Tuesday, December 13, 2016

Beli Barang Online Dari Jepun Di IPPIN.COM.MY

Hi Korang,


Aku kalau citer pasal shopping memang cukup suka, yelah bab mengabiskan duit meh serah kat aku hahahahha

Tapi barang dari Jepun? 

Ermm mesti korang akan cakap uishkk mahal lah barang-barang dari Jepun dengan matawang kita merudum ni kan. Yelah shopping shopping jugak, kalau boleh nak lah jimat jugak la wei.

So masa google-google hari tuh aku terpandanglah website shopping ni, not bad jugak lah barangannya dari Jepun tau. Hehehehe

Memperkenalkan


Ianya merupakan platform shopping online yang membolehkan kita rakyat marhaen kat Malaysia ni membeli belah barangan premium dari Jepun depan laptop je tau. Kemudian barangan ni di hantar secara terus (dalam masa 6-8 hari) dari Jepun kepada korang. 

Wei Jepun kan terkenal dengan gadget, jam-jam terkini so korang boleh check it out di website IPPIN.COM.MY ni ek.


Bukan setakat gadget elektronik je, fesyen, makeup even barang makan pun ada jugak, lagi satu lagi satu produk HALAL pun ada jugak tau.

6 sebab kenapa korang patut beli barangan Jepun dari Ippin:


Apmacam, baguskan. Ini yang berkobar-kobar aku nak shopping ni ek. 

Ok dah moh shopping lekassss!!

☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺


Jeng jeng jeng…


Barang yang di shopping pun sudah tiba..


Cepat gak sampai, nampak packagingnya kemas dan siap bubble sekali tau. Kira barang korang tak rosaklah masa sampai walaupun parcel kemungkinan besar dibaling-baling kan..

Inilah barangan yang aku shopping tuh


  • NUNONA cloth pads liner
  • Melati White Gel
  • Sakura Kokoro Skincare

Ermm banyak jugak ni ek, ok aku akan citer satu persatu lah kan supaya korang senang sket nak paham.


NUNONA Cloth Pad Liner



Ini merupakan tuala wanita jenis kain, yang sememangnya popular di kalangan wanita Jepun yang mementingkan gaya hidup sihat. Bahan-bahannya berkualiti tinggi dan 100% organic cotton (GOTS - Global Organic Textile Standard cerified)




Direka dengan bahan kalis air dan bahan telap lembapan yang sangat bernafas dan bukti kebocoran. Ia mencapai kadar resapan kelembapan dan rintangan air. Kalau korang nak beli, ni aku terus bagi korang link untuk shopping nie KLIK SINI JE

Melati White Gel



Gel berbentuk krim ini berfungsi sebagai losyen, emulsion dan essence muka. Beberapa titis minyak di sadur dengan gel yang mengandungi kandungan air yang banyak. Tekstur gel yang ringan menyerap lembut ke kulit muka. 

letak sedikit je tau

nampak? sekejapan nak meresap ke kulit

Oh ye, Melati White Gel ini mendapat kelulusan HALAL dari Japan Halal Centre. Cara nak gunakan ermm mudah je sapukan amount yang korang rasa cukup untuk di sapukan di muka dan juga boleh digunakan di anggota badan. 

Kalau nak beli, korang boleh refer kat link ni : beli Melati White Gel

Sakura Kokoro Skincare 


Memperkenalkan juga Sakura Kokoro juga merupakan produk penjagaan kulit yang HALAL daripada Jepun. Wah best ni, produk halal dari Jepun ek. Ianya dibuat bukan sahaja untuk para wanita muslim tetapi juga menjadi pilihan wanita Jepun yang mempunyai kulit sensitif. Packagingnya sangat simple dan ringan juga serta sesuai untuk di bawa ke mana saja.

Produk berkualiti tinggi dari Jepun dibuat berasaskan prinsip Shariah. Selain daripada bagus untuk kulit sensitive ianya juga sesuai untuk mereka yang mengamalkan cara hidup vegan (Alcohol-free, no animal-derived ingredients, paraben-free and oil-free)

Beberapa produk di bawah Sakura Kokoro Skincare adalah:-

Sakura Kokoro Cleansing Wash



Sakura Kokoro BB Cream

Setelah aku menggunakan beberapa hari kesemua produk ni aku rasa ianya bersesuaian dengan kulit muka kita orang-orang Asia ni, lebih-lebih lagi yang mempunyai masalah kulit sensitif. Walaupun aku ni kulit kombinasi tapi memang sesuai juga dengan aku. Rasa segar dan bersih je selepas menggunakan produk Sakura Kokoro ni. 

Untuk info lanjut, korang boleh check it out di

Website Ippin: 

Facebook : 

Instagram : 




Friday, December 9, 2016

MAHA 2016 Penuh Warna Warni Kepenatan Tapi Menyeronokkan!!

Hi Korang,


Setelah lama pasang niat nak ke MAHA2016 maka akhirnya berjaya jugak mengharungi lautan manusia semalam apabila sepanjang hari berada di sana.


Ushikkk sepanjang hari tuh… dah macam kerja kat situ pulak kan. 


Pameran Pertanian, Hortikulture dan Agro Pelancongan (MAHA 2016) anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Serdang telah di rasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak. Maha 2016 kali ini bertemakan Makanan Kita Masa Depan Kita (our food our future) yang bertujuan mempamerkan product terbaik hasil pertanian negara, juga merupakan ekspo makanan dan pertanian terbaik Malaysia di Maha 2016.

Memang berbaloi sangat-sangat aku ke MAHA 2016 tahun ini. Walau orang ramai dan cuaca panas tapi aku puashati sangat-sangat. Banyak saya dapat bawa balik terutama keperluan dapur serta makanan.

Aku cerita ikut tempat-tempat yang aku singgah ek, kalau citer semua boleh pengsan ooooo

Parking


Aku suggest masuk dari Pintu 2 sebab once korang masuk daripada situ dah ada parking sebelah Pintu 2 tuh. Nampak cam sket cuba korang jalan ke depan sket, amik ko melambak parking tapi orang Malaysia ni manja semua nak parking depan pintu, bila depan pintu tak boleh masuk dah kena patah balik kan dan jem tuh. 


Kalau parking di Pintu 2, ada tempat menunggu trem/shuttle bus bagai kan. Eh ada orang jual pokok jugak so boleh cuci mata sambil tunggu turn nak naik bas. Parking Pintu 2, naik shuttle terus je bas tu bawak sampai pintu depan hall beso tuh. So kena jalan kaki sket la ek sebab trem tak boleh naik sampai atas tuh. 


Once dah jumpa geng-geng blogger yang lelain ni di Hall A. Terus kitaorang di bawa ke Nafas Cube untuk sarapan.

NAFAS CUBE


Merupakan tapak penginapan yang boleh di sewa oleh orang ramai. Terdapat 3 jenis penginapan yang disediakan iaitu Kontena, Calvert dan juga Khemah.


Kalau korang nak tahu, NAFAS merupakan badan induk kepada persatuan-persatuan peladang seluruh negara dan idea asalnya adalah dari Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Shaberry Chik.


Harga bermalam semalam lebih kurang dari RM150 – RM280 bergantung korang nak tidur yang mana satu ek hehehhe. Kalau aku semua tempat aku nak tidur, don’t worry ada cafe jugaklah wei kat sini so makan tak yah nak keluar jejauh jalan. 

Kalau anda ke Maha 2016 ini, jangan lupa singgah di Nafas Cube tau, memang surekorang terpegun dengan keunikkan di lokasi pameran NAFAS ini.

JABATAN PERIKANAN MALAYSIA – MAHA 2016



Dekat dengan NAFAS CUBE ni, terus kitaorang dibawa pula ke kawasan Jabatan Perikanan Malaysia. Kat sini kitaorang di bawa melihat berbagai jenis ikan dan dari sekecik kecik ikan hinggalah sebesar-besar ikan kita tengok. Ada yang mahal dan ada juga yang murah.


Yang bestnya di sini, mana ikan-ikan yang kita tak pernah tahu, disini kita dapat tahu, Actually banyak lagi gambar-gambar ikan-ikan disini, tapi aku baik korang pergi sendiri lihat, baru puashati.

LAMAN PADI – MAHA 2016



Yeah aku suka tempat ni sebab dah lama tak tengok sawah padi hauhauhauhau. Di laman padi ni kitaorang di bawa melihat sawah padi untuk dipamerkan disana. Kitaorang juga di bawa melihat jenis-jenis beras yang telah diproses.


Kitaorang juga di beri penerangan cara-cara mereka memproses padi sehingga menjadi beras.

Eh sempat belajar cam ne buat bedak sejuk dari beras ni tau…

PINEAPPLE PLANET, LAMAN NANAS – MAHA 2016



Seterusnya kitaorang di bawe ke Pusat Informasi Nanas. Di sini kitaorang dapat merasa air nanas dan juga buah nanas. Bermacam-macam booth menjual perbagai jenis air dan makanan dari nanas. Ada juga kertas dari nanas tau!


Di sini sempat lagi kami berjumpa rakan blogger HazmanFadzil yang juga merupakan usahawan nanas. Dapat lah kitaorang menghilangkan dahaga dengan air nanas MD2 yang berjenama Jus Bob Nanas. Memang sedap dan dapat menghilangkan dahaga aku ketika itu.

LAMAN ARMADA JENTERA – MAHA 2016


Kitaorang di bawa pula ke Laman Jentera. Di sini terdapat jentera-jentera yang digunakan untuk pertanian, pertanian dan juga jentera untuk perikanan serta mesin membuat kuih tradisional secara besar-besaran. 



Semuanya besar-besar daripada aku, gerun rasanye ek tapi seronok tau.

LAMAN TERNAKAN – MAHA 2016


Memang naik trem tapi kena berjalan kaki jugak lah wei, sebab tempat dia dekat-dekat je. Kat Laman ternakan ni, kitaorang dapat melihat haiwan ternakan pelbagai jenis yang kita tak pernah jumpa. Macam ayam, pelbagai jenis ayam di pamer tau ayam kampung, ayam serama, ayam hitam dan memacamlah. 


Lembu pulak ada pelbagai jenis baka lembu yang korang akan terperanjat bila tengok ek.


So sado tak? 
Hehehe. Ok lembu yang di atas ni dipanggil Lembu hibrid Sado, merupakan lembu pendaging kacukan yang terhasil melalui pembiakan secara permanian berhadas menggunakan semen beku daripada lembu yang mempunyai ciri-ciri otot berganda semulajadi seperti Baka Belgian Blue.


Di sini kitaorang sempat juga merasa hasil ternusu daripada susu lembu dan kambing. Siap bawak balik lagi sebab sedap sangat susu yang dihasilkan serta dadih. Aku kat sini je berbotol-botol minum susu lembu tau.

LAMAN SAYURAN dan HERBA – MAHA 2016



Bagi pecinta sayuran inilah tempatnya. Seronok seronok seronokkkkkk.....


Pelbagai jenis sayuran yang boleh korang lihat, even nak beli pun boleh. Aku suka ke sini sebab sukakan pemandangan yang hijau tuh. Dah kat sini sejuk macam Cameron Highlands pulak may be sebab banyak pokok-pokok besar yang melindungi pokok-pokok kecik ni kan.

MAKAN di FOOD EMPIRE


Ni dia tempat makan terbesar di MAHA 2016 ni tau - FOOD EMPIRE


Yesza inilah warzone paling best sekali sebab ada lebih 165 jenis makanan yang ada di sini. Tempat ni luas dan meja dan kerusi pun banyak. Pilihan makanan yang sangat-sangat marbelesss.


Kalau tak nak makan kat sini pun takper gak, sebab bersepah-sepah food truck di sekitar kawasan MAHA 2016. Nak makan yang murah yang mahal semua ada, rasanya lebih 700 food truck yang berniaga di sini sepanjang 11 hari ni.

AGRO LIFESTYLE


Tempat ni di Hall A. Kita tau yang agro je bertanilah berkebun lah tapi sebenarnya ada lagi benda lain yang ada di kelompok Agro ni tau. 


Kalau ni kita dapat melihat pelbagai jenis bidang keusahawanan seperti spa, jahitan, perusahaan secara kecil-kecilan pun ada. 

CASTLE OF FRUITS – MAHA 2016


Tempat ni betul-betul depan pintu masuk nak ke Hall A je tuan-tuan dan puan-puan. Kuatkan iman bila masuk ke sini sebab di sini poket korang akan di koyakkan hahahaha


Pelbagai jenis jualan tanaman anak-anak pokok, buah-buahan secara murah dan harga yang berpatutan. Ya ampun aku sampai tak larat nak lalu sebab ramai benau orang membeli belah, bayangkan sebungkus jagung yang dalamnya ada 6 batang dan di jual 3 bungkus pada harga RM10. Ermm tak ke pengsan tuh kan murah murah murah. 


Actually aku dapat cover sebenarnya baru 75% daripada seluruh kawasan pameran dan jualan di MAHA 2016 ni. Aku tak sempat nak ke perkampungan Mak Cun, area Upin Ipin, pavilion rumah-rumah seluruh Malaysia, tempat nak unta ermm banyak lagi wei sebenarnya hauhauaha sebab dah petang dan MAHA 2016 pun dah nak tutup. 

tempat ni best sebab setiap hari dalam pukul 5 petang nanti boleh dapat minum air kelapa secara percuma 100 orang je tau..

Yang best sebenarnya, kita kena datang 2-3 untuk cover seluruh kawasan MAHA 2016 ni. Baru rasa kenikmatannya. 


Ok kerana limited sangat nak letak gambar di blog ni, korang boleh check it out di Facebook page aku KLIK SINI TAU sebab aku dah upload gambar-gambar yang cantik lagi menarik sepanjang aku berada di MAHA 2016 ni.


Korang boleh check it out jugak di instagram dengan menggunakan hashtag
#Maha2016
#ourfoodourfuture

untuk tengok gambar-gambar menarik daripada pengunjung lelain tau.


Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan (MAHA) 2016 ini berlangsung 1 hingga 11 Disember 2016, so jangan lepaskan peluang keemasan ini dengan pergi ke Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang dengan segera.

Selamat berpenat berjalan dan bershopping ye korang ek!!!




Thursday, December 8, 2016

Lava Cheese Tart di Village Grocer Terbaekk!!

Hi Korang,


Ada peminat cheese tart kat sini ? 

Yeahh meh angkat tangan yooo

Ni aku nak kongsi info best ni tau…

Untuk peminat cheese tart kini korang boleh dapat rasakan pelbagai perisa cheese tart di Village Grocer. 

Melalui pengalaman Chef May Foo yang berjaya menghasilkan Lava Cheese Tart yang sedap mengunakan barangan yang terbaik dari New Zealand. Menurut kata Chef May Foo, semasa menghasilkan resipi untuk tarts, dia telah mengkaji dan melihat pelbagai bahan-bahan dari serata dunia dan semua ini diakhiri dengan barangan dari New Zealand yang sememangnya kaya dengan produk tenusu mereka, lebih-lebih lagi keju asli mereka. 


Produk yang digunakan bagi menghasilkan tart yang sedap ini antaranya Anchor Butter dan Cream Cheese sebab produk ini sangat mewah dengan berkhasiat. Siapa yang pernah guna akan tahu bagaimana lemak berkrimnya produk ini. Yang penting tidak membahayakan kesihatan kita ok.



Di inspirasikan dari kegemaran rakyat Malaysia, Chef Foo telah menghasilkan tart yang sememangnya sedap dan sukar di tolak. Memang sekali cuba, pasti nak rasa lagi. Pastri tart yang ranggup dan lembut tau kalau di Village Grocer. Untuk menikmati semua tart ini, ianya telah di sediakan dengan 4 perasa atau inti yang berlainan iaitu Original, Golden Lava, Matcha dan Tiramisu.

Apa yang membuatkan Tart di Village Grocer ini sangat istimewa? 

  • kalau korang nak tahu 2 jenis Anchor Cheese yang digunakan untuk membuat inti tengah atau filling tart di sini iaitu Cream Cheese dan Parmesan Cheese. 
  • Tart di Village Grocer juga di jual pada saiz mudah digigit dan paling penting ianya dibuat segar untuk semua pelanggan setiap hari.
  • Tart yang mempunyai 4 inti di bahagian tengah ini sememangnya mengunakan barangan premium yang dihasilkan dari New Zealand. 
  • Harga tart ini dijual dari harga RM3.50 setiap satu. 

Jangan lah risau kalau korang tertanya-tanya mana pulak nak dapatkan barangan premium dan berkhasiat ini. Datang sahaja di Village Grocer dan semua bahan-bahan ini sangat mudah untuk di dapati di sini. Bukan produk Anchor sahaja yang ada, malah proudk lain seperti apple, chocolate dan jua mentega kacang ada juga. Antaranya New Zealand apple, Pic's Peanut Butter dan Whittaker's Dark Ghana Chocolates. 

Meh sini aku tunjukkan demonstrasi bagi menghasilkan tart yang sedap-sedap di Village Grocer termasuk resipinya sekali tau.

Ini lah dia resipi ORIGINAL LAVA CHEESE TARTS


Cara buat tart shell atau kulit pastri luar tu.

Anchor UnSalted Butter 150 gram dan icing sugar 50 gram

Telur Gred A sebiji

Tepung serbaguna 300 gram dan sedikit garam. 

Campurkan semua butter dan icing sugar di kacau rata. Tambahkan sebiji telur dan tinggalkan sehingga menjadi doh. Rehatkan doh selama 30 minit di dalam chiller dan masukk ke dalam loyang tarts mengikut saiz yang dikehendaki. Buat setebal 2mm dan bakar tart shells pada suhu 180C selama 13-15 minit. 

Cara buat campuran Lava Cheese (bahagian tengah)

Anchor Cream Cheese (dilembutkan) 250gram bersama Anchor Salted Butter 50gram

Anchor Whipping Cream 150g bersama Susu UHT 100gram

Perfect Italiano Parmesan Cheese 15gram

Gula 100gram

Tepung Kastard 15gram

Telur Grade A sebiji dan Esen Vanilla satu sudu kecil



Campurkan cream cheese, butter, whipping cream, susu, parmesan dan gula. Semua sekali mengunakan cara double boil dengan air panas pastikan semua sebati. Asingkan air tersebut dan masukkan tepung kastard, telur, esen vanilla. Gaul rata sehingga adunan menjadi pekat. 

Tinggalkan adunan di dalam peti sejuk beku selamat 2 jam sebelum di sapu dengan putih telur. Bakar pada 230C untuk 7-8 minit sehingga bahagian atas bertukar keperangan.


Dah siap pun resipi ORIGINAL LAVA CHEESE TART untuk yang mencuba resipi ini di rumah. Pastikan oven masing-masing tau, sebab masa membakar kadang-kadang bergantung pada oven di rumah kita jenis apa. 

Sempena pelancaran, semua peminat tart boleh beli 5 tart dan dapat percuma satu lagi. Satu kotak berisi 6 tart dijual pada harga RM15.00 sahaja dan promosi ini boleh korang dapati di semua Village Grocer outlets yang berdekatan dengan anda. Kalau nak lebih maklumat layari www.villagegrocer.com.my


Semasa demonstrasi, ada juga pertandingan menghias di adakan. Tahniah kepada pemenang yang telah berjaya menambat hari juri dan membawa pulang hamper dari Village Grocer.

Macam mana korang, mesti teruja nak rasa dan nak tahu apa rasanya kan. Aku sempat rasa masa pelancaran hari tuh ermm memang lemak sangat. Sedap dan berbaloi untuk dibawa pulang ke rumah atau berkunjung ke rumah sanak saudara. 

sedap oooo

Bagi yang ragu-ragu Anchor Food telah dapat halal dari JAKIM ya. So tak perlu nak was-was nak beli barangan dari New Zealand. Korang sendiri boleh baca semua label sebelum membeli rangkaian dari New Zealand ini. 

Untuk lanjut, meh klik di

Facebook at New Zealand Food 
 or 
tag us on lnstagram at @NZ_Giobal 

menggunakan hashtag #newzealandfood dan #myvillagegrocer untuk berkongsi pengalaman korang membuat NZ cheese tart ek