni dari cafe Nora Danish ni kat Bangsar sampai dah tutup dah sekarang baru dapat rasa. Aku amik yang mix flavor punye, so memacam perisa ada. Licin sepinggan aku makan sorang, Mr Big rasa sekeping je.


Total kerugian ermm aku pun tak ingat sebab pakai bayar je rasa je tak sampai RM60 kot termasuk ari sekali. Kira oklah bagi kitaorang kan, boleh pi makan lagi. Cuma kena cari meja yang terang lah so barulah cantik ambil gambar. 

Jom singgah ke 

Kopi XOXO Bangi
D-08-G Paragon Point 2,
Jln Medan PB5 Seksyen 9,
Bandar Baru Bangi.



Waktu Operasi:

Tue-Thu > 12:30 - 11:00 pm
Fri & Sat > 12:30 - 1:00 am
Sun > 12:30 - 11:00 pm

Close on Monday

Instagram: @kopi.xoxo

Kalau korang rasa jauh nak pi ke Bangi, korang boleh pi ke outlet TTDI kat sana pun ada jugak

Selamat menjamu selera korang!...

Wednesday, February 1, 2017

Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel, Penjagaan Kulit Yang Sempurna

Hi Korang,

Kita tau yang aloe vera memang mempunyai kebaikan yang tersendiri kan!

Eh jangan nak menidakkan fakta ye hahahahhaha


Aloe Vera merupakan bahan pelembap asli yang amat sesuai dengan kulit kita, tak kiralah kat mana pun korang sapu ye ianya tetap menyejukkan.

Ni aku nak cerita mengenai produk Aloe Vera Gel keluaran Jayeon ni lah.

Jayeon Aloe Vera gel merupakan salah satu produk terbaik yang di import dari Korea. Jayeon menjanjikan produk yang berkualiti tinggi dengan 100% dari bahan semulajadi aloe vera terpilih agar mendapat tempat di hati wanita Asia yang sangat mementingkan kecantikkan kulit. 

Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel


Gel ini amat sesuai untuk semua jenis kulit serta kulit sensitif dengan tekstur yang lembut dan menenangkan. Gel yang sejuk dan segar ini meresap ke dalam kulit tanpa kesan yang melekit. Sesuai digunakan untuk seluruh badan korang tanpa sebarang kesan sampingan. 

Ianya juga bertindak sebagai pelindung sinar uv juga kaya dengan vitamin dan mineral.


Di antara bahan-bahan terkandung di dalam gel ini:-


  • Rosemary Leaf : Anti bakteria, membaiki dan meratakan warna kulit
  • Green Tea Leaf : Antioksidan
  • German Chamomile Flower / Leaf : Melegakan dan melembutkan kulit
  • Aloe baradensis Leaf : Melembutkan dan melembapkan kulit
  • Byungpul Extract : Membaiki dan melegakan kulit
  • Licorice Root : Antioksidan, melegakan dan mencerahkan kulit
  • Mulberry Root : Mencerahkan, melembapkan dan melegakan kulit
  • Artemisia Absinthium (wormwood) Extract : Anti bakteria dan melegakan kulit


Fungsi Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel


  • Melegakan kulit dari pacaran Matahari
  • Meredakan ruam serta kegatalan pada kulit
  • Antipenuaan
  • Bertindak Sebagai Pelembap
  • Merawat Jerawat


Cara menggunakannya: 



Setelah membersihkan wajah, ambil gel dalam kadar yang mencukupi dan sapukan pada wajah atau tubuh badan. Bagi kulit kering, sapukan gel pada waktu pagi dan malam untuk mendapat keputusan yang lebih memuaskan.

Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel ini di jual pada harga RM19.90

Info selanjutnya korang boleh layari :

Instagram: @jayeoncosmetic

Tuesday, January 31, 2017

"Loh Sang" for Prosperity at Concorde Hotel Shah Alam

Hi Korang, 


Memanglah cuti Tahun Baru Cina dah berakhir tapi sambutannya still go on ye.. 

Gong Xi Fa Cai!


Bagi menyambut ketibaan tahun baru ayam jantan ini, Concorde Hotel Shah Alam menawarkan pesta kemakmuran yang indah di Restoran RakuXin. Promosi Yee Sang kegemaran semua ini telah kembali sekali lagi, yang bakal mengundang nasib baik yang akan terungkap di tahun baru Cina ini. 

Melakukan Yee Sang melambangkan nasib baik, kesihatan yang baik dan umur panjang. Restoran RakuXin menghidangkan pilihan Yee Sang yang lazat, yang menjadi pilihan ramai adalah Salmon Yee Sang, Scallop Yee Sang, Pear & Salmon Yee Sang and Pacific Clam Yee Sang dan juga extravagant Abalone Yee Sang. Jika korang ingin sesuatu yang istimewa, korang boleh memilih samada the Fish Maw Yee Sang atau the resilient Disney Yee Sang. Bahan-bahan pelbagai seperti shredded white radish, young ginger, yam chips, pomelo, preserved papaya gherkins, red and white ginger, di dalam menu Yee Sang tersebut.


Hidangan yang lazat setahun sekali ini ini boleh didapati dalam bahagian kecil dan besar, dihidangkan semasa makan tengahari dan makan malam. Hidangan Yee Sang dengan harga dari RM 88.00nett


Untuk hidangan menu The 'Healthy' set menghidangkan features Salmon Yee Sang, Double Boiled Soup with Mixed Vegetarian & Cong Con Fa Herbs, Roasted Chicken with Lime Sauce, Deep Fried Patin Fish with Honey Thai Sauce, Black Mushroom, Broccoli & Black Sea Corn with Dried Oyster, Deep Fried Prawn with Oat & Butter Sauce, Special Fried Rice with Pineapple & Anchovies, Warm Loh Hon Ko with Tong Ying, Two Varieties of Dim Sum and Chinese Tea. Berharga RM 1,152nett satu set, menu yang sesuai untuk Jadual 10 orang. 

Bagi menu The 'Lucky' Set pula mengandungi Lucky Yee Sang with Baby Octopus and Fresh Salmon, Double Boiled Soup with Double Scallop and Black Mushroom, Roasted Chicken with BBQ Sauce, Deep Fried Seabass with Two Varieties of Sauce (Special Spicy Sauce & Salted Egg Sauce), Black Mushroom and Broccoli with Bean Curd Skin and Dried Oyster, Wok Fried Prawn with Lime Sauce, Special Fried Noodle with Seafood, Warm Soya Bean with Tong Yin, Two Varieties of Sweet Dim Sum and Chinese Tea. Set ini berharga RM 1,502nett semeja untuk 10 orang

Menu The 'Prosperity' Set pula berharga RM 1,688nett bagi 10 orang makan termasuk Chinese Wine or House Wine, Prosperity Yee Sang (Deep Fried Prawn Wanton & Fresh Salmon), Double Boiled Soup with Dried Scallop & Moka Herbs, Half Roasted Chicken and Half Roasted Duck with Thai Lemongrass Sauce, Steamed Tiger Garoupa Hong Kong Style, Black Mushroom & Broccoli with Special Dried Oyster Sauce, Honey Brown Nuts & Crispy Oat Prawn Meat, Special Fried Rice with Salted Egg and Cashew Nut, Warm Samsoo with Tong Yin, Two Varieties of Dim Sum and Chinese Tea.

Double Boiled Soup with Mixed Vegetarian and Cong Con Fa Herbs 

Roasted Chicken with Lime Sauce 

Deep Fried Patin Fish with Honey Thai Sauce 

Black Mushroom,Broccoli and Black Sea Corn with Dried Oyster 

Deep Fried Prawn with Oat and Butter Sauce 

Special Fried Rice with Pineapple and Anchovies 

Warm Loh Hon Ko with Tong Yin 

Two Varieties of Dim Sum


Set Yee Sang dan set menu makan disediakan untuk makan tengahari (12.00 tengahari ke 2.30 petang) dan makan malam (6.30 petang kepada pukul 4.30 ptg) dari 16 Jan hingga 11hb Feb 2017 di Restoran RakuXin, Concorde Hotel Shah Alam. Dibuka dari hari Isnin hingga Sabtu (ditutup pada hari Ahad dan cuti umum)


Jom kita ke:

Restoran RakuXin,
Concorde Hotel Shah Alam,
3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C,
40100 Shah Alam, 
Selangor Darul Ehsan

Tel: +603 5512 2200
Fax: +603 5512 2233



Facebook : CONCORDE HOTEL SHAH ALAM
Twitter : CONCORDEHOTELSA
Instagram : CONCORDEHOTELSA
Hashtag : #concordehotelsa

Jemput makan semuanyeeeee........