Thursday, November 24, 2016

Mudah.my Raikan Ulang Tahun ke-9 Dengan Kerjasama Muzikal Unik oleh Altimet, Sasi The Don & Maya Hanum

Hi Korang,

Sempena meraikan ulang tahun ke-9 pada bulan ini, laman web membeli belah atas talian terbesar di Malaysia, Mudah.my Sdn. Bhd. menghasilkan satu video muzik yang menampilkan artis tempatan seperti Altimet, Sasi The Don dan penyanyi baharu sensasi, Maya Hanum.


Mudah.my kini menjadi platform jual beli dan carian atas talian yang menghimpunkan hampir apa saja barangan daripada kereta hingga kamera, hartanah hingga haiwan peliharaan, telefon bimbit hingga motosikal, kelengkapan senaman hingga buku teks, basikal hingga katil, gitar hingga set golf, tanaman hingga mesin cetak, jam hingga mesin basuh, tayar hingga peranti tablet, pakaian hingga dram, kasut hingga kedai, barangan pengumpul hingga komputer, pekerjaan dan banyak lagi. 

Mudah.my sememangnya sentiasa mencari cara pendekatan yang unik supaya dapat dekat dengan pelanggan-pelanggannya. Apatah lagi Altimet sendiri sebagai penyanyi rap dan pencipta lagu sudah lama menjadi pengguna setia Mudah.my. 

"Mulanya memang nampak macam pelik apabila kami bekerjasama dengan artis rakaman. Bagaimanapun, segalanya akan jelas sekiranya kita sedar dengan matlamat penubuhan Mudah.my, iaitu menyentuh kehidupan rakyat Malaysia dengan cara yang begitu bermakna, di mana kami menyediakan setiap orang, terutama individu dan usahawan muda dengan platform yang memberikan peluang sama rata untuk masing-masing meneroka nilai barang yang mereka ada," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mudah.my, En. Gaurav Bhasin.


"Lagu Altimet, 'Memang Mudah' menggalakkan pemuzik baru supaya mengambil langkah mula dalam merealisasikan impian mereka. Dalam industri muzik, perjalanan profesional seseorang bermula dengan memiliki instrumen muzik betul yang membolehkan mereka mengasah bakat sendiri. Mudah.my ialah medium terbaik yang membolehkan anda membeli instrumen muzik terpakai berkualiti, dan pada masa sama berkenalan dengan mereka yang berkongsi minat sama. Mudah.my membantu merealisasikan impian anda,” kata En. Bhasin.

Pengalaman Altimet sebagai salah seorang pengguna Mudah.my sejak sekian lama membuatkan mesej dan lirik lagu yang dihasilkan kedengaran lebih jujur. Kami juga bekerjasama bersama Pengarah Kreatif dan penyanyi-penulis lirik, Sasi The Don, bagi menghasilkan lirik untuk lagu yang turut memaparkan Maya Hanum. Sebagai seorang penyanyi semakin menonjol menggegarkan industri muzik Malaysia, dia adalah contoh terbaik untuk para pendengar lagu ini.

Bercerita mengenai pengalamannya sebagai pengguna Mudah.my, Altimet berkata, “terdapat banyak sumber yang ada untuk anda tetapi anda hanya boleh memanfaat sumber itu jika anda mencarinya. Apabila anda melawat sebuah laman web yang pelbagai seperti Mudah.my, anda cenderung untuk meninjau perkara yang menarik perhatian dan relevan kepada diri anda. Bagi saya, ia adalah peralatan muzik dan kategori TV/ Audio. Anda boleh cari semua yang diperlukan untuk mengilap bakat dengan set keperluan paling asas dan semuanya pada nilai terhebat. 


“Saya baru sahaja membeli sebuah piano elektrik melalui Mudah.my dan mengambil kelas untuk mengasah skil bermain piano. Paling penting, kita semua perlu selalu belajar dan bermula dari bawah, benar?”

Statistik utama:

  • Penjual[1]: 1.4 juta sepanjang 12 bulan lalu (pertumbuhan +29% tahun ke tahun)
  • Pengunjung bulanan[2]: 7.5 juta (34% berusia 15-64 tahun[3]) pada Okt 16 (+1% vs Okt 15). 
  • Pengunjung harian1: 750,000+ pada Okt 16 (+10% vs Okt 15)
  • Aplikasi Android paling banyak dimuat turun sepanjang 1,000 hari lalu dalam Kategori Beli-Belah[4]: #1 pada 747 hari, #2 pada 232 hari and #3 pada 20 hari. 

Mengulas mengenai populariti Mudah.my, En. Bhasin berkata, "kami terharu apabila mengetahui cerita bahawa jutaan rakyat Malaysia menggunakan platform kami. Kami juga mahu berterima kasih kepada mereka kerana memberikan kami peluang untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka, termasuk mereka yang menyarankan portal ini kepada rakan-rakan mereka dan memberi maklum balas supaya jadi jadi bertambah baik."


[1] Mudah Internal Database: Nov-15 to Oct-16 

[2] AT Internet Analytics : Oct-16 vs. Oct-15 


Tuesday, November 22, 2016

The Adventures Of SINBAD, Melaka – Aktiviti Menarik Untuk Anak-Anak Di Musim Cuti Sekolah Ini

Hi Korang,


Dah nak penghujung tahun kan, maknanya tak lama lagi cuti sekolah akan bermula

Yeah Yeahh!!

Ewah aku pulak yang excited lebih, alah bukan apa boleh bawak anak sedara aku ni berjalan-jalan sambil release tension sekali kan. 


Kebetulan pulak aku dengar dekat The Melaka Thousand Tales Of Adventures ada aktiviti untuk anak-anak iaitu The Adventures Of Sinbad. Wow Sinbad!! Kisah dulu-dulu ni, alah kalau korang ingat cerita mengenai 1001 Malam so korang mesti tau pasal kisah pengembaraan Sinbad ni. 

Wahai anak-anak kapal! 

Sinbad telah memulakan pengembaraannya yang pertama!

Melaka Kisah Seribu Satu malam telah dirasmikan pada 4th June 2016. Sekumpulan anak-anak kapal telah menyertai Sinbad dalam pelayaran pertamanya, iaitu sebuah pengembaraan yang mengharungi pelbagai cabaran dan kejutan dan juga disertai dengan visual, bunyi, dan aksi.

Wah menarik ni ek!

Eh aku ceritakan serba sedikit mengenai The Adventures Of Sinbad ni ek


Pengembaraan ini bermula dengan cabaran-cabaran di mana para pengunjung yang dikenali dengan nama anak-anak kapal perlu menggunakan kecerdasan mereka untuk memecahkan kod rahsia dan membebaskan diri dari perangkap di dalam harta karun, melepaskan diri daripada ancaman haiwan-haiwan yang menyeramkan, dan melarikan diri daripada serangan orang jahat.

So kena gunakan segala ilmu di dada la kan


Selain daripada cabaran yang unik, setiap bilik cabaran yang bertema juga membolehkan anak-anak kapal menyertai pelayaran Sinbad sehingga ke pertarungannya akhir dengan ahli sihir yang kejam serta tentera roh ngerinya. Bilik-bilik cabaran dihiasi dengan kelengkapan yang bersaiz sebenar dan realistik untuk membawa anak-anak kapal ke dunia fantasi dan imaginasi.




Alamak rasa cuak pulak bila tengok gambar-gambar ni ek, eh aku pulak yang over hahahahaha

Pengembaraan anak-anak kapal bersama Sinbad berakhir di pertarungan terakhir dengan ahli sihir kejam yang dilangsungkan melalui simulasi 7D yang membolehkan anak-anak kapal menyertai pertarungan itu melalui teknologi 7D. Teknologi yang dilengkapi dengan simulasi visual, bunyi dan kegerakan ini juga menggunakan air, asap, dan unsur-unsur lain untuk memberi sebuah pengalaman yang realistik kepada para pemain.


Melalui simulasi 7D ini, pemain boleh berinteraksi dengan watak-watak di dalam tayangan itu melalui senjata yang menggunakan teknologi 7D.

Wei 7D?


Aku sendiri pun belum pernah merasai lagi tau… best tuh..

So korang apa tunggu lagi !

Sekarang ni dah boleh plan nak kemari ye untuk cuti sekolah yang akan datang ni, bawak anak-anak berseronok sambil memperlajari ilmu baru kan.

La lupa pulak nak share lokasinya, ni hah:-

The Adventures Of Sinbad

The Melaka Thousand Tales Of Adventures
G30, Jalan PM9,
Plaza Mahkota,
75000 Melaka.

Waktu Operasi

· setiap hari termasuk cuti umum, 

· Isnin – Khamis (10am – 7pm), 

· Jumaat – Ahad (10am – 9.30pm)


Untuk maklumat yang selanjutnya serta sebarang tempahan tiket, sila hubungi di:- 

a. Telefon Bimbit: 010-978 8805 (Mr. Wilson Law)

b. Telefon Pejabat: 06-292 2070


Untuk maklumat yang selanjutnya, sila layari laman

Website :


Facebook :


Nampak ni, mereka yang excited dah masuk ke The Adventures of Sinbad ni






Jelas ceria terpampang di muka anak-anak ni ek

Dah tak yah tunggu lagi, meh cepat booking kan!!

Monday, November 21, 2016

Microsoft Excel Media Champs

Hi Korang,


Korang tau apa pasal Excel?

Alah software yang ada dalam komputer untuk bantu kita buat kerja-kerja calculation kan, macam aku kalau musim tendering ni Excel ni lah yang paling penting sekali sebab nak buat lumpsum calculation senang. Lagi pulak formulanya boleh share sheet by worksheet.


Hari tuh aku dapat invite ke Excel Media Champs di Microsoft Office Petronas Twin Towers ni. Hah pertandingan apa pulak guna excel ni ek ! First time dengar ni ada pertandingan cam ni lah. 

Rupanya Excel Championship ni dah lama ada dan negara kita pun ada hantar wakil untuk pertandingan ni setiap tahun tau. Yelah event tak berapa penting so kita malas nak ambil tahu kan.


Sedikit kata-kata aluan daripada Mr Bruce Howe, General Manager Consumer Channerl Group Microsoft Malaysia.


Kemudian kitaorang diberikan penerangan lebih lanjut mengenai info-info terbaru mengenai Excel software ni.



Hah memacam jugak function terbaru yang membuat kitaorang ternganga mulut dibuatnya. Nampaknya lebih mudah dan canggih, terutama sekali di dalam menghasilkan pie chart, bar dan graph. Siap boleh jadi 3D dan video jugak ye…

Oklah inilah dia masa yang di tunggu-tunggu.


Kitaorang di bahagikan secara rawak kepada 4 kumpulan. So memasing terpisahlah daripada geng memasing kan, even aku satu group dengan Tekong dari Aman.MY dan media dari Technave.com 

Ada 4 pusingan dan 4 soalan situasi.

Semuanya menggunakan software Excel untuk menjawab. Aku ni kalau kira ikut formula tuh retilah tapi bila bab buat graph, waterfall chart ni habisss terus penin dibuatnya.





Lepas satu jam cam tuh, siaplah sudah menjawab keempat-empat soalan.

Nasib baik ada budak berdua ni yang bijak pandai pasal warna, design of the chart kan. Aku tukang kira-kira je boleh lah.


Walaupun dapat tempat kedua je tapi memacam ilmu yang aku dapat dalam event ni, terus boleh praktikkan kat opis nanti ek bila ada presentation nak kena buat untuk client. 

Ok ok sedikit info mengenai Microsoft Teams, ini pun terbaru jugak ni.


Microsoft Corp. unveiled Microsoft Teams, a new chat-based workspace that further enhances the collaboration capabilities in Microsoft Office 365, the cloud-based productivity offering with more than 85 million monthly active commercial users. Microsoft Teams brings together people, conversations, content and the tools teams need to collaborate.

Microsoft Teams is built on four core promises:

· Chat for today’s teams. Microsoft Teams provides persistent, threaded chat to keep everyone engaged and informed. Team conversations are visible to the entire team by default, and the experience also offers private chat capabilities. A library of emojis, GIFs, custom stickers and memes gives people a fun way to express personality within their digital workspace.

· A hub for teamwork. Microsoft Teams brings together the full breadth and depth of Office 365. People can start voice and video meetings, as well as work with Microsoft Office documents, directly within the Microsoft Teams experience. 

· Customizable for each team. Because every team is unique, Microsoft Teams offers the ability for teams to customize the experience to meet their specific needs. Team members can create channels to organize conversations by topic. They can customize channels with a feature called Tabs, which provide quick access to frequently used documents and applications. 

· Security that teams trust. As part of Office 365, Microsoft Teams offers the global scale and advanced security and compliance capabilities provided by the Microsoft Cloud. In addition, Microsoft Teams will support key compliance and data protection standards, such as the data processing terms with European Union Model Clauses, Health Insurance Portability and Accountability Act business associate agreement (HIPAA BAA), ISO 27001, 

Preview available starting Nov 2nd

Starting Nov 2nd, the preview of Microsoft Teams is available to Office 365 commercial customers with Office 365 Enterprise or Business plans. The preview is available in 181 countries and 18 languages. Office 365 IT administrators can enable Microsoft Teams for their organization from the Office 365 admin center.

For more information, visit the Microsoft News Center. Readers can also follow and engage with the Microsoft Twitter community at @OfficeNews and @MSFTNews using #MicrosoftTeams.