Tuesday, December 27, 2016

Mencari Cinta Sejati, Tengok Cakra Khan Dari Jauh Je

Hi Korang,

Dah hujung-hujung tahun ni, aku rasa cam malas-malas je nak update blog ek.

Itulah musim cuti sekolah kan, walaupun aku tak de anak sekolah tapi mood malas tuh tetap timbul jugak hehehehhe. Even event pun ada yang pi dan ada yang tidak sebab malas bebenau rasanya, nak lepak kat umah tido je ek


Hari ahad lepas, sebelum Krismas tuh tak de bua tapa dan mood rajin pun datang aku ikutlah si blogger Nanie Isa ni pi mini konsert Cakra Khan ni kat Berjaya Times Square. Hah BTS ada dewan ke ? ermm pelik pulak. Oklah ikut jelah ek, lagipun hari tuh Mr Big tak de kat umah dia ada event FIM kat Shah Alam tuh malas aku nak ikut tengok orang lumba-lumba motor ni kan.

Rupanya dia buat kat luar tuh, area depan Starbucks tuh.

dengan Hanny Era.FM

Open konsert lah, ada kepung-kepung bagai. Tiket tak yah bayar cuma kena download Samsung apps je kat phone korang, apa apps pun aku tak sure jugak. Tapi kami-kami dah ada tiket so tak yah nak download bagai cuma tak dapat masuk tempat media la sebab limited sangat so tengok dari jauh jelah ek


Katanya konsert start kul 3pm ermm pukul 3.50pm baru Cakra Khan ni perform, sebelum tuh ada performance dari artist Sony Music, ntah siapa aku pun tak kenal so layan jelah.

Ya ampun memang sedap sungguh suara Cakra Khan ni ek.


Bila dengar LIVE lagi sedap rupanya, serak-serak basah yang tak pernah nak baik hehehhe. Memang uniklah suaranya. Cakra Khan nyanyi lagu-lagu dia yang glamer macam Harus Terpisah, Setelah Kau Tiada dan terakhir sekali haruslah lagu Mencari Cinta Sejati untuk ost Rudy Habibie2 tuh. 

A video posted by ciklilyputih (@ciklilyputih) on

Dengar suara je boleh jatuh cinta inikan bila Cakra Khan perform depan mata arrrrggghhhh

La sekejapan je dia nyanyi 2-3 then habislah, memang sekejap betul. Nak menunggu tu kemain lama kan. Biasalah artis cam tuh lah, anyway tenkiu Nanie sebab ajak dapat jugak memenuhi waktu aku di petang ahad tuh. 


Abis tuh kitorang pi lepak kat Nyonya Colors pekena roti jala ek… hehehehe kenyang tak henggat pas tuh...

Balik dengan rasa senang hati hehehehhehe


Thursday, December 22, 2016

Makan Di Restoran Besito's Survival, Shah Alam

Hi Korang,

Kedai makan apa pulak nama pelik-pelik ni ek?

Besito’s Survival!!

Apa pulak hidangan makanannya nie…


Jom check it out

Nama Besito' survival diinspirasikan daripada perkataan "latin" yang mana restoran ini menyediakan hidangan utama dari masakan ala barat. Besito's bermaksud "senyum kecil' (Little Kiss) yang merujuk kepada kepuasan maksima dengan harapan para pelanggan yang datang akan berpuas hati serta tersenyum selepas menikmati hidangan dari dapur yang disediakan secara "fresh" oleh chef yang amatur. "Survival" bermaksud "pelengkapan ikhtiar hidup" dengan menjurus kepada definisi makanan yang dihidangkan sihat dan terbaik.

Hah amik ko, panjang mukadimahnya

Takdelah makanan western je yang ada dihidangkan di Besito’s Survival ni, selain dari menu makanan barat terdapat juga hidangan makanan panas melayu, cina, india dan fusion. 

Tengok ni,

Pelbagai jenis hidangan minuman yang tak mampu di tolak oleh tekak kita ek


Dari kiri : 
Lemon paradise, virgin mojito, fruit punch, shirley temple, virgin colada dan I Love You.

Of courselah aku minum Virgin Mojito barulah ada feeling-feeling anak dara sket kan, hahahahaha penipu. Virgin Mojito ni sesuai untuk orang yang nak berdiet katanya, ada daun pudina dan serai sekali tapi manis sebab ada buah laici sekali di situ.

Jom kita tengok hidangan utama pulak,

Supreme Grill/MixGrill (5-6 orang makan)

Satu hidangan yang terdiri daripada daging lembu yang dimasak lembut, kambing dipanggang sempurna serta ayam diperap bersama sos-sos istimewa. Turut disertakan dalam set hidangan ini ialah mashed potato atau wedges dan sayur brocoli yang segar. Sememangnya set hidangan ini sesuai dimakan bersama keluarga atau kawan-kawan. Sambil sembang-sembang sambil makan gituh lah, tapi kalau makan berdua memang tak habis oo sebab portionnya sangat-sangat besar.

*Disarankan untuk set ini boleh dinikmati 5-6 org (mengikut kepada tahap permakanan masing).


Chili Crab with Mantou Bun (1-2 orang makan)

Makan ketam yang dimasak bercili bersama Mantou Bun memang terbaik. Lembut giler tau roti mantou ni. Dia sebenarnya roti yang digoreng ranggup dan dihidangkan panas-panas, kalau dah sejuk tetap garing jugak but makan panas-panas la best. 


Abalone Mee Raja (1-2 orang makan)

Nak cakap mee kuning bukan pulak tapi sejenis yang di buat sendiri di hidangkan bersama abalone. Lebih kurang macam Cantonese mee tapi tak letak tepung jagung untuk pekatkan kuah. Amik ko sepinggan besar, masa dia sampai panas-panas ermm baunya harum..


Butter Prawn

Simple dish bagi peminat udang, kuahnya berkrim amat sesuai di cicah sekali dengan roti mantou ni jugak ye.

Nasi Goreng Besito’s Seafood Tomyam

Korang baca tak entry Ayu Rafikah
Cis dia kenakan aku secukup-cukupnya pasal nasi goreng seafood ni, memang aku tak share pun dengan orang lain masa tu sebab aku lapar sangat dan sedap bebenau nasi goreng ni, seafoodnya banya ya ampun

Nasi Goreng Tomyam Ayam Pandan
Menu terakhir yang kitaorang rasa pada hari kejadian. Memang wangi dan lembut daging ayam ini. Kombinasi dengan nasi goreng dimasak agak sempoi tapi rasanya tetap terbaik. Kesedapan yang amat pun licin habis dibuatnya


Secara ringkas pengenalan mengenai restoran adalah seperti:-

Nama Restoran : 
Besito's Survival

Mula dibuka : 
18 Mei 2016

Masa operasi : 
Sabtu & Ahad(4pm-3am)
Isnin(Cuti)
Selasa-Jumaat(4pm-2am)

Owner/Founder : 
Hazlan Dahlan, Firdaus M. Ali & Megat Mohd Azhar Megat Ismail 

Konsep: 
Western & Malaysia Fusion Foods 
(Mixed Malay, Chinese, Indian)

Jom kita ke

Besito's Survival
No 77, Ground Floor, 
Jalan Pelabur B, 23/B,
Seksyen 23 Shah Alam 
Selangor 

( roundabout jalan nak ke uptown Shah Alam)


Korang duduk area Shah Alam ni, boleh cuba makan di restoran Besito's Survival ni ek, mana tau berkenan pulak tekak korang bila makan kat situ 😁 😁 😁 😁 😁 😁 😁



Wednesday, December 21, 2016

Miss Whoosh Glamorous Dari Whoosh Eyewear

Hi Korang,

Pada 16hb Disember yang lepas, merupakan hari bersejarah kepada Woosh Eyewear iaitu jenama saudara Focus Point - dimana acara Miss Whoosh Glamorous pertama dihos oleh mereka.


"Pantas. Segar. Maju" - adalah kata-kata yang sempurna mengambarkan penciptaan Whoosh. Tujuan cermin mata Whoosh diperkenalkan adalah untuk memenuhi trend anda yang menilai gaya, mutu, dan nasihat professional di mana sahaja. Whoosh menawarkan bingkai pelbagai jenis gaya dari Korea, dikategorikan di ba- wah 3 gaya tersendiri - BERGAYA, URBAN dan VINTAGE dimana dengan harga yang berpatutan yang tiada fee tersembunyi atau caj cetakan baik.



Selain daripada membetulkan penglihatan seseorang, cermin mata juga dianggap sebagai aksesori fesyen pada zaman sekarang. Elemen ini dapat bawakan pakaian dan gaya seseorang. Kini, memperkenalkan 80 pasang cermin mata Whoosh Eyewear yang trendi kebelakangan ini - dimana semua serbaguna dengan penampilan dan gaya tersendiri. Koleksi terbaru ini akan dipamerkan oleh Miss Tourism International World Pageant - menyimbolkan gaya, keindahan dan keyakinan - juga menggabungkan jenama persona.


54 wanita yang menakjubkan dari seluruh dunia ini telah menggayakan dengan koleksi cermin mata Whoosh. Wanita-wanita yang terpilih ini adalah berdasarkan kepada keayuan, keanggunan dan keyakinan mereka bila berada di atas pentas. Dari 54 wanita ini salah seorang daripadanya akan dinobatkan sebagai duta Whoosh. Sekaligus berpeluang memperagakan koleksi terkini Whoos dengan membawa gelaran Miss Whoosh Glamorous.


"Kita amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan D'Touch International Sdn Bhd, penganjur Miss Tourism International Worl Pageant, untuk menyampaikan anda wakil dari seluruh dunia yang membawa mesej yang kukuh tentang kedamaian, muhibah dan bertimbang rasa," kata Dato' Liaw Choon Liang, Presiden dan CEO Focus Point Holidings Berhad.


Di antara panel hakim untuk acara tahun ini ialah Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKT Logistics Group Sdn Bhd Dato Michael Tio, CEO dan Pengarah Kreatif A Cut Above Datin Winnie Loo, Miss Malaysia Queen of Tourism 1996 Cik Zoee Tan dan Miss Malaysia Tourism Queen 2004 Cik Lavence Lim.

Ada 2 kategori iaitu cermin mata biasa dan cermin mata hitam, designnya cantik-cantik belaka sampai boleh tergoda aku dibuatnya bila model-model menggayakannya.


Dan akhirnya Miss Mexico ternyata lebih menyerlah dan telah dinobatkan sebagai Miss Whoosh Glamorous. 

Tahniah diucapkan, cantik wei Miss Mexico ni


Kemudian kami di bawa melawat ke Butik Whoosh Eyewear di The Curve ni, ermm boleh juling bijik mata bila tengok koleksi yang cantik-cantik ni..

Nanti bolehlah tempah cermin mata kat Whoosh Eyewear ni lah...

Untuk informasi lebih lanjut, sila layari http://www.whoosheyewear.com

#Whoosheyewear 
#MissWhooshGlamorous