Thursday, January 5, 2017

Campur Dan Padankan Sos Spageti Kimball Yang Jimat dan Lebih Kaya Dengan Rasa

Hi Korang,


Sebelum ni aku ni masak ala-ala western and italian memang tak reti langsung, nasib baik sos spagethi Kimbal memang banyak membantu kan. Walapun sekarang ni dah pandai buat campuran kuah spagethi sendiri tapi sos spagethi Kimball tetap tak di lupakan ye, kalau emergency tak tau nak masak apa dengan fridge kosong bagai kan boleh jugak masak spagethi simple-simple ni. 

So korang pun mesti pernah pernah mengidam untuk makan hidangan pasta yang dimasak di rumah tetapi kekurangan masa dan bajet untuk menyediakannya? 

Jangan khuatir, korang tidak berseorangan!

A photo posted by ciklilyputih (@ciklilyputih) on

Masanya telah tiba untuk membuat perubahan dengan menambahkan sedikit Sos Spageti Kimball yang diadunkan dengan ramuan-ramuan ringkas untuk hidangan pasta yang mudah untuk disediakan di rumah dan juga lazat! 

Kimball merupakan jenama Malaysia yang mempunyai lebih daripada 40 tahun pengalaman memahami dan menyajikan rasa tempatan yang digemari ramai. Kimball mengetahui bahawa rakyat Malaysia memang kreatif dalam penciptaan resipi yang menggabungkan pelbagai masakan yang mempunyai rasa yang benar-benar Malaysia!


Sos Spageti Kimball yang jimat ini telah diperbaharui dan kini mempunyai rasa yang lebih kaya dengan penambahan lebih tomato dan herba-herba terpilih - menjadikan ia lebih serbaguna dan amat sesuai untuk mencipta masakan Barat atau Asia.



Sos Spageti Kimball dalam botol 350 gram ini datang dalam tiga variasi iaitu; Tradisional, memberikan anda rasa tomato yang lebih kaya; Cendawan, yang mengandungi cebisan cendawan segar yang menambahkan tekstur pada sos; manakala Selasih dan Bawang Putih mengandungi pelbagai herba serta rempah yang mampu menyerlahkan lagi hidangan Itali dan Asia.


Varian sos yang jimat, seimbang dan serbaguna ini boleh didapati di pasaraya-pasaraya utama di seluruh negara pada harga RM4.66 setiap botol 350 gram (termasuk GST).

Campurkan sos-sos tersebut dengan pasta Kimball yang hangat untuk menyediakan hidangan yang ringkas dan cepat atau jadikan ia hidangan lengkap dengan menambah sayuran, daging atau makanan laut. Hidangan lengkap untuk empat sekeluarga ini boleh disediakan dengan bajet sekitar RM15 sahaja, menjadikan ia hidangan ekonomi dan praktikal yang sesuai untuk menangani kenaikan kos sara hidup.

Dengan Sos Spageti Kimball yang lebih berperisa, korang kini boleh memilih jenis hidangan yang mahu disediakan dengan selesa di rumah kerana bahan-bahannya boleh didapati di kedai-kedai runcit berdekatan.

Menurut Stephane Vilquin, Pengarah Pemasaran Campbell Soup Southeast Asia Sdn. Bhd., Sos Spageti Kimball ini diperbaharui dengan mengambil kira selera Malaysia. “Kimball memahami citarasa dan gaya hidup rakyat Malaysia yang gemar memasak hidangan yang lazat di rumah. Daripada kenaikan kos sara hidup dan kekangan masa para ibu serta sejumlah rakyat Malaysia yang terpaksa mengimbangi kehidupan berkeluarga, kerja dan pelajaran, ramai di kalangan pengguna memilih untuk makan hidangan yang sama setiap hari. Kimball amat berbesar hati untuk menyediakan pilihan hidangan yang jimat tetapi penuh dengan perisa dengan menggunakan Sos Spageti Kimball sebagai asas. Kimball berharap agar sos spageti kami yang telah diperbaharui yang serbaguna dan mudah untuk digunakan akan memudahkan penyediaan hidangan serta merapatkan hubungan kekeluargaan di meja makan,” kata Stephane.

Sebagai tambahan, Kimball turut mencipta resipi yang jimat dan lazat untuk memberikan inspirasi kepada chef di rumah dan untuk mereka yang baru mahu mencuba untuk memasak. Resipi-resipi berkenaan termasuklah Makaroni Keju Bakar yang menjadi kegemaran di kalangan kanak-kanak dan dewasa; Kimball Penne dan Stew Bayam yang mengenyangkan, terutama sekali ketika musim hujan dan, Fettuccine Dengan Ayam Bersos Selasih Kimball yang pastinya menarik untuk deria rasa anda.



MAKARONI KEJU BAKAR KIMBALL
Bahan-bahan:
·      350g Sos  Spageti Tradisional Kimball
·      200g Makaroni Kimball, di masak mengikut panduan pada bungkusan
·      2 sudu besar mentega
·      2 sudu besar tepung serbaguna
·      5 batang sosej dipotong kecil sepanjang 1cm
·      200g keju cheddar, diparut halus
·      Garam dan lada hitam secukup rasa
Cara memasak:
1. Cairkan mentega, kemudian campurkan tepung dan kacau sehingga sebati. Masukkan Sos Spageti Tradisional Kimball dan masak selama dua minit sebelum diangkat.
2. Masukkan sosej, Makaroni Kimball bersama separuh daripada keju. Tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa
3. Gaulkan adunan dan masukkannya ke dalam mangkuk kaserol. Taburkan keju selainnya di atas.
4. Bakar pada suhu 200°C untuk15 minit atau sehingga ia mendidih.


STEW PENNE DAN BAYAM KIMBALL
Bahan-bahan
  •          350g Sos Spageti Cendawan Kimball
  •            400g Penne Kimball, dimasak mengikut panduan pada bungkusan
  •            2 sudu besar minyak
  •           1 bawang merah dipotong dadu
  •           400g kiub daging atau kambing direbus dengan 500ml air (simpan 500 ml stok dan tambah air jika perlu).
  •            2 cawan daun bayam
  •            Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara :
1.      Panaskan minyak dan goreng bawang sehinga lembut.
2.      Tambahkan Sos Spageti, stok, daun bayam dan daging.
3.      Masak sehingga daun bayam layu dan tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa
4.      Masukkan Penne Kimball dan gaulkan sehingga sekata. Hidangkan semasa panas.



FETTUCCINE DENGAN AYAM BERSOS SELASIH KIMBALL
Bahan-bahan:
·      350g Sos Spageti Selasih dan Bawang Putih Kimball
·      200g Fettuccine Kimball, dimasak mengikut panduan pada bungkusan
·      300g dada ayam
·      1 sudu besar serbuk perasa cajun
·      3 sudu besar minyak zaitun
·      4 labu bawang putih dicincang halus
·      ½ cawan daun selasih dicincang halus
·       Garam dan lada hitam secukup rasa
Method:
1. Perap ayam dengan garam, lada hitam dan serbuk perasa Cajun. Panaskan dua sudu besar minyak zaitun dalam kuali dan selarkan ayam hingga masak sepenuhnya.
2. Alihkan ayam daripada api dan hiris halus
3. Tambah minyak dan gorengkan bawang putih hingga wangi
4. Tambahkan Sos Spageti Selasih dan Bawang Putih Kimball, dan panaskan hingga mendidih. Kemudian masukkan daun selasih, garam dan lada hitam.
5. Hidangkan sos itu dengan Fettuccine Kimball dan hirisan ayam.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Sos-sos Spageti Kimball dan pelbagai barisan produknya yang lain serta pilihan-pilihan resipi yang jimat dan lazat, sila lawati laman web http://www.kimball.com.my/, atau log masuk halaman Facbook https://www.facebook.com/KimballMalaysia/ bagi mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai produk-produk Kimball dan cara-cara untuk memaksimakan perisa dengan bahan-bahan ringkas yang anda boleh perolehi berdekatan anda pada harga yang berpatutan!


Wednesday, January 4, 2017

Makan BINGSU Di Beans N Beans Korean Cafe, Damansara UPTOWN

Hi Korang,

Nak citer gak pasal makan ek.

Siapa yang tak suka Bingsu? Pi jauh-jauh hahahahahaha

Eh janganlah aku lawak je, ishkk nak majuk pulak ek.

Bingsu ni merupakan ais kacang ala Korea tapi diorang punya ais kacang ni lagi enchance daripada kita sebab ais kacang diorang ni setinggi gunung dan di hidangkan di dalam mangkuk yang besarrrrrrrrrrrr…

Ini kali ketiga aku makan Bingsu ni tau sebelum tuh aku pernah cuba makan di Dal Komm Cafe dengan Cafe Bene. Ya ampun sedap bebenau nak-nak yang ada buah-buahan didalam ermm awesome


So hari tuh, aku pi cuba makan Bingsu kat Beans N Beans Korean Cafe ni. Bukan dengan Mr Big tapi dengan food blogger Malaysia yang glamer tuh siapa lagi kalau tak bukan ermm blogger Mahamahu yeahh. Actually kitaorang ada event sekitar kawasan Damansara Uptown ni so dah alang-alang parking cun dan event habis cepat so apalagi JJCM jelah kan

Sebab baru lepas makan so kitaorang just order simple food je tapi yang penting mestilah kena order Bingsu kan

Kitaorang order

Choco Bingsu

Ada banyak perisa Bingsu yang korang boleh cuba macam Choco Bingsu, Caramel Popcorn Bingsu, Patgi Bingsu, Greentea Bingsu, Cheese Bingsu dan Konggi Bingsu. 

Untuk buat lawan makan dengan Bingsu tuh, kitaorang order 

Garlic Cheese

Actually banyak je pilihan roti macam Cinnamon Honey, Croque Monsieur, Redbean Cheese dan Injulmi Honey. Tapi ntah kenapa kitaorang pilih Garlic Cheese ni ek, dah ler tak kena dengan combination rasa hahahaha alah lantakkan aje

Sambil makan Bingsu sambil, main menda alah ni. Alah kalau dalam Running Man famous mainan ni tau hahahhaa

Sepatutnya nak je tambah order Kopi tapi rasa tak larat sangat nak minum lagi, yelah Bingsu tuh memang memenuhkan perut aku yang sedia ada penuh kan hahahaha

Kalau nak cuba, boleh je korang singgah di 

Beans N Beans Korean Cafe
Damansara Uptown
107, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 
47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia




Cuba dulu then baru tau hehehhehee

Nantilah aku tulis lagi bab makan-makan ni ek, sebenarnya banyak je tempat aku pi tapi tak berkesempatan nak menulis lagi lah... keje banyak....


Suria KLCC dan Alamanda Sumbang Dana Kepada Persatuan Kebajikan ANGSANA Kuala Lumpur

Hi Korang,

Sekali sekala attend event CSR ni bagus jugak ye..

At least aku ada jugak contribution untuk spread the news pasal aktivit yang melibatkan good cause ni. Kekadang kita tak tau pun ada menda-menda cam ni until kita discover sendiri ek.


Pusat membeli belah Suria KLCC dan Alamanda telah mengumpul dana berjumlah RM16,267 untuk disalurkan kepada Persatuan Kebajikan ANGSANA Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Natal pada tahun ini. Persatuan ini yang juga dikenali sebagai ANGSANAcare merupakan sebuah persatuan bukan badan kerajaan dan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan untuk memberi sokongan dari segi psikologi kepada para pesakit pediatrik golongan kurang berkemampuan yang menghidapi penyakit serius seperti lekumia dan kanser.

Hadir di majlis ini adalah Francis Tan - Ketua Pegawai Operasi Suria KLCC Sdn Bhd, Ria Thomas - Pengerusi Persatuan ANGSANAcare, Fartini Zaharuddin - Pengurus Komunikasi dan Perhubungan Awam Suria KLCC Sdn Bhd, serta Baldev Singh - Pengurus Besar pusat membeli belah Alamanda.


"ANGSANAcare bergantung sepenuhnya kepada derma yang diterima dari masyarakat serta syarikat­ syarikat korporat untuk memastikan mereka dapat terus menghulurkan bantuan secara percuma kepada pesakit-pesakit pediatrik yang kurang berkemampuan. Justeru itu, Suria KLCC dan Alamanda bertekad untuk mengumpul dana sekurang-kurangnya RMlO,OOO untuk disalurkan kepada ANGSANAcare," kata Fartini Zaharuddin, Pengurus Komunikasi dan Perhubungan Awam Suria KLCC Sdn Bhd. Tambahnya lagi, "Kami amat menghargai sokongan yang diberikan oleh para pengunjung kami kerana jumlah wang dana yang terkumpul menjangkau sasaran kami iaitu sebanyak RM16,267.

Pengerusi Persatuan ANGSANAcare Ria Thomas berkata, "Pesakit-pesakit penjagaan paliatif melalui kehidupan dalam keadaan takut, tertekan dan penuh dengan ketidakpastian. Justeru itu, ahli terapi psikologi kami membantu mereka melalui penilaian keadaan mereka dan memberi sokongan dari emosi kepada mereka. Beliau turut menambah, "Terapi yang dilakukan adalah dalam bentuk aktiviti seni, muzik dan rekreasi yang bertujuan untuk menenang dan menggembirakan kanak-kanak ini di saat-saat akhir hayat mereka. Pelbagai penyelidikan telah menunjukkan terapi seumpama ini bukan sahaja memberi peluang kepada mereka untuk mengekspresikan diri mereka, malah boleh membantu mengurangkan kesakitan fizikal dialami mereka. Aktiviti seni, muzik dan rekreasi mampu mengalih fokus mereka dari kesakitan yang dihadapi, dan pada yang sama mewujudkan saluran untuk meluahkan emosi mereka.


Orang ramai yang mgm menghulurkan derma kepada ANGSANAcare atau mengetahui lebih lanjut mengenai Persatuan ini boleh melawat Iaman sesawang www.angsanacare.org atau emel kepada info@angsanacare.org