Monday, November 14, 2016

XIERRA Thermal Pants – Buang Lemak Peha Dan Pinggul

Hi Korang,


Siapa yang nak kurus??



Eh angkat tangan lekassss

Aku ni pantang kalau ada produk yang boleh menguruskan badan tanpa rasa sakit macam cirit birit tuh kan, bukan apa aku ni berjalan ke sana ke mari so tak praktikal nak makan ubat kurus yang cirit birit tuh hehehehee kang sakit perut time jem cam ne ek!!

Bila ada kengkawan perkenalkan XIERRA Thermal Pants terus je aku melonjak-lonjak nak cuba, yelah sarung je seluar dan boleh je teruskan aktiviti cam biasa.


XIERRA Thermal Pants ni sebenarnya sejenis seluar yang materialnya dari fabrik neo thermal yang memerangkap haba yang keluar dari badan kita. Haba yang terperangkap itu akan meningkatkan suhu badan kita, dan resultnya tentu lah lebih banyak peluh akan produce dari badan kita dan kalori lebih banyak terbakar. 

Apa yang BEST SANGAT tentang XIERRA THERMAL PANTS ni? 

----------------------------------------------------------------------------------------

➜ BAKAR Lebih Kalori
➜ Peluh Lebih BANYAK Dalam Masa SINGKAT 
➜ Membuang Lemak di Peha, Pinggul dan Perut Secara EFEKTIF
➜ Design Seluar Lebih PANJANG
➜ Design Special WAISTBAND
➜ Rasa KERING dan SELESA di Bahagian Luar
➜ Material Sangat BERKUALITI dan FLEKSIBEL
➜ Jahitan KUAT dan BERKUALITI

Badan akan menjadi lebih ringan, segar, peha lebih kecil dan perut mungkin semakin ramping selepas seminggu, biasanya Perubahan boleh dilihat seawal 5-7 hari bergantung kepada tubuh badan masing-masing.



Aku ni pun baru je pakai 2 hari sebab weekend memang aku pi bersenam kat taman depan rumah ni so ternyata memang banyak peluh keluar padahal baru je pakai dalam 20 minit cam tuh. Tak kisahlah berapa kg yang dah turun tapi nampak peha aku agak berkurangannya inchnya.


Sebabnya kalau nak beli XIERRA Thermal Pants ni korang kena consult dulu dengan diaorang bab saiz ni. Yelah barulah cun bila pakai nanti, takkan nak pakai seluar saiz besar tapi peha kecil kan hauhauahuahua.

Don’t worry, salah saiz boleh tukar.


Harga XIERRA Thermal Pants ni ialah RM139.00 dan percuma postage!!

Aku rasa amat berpatutan dengan budget orang-orang nak cantik cam kita ni ek. Once dah dapat seluar kurus ni korang juga akan menerima “Home Workout Guide” RAHSIA untuk kuruskan peha, pinggul, dan perut cara sihat dan juga PERCUMA pelan diet harian yang simple tanpa perlu berlapar. 

Yang bestnya, dah beli XIERRA Thermal Pants ada pulak cabaran kurus XIERRA dan berpeluang memenangi RM1,000 cash! Cara nak join #xierraweightlosschallenge ni sangat mudah.


- LIKE Facebook page XIERRA

- SHARE post di Facebook page XIERRA (klik sini) dan pastikan post setting tu public okayh?

- Upload gambar BEFORE dan AFTER di Facebook korang dengan caption bagaimana XIERRA Thermal Pants mengubah gaya hidup sihat korang dan jangan lupa hashtag #xierraweightlosschallenge (pastikan setting public juga)

- Gambar peserta WAJIB memegang XIERRA Thermal Pants sebagai bukti pembelian. 

Pemenang akan dipih pada bulan Januari dan transformasi terbaik dan caption paling menyentuh hati akan dipilih sebagai pemenang! 


Untuk yang berminat nak beli XIERRA Thermal Pants ni boleh terus hubungi dan rujuk:

Whatsapp: 010-847 2611


Instagram: @xierra.official


Kalau nak kurus lekas, mudah dan tanpa sakit, so inilah caranya ek!!


Saturday, November 12, 2016

Jelajahi informasi yang menyeronokkan di BRAND’S® Experience Center

Hi Korang,

Ermm tak tau nak kemana di musim cuti sekolah ni?

Jom ke BRAND’S® Experience Center...


Baru-baru ini, seramai 70 orang penuntut Ngee Ann Polytechnic Singapura bersama guru mereka telah mengunjungi BRAND’S® Experience Center di ibu pejabat Cerebos, sebuah tapak perusahaan berteknologi tinggi dan diiktiraf halal di Bukit Jelutong, untuk mempelajari cara pengeluaran Sari Pati Ayam BRAND’S® yang disukai ramai.


Pelawat diberi taklimat tentang mercu tanda kejayaan BRAND’S® yang kini menjangkau usia 181 tahun, serta proses pembuatan yang melibatkan teknologi terkini bagi meningkatkan kualiti serta tahap keselamatan, keberkesanan dan kelajuan pemprosesan produk tersebut. Ini membolehkan tapak perusahaan tersebut mampu menghasilkan sehingga 1.8 juta botol Sari Pati Ayam setiap bulan bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan dan luar negara.

Para remaja yang kesemuanya berusia 17 tahun itu amat teruja apabila mengetahui fakta tentang otak manusia di bahagian Terowong Otak di BRAND’S® Experience Center, termasuklah mempelajari kebaikan meminum BRAND’S® Sari Pati Ayam yang penuh berkhasiat untuk meningkatkan prestasi mental, terutamanya dari segi daya ingatan dan tahap fokus.

“Saya amat gembira kerana dapat mempelajari fakta tentang minda yang begitu menakjubkan dan menarik. Dengan adanya pengetahuan yang diperolehi hari ini tentang proses pengeluaran Sari Pati Ayam BRAND’S®, saya pasti akan meminumnya setiap hari dengan penuh yakin,” kata Kuan Hur, salah seorang pelajar politeknik tersebut.

Rakan kolej Kuan, Nurul Fadhillah Mohd Taufik, turut bersetuju dengan kenyataannya. Dia berkata, “Tepat sekali, lawatan ini amat menarik. Saya sedar bahawa BRAND’S® bagus untuk kesihatan dan perkembangan otak, malah keluarga saya kerap meminumnya. Kini, saya lebih yakin dengan mutu produk ini apabila menyedari cara bagaimana ia dapat meningkatkan keupayaan dalam pembelajaran.”


Terletak di ibu pejabat Cerebos Malaysia, pusat mesra orang kurang upaya tersebut menyampaikan pengalaman yang menyenorokkan dan berfaedah untuk semua rakan-rakan dan ahli sekeluarga anda dari semua lapisan umur. Lawatan berpandu untuk kumpulan pelawat ditawarkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat (10 pagi – 5 petang) dan biasanya mengambil masa lebih kurang 2 jam dan diakhiri dengan lawatan ke galeri jualan untuk membeli produk-produk BRAND’S® pada harga istimewa, termasuklah produk lain seperti minuman Sarang Burung BRAND’S® yang diperbuat daripada 100% sarang burung asli dan produk kecantikan pati buah InnerShine®.

Jadikan musim cuti sekolah ini lebih bernakna dengan menyelami warisan BRAND’S® sambil mempelajari selok-belok pengeluaran minuman berkhasiat yang dipercayai sejak turun-temurun ini. Pada 30 November dan 8 Disember 2016, BRAND’S® Experience Center akan dibuka kepada orang ramai jam 10.30 pagi (untuk sesi Bahasa Inggeris) dan 2.30 petang (untuk sesi Mandarin).

Setiap sesi dihadkan kepada 40 pelawat sahaja. Sila buat temujanji korang dengan menghubungi kami di talian 03 - 7844 8686

Masuk adalah percuma.

Hah cuti sekolah boleh bawak anak-anak ke sini ek...



Friday, November 11, 2016

Belajar Pasal EUROPEAN CHEESE Yang Unik-Unik Belaka Rasanya

Hi Korang,

Cheese semua orang tau kan…

Alah setakat mozarella, parmesan, cream cheese korang terrer la kan. Tapi cheese-cheese lelain macam gauda, (nama cheese dlm gambo) tau ke? Ermm memang taklah jawabnya, tapi bab makan memang pandai kann hehehehhe


As usual aku dapat jemputan ke event 'CHEESE TRAIL’ iaitu mengenai pelbagai jenis cheese di serata dunia daripada seorang chef terkenal En. Pierre Gay seorang yang pakar dari Perancis. Chef ini juga adalah salah satu pengusaha cheese tertua di negaranya yang cukup popular.


Chef Pierre Gay juga pemilik Pierre Gay Fromagerie - salah satu rumah keju yang tertua dalam Annecy, dalam Rhone-Alps di timur Perancis. The Fromagerie dikenali di rantau ini dengan hasil keju halus telah dimulakan pada tahun 1935, dan Pierre mengambil alih syarikat itu pada tahun 1989 dari bapanya. dedikasi Pierre dan usahanya berbaloi apabila ia dinobatkan Meilleur Ouvrier de France (MOF) tahun 2011


So masa event kitorang di perkenalkan dengan jenis-jenis cheese dan kegunaannya yang tersendiri serta bagaimana untuk menggabungkan keju tradisional Eropah ke dalam resipi yang diilhamkan dari Asia.

Chef Pierre Gay juga sempat memperkenalkan beberapa jenis keju yang popular dan sering digunakan dalam masakan Eropah. Di antaranya Stilton dari the United Kingdom, Aged Gouda dari Netherlands, Parmigiano-Reggiano dari Italy, Manchego dari Spain, dan beberapa cheese yang popular dari France seperti Saint-Nectaire Fermier, Mont d'or, Camembert de Normandie, Salers, Maroilles, Bleu de Gex, Brillat, Savarin, Moulis dan Col de la Core.


Kemudiannya kitaorang dapat mepelajari beberapa resipi berasaskan keju yang di gabungkan sekali dengan menu masakan orang Asia. Hah amik ko, pening jugak ni kan. 

Di antara resipi-resipinya adalah Croque Monsieur with Shitake Mushroom, Cheese Fondue Scented with Smoked Tea dan Onion and Asia Smoked Garlic Gratinée. 

Croque Monsieur with Shitake Mushroom

Cheese Fondue Scented with Smoked Tea

Onion and Asian Garlic Blue Cheese Gratinee

Not bad jugak rupanya menu-menu ni semua bila di tambah cheese lagi bertambah sedap jadinya.

Jawabnya banyak pulak aku pi beli cheese nanti ni ek hehehehhe