Wednesday, December 7, 2016

8 Ciri Terpenting Hartanah Sewa Yang Menguntungkan

Hi Korang,


Bermula dengan keputusan ingin membuat pelaburan hartanah pertama anda hingga akhirnya membeli hartanah sewa yang pertama, banyak perkara yang perlu dilakukan. Perkara-perkara ini mungkin tampak sukar untuk pelabur baru. Pemilikan hartanah adalah perniagaan yang sukar dan bidang ini penuh dengan jerangkap samar yang mampu menghancurkan peluang pulangan anda apabila bidang hartanah tengah mengalami ketidak-stabilan kelmarin. 

Memulakan Pencarian


Walaupun anda ada menggunakan khidmat ejen hartanah bagi membantu menyempurnakan pembelian hartanah sewaan anda, anda patut mula membuat carian untuk pelaburan anda sendiri. Pencarian anda boleh bermula dengan memakai portal real estate atau hartanah seperti PropertyGuru.


Kadar pelaburan anda akan dihadkan bergantung pada sama ada anda berniat untuk menguruskan hartanah anda secara aktif atau mengupah orang lain untuk menguruskannya. Jika anda mahu menguruskannya secara aktif, anda tidak patut mencari hartanah yang terletak jauh dari tempat tinggal anda. Jika anda merancang mahu mengguna khidmat syarikat pengurusan hartanah bagi menguruskan hartanah anda, jarak bukan lagi menjadi satu isu buat anda.

Mari kita lihat 8 ciri terpenting yang perlu anda timbangkan sebelum mula melabur dalam hartanah.

1) Kejiranan

Mutu kejiranan hartanah anda akan menjadi faktor penting dalam menentukan jenis penyewa yang tertarik dengan hartanah anda dan juga berapa kerap anda akan hadapi kekosongan penyewa. Contohnya, jika anda membeli hartanah berdekatan universiti, besar kemungkinan bakal penyewa anda terdiri daripada pelajar-pelajar dan anda akan menghadapi kekosongan penyewa dengan kadar yang lebih kerap. 

2) Sekolah

Penyewa anda mungkin sudah atau merancang untuk mempunyai anak, jadi mereka perlukan rumah berdekatan dengan sekolah yang bereputasi baik. Bila anda menjumpai hartanah yang baik berdekatan sekolah, pastikan anda selidik mutu sekolah tersebut kerana ia akan memberi kesan terhadap nilai hartanah anda. Jika reputasi sekolah tersebut tidak memuaskan, ia akan menjejaskan nilai hartanah anda. 

3) Jenayah

Tiada siapa mahu tinggal di tempat yang berdekatan dengan kawasan aktiviti jenayah. Dapatkan khidmat pihak polis atau buat carian atas talian untuk mengetahui kadar statistik jenayah di pelbagai kejiranan. Perkara yang perlu anda beri perhatian adalah kadar vandalisme, jenayah berat, jenayah kecil dan aktivitii terkini (meningkat atau menurun). Anda juga perlu selidik tentang kekerapan kehadiran pihak polis di kejiranan anda.

4) Pasaran Kerja

Lokasi yang mempunyai peluang pekerjaan yang pesat biasanya menarik lebih ramai orang - sekaligus lebih ramai penyewa. Jika anda terlihat notis perpindahan syarikat besar yang baru ke kawasan anda, anda boleh menarik nafas lega kerana pastinya pekerja-pekerja akan membanjiri kawasan tersebut. Bagaimanapun, ini juga akan menyebabkan harga hartanah terkesan (secara positif atau negatif) bergantung pada perusahaan yang akan berpindah ke kawasan itu. 

5) Kemudahan

Selidik kejiranan pilihan anda tentang kewujudan taman, pasar raya, gimnasium, panggung wayang, pusat pengangkutan awam dan apa-apa saja yang akan menarik penyewa sama ada yang sudah sedia ada atau dalam perancangan pembinaan. Bandar-bandar, dan kadangkala sesebuah kawasan di dalam bandar, mempunyai banyak bahan promosi yang akan memberi maklumat kepada anda berkenaan kemudahan awam dan persendirian terbaik.

6) Pembangunan Masa Depan

Jabatan perancangan daerah mempunyai maklumat berkenaan semua pembangunan baru atau yang akan datang dia kawasan tersebut. Jika wujud banyak pembangunan kondominium, tapak perniagaan atau pasar raya di kawasan anda, maknanya kawasan itu mempunyai kadar pembangunan yang baik. Namun begitu, berhati-hati dengan pembangunan yang akan menjejaskan hartanah di sekitarnya, contohnya, menyebabkan kemusnahan ruang hijau yang mesra aktiviti. Lambakan kondominium dan/atau perumahan baru juga boleh menjadi saingan dan memberi pilihan pada penyewa anda, jadi sila berwaspada dengan kemungkinan tersebut.

7) Jumlah Hartanah Yang Disenaraikan dan Yang Disewakan 

Jika jumlah hartanah yang tersenarai untuk dijual di sesebuah kawasan luar biasa banyaknya, ini mungkin terjadi disebabkan kitaran musim atau kejiranan itu “sudah terjejas”. Pastikan anda menemui puncanya sebelum membeli. Anda juga perlu menentukan sama ada anda mampu bertahan semasa musim kekosongan. Sama dengan kadar penyenaraian, kadar kekosongan boleh memberi gamabaran awal tentang keberangkalian kejayaan anda menarik penyewa.

8) Sewa

Bayaran sewa akan menjadi intipati hartanah sewaan anda, jadi anda perlu tahu purata sewa di kawasan anda. Jika sewa yang dikenakan tidak mencukupi untuk menampung bayaran gadai janji, cukai dan lain-lain perbelanjaan, anda perlu terus mencari. Selidik sesebuah kawasan untuk menjangka pembangunan kawasan dalam jangka lima tahun akan datang. 


Dapatkan Maklumat


Bercakap dengan penyewa dan pemilik rumah di kejiranan tersebut. Penyewa biasanya lebih jujur tentang aspek negatif sesuatu kawasan kerana mereka tiada kepentingan di situ. Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut di portal hartanah atas talian seperti PropertyGuru



Tuesday, December 6, 2016

Anlene MoveMax Bersama ‘SINARAN’ Sheila Majid

Hi Korang,


Sinaran… mentari menyinari
Menusuk ke jiwaku
Ketika bersamamu

Ingat kan lagu ni errmm of courselah penyanyinya Sheila Majid..


Lama tak follow perkembangan penyanyi Sheila Majid ni ek so baru-baru ini, bertempat di IOI City Mall Putrajaya, Anlene telah melancarkan kempen "Anlene MOVE AS YOUNG AS YOU FEEL INSIDE Bersama Sheila Majid". Kempen yang bertujuan untuk mengajak lebih ramai masyarakat dewasa hari ini untuk sentiasa bergiat aktif dan produktif setiap hari serta mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan mengambil makanan bernutrisi.

Fonterra telah memperkenalkan susu Anlene terbaru yang diformulasi dengan MoveMax yang mengandungi keunikan nutrisi kolagen bersama nutrisi-nutrisi lain yang sedia ada seperti kalsium, protein, magnesium, zink serta vitamin B6, B12, C, D dan E. Yang mana gabungan nutrisi ini boleh menjaga otot, tulang dan kesihatan badan kita. Apatah lagi apabila umur pasti menginjak setiap tahun, kita perlu mengambil berat tentang kesihatan diri!


Untuk kempen "Move Young" kali ini, Anlene telah melantik Sheila Majid sebagai model yang boleh memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa bergerak aktif dalam kehidupan seharian mereka.


"With the remake of Sinaran we hope to excite and inspire more Malaysians to embrace their youthfulness with movement. Sheila is an inspiration to many as she lives an active lifestyle and believes in taking care of herself and her family with the right nutrition such as Anlene," kata Mr. Jose Miguel Porraz Lando, Managing Director of Fonterra Brands Malaysia.

Menurut Sheila Majid tahun 2016 ini merupakan tahun yang ke 30 beliau bergiat aktif dalam dunia seni dan dengan melancarkan semula lagu Sinaran versi baru merupakan sesuatu yang begitu bermakna buat dirinya. Apatah lagu ini turut dinyanyikan bersama anaknya Kayda.


Melihat kepada penyanyi tubuh genit ini yang cukup bersemangat dan ceria begitu memberi inspirasi kepada saya. Apatah lagi dalam perkongsian bersama media, Sheila telah mengingatkan tentang kehidupan yang lebih gembira adalah kita memiliki tubuh badan yang sihat dan cergas. Biarpun ramai yang begitu obses untuk kelihatan kurus dan cantik melalui rutin senaman yang ekstrem tetapi sebenarnya menurut Sheila untuk mendapatkan badan yang kita idamkan kita perlu menjaganya terlebih dahulu. Caranya mudah, hanya dengan mengambil makanan bernutrisi kaya khasiat. Ini apabila kita tidak ada masalah kesihatan, kita akan sentiasa cergas untuk melakukan aktiviti yang sihat sepanjang hari. Contohnya berbasikal, berjalan-jalan di taman dan sebagainya. Secara tidak langsung aktiviti-aktiviti produktif seperti ini mampu mengekalkan tubuh badan yang dikehendaki sekaligus memelihara kesihatan paling terbaik.


"Movement is an integral part of keeping the bones, joints and muscles healthy. And giving the right nutrition is important to support our overall movement. This is the reason we have enhanced our Anlene formula; apart from added calcium for bones, we have also included collagen, and protein to support your overall movement" kata Puan Megawati Suzari, Director of NEw Product Developement, Science and Reguatary Affairs

"Move as young you feel inside" dan jangan biarkan peningkatan umur menjadikan kita terasa begitu tua dan tidak bersemangat. Serlahkan pesona diri dari dalam, hidup secara aktif dan sihat. Itu antara yang sentiasa diingatkan oleh Sheila Majid, lagenda ratu Jazz yang cukup popular di Malaysia. 



Di majlis pelancaran ini juga, Sheila Majid telah berkongsi pentas dengan anaknya Kayda menyampaikan lagu Sinaran yang telah diberikan nafas baru. Memang menghiburkan!

Sepanjang kempen bergerak ini terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak Anlene. 

Antaranya seperti:-




Pemeriksaan kesihatan dan tubuh badan, Semakan densiti tulang dan banyak lagi. Siap aku kena bersenam jugak tau hehehhee alah senam simple-simple je


Selain daripada pemberian "sample" minuman susu serta yogurt, terdapat juga promosi-promosi produk Anlene yang dijual kepada pengunjung-pengunjung yang hadir memeriahkan acara kempen yang sedang dijalankan.


Walaubagaimanapun kita masih boleh mendapatkan susu Anlene with MoveMax samada susu tepung yang mempunyai 2 perisa iaitu "plain"ataupun "coklat"yang didatangkan dalam saiz pek 1kg, 600g serta 175g. Untuk Yogurt Anlene pula terdapat 4 perisa yang lazat iaitu; "plain", mangga, strawberi dan buah beri.


Jom minum Anlene with MoveMax setiap hari ek!

#anlenemovemax #AnleneMY




Perfume INSPIRE DESIRE Dari Dr Sheikh Dan Dr Halina

Hi Korang,

Perfume, minyak wangi, ermm memang jadi kewajipan bagi semua orang sebelum keluar rumah kan, eh ada ke yang tak spray minyak wangi ni. Kalau aku lah, terus hilang confident tau kalau terlupa nak spray. 

Sebab tu aku memang standby perfume dalam beg, so senang.

Rasa busuk sket, hah tenyeh perfume ermm terus wangi semerbak dibuatnya

But

Lately harga perfume memang melanton mahalnya kan.. Sudahnye memang kena cari alternative lain, banyak ada kat pasaran Cuma wangi tahan lama atau tidak itu kita tak tahu ek..

Meh aku perkenalkan pada korang


Perfume INSPIRE DESIRE Dari Dr Sheikh Dan Dr Halina

Wah aku ni kira first time dapat tau yang Angkasawan negara kita ni Dr Sheikh Muszaphar Shukor bersama isterinya Dr Halina mengeluarkan produk sulong mereka ini.

Mereka mengeluarkan 2 jenis wangian untuk lelaki dan wanita iaitu Inspire by Dr Sheikh dan Desire by Dr Halina.

🌿 Inspire by Dr Sheikh 
with Musky and woody, cinnamon and clove and some amber scent

Mmg bau lelaki sangat yg tak terlalu keras serta menyerlahkan sifat maskulin pada diri anda 

🌼 Desire By Dr Halina
made from Apple with exotic flowers and sensual woods

Ia buat anda rasa fresh n memang sesuai utk daily wear dan anda pasti rasa sgt feminin dengan bauan bunga segar

Di antara kelebihan kedua-dua perfume INSPIRE DESIRE ini adalah:

💖 Limited Edition 

💖 Esklusif hanya untuk Dato Dr Sheikh Muszaphar & Datin Dr Halina

💖 Boleh Di Bawa Solat

💖 Tahan Lama (lebih dari 8 jam)

💖 Setanding Produk International

💖 Harga Mampu Milik

💖 Bauan yang sesuai dengan pilihan bauan rakyat Malaysia


Harga sebotol INSPIRE dan DESIRE adalah :

RM 49 Semenanjung

RM 54 Sabah Sarawak

bagi setiap 30ml EDP

Aku memang tersangat suker lah wangian ni, rasa segar je sepanjang masa. Asal ngantuk je spary, asal ngantuk je spray huahauhauahuaa sesajer kan

Ok untuk info lanjut korang boleh check it out di :

Website : 

Agent List : 

Facebook Page : 

IG Page : 


Apa tunggu lagi, mari kita reramai cuba dulu ek... hehehehehe...

#wangianangkasawan 
#wangisampaikebulan 
#InspireDrSheikh 
#DesireDrHalina 
#lucempireventures 
#moonpunyershop