Monday, November 28, 2016

REVIEW | Passion D’TOX Untuk Buang Lemak Degil Dalam Badan.

Hi Korang,

Sesangatlah pentingnya produk buang lemak degil untuk aku ni ek!!

Sebab apa?

La kalau banyak sangat lemak yang sampai menutup saluran darah bagai so cam ne otak dan anggota badan kita nak bekerja ishkk tak terfikir ke hah?

Itulah bukannye penting untuk aku sorang je, eh korang pun samalah especially yang mana malas bersenam bagai tu kan.

So memperkenalkan 

PASSION D’TOX

Apa itu Passion D’Tox?

Passion D’tox (PDX) adalah produk yang mengandungi ekstrak buah-buahan dengan kepelbagaian serat yang kaya dengan vitamin C dan E. Minuman kesihatan ini mengandungi serat yang menghalang arbohidrat berlebihan serta kalori kesan dari pengambilan makanan harian anda. jadikan jus berkhasiat ni sebagai sebahagian daripada gaya hidup anda bagi menggalakkan pertumbuhan bakteria, melancarkan sistem pencernaan agar sihat berbanding sebelum ini.

Dan paling penting PASSION D’TOX TIADA KESAN SAMPINGAN!

Itu yang penting ni, tiada kesan sampingan, yelah ramai orang takutkan nak makan produk-produk kesihatan yang ada kesan sampingan, mana tau effect kat hati ke jantung ek


Khasiat dan nutrisi Passion D’Tox

  • Kaya dengan Serat, Vitamin C dan Vitamin E
  • Serat larut membentuk gel dalam laluan pencernaan mengepam keluar kekotoran dan toksin
  • Mengelakkan sembelit
  • Menyingkirkan lemak yang tidak diperlukan dan menyekat lebihan karbohidrat dan kalori
  • Bahan semulajadi dan tiada pewarna tiruan
  • Tiada kesan sampingan
  • Meningkatkan jumlah bakteria sihat
  • Meningkatkan pemulihan kulit
  • Anti-penuaan
  • Melembap
  • Agen pemutihan kulit.Khasiat dan nutrisi 

Giler banyak khasiat produk ni kan.



Cara pengambilan Passion D’tox 

  • Mix 1 sachet ke dalam 150ml air dalam suhu bilik, kacau dan minum segera.
  • Untuk kesan maksimum, minum segelas air suam keesokan harinya.
  • Pastikan pengambilan air secukupnya setiap hari untuk menyokong proses detox
  • AMARAN !! Tidak digalakkan minum produk ini oleh wanita hamil atau kanak-kanak..
  • Tetapi selamat untuk penyusuaan


Pengalaman Mengamalkan Passion D'Tox


Ermm aku amalkan mengambil Passion D-Tox ni selama beberapa hari dah ternyata ianya sesuai dengan perut aku. Hahahaha ingat matching baju ke mix and match. Maknanya Passion D’Tox ni menjalankan tugasnya semasa berada di dalam badan aku, membuang segala lemak-lemak di dalam badan secara beransur-ansur melalui perkumuhan tapi tak delah sampai cirit birit pun. Proses macam biasa tapi kuantitinya banyak heheheheee baguslah tuh kan.

Kira lepas keluar dari toilet tuh, badan rasa ringan je hehehehhehe


Yang menariknya Passion D’tox ada pensijilan KKM diluluskan dan Halal disahkan. Dengan insurans produk RM 2,000,000 wow unbelievable 

Kalau korang nak detox badan korang juga boleh la cuba Passion D'Tox ni.. Sangat bagut tau.. Harganya pown berpatutan..

Harga PASSION D'TOX

👉 1 kotak - RM 110

👉 2 kotak - RM 200

👉 4 kotak - RM 380 ( Harga Promo )


Untuk keterangan lanjut dan pembelian, sila layari :-

Facebook Page



Instagram




Sunday, November 27, 2016

Gunakan TouristGuide.com.my Untuk Memudahkan Percutian Korang

Hi Korang,


Ya ampun sekejapan cuti sekolah dah mula ek, rasanye jumaat lepas kot.

Jem teruk jugak ri tuh maybe orang dah start berpusu-pusu keluar dari KL kan, yelah nak spend time dengan keluarga katanya. 

Yang dah siap booking ke reservation tuh seronoklah kan, tapi yang tak plan apa-apa lagi cam no pulak tuh? Ermmm garu kepala memikirkanye ek..


Pernah dengar TouristGuide.com.my?

Hah tak pernah kan..

Mari aku citer sket dengan korang ni lah…


Website TouristGuide.com.my dapat membantu korang untuk merancang percutian samada di dalam negara mahupun di luar negara dan website ini diasaskan oleh orang Malaysia sendiri ye.

5 faktor yang menjadikan laman ini begitu membantu korang dalam membuat pilihan pakej percutian juga mendapatkan percutian percuma. 

Booking Hotel Pada Harga Yang Lebih Murah 


Jika dibandingkan dengan website pelancongan yang lain, TouristGuide.com.my mampu menawarkan harga hotel jauh lebih rendah dan kadang-kadang diluar jangkaan korang. Lebih daripada 75 ribu hotel yang terlibat seluruh dunia.

Diskaun Istimewa 


Pastinya promosi dan diskaun yang dinantikan untuk anda mendapat percutian paling berbaloi dengan hanya mendaftar dilaman web ini. Di sini korang akan ditawarkan pakej percutian paling murah sehingga 75% daripada yang telah ada dipasaran sekarang. 

Boleh Plan Sendiri Travel Pakej Korang 


Sekiranya korang telah mendaftar, tak terikat juga dengan pakej-pakej yang disediakan. Korang boleh merangka sendiri pakej percutian idaman macam mana yang sesuai untuk korang.

Ganjaran Cashback 


Untuk setiap tempahan yang dibuat oleh anda, anda akan mendapat semula 10% daripada profit syarikat untuk tempahan tersebut.

Peluang Melancong Secara PERCUMA 


Inilah yang sangat-sangat dinanti-nantikan oleh korang kaki melancong ni. Melalui TouristGuide ini korang boleh kumpul point melalui pakej-pakej yang ditawarkan dan korang boleh redeem percutian secara percuma. Nak tahu lebih bagaimana cara ini dapat membantu anda boleh dapat info lanjut di laman web atau di Facebook.com/myTouristGuide


Barisan VIP yang turut hadir di majlis pelancaran tersebut:

Mr Devan Kumar (Managing Director, TOURISTGUIDE.COM.MY)
Mr Mohd Akbal Setia (Director, Tourism Malaysia)
Mr Azlan Hussain (President of Kuala Lumpur Tourism Association - KLTA)
Akim Ahmad (Selebriti Artis Penyanyi Popular Malaysia)

Laman web percutian secara bijak dan jimat ini baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada 24 November 2016 yang bertempat di Hotel Westin Kuala Lumpur. Majlis perasmian yang berjalan penuh meriah turut dihadiri tetamu VIP iaitu En Mohd Akbal Setia Pengarah Tourism Malaysia Kuala Lumpur juga bersama penyanyi muda yang tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu Akim Ahmad. 


Pada hari tersebut juga En Devan Kumar selaku Pengarah Urusan TouristGuide.com.my turut memberi ucapan pengenalan kepada website ini. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian kebudayaan dan majlis perasmian oleh barisan VIP. 


Setelah perasmian itu maka dengan rasminya laman web ini boleh didaftar secara percuma untuk korang mendapatkan pakej percutian yang menarik dan hebat juga percutian secara percuma WORLDWIDE tak kira samada di dalam negara mahupun diluar negara sekalipun.. Jadi sekarang tak jadi masalah dan kerungsingan lagi untuk korang fikir tentang bajet atau juga duit bila nak bercuti.

Apa yang penting sekarang untuk korang dapat semua ini adalah dengan mendaftar di laman web mereka secara percuma. 

Ye, PERCUMA lah. Aku tak bohong pun hehehhehe

Ni aku kongsikan beberapa pakej menarik yang bakal membuat jiwa korang meronta-ronta nak pi bercuti walaupun cuti kerja dah habis kan hahahaha






Tempoh Promosi :
Bermula sekarang hingga 30 November 2016

Tempoh perjalanan :
1 April 2017 - 31 March 2018 ( kecuali cuti umum )

Semua pakej ini adalah yang terbaik untuk korang rancang cuti tahun depan atau honeymoon bersama yang tersayang. 

Rugi kot kalau tak rebut peluang yang ada ni kerana ia sangat-sangat membantu korang yang kadang-kadang rungsing untuk jalan keluar negara tambah-tambah ahli keluarga yang ramai. 

So apa lagi, jom sharekan promosi ni kepada kawan-kawan yang cari percutian murah. Selamat bercuti semua.

Untuk maklumat lanjut :

INFINITY VACATION SDN BHD (1141826-T)
Suite A25-3A,
Sentral Business Park,
Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan

Toll Free : 1800 38 3338

Office Hours: 9 a.m. – 6 p.m. (Mon – Fri)








Friday, November 25, 2016

Rindu Kawanku....

Hi Korang,

Kalau siapa kaki stalker instagram aku mesti perasan yang aku ke Hospital Ampang pada hari tuh.

Yelah betullah tuh

Melawat kawan aku sakit tapi memang tak sangka betul sebab dia ni aktif giler kot kesana kemari, panjat gunung bagai but end up...

Actually Shah Nizam ni kenalan aku dari masa belajar di uItm Sri Iskandar dulu, tapi di sebabkan aku malas nak further so aku stop dan kerja dan diaorang ni teruskan sampai ke master bagai.

Kitaorang jumpa balik 3 tahun lepas, sebab diaorang ni tak boleh trace aku langsung. Dah guna nama lain memanglah tak jumpa kan dan dia jugaklah orang first approach aku kat facebook, so dari situ kitaorang kawan balik sampai la ni...


Kitaorang panggil dia Bobo, sebab nick name dia dari kolej dulu. Dia ni bukan main aktif bagai, every week ada je gunung ke bukit ke yang dia terjah tak kira dalam negara ke oversea ke semua dia redah. Kira dia ni memang fit lah, body macho, muka not bad. Kalau orang tak tau mesti ingat dia bujang padahal dah anak 2 pun.

Selalu benau ajak aku pi panjat gunung sebab nak suruh aku kurus kan tapi aku je yang tak de masa manjang ermm padahal pi event ada je masa kat Mr Big huahauhaua

So last week, masa sembang-sembang dalam group WhatsApp kitaorang ada member post cakap si Bobo ni masuk hospital secara tiba-tiba, aku ingat accident ke apa ermm rupa-rupanya dia terkena Blood Cancer.

Wei Blood Cancer?

Apa kejadah penyakit ni ek..

Yang bijak pandai, doctor, master dalam group ni pun google lah. La kanser darah rupanya tapi hairan dalam sihat pun boleh kena. Aku pun google gaklah ermm tak berapa paham sangat tak perlah nanti pi melawat tanya dia sendiri.

Tengahari tuh, kitaorang berdua pi melawat.

Malas nak ajak kengkawan lain kang sibuk berbual je kan daripada menengok Bobo ni. Sesampai je belum boleh naik lagi sebab masa lawatan belum start, so pusing-pusing dulu Hospital Ampang ni ewah cam buat review pulak ek hahahha

Wad Bobo ni di Wad 8B

Aku ingat wad biasa je ermm amik ko dia kira macam ICU cuma boleh masuk ramai sket dah lama sket je. Sebelum masuk mak guard akan tanye patient dah tau ke kita nak datang kemudian dia akan check ada demam ke batuk ke selesema ke kan. Kalau tak de boleh masuk but kalau ada jangan harap nak masuk ek. 

Jadi aku dengan Mr Big dapat masukk yeahhh!

Ya allah rupa-rupanya majoriti pesakit dalam wad ni mengalami sakit yang sama, blood cancer. Lepas borak dengan wife Bobo ni baru tau yang penyakit ni sesiapa pun boleh dapat tak kira aktif atau pun tidak, tak kira usia. 

Tak de tanda-tanda pun tup-tup si Bobo ni panas badan yang amat sangat, tekanan darah rendah, pitam je masa dia kena kat tempat kerja dia. Bawak pi Hospital Ampang Puteri tapi di tolak ke Hospital Ampang sebab tak de pakar di sana.  Kira hebat jugak hospital gomen ni ek 

Masa aku pi melawat tuh, si Bobo ni baru je habis 1st kimoterapi.

Dia happy sungguh bila nampak aku datang, tapi aku banyak borak dengan wife dia sebab dia agak susah nak bercakap akibat tekak kering semedang. Sekarang ni, dia keluarkan toksin dalam darah tuh dengan hanya masukkan air je senantisa tak kira pakai botol or minum sepanjang waktu. Wife dia kena monitor 24jam berapa banyak air masuk dalam badan, kurang-kurang diorang kena tinggal di hospotall ni selama sebulan untuk doktor monitor progress penyakit dia ni. 

Kitaorang pun tak lama kat situ sebab take turn pelawat lain nak masuk kan, ermm dapat jumpa sekejap pun jadilah. Ceria je aku tengok dia..

Untuk Bobo, di harapkan cepat-cepat sembuh daripada penyakit unik ko ni. So bolehlah panjat gunung seperti biasa. Kami kengkawan ex-ctrp uitm sri iskandar 96-2000 senantiasa mendoakan kesejahteraan ko tau...

P/s : tak leh nak amik gambo sebab mak guard garang tuh dah bagi warning siap-siap kalau tak, dia rampas phone ewah dia ingat kat sekolah ke main rampas-rampas plak kan...