Monday, December 5, 2016

Bawa DakUban Pi CheckUp FREE Sempena Kempen Royal Canin’s MyCat2Vet

Hi Korang,


Siapa ada kucing, lekas angkat tangannnnnn..

Aku dah memang korang tau kan ada seekor je mahluk asing hitam yang duduk dengan aku iaitu si DakUban ni lah. Dialah penawar, dialah racun dalam family kecik kitaorang ni.


Sayang tu memang sayang tapi aku ni selalu sangat terlupa je nak bawak dia pi Veterinar untuk buat checkup, yelah kucing je kot apalah sangat dengan manusia ek. 

La tak baik buat cam tuh tau, dia pun bernyawa jugak…Cian dia ek..

Muka takut kene jumpa doctor hehehhee

Tapi kekadang tuh ada sesetengah tuan punya kucing memang tak nak bawak pi Veterinar lah sebab rasa tak penting dan tak mampu nak biaya kos rawatan kan. Itu aku akuilah, sebab tuh aku ada special tabung untuk DakUban ni in case dia sakit ke batuk ke, muntah-muntah ke kan. Erm who knows.

Kalau kucing dah sakit so bersedia jelah tapi time dia sihat nilah kita kena bawak dia pi jumpa doctor untuk check apa yang patut so at least kita tau yang kucing kita sihat walafiat hehehehehe

So…

So…

So…

Ada berita baik untuk pencinta kucing ni tau. 

Kalau nak tau sekarang ni, ada kempen dari Royal Canin iaitu MyCat2Vet di mana kita boleh dapatkan perkhidmatan checkup kucing secara PERCUMA / FREE tau….

Yesza.. I like it!!!

Cara-cara nak dapatkan perkhidmatan MyCat2Vet ermm senang jelah, memula korang kena:-


1. Register details korang di http://mycat2vet.my/get-a-free-checkup

2. Isi segala maklumat yang di-kehendaki dan button register


3. Nanti korang akan dapat email dan special CODE yang korang boleh redeem di veterinar yang mengambil bahagian ye.

Aku pun bersungguhlah bawak DakUban ke veterinar dalam list yang ada di sertakan sekali di email tuh. Kitorang pi tengahari semalam, ermm siap amik cuti tau aku dengan Mr Big sebab nak bawak dia. Dah macam amik report card kat sekolah anak je heheheheh

Di sebabkan aku dah call siap-siap dari rumah so proses register amat menyenangkan, yelah pihak veterinar dah tau kan. 

Sesampai bilik rawatan tuh kosong so cepatlah prosesnya hehehhehe..


Memula DakUban kena timbang berat dulu, ya ampun sekarang ni berat dia dah 6kg. Patutlah aku tak larat nak dukung dia kann hauhauahuahu

DakUban ni memang penakut nau dengan orang tapi bila sampai veterinar ni dia boleh rileks je, dengar je cakap Dr Wong. Diam je langsung tak bergerak apa pun tau. 


Ok bersihkan telinga dia dulu, walaupun aku duk korek telinga dia every week tapi celah-celah tuh aku takut nak buat ermm Dr Wong masukkan cotton bud dengan tisu ermm keluar semua daki-daki dari celah tuh ek. Siap pesan dengan aku telinga ni penting bersihkan takut kutu ke hama masuk dan meletak nak rosak telinga.


Bila masuk termometer kat bontot DakUban, dia boleh diam je lagi, ishk terus heran aku dibuatnya dah macam kena jampi redha dengan apa yang doktor buat heheh tak demam pun. Suhu badan normal…


Check gigi pulak, la rupanya DakUban ni dah rongak giginya sebelah belakang tuh. Nampak taring kemain tajam lagi tapi rupanya kaviti dah makan gigi dia. Puncanya apa, sebab diet yang tak seimbang dan DakUban suka akan KFC itu yang jadi cam tuh.  

la tak boleh makan KFC ke doktor? huhuhuhu 😢😢

Habis checkup tuh, Dr Wong bagitau kat kitorang yang DakUban ni kena jaga pemakanan dia. Kena lebihkan makan biskut dan kurangkan wet food dan kalau boleh jangan bagi wet food langsung. Air minum dia kena jaga, senantiasa tukar kalau boleh sehari 3-4 kali tukar air. Nak lagi best biskut tuh, tukar kepada Royal Canin sebab ianya biskut pemakanan seimbang. 

Nampaknya budget DakUban ni kena tambah lagi ek hehehhehehe

Bagus sebenarnya kita bawak kucing kita checkup regularly sebab kat sini kita boleh tau yang kucing kita sihat ke idok, ada hama/kutu ke idok dan memacam lagi. Jangan sampai dah sakit teruk baru terhegeh-hegeh nak pi kan huahauuahua


So apa lagi cercepatlah korang register program Royal Canin MyCat2Vet ni ek.

Memang aku syorkan sesangatlah!!


Kimball Cooking Workshop Bersama Chef Sherson Lian

Hi Korang,

Last week ada event masak-masak so haruslah aku excited kan tapi apakan daya on that day, aku kena outstation pulak so tak boleh lah pi huhuhuhu...

Tak per next time ada lagi jadi meh aku kongsikan sedikit apa yang menarik di cooking workshop tuh ek

Kimball, jenama popular untuk sos, pasta dan produk makanan lain yang dihasilkan dengan pengalaman lebih dari 40 tahun, baru-baru ini telah mengadakan satu bengkel masakan untuk menambahkan drama ke dalam hidangan harian dengan cara yang jimat dan lazat sebagai salah satu daripada aktiviti dalam kempen ‘Tambah Drama Dalam Masakan’.


Tumpuan pada bengkel masakan ini ialah untuk menunjukkan bahawa memasak hidangan yang jimat, penuh rasa dan dramatik di rumah adalah senang dan mudah dengan menggunakan sos dan pasta yang berkualiti keluaran Kimball. Hidangan-hidangan yang dipersembahkan boleh dimasak oleh seseorang yang berpengalaman memasak ataupun ‘newbie’ tanpa kesukaran dan mempunyai impak rasa serta persembahan untuk memberikannya drama di dapur dan di meja makan. 

Para peserta bengkel ini dipilih berdasarkan penghantaran gambar-gambar paling dramatik mereka sewaktu di dapur atau di meja makan dalam internet, selaras dengan kempen ‘Tambah Drama Dalam Masakan’ Kimball. 

Para pemenang pertandingan bersama pasangan mereka akan menerima hadiah berbentuk pertemuan dengan chef selebriti, Sherson Lian yang pada ketika ini sedang menghoskan rancangan ‘5 Rencah 5 Rasa’ di stesen televisyen tempatan. 

Para peserta dari latar belakang, umur dan kemahiran memasak berbeza ini digabungkan oleh cinta mereka terhadap masakan untuk mempertajamkan kemahiran memasak; menikmati hidangan enak dan diraikan kerana memilih Kimball sebagai jenama pilihan dalam masakan mereka.

Selain demonstrasi dua resepi meggunakan produk-produk Kimball, sesi berkenaan diperkayakan dengan tip dan teknik di dapur yang boleh membantu peserta menjadi lebih cekap di dapur.


Chef Sherson telah menunjukkan cara penyediaan ‘Cendawan Tomato Concasse dengan Ayam dan Penne Kimball’ yang mempamerkan keserbagunaan dan rasa Sos Spageti Cendawan Kimball serta betapa mudahnya Penne Kimball boleh digunakan untuk menghasilkan hidangan berkhasiat yang disukai oleh kanak-kanak dan dewasa. Hidangan ini boleh disediakan dengan pantas bergantung kepada kemahiran dapur individu, namun ia tetap menghasilkan hidangan kualiti yang bertaraf restoran di dapur rumah anda.

Para peserta juga diajar untuk memasak ‘Udang Goreng Cili Asam Kimball’ yang digemari oleh rakyat Malaysia dengan menggunkan Sos Cili Kimball dan Sos Tiram Kimball. 

Resipi udang yang digoreng dengan asam jawa dan cili amat popular di kebanyakan restoran, selalunya jarang dimasak di rumah kerana kebanyakan orang menghadapi kesukaran untuk mengimbangkan rasa pedas dan masamnya. 

Namun demikian, Kimball telah berjaya menyelesaikan masalah berkenaan dengan menghasilkan resepi yang boleh disediakan di rumah. Kedua-dua Sos Cili dan Sos Tiram Kimball digabungkan untuk memberikan asas perisa udang-udang yang digoreng itu. Rasa masam pedas hidangan ini menjadikan ia amat enak dihidangkan dengan nasi panas. 

Bengkel masakan ini diakhiri dengan sesi ‘makan-makan’ di mana para peserta dijamukan dengan jamuan hidangan lazat yang terdiri daripada menu yang disediakan khas menggunakan produk-produk Kimball. 

Sebagai sebahagian daripada kempen ‘Tambah Drama Dalam Masakan’ yang fokusnya ialah menambahkan sedikit produk Kimball ke dalam hidangan yang paling ringkas bagi memaksimakan rasa tanpa membebankan perbelanjaan anda, Kimball juga menaja rancangan televisyen masakan ‘5 Rencah 5 Rasa’ yang ditayangkan di TV3. 

Rancangan tersebut yang dihoskan oleh Chef Sherson, memaparkan satu resepi khas Kimball pada setiap episod. Ia menunjukkan keserbagunaan produk Kimball dalam pelbagai hidangan, sekaligus meneraju konsep hidangan mampu milik yang dikenali sebagai ‘Jimat & Lazat’ dalam rancangan tersebut.


Menurut Pengarah Pemasaran Campbell Soup Southeast Asia Sdn. Bhd., Stephane Vilquin, bengkel masakan mini ini merupakan pentas untuk mempamerkan betapa mudahnya untuk menyediakan hidangan lazat yang menjimatkan di rumah selain menunjukkan penghargaan kepada pelanggan Kimball yang setia. 

“Sejak lebih daripada 40 tahun, Kimball telah menjadi salah satu daripada pemain utama dalam insustri makanan, hasil sokongan para pelanggan kami yang setia. Kempen ‘Tambah Drama Dalam Masakan’ untuk menambahkan keseronokan drama dan rasa ke dalam hidangan tanpa membebankan belanja hanya dengan menambah sedikit produk Kimball boleh dikatakan amat berjaya.

“Kami mahu memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menggunakan produk-produk Kimball kerana ia amat mudah untuk digunakan bagi menghasilkan hidangan yang menjimatkan lagi lazat. Sos-sos dan pasta-pasta kami mempunyai kepelbagai guna sehinggakan kedua-duanya amat sesuai untuk menu Barat dan Asia,” kata Stephane.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pilihan-pilihan resipi enak yang menjimatkan, sila lawati laman web Kimball Malaysia 


atau log ke Facbook Kimball 


Sunday, December 4, 2016

Upin Ipin Jeng Jeng Jeng Bloggers Movie Day Out

Hi Korang,

Citer ni dah basi sebab filem Upin Ipin pun dah kutip hasil tayangan kira-kira 3 juta lebih kan sewaktu mula tayangan dari 24 November 2016 yang lepas, tapi aku tetap nak citer jugak sebab sukalah


Aku dapat jemputan daripada team Dehaihati Network untuk preview filem Upin Ipin ni. Of courselah ramai yang hadir dah riuh rendah dan gamaknya suasana sebelum preview tersebut. Yelah budak-budak mestilah seronok kan, siapa yang tak suka dengan Upin Ipin ni.. 

Even aku pun suka tau…

Mari aku ceritakan sedikit mengenai filem kanak-kanak ni kan

Sinopsis Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!



Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! mengisahkan kehidupan seorang anak yatim bernama Balqis. Dia sangat meminati watak animasi kembar popular Upin & Ipin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Zaman telah datang ke rumah anak yatim tempat tinggal Balqis. Melalui perbualan Zaman dengan Noreen, Balqis terdengar bahawa Rumah Anak Yatim tersebut hendak diambil alih kembali oleh Zaman yang merupakan anak kepada pemilik tanah tersebut.

Balqis mula berbincang dengan rakan-rakannya untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim tersebut. Dia telah meminta bantuan daripada Upin & Ipin, tanpa disangkai Upin & Ipin benar-benar muncul di hadapannya. Walaupun begitu, kawan-kawannya tidak dapat melihat Upin & Ipin. Pada masa yang sama, Awie penyanyi rock terkenal suatu ketika dahulu turut mengalami masalah kewangan. Dia tidak lagi popular dan sedang mencari peluang untuk menghasilkan album terbarunya bagi mendapatkan pendapatan.

Awie dengan pembantunya Bo terserempak dengan Balqis yang sedang kecewa setelah bergaduh dengan Noreen. Atas pujukan dari Upin & Ipin, Balqis bersetuju untuk pulang ke rumah namun dia masih tidak berbaik dengan Noreen.

Dengan menggunakan teknik 3D Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng ! telah menjadi sebagai filem animasi Malaysia yang pertama dengan gabungan lakonan hidup. Les' Copaque Production telah menghasilkan proses pembikinan animasi manakala penggambaran perfileman dijalankan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Sebanyak RM4 juta telah dibiayai oleh FINAS di bawah Dana Kesan Khas (CGI) dalam penerbitan filem ini. Pengedar rasmi filem ini ialah Primeworks Distribution yang telah mendapat sokongan penuh dari Pengarah Kandungan Kreatif dan Teknologi (MDEC).

Barisan Pelakon :
  • Sara Ali sebagai Noreen
  • Remy Ishak sebagai BO
  • Awie sebagai Awie Poyo.
  • Puteri Balqish sebagai Aqish
  • Asyiela Putri sebagai Upin & Ipin (suara)

Pada aku, cerita ini memang sesuai untuk semua golongan termasuklah kanak-kanak yelah citer bebudak kan tapi aku dengar ramai ibu bapa yang tidak puas hati sebab Upin Ipin tu keluar sekejap-kejap je. Mostly anak-anak asyik tanyelah mana Upin Ipinnya kan..

Jalan cerita menarik dan straight forward tak susah nak fikir ending bagi kita orang dewasa ni, tapi bagi kanak-kanak ianya amat berat. Biasalah anak-anak tengok Upin Ipin happy je ni ada sedih-sedih pulak tak berapa syiok di situ. 

Itu jelah aku nak citer…

Ok bagi orang dewasa tapi berat untuk kanak-kanak, apa-apa aku enjoy..


Informasi Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng 

Tajuk Filem : Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng
Tarikh Tayangan : 24 November 2016
Durasi Tayangan : 98 minit
Kos Terbitan Filem : RM4 juta 

Terbitan Bersama :


Dana Kesan Khas :FINAS Malaysia