Friday, November 25, 2016

Rindu Kawanku....

Hi Korang,

Kalau siapa kaki stalker instagram aku mesti perasan yang aku ke Hospital Ampang pada hari tuh.

Yelah betullah tuh

Melawat kawan aku sakit tapi memang tak sangka betul sebab dia ni aktif giler kot kesana kemari, panjat gunung bagai but end up...

Actually Shah Nizam ni kenalan aku dari masa belajar di uItm Sri Iskandar dulu, tapi di sebabkan aku malas nak further so aku stop dan kerja dan diaorang ni teruskan sampai ke master bagai.

Kitaorang jumpa balik 3 tahun lepas, sebab diaorang ni tak boleh trace aku langsung. Dah guna nama lain memanglah tak jumpa kan dan dia jugaklah orang first approach aku kat facebook, so dari situ kitaorang kawan balik sampai la ni...


Kitaorang panggil dia Bobo, sebab nick name dia dari kolej dulu. Dia ni bukan main aktif bagai, every week ada je gunung ke bukit ke yang dia terjah tak kira dalam negara ke oversea ke semua dia redah. Kira dia ni memang fit lah, body macho, muka not bad. Kalau orang tak tau mesti ingat dia bujang padahal dah anak 2 pun.

Selalu benau ajak aku pi panjat gunung sebab nak suruh aku kurus kan tapi aku je yang tak de masa manjang ermm padahal pi event ada je masa kat Mr Big huahauhaua

So last week, masa sembang-sembang dalam group WhatsApp kitaorang ada member post cakap si Bobo ni masuk hospital secara tiba-tiba, aku ingat accident ke apa ermm rupa-rupanya dia terkena Blood Cancer.

Wei Blood Cancer?

Apa kejadah penyakit ni ek..

Yang bijak pandai, doctor, master dalam group ni pun google lah. La kanser darah rupanya tapi hairan dalam sihat pun boleh kena. Aku pun google gaklah ermm tak berapa paham sangat tak perlah nanti pi melawat tanya dia sendiri.

Tengahari tuh, kitaorang berdua pi melawat.

Malas nak ajak kengkawan lain kang sibuk berbual je kan daripada menengok Bobo ni. Sesampai je belum boleh naik lagi sebab masa lawatan belum start, so pusing-pusing dulu Hospital Ampang ni ewah cam buat review pulak ek hahahha

Wad Bobo ni di Wad 8B

Aku ingat wad biasa je ermm amik ko dia kira macam ICU cuma boleh masuk ramai sket dah lama sket je. Sebelum masuk mak guard akan tanye patient dah tau ke kita nak datang kemudian dia akan check ada demam ke batuk ke selesema ke kan. Kalau tak de boleh masuk but kalau ada jangan harap nak masuk ek. 

Jadi aku dengan Mr Big dapat masukk yeahhh!

Ya allah rupa-rupanya majoriti pesakit dalam wad ni mengalami sakit yang sama, blood cancer. Lepas borak dengan wife Bobo ni baru tau yang penyakit ni sesiapa pun boleh dapat tak kira aktif atau pun tidak, tak kira usia. 

Tak de tanda-tanda pun tup-tup si Bobo ni panas badan yang amat sangat, tekanan darah rendah, pitam je masa dia kena kat tempat kerja dia. Bawak pi Hospital Ampang Puteri tapi di tolak ke Hospital Ampang sebab tak de pakar di sana.  Kira hebat jugak hospital gomen ni ek 

Masa aku pi melawat tuh, si Bobo ni baru je habis 1st kimoterapi.

Dia happy sungguh bila nampak aku datang, tapi aku banyak borak dengan wife dia sebab dia agak susah nak bercakap akibat tekak kering semedang. Sekarang ni, dia keluarkan toksin dalam darah tuh dengan hanya masukkan air je senantisa tak kira pakai botol or minum sepanjang waktu. Wife dia kena monitor 24jam berapa banyak air masuk dalam badan, kurang-kurang diorang kena tinggal di hospotall ni selama sebulan untuk doktor monitor progress penyakit dia ni. 

Kitaorang pun tak lama kat situ sebab take turn pelawat lain nak masuk kan, ermm dapat jumpa sekejap pun jadilah. Ceria je aku tengok dia..

Untuk Bobo, di harapkan cepat-cepat sembuh daripada penyakit unik ko ni. So bolehlah panjat gunung seperti biasa. Kami kengkawan ex-ctrp uitm sri iskandar 96-2000 senantiasa mendoakan kesejahteraan ko tau...

P/s : tak leh nak amik gambo sebab mak guard garang tuh dah bagi warning siap-siap kalau tak, dia rampas phone ewah dia ingat kat sekolah ke main rampas-rampas plak kan...



Thursday, November 24, 2016

Mudah.my Raikan Ulang Tahun ke-9 Dengan Kerjasama Muzikal Unik oleh Altimet, Sasi The Don & Maya Hanum

Hi Korang,

Sempena meraikan ulang tahun ke-9 pada bulan ini, laman web membeli belah atas talian terbesar di Malaysia, Mudah.my Sdn. Bhd. menghasilkan satu video muzik yang menampilkan artis tempatan seperti Altimet, Sasi The Don dan penyanyi baharu sensasi, Maya Hanum.


Mudah.my kini menjadi platform jual beli dan carian atas talian yang menghimpunkan hampir apa saja barangan daripada kereta hingga kamera, hartanah hingga haiwan peliharaan, telefon bimbit hingga motosikal, kelengkapan senaman hingga buku teks, basikal hingga katil, gitar hingga set golf, tanaman hingga mesin cetak, jam hingga mesin basuh, tayar hingga peranti tablet, pakaian hingga dram, kasut hingga kedai, barangan pengumpul hingga komputer, pekerjaan dan banyak lagi. 

Mudah.my sememangnya sentiasa mencari cara pendekatan yang unik supaya dapat dekat dengan pelanggan-pelanggannya. Apatah lagi Altimet sendiri sebagai penyanyi rap dan pencipta lagu sudah lama menjadi pengguna setia Mudah.my. 

"Mulanya memang nampak macam pelik apabila kami bekerjasama dengan artis rakaman. Bagaimanapun, segalanya akan jelas sekiranya kita sedar dengan matlamat penubuhan Mudah.my, iaitu menyentuh kehidupan rakyat Malaysia dengan cara yang begitu bermakna, di mana kami menyediakan setiap orang, terutama individu dan usahawan muda dengan platform yang memberikan peluang sama rata untuk masing-masing meneroka nilai barang yang mereka ada," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mudah.my, En. Gaurav Bhasin.


"Lagu Altimet, 'Memang Mudah' menggalakkan pemuzik baru supaya mengambil langkah mula dalam merealisasikan impian mereka. Dalam industri muzik, perjalanan profesional seseorang bermula dengan memiliki instrumen muzik betul yang membolehkan mereka mengasah bakat sendiri. Mudah.my ialah medium terbaik yang membolehkan anda membeli instrumen muzik terpakai berkualiti, dan pada masa sama berkenalan dengan mereka yang berkongsi minat sama. Mudah.my membantu merealisasikan impian anda,” kata En. Bhasin.

Pengalaman Altimet sebagai salah seorang pengguna Mudah.my sejak sekian lama membuatkan mesej dan lirik lagu yang dihasilkan kedengaran lebih jujur. Kami juga bekerjasama bersama Pengarah Kreatif dan penyanyi-penulis lirik, Sasi The Don, bagi menghasilkan lirik untuk lagu yang turut memaparkan Maya Hanum. Sebagai seorang penyanyi semakin menonjol menggegarkan industri muzik Malaysia, dia adalah contoh terbaik untuk para pendengar lagu ini.

Bercerita mengenai pengalamannya sebagai pengguna Mudah.my, Altimet berkata, “terdapat banyak sumber yang ada untuk anda tetapi anda hanya boleh memanfaat sumber itu jika anda mencarinya. Apabila anda melawat sebuah laman web yang pelbagai seperti Mudah.my, anda cenderung untuk meninjau perkara yang menarik perhatian dan relevan kepada diri anda. Bagi saya, ia adalah peralatan muzik dan kategori TV/ Audio. Anda boleh cari semua yang diperlukan untuk mengilap bakat dengan set keperluan paling asas dan semuanya pada nilai terhebat. 


“Saya baru sahaja membeli sebuah piano elektrik melalui Mudah.my dan mengambil kelas untuk mengasah skil bermain piano. Paling penting, kita semua perlu selalu belajar dan bermula dari bawah, benar?”

Statistik utama:

  • Penjual[1]: 1.4 juta sepanjang 12 bulan lalu (pertumbuhan +29% tahun ke tahun)
  • Pengunjung bulanan[2]: 7.5 juta (34% berusia 15-64 tahun[3]) pada Okt 16 (+1% vs Okt 15). 
  • Pengunjung harian1: 750,000+ pada Okt 16 (+10% vs Okt 15)
  • Aplikasi Android paling banyak dimuat turun sepanjang 1,000 hari lalu dalam Kategori Beli-Belah[4]: #1 pada 747 hari, #2 pada 232 hari and #3 pada 20 hari. 

Mengulas mengenai populariti Mudah.my, En. Bhasin berkata, "kami terharu apabila mengetahui cerita bahawa jutaan rakyat Malaysia menggunakan platform kami. Kami juga mahu berterima kasih kepada mereka kerana memberikan kami peluang untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka, termasuk mereka yang menyarankan portal ini kepada rakan-rakan mereka dan memberi maklum balas supaya jadi jadi bertambah baik."


[1] Mudah Internal Database: Nov-15 to Oct-16 

[2] AT Internet Analytics : Oct-16 vs. Oct-15 


Tuesday, November 22, 2016

The Adventures Of SINBAD, Melaka – Aktiviti Menarik Untuk Anak-Anak Di Musim Cuti Sekolah Ini

Hi Korang,


Dah nak penghujung tahun kan, maknanya tak lama lagi cuti sekolah akan bermula

Yeah Yeahh!!

Ewah aku pulak yang excited lebih, alah bukan apa boleh bawak anak sedara aku ni berjalan-jalan sambil release tension sekali kan. 


Kebetulan pulak aku dengar dekat The Melaka Thousand Tales Of Adventures ada aktiviti untuk anak-anak iaitu The Adventures Of Sinbad. Wow Sinbad!! Kisah dulu-dulu ni, alah kalau korang ingat cerita mengenai 1001 Malam so korang mesti tau pasal kisah pengembaraan Sinbad ni. 

Wahai anak-anak kapal! 

Sinbad telah memulakan pengembaraannya yang pertama!

Melaka Kisah Seribu Satu malam telah dirasmikan pada 4th June 2016. Sekumpulan anak-anak kapal telah menyertai Sinbad dalam pelayaran pertamanya, iaitu sebuah pengembaraan yang mengharungi pelbagai cabaran dan kejutan dan juga disertai dengan visual, bunyi, dan aksi.

Wah menarik ni ek!

Eh aku ceritakan serba sedikit mengenai The Adventures Of Sinbad ni ek


Pengembaraan ini bermula dengan cabaran-cabaran di mana para pengunjung yang dikenali dengan nama anak-anak kapal perlu menggunakan kecerdasan mereka untuk memecahkan kod rahsia dan membebaskan diri dari perangkap di dalam harta karun, melepaskan diri daripada ancaman haiwan-haiwan yang menyeramkan, dan melarikan diri daripada serangan orang jahat.

So kena gunakan segala ilmu di dada la kan


Selain daripada cabaran yang unik, setiap bilik cabaran yang bertema juga membolehkan anak-anak kapal menyertai pelayaran Sinbad sehingga ke pertarungannya akhir dengan ahli sihir yang kejam serta tentera roh ngerinya. Bilik-bilik cabaran dihiasi dengan kelengkapan yang bersaiz sebenar dan realistik untuk membawa anak-anak kapal ke dunia fantasi dan imaginasi.




Alamak rasa cuak pulak bila tengok gambar-gambar ni ek, eh aku pulak yang over hahahahaha

Pengembaraan anak-anak kapal bersama Sinbad berakhir di pertarungan terakhir dengan ahli sihir kejam yang dilangsungkan melalui simulasi 7D yang membolehkan anak-anak kapal menyertai pertarungan itu melalui teknologi 7D. Teknologi yang dilengkapi dengan simulasi visual, bunyi dan kegerakan ini juga menggunakan air, asap, dan unsur-unsur lain untuk memberi sebuah pengalaman yang realistik kepada para pemain.


Melalui simulasi 7D ini, pemain boleh berinteraksi dengan watak-watak di dalam tayangan itu melalui senjata yang menggunakan teknologi 7D.

Wei 7D?


Aku sendiri pun belum pernah merasai lagi tau… best tuh..

So korang apa tunggu lagi !

Sekarang ni dah boleh plan nak kemari ye untuk cuti sekolah yang akan datang ni, bawak anak-anak berseronok sambil memperlajari ilmu baru kan.

La lupa pulak nak share lokasinya, ni hah:-

The Adventures Of Sinbad

The Melaka Thousand Tales Of Adventures
G30, Jalan PM9,
Plaza Mahkota,
75000 Melaka.

Waktu Operasi

· setiap hari termasuk cuti umum, 

· Isnin – Khamis (10am – 7pm), 

· Jumaat – Ahad (10am – 9.30pm)


Untuk maklumat yang selanjutnya serta sebarang tempahan tiket, sila hubungi di:- 

a. Telefon Bimbit: 010-978 8805 (Mr. Wilson Law)

b. Telefon Pejabat: 06-292 2070


Untuk maklumat yang selanjutnya, sila layari laman

Website :


Facebook :


Nampak ni, mereka yang excited dah masuk ke The Adventures of Sinbad ni






Jelas ceria terpampang di muka anak-anak ni ek

Dah tak yah tunggu lagi, meh cepat booking kan!!