Monday, November 7, 2016

Sarapan Saya Sekarang Ni…

Morning Korang,

Ermm bila cakap sarapan, mesti korang dah terbayang nasi lemak, teh tarik, roti canai bagai kan… ishkk sedapnya

sedapnye pekena kopi ek

Tapi aku??

Terpaksalah melupakan semua tuh seketika

Sebab apa??

Nak maintain level kolesterol dalam badan.

Hari tuh, aku pi check up untuk check level kolesterol tuh so dari 6.1 turun kepada 4.5 percent. Giler banyak tuh kan, sebab aku jarang bersenam secara hardcore untuk maintainkan level tuh so terpaksa kena control sket makan. 

Kan ada leptos??


Ermm leptos tuh fokusnya untuk turunkan lemak dalam badan dan portion untuk turun kolesterol bagi aku sket bebenau so memang kena cari alternatif lain. Tapi nampaklah aku kurus sket setelah mengamalkan Leptos selama beberapa bulan ni, nak order meh PM aku meh hehehehhe sempat promo ek..

Sudahnya??

Ini yang aku buat.

Sarapan dengan oats, granola, cornflakes, breakfast bar untuk sementara waktu ni. Huhuhuhuhuhu memula memang tak suka sebab tak sedap but lama kelamaan tekak dan perut dah boleh terima. 









So makanlah setiap hari waktu sarapan, alhamdulilah level kolesterol maintain macam biasa.

YESZAAAA...

Eh, tak delah strict tak boleh makan lontong, nasi lemak bagai tapi sekali sekala untuk lepaskan gian ek…

Itulah bila dah masuk remaja 30an ni semua nak kena jaga, badan nak kena jaga, muka nak kena jaga dan yang paling penting hati pun kena jaga jugak tau…

Ok selamat sarapan semuanya..


Saturday, November 5, 2016

NIVEA Skin Delight Body Milk

Hi Korang,

Kecantikan adalah sesuatu yang subjektif bergantung kepada persepsi budaya masing-masing. Namun, kulit yang sihat dan menerima penjagaan sempurna seringkali mencerminkan kecantikan diri terunggul. Semenjak berabad lamanya, kulit yang lembut, licin dan cantik dianggap sebagai tanda kecantikan sejati. Selain itu, untuk mendapatkan kulit yang sempurna bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan usaha serta ritual-ritual kecantikan yang rumit serta menggunakan pelbagai bahan eksotik yang hanya mampu didapati dan dimiliki oleh golongan bangsawan.

Sebagai contoh, Cleopatra, ratu terakhir kerajaan Mesir Kuno dikatakan bersiram di dalam mandian susu untuk mengekalkan kulit yang lembut, licin dan halus. Beberapa abad kemudian, setelah dunia di ufuk Timur membuka pintu kepada para pedagang dari Barat, golongan wanita di Eropah mula mengamalkan amalan-amalan kecantikan eksotik yang diamalkan oleh wanita di negara-negara yang lain seperti mandian Turki atau Hammam yang amat popular di Maghribi. Setelah memasuki alaf baru, golongan wanita kini boleh memanjakan diri mereka dengan perkhidmatan spa pada harga yang berpatutan, ia masih lagi dianggap sebagai satu kemewahan bagi wanita-wanita yang mahukan diri mereka dibelai laksana seorang ratu, dari hujung rambut ke hujung kaki. Terutamanya bagi mereka yang sibuk dengan urusan kehidupan serta berkerjaya. 


Namun begitu, dengan NIVEA Skin Delight Body Milk, sebuah produk berinovasi terbaru keluaran NIVEA, memastikan anda menikmati sesi memanjakan diri yang akan menaikkan “mood” anda semasa berada di kamar mandi. Seindah namanya, NIVEA SKIN DELIGHT direka dengan satu tujuan utama – memberilkan kenikmatan buat deria anda dengan sentuhan, penglihatan dan wangian yang membuat anda berasa istimewa semasa anda memanjakan diri.

Ditakrif sebagai rawatan terulung bagi kulit yang kering, minyak badan berfungsi sebagai pembekal keanjalan dan seri kepada permukaan kulit anda bermula dari dalam. Kulit akan menyerap serta menikmati segala kebaikan yang terkandung dalam minyak tanpa berasa melekit, kerana NIVEA Skin Delight mengandungi nutrisi penjagaan terbaik dari minyak badan dalam bentuk “body milk” yang mudah untuk disapukan. 

Seperti minyak badan, susu juga diperkaya dengan manfaat menyubur dan mencerahkan kulit. Sejak berabad lamanya, golongan wanita sering menggunakan susu segar sebagai bahan mandian selain air bagi mengekalkan kecerahan kulit mereka. Ini kerana kandungan asid laktik yang terdapat dalam susu menguraikan protein yang menyatukan sel-sel kulit mati, lantas memberi ruang kepada kulit baru yang lembut serta bertekstur licin dan halus untuk tumbuh. Susu ini juga mengalir lembut di atas kulit apabila ia dioleskan lantas menjadikan kulit anda lembut dan berseri-seri. 

Bagi memberi ketenangan kepada jiwa dan minda setelah seharian bekerja, “body milk” ini turut diadun bersama haruman semerbak yang diekstrak dari bunga mawar dan juga lavender. 


“Kulit yang lembut, berseri dan mulus adalah idaman setiap wanita,” Kata En. Ng Hock Guan, Pengurus Negara bagi Beiersdorf Malaysia & Singapura. “Walaupun ia masih dianggap sebagai satu keistimewaan atau kemewahan bagi sesetengah daripada mereka, kehadiran NIVEA Skin Delight telah memudahkan golongan wanita untuk menikmati sesi memanjakan diri justeru memberikan mereka tubuh yang cantik dan sihat di samping ketenangan minda.” 

Bunga mawar bukanlah satu bahan asing dalam dunia kosmetik. Penggunaanya amat menyeluruh samada secara sepenuhnya ataupun sebahagian daripada asas campuran dalam produk wangian mahupun manfaat rawatan. Wanita-wanita Yunani kuno dan Rom dikatakan menggunakan kelopak-kelopak segar dari bunga mawar untuk mewangikan air mandian mereka. Pada masa yang sama, minyak pati yang terkandung dalam bunga mawar mampu mengekalkan kelembapan semulajadi pada kulit. 


Selain itu, lavender atau nama saintiifknya Lavandula Angustifolia juga mempunyai reputasi yang mengagumkan dalam dunia aromaterapi. Sejenis tumbuhan herba berbunga dan tergolong dalam keluarga pudina, lavender boleh didapati di setiap pelusuk dunia bermula dari benua Afrika hingga ke kawasan pergunungan di Asia, Terkenal dengan profil wangiannya, lavender telah digunakan secara meluas di kebanyakan negara sebagai bahan untuk menenangkan stress dan kelesuan. Selain itu, ia juga dapat meredakan iritasi serta kekeringan pada kulit. 

Mengaplikasikan formula hebat “body milk”, sejenis emulsi berbentuk air di dalam minyak yang telah dipelopori oleh NIVEA di dekad 1980-an, penggabungan ini telah mewujudkan sebuah rawatan badan yang penuh dengan kenikmatan serta mudah untuk dioles pada badan pada bila-bila masa yang anda idamkan. 

“Memanjakan tubuh bak seorang ratu itu bukanlah satu keistimewaan – ia adalah hak bagi setiap wanita untuk dinikmati,” En. Ng Hock Guan,Pengurus Negara bagiBeiersdorf Malaysia & Singapura menambah. “Sebagai sebuah jenama yang memahami kehendak serta keperluan wanita, kehadiran NIVEA Skin Delight ini pastinya akan memberi manfaat kepada para wanita moden yang mahukan diri mereka dimanja sebaik mungkin sewaktu mereka meluangkan masa untuk diri sendiri.”


Mulakan ritual memanja diri NIVEA Skin Delight selepas anda menikmati mandian air panas yang menyegarkan. Oleskan “body milk” yang mewah ini ke seluruh badan anda semasa kulit anda masih lembap dan biarkan minda merasa tenang dengan wangian floral yang mengasyikkan. Oleskan “body milk” ke seluruh tubuh anda dengan lembut dan rasai kelembutan dan kehalusan yang tidak terhingga pada kulit anda. Ini membolehkan anda menikmati rawatan badan yang holistik di mana ia meliputi tubuh serta minda. 

Dengan dua wangian yang lembut untuk dipilih – Glowing Rose yang memberikan kulit anda wangian feminine dan Relaxing Lavender yang menenangkan deria anda – NIVEA Skin Delight terdapat dalam dua saiz dan dijual pada harga pengenalan iaitu RM11.90 (Harga Runcit RM16.50) bagi saiz 250ml dan RM17.50 (Harga Runcit 21.90) untuk saiz 400ml.


Friday, November 4, 2016

Antabax Travel Pack, Senang Betullah

Hi Korang,

Jenama produk penjagaan diri Halal nombor 1 di Malaysia, Antabax, telah memperkenalkan barisan penjagaan kebersihan diri Siap, Sedia, Mula-nya bagi menggalakkan rakyat di negara ini untuk membuat persediaan terperinci bagi kekal bersih sepanjang hari.

Barisan trio produk bersaiz kecil yang boleh dimuatkan di dalam poket ini terdiri daripada Tisu Pembersih Anti-bakteria Antabax (Antibacterial Cleansing Wipes), Gel Pembersih Tangan Segera (Instant Hand Sanitiser) dan Penyembur Pembersih Tangan (Hand Sanitiser Spray) yang memudahkan pengguna ketika menghadapi keadaan yang memerlukan pembersihan segera.


Produk anti-bakteria Siap, Sedia, Mula Antabax ini memberikan pengguna perlindungan 24 jam dan mampu membasmi 99.9% kuman merbahaya.

Barisan Siap, Sedia, Mula dirumus berasaskan Aloe Vera bagi mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit. Manakala Sistem Perlindungan Derma-nya pula mengandungi Serum Lembapan Mikro yang akan menjadikan tangan pengguna lembut, licin dan sihat. Ia telah diuji di atas kulit dan terbukti bertindak dengan lembut terhadap kulit yang paling halus menjadikan barisan produk ini sesuai untuk kegunaan harian. 

Kesemua produk Antabax telah disahkan Halal, memberikan keyakinan kepada para umat Islam untuk menggunakannya. 

Tidak kira sama ada anda sedang memburu makhluk-makhluk Pokemon GO; bersenam di gimnasium; membeli belah di pasaraya; menuju pulang dari percutian atau menggunakan tandas awam, barisan produk Siap, Sedia, Mula Antabax akan melindungi anda.

Tisu, gel dan penyembur pembersih ini didatangkan dalam bekas yang direkabentuk agar dapat dimuatkan dengan selesa di dalam poket dan hanya akan mengambil ruang yang sedikit di dalam beg tangan, beg kembara, beg sekolah, beg pinggang mahupun bekas ubatan kecemasan dan kereta. 

Walaupun kecil, ia amat berguna dan berkesan. 

Ketiga-tiga wira pembersihan ini pasti akan memastikan anda dapat melakukan pembersihan dengan pantas dan mudah!

Penggunaan

Lapkan telefon bimbit, tablet dan komputer riba anda setiap hari menggunakan Tisu Pembersih Anti-bakteria Antabax kerana skrin dan papan kekunci peranti-peranti berkenaan mudah dicemari dengan sebum kulit, solekan, minyak dan lebihan makanan selain kuman yang boleh menjangkiti anda setiap hari.

Bersihkan alatan gimnasium sebelum dan selepas anda menggunakannya untuk senaman. Tisu ini juga amat sesuai untuk membersihkan lebihan makanan segera di dalam kereta - benar, kami pernah mengalami keadaan sebegini dan Berjaya menangani situasi tersebut dengan mudah dan efektif! 

Gunakan Penyembur Pembersih Antabax untuk membersihkan tandas, troli pasaraya, pemegang tangan di dalam bas atau keretapi yang anda naiki setiap hari. 

Pilihan di tangan anda, sama ada anda biarkan diri dicemari kuman apabila memegang alatan itu atau membersihkannya untuk kebersihan dan kesejahteraan diri.

Gel Pembersih Antabax pula amat sesuai untuk membersihkan tangan dan jari jemari anda secara menyeluruh daripada dicemari kuman yang gagal dibasmi oleh sabun atau pada ketika ketiadaan air.


Menurut Pengurus Produk Penjagaan Rumah dan Peribadi Kumpulan Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd., Cik Angeline Sim, penjagaan kesihatan yang baik berkait rapat dengan amalan kebersihan diri.

Amalan kebersihan yang ringkas dan pantas membawa kesan besar dalam mengurangkan risiko dijangkiti penyakit berjangkit terutamanya yang disebarkan melalui sentuhan.

“Majoriti rakyat Malaysia mengamalkam gaya hidup aktif termasuk mengamalkan sukan rekreasi luar; bermain permainan di telefon bimbit; mengembara; membeli belah dan bersenam di gimnasium. 

“Dalam melakukan aktiviti-aktivit tersebut, kita tidak dapat mengelak daripada berinteraksi antara satu sama lain dan ini mendedahkan kita kepada risiko jangkitan penyakit serta kuman merbahaya yang dibawa dan disebarkan oleh orang lain secara sedar atau tidak. 

“Justeru, amat penting bagi kita untuk sentiasa bersedia dan menjadikan pembasmian kuman dan penjagaan kesihatan amalan supaya risiko dijangkiti penyakit berjangkit dikurangkan. Setidak-tidaknya, amalan ini boleh memberikan anda ketenangan fikiran’” kata beliau.


Barisan produk anti-bakteria Siap, Sedia, Bermula Antabax ini boleh didapati di farmasi dan pasaraya-pasaraya di seluruh negara termasuk farmasi Guardian, Watsons, AEON dan banyak lagi.

Tisu Pembersih Anti-bakteria Antabax (3 X 10 helaian)
Harga jualan yang dicadangkan: RM 4.80

Penyembur Pembersih Antabax 50ml
Harga jualan yang dicadangkan: RM 4.80

Pembersih Tangan Segera Antabax 50ml
Harga jualan yang dicadangkan: RM 4.20

Untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Antabax dan mengikuti tips-tips kebersihan untuk gaya hidup sihat dan penuh keyakinan, sila tekan butang “Like” Antabax di pautan www.facebook.com/NewAntabax