Wednesday, November 9, 2016

Merasai Taste Of India di Temptations, Renaissance Kuala Lumpur Hotel

Hi Korang, 

Makanan India ? 

Anyone ? 

Come one kita kan satu Malaysia, semua yang ada di negara kita ni, kita akan cuba makan kan betul tak ? Ye betul. 

manggo lassi sedapppp

Selalunya kita akan makan di mamak atau kedai daun pisang untuk merasai makanan authentic India kan, so why not kita mencuba hidangan dari India di Temptations Cafe di Rennaisance Hotel ni ek. 

So Isnin lepas, aku sempat ke sana untuk mencuba hidangan authentic India ni. Normally aku akan fikir mesti akan makan kari je ek, but tidak wokeh ada lagi hidangan lain yang menambat hatiku. 

Bermula dari 11th November hingga 30th November Chef kelahiran Delhi iaitu Chef Himanshu Roye akan menyajikan pelbagai hidangan masakan India yang bakal memikat hati korang. 



Selain daripada hidangan buffet, promosi ‘Taste Of india’ kali ni menghidangkan ‘Live Action Station’ untuk melihat sendiri bagaimana ‘Khurchan’ di masak. Khurchan adalah hidangan kambing yang di cincang di masak secara perlahan atau ayam di atas pinggan panas atau serabi dan terus mengikis daging dari plate panas untuk mengelakkan melekat atau terbakar, sekali gus memberi hidangan nama dan rasa itu. 









Di antara hidangan yang disediakan hasil air tangan Chef Himanshu Roye adalah boneless fish tandoori, chicken tikka dan tandoori lamb chops, yang disediakan secara bergilir-gilir semasa promosi Taste of India. Para tetamu juga harus merasai hidangan pencuci mulut iaitu Gulab Jamun dan Laddo yang sesangat manis. 

Selain makanan laut yang juga akan dihidangkan dalam buffet dinner, pengunjung boleh menikmati dalam hidangan menyelerakan hidangan istimewa yang merangkumi dari Timur ke Barat. Menikmati hidangan Jepun seperti sushi dan sashimi, Chinese hot-off-the wok stir­ fry, pelbagai jenis pasta dengan sos tradisional Itali dan barisan kek berwarna-warni dan lazat, puding, kuih Melayu, ais krim dan banyak lagi . 



Untuk buffet dinner ‘The Taste of India’ ni, ianya bermula dari 11hb November 2016 hingga 30hb November 2016 dari 6.30petang hingga 10.30 malam. 

Harga buffet dinner di RENAISSANCE Hotel ni adalah

RM145nett untuk dewasa

RM73nett untuk kanak-kanak (6 hingga 12 tahun)

All prices or charges are inclusive of 10% Service Charge and 6% Goods & Services Tax (GST).


Jom kita ke

RENAISSANCE KUALA LUMPUR HOTEL 
Corner of Jalan Sultan Ismail & Jalan Ampang 
50450 Kuala Lumpur

Tel: 03 2716 9388 


Like us on Facebook www.facebook.com/RenaissanceKL



Selamat menjamu selera semuanya....



11th November Adalah POCKY Day!

Hi Korang,

Pocky ni jajan dari Jepun dah aku rasa ramai yang suka kan!

Aku pun, boleh makan berkotak-kotak wei sebab sedap kan. 


Sempena “hari Pocky” pada 11 November, syarikat pengilang makanan Jepun Ezaki Glico Co., Ltd. (Osaka, Jepun) akan memulakan “Pocky day SMILE COUNTER campaign” pada 2 November mengajak korang mengumpulkan senyuman. Kempen akan dilancarkan di Jepun, China, Taiwan, Indonesia, dan Malaysia di mana POCKY, salah satu biskut coklat Jepun paling popular yang sedang meraikan ulang tahunnya yang ke-50, begitu digemari ramai.

11 November adalah satu hari keraian yang besar bagi Pocky di Jepun. Bukan sahaja hari untuk menikmati Pocky, tetapi hari untuk menunjukkan kreatif dan riang gembira dengan Pocky. Itulah hari saat-saat penuh keriangan dikongsi bersama. Hari ini semakin popular di Jepun, dan sekarang akan menjadi global sebagai “hari Pocky”. 

Berkongsi Keriangan! Kumpulkan “senyuman,” lambang keriangan


Mesej jenama berbunyi “Kongsi keriangan!” – Pocky percaya senyuman seseorang adalah lambang keriangan, dan dengan berkongsi senyuman, akan membawa perkongsian keriangan seluruh insan. Jadi “Pocky day SMILE COUNTER campaign” terbit daripada kepercayaan ini.

Tuan Tsuyoshi Matsuki, Pengurus Jenama Global Pocky, Ezaki Glico Co. Ltd, mengulas, “Dengan nilai teras berkongsi keriangan!, Pocky telah menyebarkan konsep “Berkongsi riang, ceria dan rasa bersama keluarga dan kawan-kawan yang dikasihi.’ Kami ingin mengembangkan konsep berkongsi keriangan ini dengan manusia seluruh dunia menerusi Kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky dengan meminta semua orang melakukan tindakan mudah iaitu senyum dan berkongsi senyuman.”


Laman web rasmi bagi “Pocky day SMILE COUNTER campaign” memaparkan ‘PEMBILANG SENYUMAN’ yang membilang jumlah foto senyuman dalam waktu sebenar di Facebook peserta (di China Weibo) yang terkumpul sepanjang tempoh kempen. Peserta boleh menyertai kempen dengan mengambil foto senyuman mereka dan membuat posting/berkongsinya dalam laman web rasmi.


Berapa banyak foto senyuman ada dalam Facebook anda (di China Weibo)?

Dengan “Pocky day SMILE COUNTER campaign”, peserta juga boleh mencari dan mengetahui berapa banyak foto senyuman yang ada dalam akaun Facebook mereka (di China Weibo). keputusannya akan ditunjukkan secara automatik dalam “PEMBILANG SENYUMAN”. 

Sempena dengan ‘Pocky Day’ ni, ada acara hebat yang akan di adakan iaitu:-



“ Pocky day SMILE COUNTER campaign” 

Tarikh: Jumaat 11 November ─ Ahad 13 November 2016

Tempat: Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
 


Peraduan Senyuman Terbaik Pocky!


Bagi melayakkan diri untuk peraduan Senyuman Terbaik Pocky, semua senyuman perlu dikemukakan sebelum 30 November. Apabila semua senyuman telah dikemukakan, anda akan berpeluang melawat ke Kilang Pocky di Jepun, tempat senyuman dihasilkan! Kemukakan senyuman anda hanya dengan klik butang mohon di halaman kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky, masukkan maklumat yang dikehendaki, dan kemukakan permohonan bersama foto senyuman anda yang terbaik dan paling berseri!

Jom ramai ke Pocky Day nanti ek!

Tuesday, November 8, 2016

JUS QALBI AL-EHSAN – Sesuai Bagi Mereka Yang Berkolestrol Tinggi

Hi Korang,

Kan hari tuh aku citer pasal kolestrol aku yang dah mula turun dan aku nak maintain kan, so rasanya aku dah jumpa penawar yang sesuai untuk control kolestrol aku ni. 

Hehehhehe

Memperkenalkan

JUS QALBI AL-EHSAN

Ianya sejenis supplemen yang mampu menjana tenaga tambahan, serta kaya dengan Vitamin C yang baik untuk kecantikan kulit serta sistem imunisasi dan sistem penghadaman.

Cam ne kita boleh dapat kolestrol ek?

Selain daripada penyakit turun temurun daripada keluarga kita, factor usia meningkat dan yang paling penting sekali adalah corak pemakanan kita seharian. Kalau hari-hari kita melantak makanan berminyak, seafood, fastfood dan confirm-confirm dengan sekejapan kolestrol dalam darah kita akan meningkat. 

Tanda-tanda badan mempunyai kolestrol yang tinggi antaranya:

  • Sering berasa kebas-kebas pada kaki
  • Timbul bintik-bintik putih (biji kolestrol) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi
  • Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
  • Sering berasa sakit kepala.
  • Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
  • Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
  • Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. 

Ini menunjukkan kadar kolestrol korang terlampau tinggi. Jadi, jika korang mempunyai tanda-tanda seperti inj, cepat-cepatlah lakukan pemeriksaan doktor dengan segera. 

Jus Qalbi AL-EHSAN


Ok kita sambung balik cerita mengenai Jus Qalbi ni ek, ianya di formulasikan daripada 5 bahan asli semulajadi terpilih, terbukti berupaya untuk menurunkan kandungan kolestrol dalam tubuh badan. Ia di hasilkan TANPA bahan pengawet tiruan dalam erti kata lain hanya bahan-bahan semulajadi sahaja. 

Ia mampu membaikpulih dan merangsang sistem peredaran darah,serta mengurangi risiko yang berkaitan dengan jantung, stroke, sakit dada, darah tinggi dan kebas anggota badan, jika di amalkan secara berterusan.

JUS QALBI AL EHSAN sangat bagus untuk:
  • Jantung tersumbat
  • Athma
  • Tekanan darah tinggi
  • Kolestrol
  • Resdung
  •  Arthritis
  • Gout
  • Kencing manis
  • Kebas tangan kaki
  • Sembelit

5 bahan utama Cuka Epal, Bawang Putih, Madu, Halia dan Lemon dihasilkan tanpa pengawet tiruan.Kebanyakan penyakit berpunca dari saluran darah yang tersumbat terutama di saluran darah ke jantung.Ramuan Jus Qalbi AL-EHSAN dapat menghakis plak lemak yang terbentuk dalam salur darah akibat dari kolesterol tinggi. Cegah dari terjadinya plak lemak berkerak dalam salur darah jantung.

Cara Pengambilan Jus Qalbi AL-EHSAN



Alah senang bebenau lah, tak de nak pening-pening sangat pun.

GONCANG botol sebelum minum, gunakan sudu plastik je tau.

1 sudu makan SEBELUM sarapan

1 sudu makan SEBELUM tidur malam

Simpan di dalam peti sejuk setelah dibuka.

Pengalaman Setelah Mengamalkan Jus Qalbi 


Kalau orang tak biasa or tak suka bau bawang putih mesti pening nak minum jus ni, tapi aku telan je. Walaupun baunya kuat macam mana pun, aku minum jugak untuk kesihatan kan. 

Memanglah memula tak suka lama-kelamaan jadi suka pulak, seronok pulak minum. Bukannya pahit pun cuma masam cuka tuh kuat sket tapi not badlah. 

Kalau korang tetap tak boleh minum cam tuh je, aku syorkan dicampurkan sebagai perisa di dalam penyediaan minuman harian seisi keluarga. Sekarang ni aku minum berdua dengan Mr Big kan so dapatlah kitaorang tengok hasilnya nanti. 


Untuk keterangan lebih lanjut, PEMBELIAN,testimoni dan detail tentang produk HALAL keluaran MUSLIM tempatan ini boleh singgah ke mana-mana social media di bawah : 

Facebook : JUS QALBI AL EHSAN

atau 


atau 

Hubungi terus :

Algae Park Sdn Bhd
No 80 A,Jalan Renang 13/26,Seksyen 13,
Shah Alam,Selangor.

Tel: 03- 5511 4366

HP: 017- 7300 366 & 017- 3730 366