Thursday, November 3, 2016

New Concept of Guardian KLCC

Hi Korang,

Jumaat lepas sempat aku ke Guardian Suria KLCC sempena majlis perasmian Gedung Guardian yang berwajah baru. 


Guardian Malaysia, peneraju dalam perniagaan kesihatan dan kecantikan, telah membawa pengalaman pelanggan ke tahap yang baru dengan pembukaan stor konsepnya, yang pertama di Asia. 

Merasmikan stor konsep tersebut hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Malaysia, Mr Peter J. Dove, berkata: "lndustri runcit seperti yang kita sedia maklum adalah industri yang sangat kompetitif dan tidak menentu, dan kami mengalami pelbagai cabaran. Tetapi satu perkara yang sentiasa menjadi keutamaan adalah pe!uang untuk mencipta dan m mbangunkan pengalaman membeli-belah baru yang selari dengan kehendak pelang an, dim melihat .met.:lumbalas daripada - para pengguna. Pembeli sentiasa berubah dan pembaharuan adalah kunci; sama ada dari segi wawasan, konsep, perkhidmatan yang ditawarkan, atau gabungan menarik semua elemen ini." 

Tambah beliau: "Hari ini, selepas kajian penting terhadap keperluan pelanggan dan trend; perancangan dan pelaburan, saya amat berbesar hati mengumumkan bahawa stor konsep kami kini beroperasi sepenuhnya. Dalam jangka masa yang singkat, pasukan Guardian Malaysia telah berjaya membangunkan stor konsep ini ke tahap yang lebih mantap, dan harapan kami agar anda, rakan kongsi kami, dan para pelanggan, akan berpuas hati dengan hasil usaha kami dan penaiktarafan ini." 

Mr Dove berkata; "Saya dengan bangganya ingin menekankan bahawa pencapaian ini telah berjaya dicapai, dicipta dan dilaksanakan sepenuhnya oleh pasukan Guardian Malaysia; ini merupakan sebuah pembangunan yang unik, yang dibina oleh pasukan Guardian Malaysia." 

Konsep baru tersebut memuatkan ciri-ciri mesra pelanggan yang tidak terdapat di mana-mana kedai di rantau ini, satu perbezaan yang bertujuan mengukuhkan kelebihan daya saing. 

Terletak di lokasi farmasi Guardian yang sama di KLCC, outlet ini sejajar dengan program penaiktarafan berterusan farmasi Guardian Malaysia. 

Ciri-ciri baru dan menarik termasuk beberapa konsep kedai-dalam-kedai untuk bahagian kosmetik, kesihatan dan farmasi, dan pengenalan kepada pemeriksaan kesihatan asas dan khidmat penjagaan kesihatan seperti pemantauan tekanan darah, pengurusan berat dan khidmat nasihat untuk berhenti merokok. 


Antara konsep kedai-dalam-kedai adalah: 


1. Ruang Make Me Up , merupakan sebuah kedai-dalam-kedai untuk kosmetik. lni berikutan penyelidikan meluas yang dijalankan bersama L'Oreal Malaysia untuk memahami keperluan solekan oleh pelanggan sasaran syarikat dan faktor yang mendorong pembelian mereka. Konsep ini memberi tumpuan kepada memenuhi keperluan pembeli, antara lain, menonjolkan produk dan trend kosmetik terkini dan menawarkan kawasan separa peribadi untuk pelanggan mencuba produk. 

Dua orang jurusolek Guardian akan memberi khidmat nasihat kepada pelanggan yang ingin tahu lebih lanjut mengenai tip solekan dan trend terkini. 

Guardian Malaysia turut meluaskan rangkaian jenama tempatan dan antarabangsanya yang hanya boleh didapati di Guardian, pada harga yang berpatutan. 

2. Guardian Malaysia juga menerajui inisiatif farmasi perdagangan moden dengan penyenaraian produk kesihatan herba Cina tradisional yang dihasilkan oleh Eu Yang Sang, jenama yang terkenal dengan kualiti, dalam rangkaian produknya. 

3. Guardian KLCC turut menawarkan rangkaian produk G&G Century seperti sarang burung sehingga ke Tongkat Ali yang sangat popular di kalangan pelanggan tempatan dan para pelancong.


Guardian Malaysia, adalah sebahagian daripada Dairy Farm Group, perintis, dan peneraju perniagaan runcit kesihatan dan kecantikan di Asia. Perubahan identiti visual Guardian Malaysia telah dilancarkan pada hujung 2014.

Di bawah perubahan identiti visual itu, logo Guardian berwarna biru dan oren yang dikenali ramai, telah ditukar menjadi "guardian" dalam tulisan berwarna oren dan berlatarbelakangkan warna putih.

Warna oren yang dipilih bertujuan menyuntik semangat baru ke dalam persepsi jenama keseluruhan. Pelaburan yang dibuat dalam stor konsep dan identiti visual adalah selari dengan misi Dairy Farm Group untuk membawa Manfaat Peruncitan Moden kepada Pengguna di Asia.


Jenama Guardian telah dibina berdasarkan nilai kepercayaan pelanggan, dedikasi pengasas-pengasas dan mereka di dalam organisasi dan produk-produk inovatif yang memberi inspirasi kepada para pelanggannya.

Nilai-nilai ini - kepercayaan, dedikasi dan inspirasi - akan menjadi teras panduan untuk Guardian Malaysia, dalam fokusnya untuk meningkatkan pengalaman pelanggan.


Wednesday, November 2, 2016

Dinner Di Ibrahim's Fatty Crab Seafood Ampang.

Hi Korang,

Ini bukan consider food review ye sebab aku memang tak de plan pun nak kemari.

Citer dia cam ni sebenarnya, memang aku perasan kat Instagram yang gambar-gambar makanan di Ibrahim Fatty Crab ni memang mengundang betul!. Yelah la ko ketam kot, memang favourite tuh. 

Dan kedai ketam favourite aku kat belakang Park Royal Hotel dah pindah ntah kemana so tak delah aku makan ketam sepuas-puasnya. So petang ahad tuh lepas balik daripada umah mama, duk sibuk fikir nak pi dinner kat ner kan. Zas teringat kat kedai Ibrahim Fatty Crab ni, terus set WAZE dan bergerak ke kedai ni. Alah dekat je dari Wangsa Maju ke Ampang dalam 20 minit je dah sampai. 

Jeng jeng jeng inilah kedai nie

Ibrahim Fatty Crab

Petang ahad ni tak berapa ramai orang so tak yah nak booking pun kecuali kalau korang datang lebih dari 5 orang kann takut tak de tempat plak. 

Memula tengok menu dulu

Yesza sebijik style menu kedai cina, macam hokaiddo. 

Ok tengok menu ketam plak, ada pilihan jenis masakan dan jenis ketam yang korang suka. Di sebabkan otak aku lembab hari tuh aku terpaksa pi tengok ketam hidup yang dalam akuarium yang diorang sediakan tuh. 

Ok nak makan Brown Crab duit tak cukup pulak so kita pilih Mud Crab or ketam batu or ketam nipah or ketam lumpur. 


Sementara tunggu makanan sampai, meh makan kacang sambil tengok tv yang tengah tayang perlawanan akhir Hoki tuh. 

datang berdua tapi makan macam 5 orang, ermm sebab dah biasa kot makan banyak cam ni lah.

Ok ini yang kitorang order :-

Mongolian Style Crab

Signature dish untuk ketam kalau makan kat Ibrahim Fatty Crab. Sedap langsung tak pedas dan ada rasa butter-butter sket. 

Salted Yok Egg Squid

Ini memang favourite kitorang ni, kalau pi makan kedai cino mesti kene order ni. Rasa telur asinnya kemain lagi.

Butter Cream Prawn

Tiger prawn tpai bila dah masak dia cam dah jadi kecik sket. Tak liat dan tak hanyir, masak on time so tak delah rasa kering.

Sizzling Beancurd

Melimpah ruah kuahnya, siap ada telur sekali. Rasa sama cam memane kedai yang aku selalu pi makan.

Mantou

Yesza, mantou ni sebijik roti goreng yang aku pasti tak ramai kedai seafood melayu boleh buat. Nampak cam keras tapi bila cubit lembutnya kemain sungguh di cicah pulak dengan kuah ketam tuh tadi. Amik ko terangkat!!. 


Aduiyai perut kemain senak lagi lepas makan ek, aku dapat makan sket je the rest Mr Big yang habiskan semua. Dia pun sampai rasa muak makan ketam tuh sebab kitorang kan tamak pi amik 2 ekor saiz beso plak tuh hahahahahaha

Harga makanan di Ibrahim Fatty Crab



Amik ko semua sekali RM226.80 termasuk air dan nasi putih. 

Tak delah mahal mana pun, yelah sebab makan ketam mesti korang kena budget besar sket. Ketam kan mahal, besar pulak tuh. 

Korang yang mana teringin nak pi tuh, ini hah alamatnya:

Ibrahim’s Fatty Crab
No.18 Jalan Avenue 1, 
Avenue Ampang 68000, Ampang, 
Selangor 

Kalau nak WAZE, klik SINI


Layari : 




Ok jemput makan semuanya...


Rahsia kulit cantik dan pesona diri yang memukau dengan ENCHANTEUR PARIS

Hi Korang,


Wangian of course semua orang suka kan?

Ada yang suka bau fruity, bau romantik, bau maskulin dan memacam bau lagi lah.


Sebagai sebuah jenama yang terkenal dengan rangkaian wangian mewah inspirasi Perancis, rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS juga turut diperkaya dengan seleksi wangian mewah bagi memberikan setiap wanita kesegaran tubuh badan menyeluruh sepanjang hari. Keadaan cuaca negara yang panas serta gaya hidup yang sibuk membuatkan wanita memakai losyen atau serum bagi melindungi dan memelihara kulit mereka setiap hari. Untuk keyakinan diri tambahan, rangkaian deodoran ENCHANTEUR PARIS akan menyerlahkan lagi pesona diri anda.


Ketika menikmati wangian memukau dari rangkaian EDT, losyen atau serum badan, deodoran bebola serta semburan pewangi badan, seorang wanita akan bersedia sepenuhnya untuk mengubah harinya yang biasa agar dipenuhi dengan detik istimewa yang tiada penghujungnya dengan ENCHANTEUR PARIS.

Rangkaian wangian penjagaan badan ENCHANTEUR PARIS boleh didadapti di dalam 3 variasi wangian yang memukau iaitu:


ENCHANTEUR PARIS Mon Amie


Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Mon Amie diinspirasikan dari keceriaan saat -saat indah persahabatan. Wangian yang menceriakan hari anda ini paling sesuai untuk bersantai dengan kawan - kawan. Wangian Mon Amie yang ringan dan menyegarkan diadun indah untuk memadankan ia dengan Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie. ENCHANTEUR PARIS Mon Amie turut menawarkan Serum Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Parfum Serum), diperkaya dengan Ultra Hyaluronic dan Minyak Zaitun, kombinasi yang sesuai untuk memberikan manfaat hidrasi kulit serta merta yang intensif dan sepanjang hari di samping berbau harum dengan wangian ceria Mon Amie. Serlahkan lagi wangian ceria dan memikat tersebut dengan rangkaian Deodoran Wangian Anti - Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie atau Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie untuk memastikan kesegaran sepanjang hari.


ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 


Rangkaian ENCAHNTEUR PARIS Belle Amour menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar. Ia adalah wangian untuk menjadikan anda yang paling si dia sayang. Pencerahan kulit kini lebih indah dengan Losyen Wangian Pencerah ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 3 kali ganda pencerahan (Triple Whitening Parfum Lotion) yang memberikan manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa panjang, dari 3 agen pencerahan - ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3. Mempertingkatkan pencerahan tona kulit bawah lengan anda dengan Deodoran Wangian Anti Peluh Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dan kekalkan haruman menusuk kalbu yang berpanjangan dengan Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour. 


ENCHANTEUR PARIS Adore 


Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Adore adalah kombinasi wangian bunga - bungaan dan buah - buahan yang membangkitkan keajaiban nostalgia indah berkekalan setiap hari dengan wangian yang kekal berpanjangan. Dalam mengecapi keyakinan, memiliki kulit yang sihat yang merupakan benteng pertahanan pertama kita dari kuman, sinar UV dan pencemaran adalah perkara utama yang amat penting. Losyen Wangian Badan ENCHANTEUR PARIS dengan Perlindungan Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion) memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada pelbagai bakteria merbahaya sambil menjadikan kulit kekal wangi dengan wangian Adore yang tidak dapat dilupakan. Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah dan Menyenangkan (Whitening & Soothing Parfum Anti-perspirant Deododrant) ENCHANTEUR PARIS Adore pula seterusnya memelihara bawah lengan dengnan memberikan kelegaan melindungi kulit dan terasa segar. Manakala Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore pula memberikan semerbak haruman memukau yang menyegarkan.


Rangkaian Serum dan Losyen ENCHANTEUR PARIS boleh didapati didalam bentuk tiub 85ml dan 100ml yang mudah dibawa bersama ketika menikmati aktiviti luar untuk melindungi kulit di samping mengekalkan penampilan yang mempesona dan sentiasa berbau harum dengan wangian memukau. Rangkaian produk jenis tiub dijual dengan harga RM 7.90 / RM 7.50 (85ml / 100 ml) manakala bagi jenis botol ia dijual pada harga RM18.00 / RM16.95 (275ml / 300ml). Deodoran Wangian Anti - Peluh ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM8.70 untuk 50ml sebotol. Semburan Pewangi Deodoran ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM10.10 untuk 100ml sebotol.


Rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS ini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya / pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR sila layari www.ENCHANTEUR.com.my atau lawati laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY