Monday, January 16, 2017

Hujung Minggu Di Park Royal Hotel Kuala Lumpur

Hi Korang,


Ni baru ada kesempatan nak citer pasal melepak kat hotel di hujung minggu ek.


Jumaat malam lepas, tup-tup diaorang ni datang idea nak tidur hotel untuk weekend tuh. Alah sebab nak celebrate papa sebenarnya dan si gemuk nak book bilik untuk diorang, kitaorang pun tumpeng booking sekali lah.


Sebab si Siti tuh keje Shell so ada corporate rate, dapatlah mudah sket. RM290++ per night (harga sebenar RM350++), kitaorang tong-tong je adik beradik so tak delah bayar mahal pun kan. Ermm packing lagi kain baju untuk semalam, marah je si Uban bila tengok ktorang keluarkan beg beso kan hahahahaha

Lepas kursus sabtu tuh, terus check in di Park Royal Hotel di area Bukit Bintang ni. 

keluarga Sabariah

Rehat-rehat kejap then terus berjalan ke Sg Wang Plaza. Pi makan kat teppanyaki kat atas tuh, pi Low Yatt cari cable dan powerbank dan sambung makan-makan lagi kat Sg Wang hahahah makan jelah kerjanya kan. Orang semua ingat ktorang ni cam pelancong dari Singapore yelah semua cam jakun sebab lama tak masuk kat Sg Wang kan, banyak nau dah berubah ooooo.


Balik hotel ni barulah ada masa ambil gambar. 

pintu connecting room

Kitaorang book 2 Connecting Deluxe Room with extra bed dan baby coat. Biasalah tak yah nak ketuk-ketuk pintu bagai, biar je terbuka pintu tengah tuh sebab anak sedara si Aakif tu sibuk berjalan sana sini.


muka penat

king bed

baby coat untuk dak leya ni hah




Memang besar jugak biliknya dan facilities pun not bad, ermm ada bath tub rupanya tapi tak de plak bawak itik kan… 

movie best-best tuh

Malam tuh, kitorang berdua tak keluar pun sebab syiok layan movie. Banyak jugak latest movie diorang ni. Ermm movie kemana kitaorang kemana kan, semua bantai tidur.





Sarapan di Chatz Brasserie memang tak pernah mengecewakan aku hehehe sedap-sedap belaka, makan je apa nak. Aku as usual secawan kopi dan cereal je sebab tengahari nanti nak lunch kat situ jugak lagi. 


Memang rehat sesungguhnya kat sini. Naik je sarapan tidur balik hehehehe sebab tak de apa nak buat kan, nak swimming malas pulak. 

Lepas check out, ktorang turun ke Chatz Brasserie lagi untuk lunch dan celebrate birthday papa. Makan lagi hua huahuahaua nasib baik Leptos ada so tak delah rasa bersalah sangat. 




simple appetizer, amik je semua



Makan jelah ek, tapi aku makan sket je pun coz still kenyang lagi makan sarapan kan hauhauahauhau poyo nau ayatnya

keluarga Osman

Kitaorang keluar dari Park Royal KL dalam kul 4pm camtuh then terus balik Bangi. 

Camtu je kitaorang sekeluarga abiskan masa di hujung minggu. 

La tak tahu Park Royal Hotel Kuala Lumpur kat mane?

Meh sini aku tunjuk



So dah tau ek!!

Nak jalan jejauh kang jem pulak, tambah penat lagi nak layan cranking si Aakif tuh lagi kan. So inilah yang paling senang, bercuti di Kuala Lumpur sajor..

Actually banyak lagi hotel yang kitaorang pi bercuti dihujung minggu tahun lepas tapi tak sempat nak tulis, nanti kalau ada masa aku citer ek..

Saturday, January 14, 2017

Pemenang Kontest AEON 32nd ANNIVERSARY SPEND & WIN Bakal Ke Jepun dan AEON Kempen Tahun Baru Cina 2017

Hi Korang,

Bila ada kesempatan macam ni, pergilah ke event kan walaupun sekejap je.


BAru-baru ini AEON CO. (M) BHD mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Kontest AEON 32nd ANNIVERSARY SPEND & WIN bersama-sama dengan penaja utama, VISA Malaysia.

"The AEON 32nd Anniversary "Spend & Win" contest was a great success," kata Encik Poh Ying Loo. Pengarah Eksekutif AEON. "The amount of submissions were overwhelming and we are glad that our loyal customers had fun in participating in the activities which were planned for them."


Peraduan "Spend & Win" telah diadakan mulai 8 September hingga 20 Oktober tahun 2016 untuk memperingati ulangtahun ke 32 AEON. Pertandingan itu memberikan para pelanggan berpeluang untuk memenangi salah satu daripadanya pakej pelancongan Jepun serta kamera Canon dan baucar hadiah AEON dan 32 hadiah sagu hati AEON RM300 baucar hadiah dan 500 mata AHLI AEON, berjumlah semua bernilai RM130, 000. Ia adalah mudah untuk disertai iaitu semua pembeli yang perlu lakukan adalah untuk membelanjakan jumlah minimum di mana-mana kedai AEON menggunakan Kad VISA mereka, isi borang peraduan dan menyerahkan borang peraduan bersama-sama dengan resit sebagai bukti pembelian ke dalam kotak Peraduan yang disediakan. 


Pemenang hadiah utama peraduan ini ialah Encik Tokong Thean Tat Ying, yang akan melancong ke Jepun yang bernilai RM20, 000 perjalanan baucer, kamera EOS Canon, membeli-belah di AEON dengan RM1, 000 nilai baucar hadiah AEON dan 10,000 Mata AHLI AEON. Enam peserta bertuah ke Jepun juga menerima hadiah mereka dari Encik Poh Ying Loo, Pengarah Eksekutif AEON dan Encik Ng Kong Boon, Pengurus negara Visa Malaysia


Musim perayaan tahun baru Cina akan datang awal untuk AEON dengan pelancaran kempen tahun baru Cina di AEON. "We hope the year of the Rooster will bring everyone prosperity." kata Encik Poh Ying Loo, Pengarah Eksekutif AEON CO. (M) BHD semasa pengumuman aktiviti dan promosi yang menarik yang telah dirancang sempena tahun baru 2017 ayam jantan tersebut.

Kempen ini akan dipenuhi dengan promosi yang hebat seperti penjualan AEON yang diadakan bersempena dengan perayaan tahun baru Cina dari 1 hingga 30 Januari 2017 dengan storewide dengan diskaun sehingga 70%. 

Ahli AEON berpeluang membeli di AEON bertuah membela ayam jantan pada RM 18 dengan setiap pembelian ofRM 80 menerusi satu daripada gabungan 2. Perayaan kemakmuran 3 hari khas dari 12 ke 14 Januari 2017, AEON AHLI juga akan menerima baucar tunai kemakmuran bernilai RM 5 dengan pembelian RM100 dan ke atas (tidak termasuk GST) dalam satu atau kombinasi dua resit (pada hari yang sama) di AEON mana-mana kedai.

Bagi pemegang kad AHLI AEON yang bercadang untuk memperbaharui keahlian mereka atau mereka yang bercadang untuk mendaftar untuk ganjaran eksklusif dengan AEON juga seharusnya mengambil peluang ini untuk melakukan Jadi sekarang kerana AEON kini Edisi terhad yang menawarkan Kad yang adalah sah selama tiga tahun untuk hanya RM24 (simpanan sebanyak RM12).


Peminat media sosial harus menyertai peraduan AEON bertuah membela ayam jantan Cari & menang Facebook ini untuk memenangi RM8, 888 bernilai kemakmuran AEON Hadiah Baucar. Peraduan ini selama sebulan bermula pada 29 Disember 2016 dan akan berlangsung sehingga 29 Januari 2017.

Selain promosi perayaan di kedai-kedai AEON, pengunjung-pengunjung pusat membeli-belah AEON boleh juga menebus yang comel dan eksklusif AEON Mall ayam empuk mainan serta Ang Pow paket dengan minimum pembelian di pusat membeli-belah. Untuk mempertingkatkan alam sekitar perayaan, akan ada persembahan dan aktiviti-aktiviti di Mall AEON yang dipilih tiap-tiap hari Sabtu dan Ahad pada bulan Januari.

Jomlah singgah ke mana-mana AEON Shopping Mall ek, shopping sempena nak raya ni kan.


Thursday, January 12, 2017

Pablo The Cheese Tart di 1Utama Old Wing, Sedap Wei!!

Hi Korang,


Agaknya sekarang ni trend makan cheese tart ek!!

Merata-rata orang duk heboh mencari cheese tart ni, ada tuh sampai sanggup beratur panjang tak henggat. Nasib baik aku bukan peminat tegar pun tapi sekali sekala kemaruk jugak nak makan cheese tart sedap ni.


Kebetulan hari tuh, jejalan ke One Utama

Alah hari cuti kan so pi cuci-cuci matalah sket, asyik melepak depan tv je kalau hujung minggu memang tak de plan pun. Tawaf jugaklah satu One Utama tuh until aku sampai di bahagian Old Wing ni. Aku perasan kemain ramai benau orang beratur depan kedai ni.

Ye mak bukan kaki jelalah di OU ni so pilah tengok ermm rupa-rupanya kedai ala-ala bakery iaitu Pablo Cheese Tart. Wah ada lagi kedai cheese tart baru di buka di One Utama ni kan.


Rupanya ada promosi Baked Matcha Cheese Tart with Shiratama and Azuki beans, ini perisa baru je dilancarkan pada 11 Januari hari tuh pada harga RM49.90 sebijik Tart yang besau tuh.


Cheese Tart berperisa teh hijau diperbuat dengan menggunakan serbuk matcha yang banyak bagi memberikan warna hijau cantik secara semulajadi. Ianya di sekali paste kacang merah dan bola mochi untuk kemanisan dan tekstur. Jadi rasanya lebih sedap tak kata berbanding dengan original cheese tart mereka. 


Aku juga sempat merasa Chocolate Cheese Tat (RM49.90) hari tuh. 

Not bad jugak rasanya, tak terlalu manis tapi rasa cheesenya meletopss wei. Makan ramai-ramai baru sedap tau. 

Selain daripada Matcha Cheese Tart ada juga promosi untuk perisa matcha ni.

Matcha with Shiratama, Special Chocolate Frute (RM15.90) 

Matcha Cheese Soft Serve (RM11.90)

Kalau korang peminat tegar Matcha Green Tea memang patut cubalah menu-menu terbaik dari Pablo Cheese Tart ni.

Ini hah alamatnya, aku kongsikan ye

Pablo Cheese Tart
S130, Level 2, 1 Utama Old Wing
Business hours: 10am – 10pm


Untuk info lanjut, korang boleh check it out di https://www.facebook.com/pablocheesetartmalaysia/

#pablomymatcha