Friday, December 16, 2016

HANIE Foundation, Kulit Muka Sekata Sepanjang Hari.

Hi Korang,

Aku taklah muka aku ni tak sekata pertumbuhannya.

Yelah dengan ada parut jerawat, jerawat keci-kecil, liang pori besar ermm makan tahun jugak nak jadi licin macam vontot bayi ek.

Tapi nak jugak nampak flawless bila orang tengok aku kan…. Ahahahhahaaha ini sangat merepek, mana iya boleh dalam sekejapan

Tapi bila aku cuba HANIE FOUNDATION ni ermmm senyum sampai ke telilnga ek, ternyata ke’flawless’sannye hehehhehe


Hanie Foundation ni akan menjadikan kulit muka lebih berseri dan telus. Dengan bahan pelindung matahari yang diformulasi, ia adalah sesuai untuk kegunaan untuk mengurangkan pengeluaran jeragat, tompok-tompok dan freckles serta mencerahkan kulit.

Hanie Foundation ini mengandungi bahan-bahan yang sangat berkualiti tinggi seperti :

  • Serbuk Mutiara
  • Jojoba Oil
  • Kolagen
  • Madu
  • Vitamin E

Korang mesti tau punya kebaikan bahan-bahan ni semua kan, yelah macam serbuk mutiara ianya berfungsi untuk mencerahkan kulit, minyak jojoba untuk melembabkan kulit serta kolagen sangat penting kepada kulit untuk membuatkan kulit tegang dan anjal. 


Kesan-kesan lain selepas memakai Hanie Foundation :

  • Dapat cover parut dan cela di seluruh muka
  • Lembut pada kulit
  • kulit menjadi flawless dan glowing (itu yang aku nak tuh)
  • Tahan lama dan tidak berminyak
  • Mampu merawat dan mencerahkan kulit
  • Ianya mesra solat


Pengalaman aku bila guna Hanie Foundation ni.


Nampak tak ??


Cantik kan, itulah aku memang suka guna Hanie Foundation ni. Dia ni cepat meresap ke kulit muka dan tak nampak pun macam kita pakai foundation kan. Lagipun warna ni sesuai dengan kulit muka aku hehehehhe

Untuk pengetahuan semua, Hanie Foundation telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT NO 161002133K). Jadi korang tak perlu risau dengan bahan-bahan terlarang dan yang paling penting boleh digunakan dengan selamat dan tanpa was-was so dah tak yah nak fikir-fikir sangat la kan.

Bagi yang ingin mendapatkan Hanie Foundation ini boleh dibeli dengan harga RM80.00 sahaja. Untuk sebarang pembelian boleh hubungi Stokis / Agen yang berdekatan.


Untuk maklumat lanjut sila hubungi :


HANIE BUSINESS SOLUTIONS
No 1-31 Jalan Anggerik Perdana 1
Taman Anggerik Perdana
43500 Semenyih
Selangor

Telefon : 010-2267 854 / 014-6687 854

Facebook : www.facebook.com/hanieHQ

Instagram : www.instagram.com/norheanyzah

Blog : haniebeautycare.blogspot.my

Jom jadi flawless sepanjang masa ek!!! 😁 😁 😁 😁 😁 😁

Wednesday, December 14, 2016

Best Pulak Digi Postpaid™ RM110 FREE UNLIMITED 4G INTERNET Di Hujung Minggu Ni Ek.

Hi Korang,

Internet dan kita-kita rakyat marhaen ni memang tak dapat di pisahkan. 

Setiap masa asyik duk scroll je smartphone tu kan, betul tak? Ishk jangan nak tipu ek, betulah tuh sebab aku buat juga ye hehehehhe


Hujung minggu ni tak de apa nak buat, baik check it out latest news kat internet kan hehehhehe Seronok scroll-scroll tup-tup slow makin slow makin slow dibuatnya bila nak bukak page lain, la quota data internet habis rupanya.

Abis tuh tak kan nak duduk nganga je tengok tepon tu ek. 

So haruslah survey cari solution untuk masalah data internet cepat habis ni kan. 

Cari punya cari until aku terbaca menda ni di internet. 


Rupanya Digi telah melancarkan pakej terbaru mereka iaitu ‘New Digi Postpaid Plans’ yang menawarkan kepada para pelanggan lebih kuota Internet serta keupayaan untuk peralihan kuota yang tidak digunakan untuk menikmati pada bulan berikutnya. Pelan baru, hanya dipanggil Digi Postpaid, bertujuan untuk menambah lebih nilai kepada pelanggan yang semakin hari semakin gilakan internet dan mahukan data internet yang banyak untuk mereka suker bebenau mengupdate social media mereka ek. Bukan social media jelah banyak lagi menda lain boleh dibuat dengan internet ini.

Kalau aku citer panjang-panjang kang korang kata aku melalut je lebih baik aku ringkaskan so senang korang paham.

  • New Postpaid Plan RM110/month
  • Total Internet Quota: 25GB All Day 
  • UNLIMITED 4G pada Hujung Minggu
  • Unlimited Calls: To all networks 

Seronoknye wei boleh bergayut tak kira masa, nak call mak lelama lagilah boleh. Bergossip dengan bebudak blogger ni lagilah seronok, biasalah blogger kan tak abis-abis dengan isu semasa ada je menda nak citer. Citer pasal blog lah, pasal makanlah, pasal event lah.

  • Internet Rollover: 3GB 

Rollover? Ermm cam ni, kengkonon korang tak abis guna internet kuota bagi bulan ni, so balance yang tak habis pakai tuh boleh di bawa ke bulan hadapan tau ermm best tuh..

  • FREE roaming in 5 countries(5GB + 60 mins) in Singapore, Thailand, Myanmar, Indonesia, Brunei. 
  • Free Apps: Capture – 100GB iflix – 60 days 

Capture – 100GB


Aku baru tau ada apps Capture ni. Ishkk jakun benau ek. Kira macam Capture ni tempat simpan gambar yang tak muat kalau save kat smartphone. Yelah amik gambar kemain banyak tapi tak tau nak simpan mana so Capture la jawabnye. Wei 100GB banyak tuh !

iflix – 60 hari


La dapat akses iflix pulak, wow ini lagi menambahkan keriangan di hujung minggu. Boleh tengok pelbagai jenis drama dan filem terbaru dari oversea kan. Beribu-ribu drama dan filem ada wie di iflix tuh ermm tengok sampai muntah hehehehhe

Hasil survey di internet ermm dapat pi makan sedap kan hehehe


Wow FREE UNLIMITED 4G masa weekend?


Biar betul!!

Haruslah mak suka bebenau ni. Yelah hujung minggu memang tak de nak buat apa pun kan, so mengadap internet 24jam jelah ek. Lagipun aku kan suka explore tempat-tempat makan yang baru dan best, so hujung minggulah boleh check it out jadi internetlah yang boleh menolong aku bila nak waze ke tempat makan tuh dan tengok menu-menunya ek. 

Lagi pulak sekarang ni kan cuti sekolah, of courselah korang duk sibuk nak berjalan ke sana kemari pi oversea bagai kan so bila ada FREE ROAMING ke negara-negara Asia macam Singapura, Thailand, Myanmar, Indonesia dan Brunei haruslah lagi bertambah excited nak pi bercuti. Banyak tuh kuota 5GB dan ditambah lagi dengan 60 minit, memang setiap masa update social media je ek. 

Seronok kan..

So apa tunggu lagi, meh lah bertukar pada ‘New Digi Postpaid Plans’

Nak check it out kat sini untuk info lanjut http://bit.ly/2g1Iurl








Tuesday, December 13, 2016

Beli Barang Online Dari Jepun Di IPPIN.COM.MY

Hi Korang,


Aku kalau citer pasal shopping memang cukup suka, yelah bab mengabiskan duit meh serah kat aku hahahahha

Tapi barang dari Jepun? 

Ermm mesti korang akan cakap uishkk mahal lah barang-barang dari Jepun dengan matawang kita merudum ni kan. Yelah shopping shopping jugak, kalau boleh nak lah jimat jugak la wei.

So masa google-google hari tuh aku terpandanglah website shopping ni, not bad jugak lah barangannya dari Jepun tau. Hehehehe

Memperkenalkan


Ianya merupakan platform shopping online yang membolehkan kita rakyat marhaen kat Malaysia ni membeli belah barangan premium dari Jepun depan laptop je tau. Kemudian barangan ni di hantar secara terus (dalam masa 6-8 hari) dari Jepun kepada korang. 

Wei Jepun kan terkenal dengan gadget, jam-jam terkini so korang boleh check it out di website IPPIN.COM.MY ni ek.


Bukan setakat gadget elektronik je, fesyen, makeup even barang makan pun ada jugak, lagi satu lagi satu produk HALAL pun ada jugak tau.

6 sebab kenapa korang patut beli barangan Jepun dari Ippin:


Apmacam, baguskan. Ini yang berkobar-kobar aku nak shopping ni ek. 

Ok dah moh shopping lekassss!!

☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺


Jeng jeng jeng…


Barang yang di shopping pun sudah tiba..


Cepat gak sampai, nampak packagingnya kemas dan siap bubble sekali tau. Kira barang korang tak rosaklah masa sampai walaupun parcel kemungkinan besar dibaling-baling kan..

Inilah barangan yang aku shopping tuh


  • NUNONA cloth pads liner
  • Melati White Gel
  • Sakura Kokoro Skincare

Ermm banyak jugak ni ek, ok aku akan citer satu persatu lah kan supaya korang senang sket nak paham.


NUNONA Cloth Pad Liner



Ini merupakan tuala wanita jenis kain, yang sememangnya popular di kalangan wanita Jepun yang mementingkan gaya hidup sihat. Bahan-bahannya berkualiti tinggi dan 100% organic cotton (GOTS - Global Organic Textile Standard cerified)




Direka dengan bahan kalis air dan bahan telap lembapan yang sangat bernafas dan bukti kebocoran. Ia mencapai kadar resapan kelembapan dan rintangan air. Kalau korang nak beli, ni aku terus bagi korang link untuk shopping nie KLIK SINI JE

Melati White Gel



Gel berbentuk krim ini berfungsi sebagai losyen, emulsion dan essence muka. Beberapa titis minyak di sadur dengan gel yang mengandungi kandungan air yang banyak. Tekstur gel yang ringan menyerap lembut ke kulit muka. 

letak sedikit je tau

nampak? sekejapan nak meresap ke kulit

Oh ye, Melati White Gel ini mendapat kelulusan HALAL dari Japan Halal Centre. Cara nak gunakan ermm mudah je sapukan amount yang korang rasa cukup untuk di sapukan di muka dan juga boleh digunakan di anggota badan. 

Kalau nak beli, korang boleh refer kat link ni : beli Melati White Gel

Sakura Kokoro Skincare 


Memperkenalkan juga Sakura Kokoro juga merupakan produk penjagaan kulit yang HALAL daripada Jepun. Wah best ni, produk halal dari Jepun ek. Ianya dibuat bukan sahaja untuk para wanita muslim tetapi juga menjadi pilihan wanita Jepun yang mempunyai kulit sensitif. Packagingnya sangat simple dan ringan juga serta sesuai untuk di bawa ke mana saja.

Produk berkualiti tinggi dari Jepun dibuat berasaskan prinsip Shariah. Selain daripada bagus untuk kulit sensitive ianya juga sesuai untuk mereka yang mengamalkan cara hidup vegan (Alcohol-free, no animal-derived ingredients, paraben-free and oil-free)

Beberapa produk di bawah Sakura Kokoro Skincare adalah:-

Sakura Kokoro Cleansing Wash



Sakura Kokoro BB Cream

Setelah aku menggunakan beberapa hari kesemua produk ni aku rasa ianya bersesuaian dengan kulit muka kita orang-orang Asia ni, lebih-lebih lagi yang mempunyai masalah kulit sensitif. Walaupun aku ni kulit kombinasi tapi memang sesuai juga dengan aku. Rasa segar dan bersih je selepas menggunakan produk Sakura Kokoro ni. 

Untuk info lanjut, korang boleh check it out di

Website Ippin: 

Facebook : 

Instagram :