Thursday, December 22, 2016

Makan Di Restoran Besito's Survival, Shah Alam

Hi Korang,

Kedai makan apa pulak nama pelik-pelik ni ek?

Besito’s Survival!!

Apa pulak hidangan makanannya nie…


Jom check it out

Nama Besito' survival diinspirasikan daripada perkataan "latin" yang mana restoran ini menyediakan hidangan utama dari masakan ala barat. Besito's bermaksud "senyum kecil' (Little Kiss) yang merujuk kepada kepuasan maksima dengan harapan para pelanggan yang datang akan berpuas hati serta tersenyum selepas menikmati hidangan dari dapur yang disediakan secara "fresh" oleh chef yang amatur. "Survival" bermaksud "pelengkapan ikhtiar hidup" dengan menjurus kepada definisi makanan yang dihidangkan sihat dan terbaik.

Hah amik ko, panjang mukadimahnya

Takdelah makanan western je yang ada dihidangkan di Besito’s Survival ni, selain dari menu makanan barat terdapat juga hidangan makanan panas melayu, cina, india dan fusion. 

Tengok ni,

Pelbagai jenis hidangan minuman yang tak mampu di tolak oleh tekak kita ek


Dari kiri : 
Lemon paradise, virgin mojito, fruit punch, shirley temple, virgin colada dan I Love You.

Of courselah aku minum Virgin Mojito barulah ada feeling-feeling anak dara sket kan, hahahahaha penipu. Virgin Mojito ni sesuai untuk orang yang nak berdiet katanya, ada daun pudina dan serai sekali tapi manis sebab ada buah laici sekali di situ.

Jom kita tengok hidangan utama pulak,

Supreme Grill/MixGrill (5-6 orang makan)

Satu hidangan yang terdiri daripada daging lembu yang dimasak lembut, kambing dipanggang sempurna serta ayam diperap bersama sos-sos istimewa. Turut disertakan dalam set hidangan ini ialah mashed potato atau wedges dan sayur brocoli yang segar. Sememangnya set hidangan ini sesuai dimakan bersama keluarga atau kawan-kawan. Sambil sembang-sembang sambil makan gituh lah, tapi kalau makan berdua memang tak habis oo sebab portionnya sangat-sangat besar.

*Disarankan untuk set ini boleh dinikmati 5-6 org (mengikut kepada tahap permakanan masing).


Chili Crab with Mantou Bun (1-2 orang makan)

Makan ketam yang dimasak bercili bersama Mantou Bun memang terbaik. Lembut giler tau roti mantou ni. Dia sebenarnya roti yang digoreng ranggup dan dihidangkan panas-panas, kalau dah sejuk tetap garing jugak but makan panas-panas la best. 


Abalone Mee Raja (1-2 orang makan)

Nak cakap mee kuning bukan pulak tapi sejenis yang di buat sendiri di hidangkan bersama abalone. Lebih kurang macam Cantonese mee tapi tak letak tepung jagung untuk pekatkan kuah. Amik ko sepinggan besar, masa dia sampai panas-panas ermm baunya harum..


Butter Prawn

Simple dish bagi peminat udang, kuahnya berkrim amat sesuai di cicah sekali dengan roti mantou ni jugak ye.

Nasi Goreng Besito’s Seafood Tomyam

Korang baca tak entry Ayu Rafikah
Cis dia kenakan aku secukup-cukupnya pasal nasi goreng seafood ni, memang aku tak share pun dengan orang lain masa tu sebab aku lapar sangat dan sedap bebenau nasi goreng ni, seafoodnya banya ya ampun

Nasi Goreng Tomyam Ayam Pandan
Menu terakhir yang kitaorang rasa pada hari kejadian. Memang wangi dan lembut daging ayam ini. Kombinasi dengan nasi goreng dimasak agak sempoi tapi rasanya tetap terbaik. Kesedapan yang amat pun licin habis dibuatnya


Secara ringkas pengenalan mengenai restoran adalah seperti:-

Nama Restoran : 
Besito's Survival

Mula dibuka : 
18 Mei 2016

Masa operasi : 
Sabtu & Ahad(4pm-3am)
Isnin(Cuti)
Selasa-Jumaat(4pm-2am)

Owner/Founder : 
Hazlan Dahlan, Firdaus M. Ali & Megat Mohd Azhar Megat Ismail 

Konsep: 
Western & Malaysia Fusion Foods 
(Mixed Malay, Chinese, Indian)

Jom kita ke

Besito's Survival
No 77, Ground Floor, 
Jalan Pelabur B, 23/B,
Seksyen 23 Shah Alam 
Selangor 

( roundabout jalan nak ke uptown Shah Alam)


Korang duduk area Shah Alam ni, boleh cuba makan di restoran Besito's Survival ni ek, mana tau berkenan pulak tekak korang bila makan kat situ 😁 😁 😁 😁 😁 😁 😁



Wednesday, December 21, 2016

Miss Whoosh Glamorous Dari Whoosh Eyewear

Hi Korang,

Pada 16hb Disember yang lepas, merupakan hari bersejarah kepada Woosh Eyewear iaitu jenama saudara Focus Point - dimana acara Miss Whoosh Glamorous pertama dihos oleh mereka.


"Pantas. Segar. Maju" - adalah kata-kata yang sempurna mengambarkan penciptaan Whoosh. Tujuan cermin mata Whoosh diperkenalkan adalah untuk memenuhi trend anda yang menilai gaya, mutu, dan nasihat professional di mana sahaja. Whoosh menawarkan bingkai pelbagai jenis gaya dari Korea, dikategorikan di ba- wah 3 gaya tersendiri - BERGAYA, URBAN dan VINTAGE dimana dengan harga yang berpatutan yang tiada fee tersembunyi atau caj cetakan baik.



Selain daripada membetulkan penglihatan seseorang, cermin mata juga dianggap sebagai aksesori fesyen pada zaman sekarang. Elemen ini dapat bawakan pakaian dan gaya seseorang. Kini, memperkenalkan 80 pasang cermin mata Whoosh Eyewear yang trendi kebelakangan ini - dimana semua serbaguna dengan penampilan dan gaya tersendiri. Koleksi terbaru ini akan dipamerkan oleh Miss Tourism International World Pageant - menyimbolkan gaya, keindahan dan keyakinan - juga menggabungkan jenama persona.


54 wanita yang menakjubkan dari seluruh dunia ini telah menggayakan dengan koleksi cermin mata Whoosh. Wanita-wanita yang terpilih ini adalah berdasarkan kepada keayuan, keanggunan dan keyakinan mereka bila berada di atas pentas. Dari 54 wanita ini salah seorang daripadanya akan dinobatkan sebagai duta Whoosh. Sekaligus berpeluang memperagakan koleksi terkini Whoos dengan membawa gelaran Miss Whoosh Glamorous.


"Kita amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan D'Touch International Sdn Bhd, penganjur Miss Tourism International Worl Pageant, untuk menyampaikan anda wakil dari seluruh dunia yang membawa mesej yang kukuh tentang kedamaian, muhibah dan bertimbang rasa," kata Dato' Liaw Choon Liang, Presiden dan CEO Focus Point Holidings Berhad.


Di antara panel hakim untuk acara tahun ini ialah Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKT Logistics Group Sdn Bhd Dato Michael Tio, CEO dan Pengarah Kreatif A Cut Above Datin Winnie Loo, Miss Malaysia Queen of Tourism 1996 Cik Zoee Tan dan Miss Malaysia Tourism Queen 2004 Cik Lavence Lim.

Ada 2 kategori iaitu cermin mata biasa dan cermin mata hitam, designnya cantik-cantik belaka sampai boleh tergoda aku dibuatnya bila model-model menggayakannya.


Dan akhirnya Miss Mexico ternyata lebih menyerlah dan telah dinobatkan sebagai Miss Whoosh Glamorous. 

Tahniah diucapkan, cantik wei Miss Mexico ni


Kemudian kami di bawa melawat ke Butik Whoosh Eyewear di The Curve ni, ermm boleh juling bijik mata bila tengok koleksi yang cantik-cantik ni..

Nanti bolehlah tempah cermin mata kat Whoosh Eyewear ni lah...

Untuk informasi lebih lanjut, sila layari http://www.whoosheyewear.com

#Whoosheyewear 
#MissWhooshGlamorous



Tuesday, December 20, 2016

Sajian Istimewa Krismas dan Tahun Baru di Hotel Grand BlueWave, Shah Alam

Hi Korang,

Promosi krismas datang lagi di Grand Bluewave hotel Shah Alam

Bersempena dengan kedatangan Krismas dan juga Tahun Baru tidak lama lagi, Restoran Songket Hotel Grand BlueWave menawarkan pakej Hi-Tea dan makan malam tahun baru buat semua pelanggan-pelanggannya. Untuk makan malam bersempena dengan Krismas akan diadakan pada 24 Disember 2016 (Sabtu) bermula dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Makan Malam bersempena Krismas meliputi 4 set hidangan barat yang mana kita boleh memilih salah satu daripada menu yang dipilih. Promosi ini berharga RM150.00 + untuk dua orang.


Untuk promosi Hi-tea bersempena Krismas pula akan diadakan pada 25 Disember 2016 (Ahad) bermula dari pukul 12.00 tengahari sehingga 4.30 petang. Dengan harga RM68.00 untuk dewasa, RM45.00 untuk warga emas (60 tahun ke atas) dan RM 35.00 bagi kanak-kanak berumur 4-11 tahun.

Antara hidangan mewah yang ditawarkan dalam promosi seperti Roasted Whole Turkey with Italian Seasoning, Beef Wellington and Slow-Roast Lamb with Steak Seasoning. Further spoiling our diners are the amazing Meatlof, Chicken Cottage Pie, Stewed Spring Chicken, Seafood Ala Pancha, Pasta Aglio Olio with Seafood dan pelbagai lagi.

Seperti biasa manisan yang terbaik yang turut disertakan dalam menu seperti Christmas Pudding, Christmas Cookies, Yule Log dan pelbagai lagi manisan yang manrik. Turut disediakan beberapa booth yang menawarkan pelbagai jenis minuman, korner hidangan kanak-kanak, masakan bergoreng dan Kuey Teow.

Untuk promosi Malam Tahun Baru pula akan diadakan pada 31hb Disember 2016 (Sabtu) dan bermula ianya pada pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam. Dengan harga RM68.00 + untuk dewasa, RM 45.00 + untuk warga emas 60 tahun ke atas, dan RM35.00 + kanak-kanak berumur 4-11 tahun.

Kaya dengan rasa, mempertengahkan kemewahan masakan Antarabangsa pastinya antara hidangan yang menarik yang bakal dihidangkan dalam pakej hidangan tahun baru . Antaranya seperti Traditional Roasted Chicken and Baked Potatoes, Slow-Roasted Beef serve with Pan Jus and Roasted Lamb accompanied with Vegetables and Sauce, Baked Potato with Lamb Pie Filling, Crispy Chicken Drummet, Seared Sea Bass, Seafood Pasta dan pelbagai lagi. Dan pemanis mulut seperti Chocolate Fountain, Tartlets dan Christmas Pudding. 

Restoran Royale Songket juga ada menawarkan Hi-Tea istimewa pada 1 Januari 2017 (Ahad). Dengan harga RM68.00 untuk dewasa,RM45.00 untuk senior 60 tahun ke atas, dan RM35.00 kanak-kanak berumur (4-11 tahun).

Antara yang hidangan yang menarik perhatian seperti Roasted Chicken Whole with Italian Seasoning, Beef Weelington, Leg of Lamb and Meatloaf, Chicken Teriyaki Sesame, Seafood Stewed with Herbs, Smoked Salmon Quice dan pelbagai lagi. 

Dan pastinya manisan seperti pencuci mulut yang enak-enak tidak akan dilupakan. Antaranya seperti French Pastries, Assorted Pudding dan Chocolate Fountain.

 Roasted Whole Turkey with Italian Seasoning

Chicken Cottage Pie

Fried Udon Blackpepper

Wok Fry Butter Prawn

Parade of Cold Seafood on Ice

Salad

Rainbow Cake

Tiramisu

Yule Log

Red Velvet

Chocolate Cake

Sebarang pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Royale Songket Restaurant, 03-55118811 ext. 2612 atau 2613. 

Semua harga adalah tertakluk hanya kepada 6% GST.

·Christmas Eve Dinner @ Royale Songket Restaurant
Disember 24, 2016, Sabtu (6.30 petang -10.30malam)
RM150.00 + untuk dua orang

· Krismas Hi-Tea @ Royale Songket Restaurant
25 Dis 2016, Ahad (12.00 tengahari - 4.30 petang)
Dewasa - RM 68.00 +
Warga Emas - RM 45.00 +
Kanak-kanak - RM 35.00 +

· Makan Malam Tahun Baru @ Royale Songket Restaurant
Disember 31, 2016, Sabtu (6.30 petang-10.30malam)
Dewasa - RM 68.00 +
Warga Emas - RM 45.00 +
Kanak-kanak - RM 35.00 +

· Hi-Tea Tahun Baru @ Royale Songket Restaurant
1 Januari 2017 (12.00 tengahari - 4.30 petang)
Dewasa - RM 68.00 +
Warga Emas - RM 45.00 +
Kanak-kanak - RM 35.00 +

Jom kita ke:

Royale Songket Restaurant
Grand BlueWave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.

Tel : 03-5511 8811

Official website : www.bluewavehotels.com

Info Tentang Restoran Royale Songket 

Restoran Royale Songket merupakan restoran utama yang terletak di tingkat bawah, Hotel Grand BlueWave Shah Alam yang menawarkan pelbagai masakan tradisional dan tempatan serta Baratpelbagai gaya. Hiasan dekorasi berilhamkan unsur-unsur sentuhan Malaysia dalam suasana kontemporari, Restoran ini mampu menampung seramai 150 pengunjung pada satu-satu masa. Paling penting restoran ini juga telah memperolehi sijil HALAL daripada JAKIM. 

Ianya beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam, dibuka setiap hari.