Tuesday, November 1, 2016

KitKat “Chocolatory” di Mid Valley Shopping Mall

Hi Korang,


Last week aku ke event di Mid Valley, memenuhi jemputan katanya daripada Nestle kan. 

Ermm ramai jugak blogger yang hadir dan yang lama aku tak jumpe so sementara tunggu event mula apalagi bantai borak-borak kosong ek. 


Specialnye event ni sebab ada jemputan VVIP tau ermm tunggu aku citer ek

Jenama coklat nombor satu di Malaysia, KitKat, melancarkan pengalaman membuat coklat mengikut pesanan pelanggan yang pertama di Malaysia. Kedai konsep KitKat “Chocolatory” akan memberi peluang kepada orang ramai untuk terlibat dengan jenama ini dalam mencipta sendiri jejari KitKat yang lazat, mengecurkan dan penuh dengan beraneka jenis campuran ramuan di kedai konsepnya di Mid Valley, Megamall.


Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah dijemput untuk merasmikan kedai konsep KitKat “Chocolatory” bersama Yang Amat Mulia Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Jamalullail, Pengerusi Nestlé (Malaysia) Berhad; En. Alois Hofbauer, Pengarah Urusan Nestlé (Malaysia) Berhad dan En. Sachin Goel, Pengurus Eksekutif Perniagaan di Unit Perniagaan Konfeksioneri Nestlé (Malaysia) Berhad.

KitKat “Chocolatory” memberi peluang kepada penggemar coklat untuk mencipta KitKat mereka sendiri daripada pilihan 16 ramuan premium seperti kepingan cili yang pedas, karamel “chewy”, daun teh hijau senchia kikusui dan lain-lain ramuan lazat untuk menghasilkan sehingga 10,000 jenis rekaan tersendiri. Penggemar coklat boleh memilih daripada beraneka jenis kotak hadiah yang boleh diperincikan dengan nama mereka, dan mereka juga boleh melampirkan mesej peribadi serta reka bentuk yang dicetak pada pek, yang menjadikannya cenderahati yang cukup unggul. 


“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dunia coklat popular menyaksikan revolusi dalam pengubahsuaian produk; dan kami sentiasa berpegang teguh kepada kualiti dan sentiasa cuba untuk melangkaui jangkaan pengguna yang kian berubah, dan ini merupakan penggerak utama kami untuk membawakan rasa yang hebat dan keseronokan kepada pengguna. Pembukaan kedai unik ini yang terletak di pusat beli-belah popular Mid Valley Megamall, merupakan langkah yang signifikan bagi jenama ini dalam menyediakan peluang untuk rakyat Malaysia untuk mencipta dan menikmati jejari KitKat yang serba baru,” jelas En. Alois Hofbauer, Pengarah Urusan Nestlé (Malaysia) Berhad.


Tambah Hofbauer, “Inovasi merupakan teras bagi Nestlé, dan kami sentiasa ingin memberikan produk dan pengalaman baru yang menarik kepada pengguna menerusi ramuan yang paling berkualiti. Kini dengan KitKat “Chocolatory”, pelanggan dapat membawa pulang coklat ciptaan mereka sendiri yang lazat dan luar biasa yang dibuat dari ramuan yang paling berkualiti. Nestlé telah menjadi pelopor dalam bidang inovasi dan kami membawa trend penciptaan sendiri ini selangkah ke hadapan. Matlamat kami ialah untuk membantu mewujudkan pertalian yang lebih bermakna dengan membolehkan pelanggan mencipta sendiri pengalaman KitKat mereka.”


Cara-cara untuk ‘mencipta’ KitKat korang sendiri:


  • Pengguna boleh memilih sehingga tiga ramuan berbeza untuk menjadikan fantasi coklat mereka satu realiti dengan jejari KitKat mereka sendiri, dengan merealisasikan ciptaan mereka di depan mata mereka sendiri.
  • Untuk memperkemaskan proses rekaan bagi pelanggan, beberapa tablet akan diletakkan di serata kedai untuk memudahkan proses pembuatan, pesanan and pembayaran. 
  • Di samping mencipta KitKat mereka yang tersendiri, pengguna juga akan disajikan dengan lima jenis perisa luar biasa dari Edisi Khas KitKat yang unik setiap bulan seperti perisa tempatan iaitu Nasi Lemak dan raja segala buah yang begitu popular iaitu Durian; Café Latte untuk penggemar kopi; Banana Cluster Caramel, dan Orange, Pineapple & Pecan dan banyak lagi. 

En. Sachin Goel, Pengurus Eksekutif Perniagaan Nestlé Malaysia dari Unit Perniagaan Konfeksioneri berkata, “Untuk mengerakkan jenama coklat yang ikonik seperti KitKat ke abad ke-21, kami perlu memodenkan pengalaman kedua-duanya iaitu coklat dan ‘break’. Kami ingin mempromosikan penyesuaian dan keperibadian melalui ekspresi diri yang menampilkan keunikan setiap pelanggan dengan membolehkan mereka mencipta rekaan mereka sendiri.”

Beliau menambah, “Kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk pengguna kami dengan menggunakan ramuan yang paling berkualiti dalam semua produk kami dan kini dengan KitKat “Chocolatory”, pengguna dapat pulang dengan ketrampilan unik ciptaan mereka sendiri.”

Salah satu daripada sorotan di majlis pembukaan adalah kerjasama antara KitKat “Chocolatory” dan chef selebriti dan buah hati Malaysia Anis Nabilah. 


“Saya begitu gembira kerana dapat menjadi sebahagian daripada KitKat “Chocolatory” di Malaysia. Saya begitu teruja untuk menggabungkan perisa untuk salah satu daripada jenama coklat kegemaran saya, iaitu KitKat. Sebagai seorang chef, saya tidak pernah melupakan asal-usul saya sebagai rakyat Malaysia, dan ingin mencapai keseimbangan di antara ramuan tempatan dan antarabangsa untuk ciptaan KitKat saya. KitKat “Chocolatory” menampilkan keunikan setiap pelanggan dengan memberi peluang kepada mereka untuk mencipta coklat mereka sendiri dan saya tidak sabar untuk melihat hasilnya,” kata Anis.


Sempena pembukaan kedai konsep ini, edisi terhad Royal Selection “Tengku Amir’s Jom Rileks Break”, yang menampilkan lapan jejari KitKat mewah dengan sultana, aprikot, oren dan badam dalam coklat susu, akan dijual di KitKat “Chocolatory”. Semua hasil jualan Royal Selection “Tengku Amir’s Jom Rileks Break”, akan diberikan kepada pertubuhan amal pilihan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj iaitu Rumah Amal Cheshire Selangor. 


KitKat “Chocolatory” juga membolehkan pelanggan berada di hadapan dengan memesan jejari KitKat yang disesuaikan untuk mereka secara atas talian untuk penghantaran ke rumah yang dibawakan secara eksklusif oleh 11street (www.11street.my).

Tenkiu Tuanku Amir sebab bagi coklat special ni kat Aakif ek

Untuk maklumat lanjut mengenai KitKat “Chocolatory” Malaysia, layari www.kitkat.com.my

Recycle Bag Guardian Cantik!!

Hi Korang, 

Hari tu sempat aku ke event Guardian di Sunway Piramid, Selasa lepas sempena pelancaran beg guna semula, alah recycle bag lah. Putar sket Bahasa dah korang tak reti ek. 


Guardian Health and Beauty Sdn Bhd (Guardian) hari ini melancarkan beg oren BYOB2 (Bring Your Orange Bag) istimewa untuk pelanggannya bersempena dengan Hari Alam Sekitar 2016. Direka khas oleh Marie Sydonie, bekas peragawati Perancis yang kini terkenal dengan busana fesyennya Sydonie Apparel, beg guna semula berwarna oren ini boleh didapati di semua gedung Guardian dari 29 Oktober hingga 31 Disember 2016. 


“Di Guardian, kami sentiasa berusaha untuk membawa pengalaman membeli-belah yang terbaik menerusi produk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti tinggi serta kakitangan yang berdedikasi dalam memberikan perkhidmatan terbaik. Kami juga mengambil berat terhadap alam persekitaran serta ekosistem. Atas sebab itu, kami menggalakkan pelanggan kami menggunakan beg guna semula Guardian yang bergaya serta tahan lasak berbanding beg plastik,” ujar Pengarah Pemasaran Guardian, Christina Low. 

Para pelanggan Guardian di seluruh negara yang mempunyai kad CIMB berpeluang memiliki satu beg oren secara percuma dengan pembelian bernilai RM120 dan ke atas di dalam satu resit. Bagi para pelanggan yang memiliki kad bank selain daripada CIMB juga turut berpeluang memiliki beg oren ini secara percuma dengan hanya membuat pembelian sebanyak RM180 ke atas didalam satu resit. 


Menurut Low, beg oren Guardian dihasilkan daripada dana yang dikumpulkan menerusi kempen ‘Hari Tiada Beg Plastik’. Pada tahun ini, sejumlah 25,000 beg disediakan untuk pelanggan Guardian yang prihatin terhadap alam sekitar. Penerima sumbangan daripada kempen BYOB tahun ini ialah Dignity for Children Foundation, badan kebajikan pilihan pereka fesyen Sydonie; manakala Guardian memilih EcoKnights, sebuah NGO yang berkhidmat kepada masyarakat menerusi program berasaskan pembangunan yang memberi tumpuan terhadap alam sekitar,termasuk program pendidikan dan kesedaran, penyelidikan, program melibatkan orang awam serta rundingan. Untuk setiap beg yang ditebus, Guardian akan menyumbang RM1 kepada setiap satu daripada pertubuhan-pertubuhan tersebut. 


Inisiatif BYOB telah julung kali dilancarkan oleh Guardian pada tahun lepas dengan tiga siri beg guna semula yang direka khas untuk melambangkan tiga aspek penting dengan nilai-nilai Guardian yang di beri nama Trust (Kepercayaan), Passion (Kesungguhan) and Inspiration (Inspirasi). 

“Guardian sentiasa mencari jalan untuk menawarkan pengalaman kesihatan dan kecantikan terbaik kepada pelanggan kami menerusi kempen yang bermakna. Lebih penting lagi, kami ingin membantu rakyat Malaysia kekal sejahtera, tampak cantik dan hidup sihat. Kami akan terus membawakan pengalaman beli-belah unik menerusi produk dan kempen promosi kami,” tambah Low. 


Pelancaran kempen BYOB2 Guardian telah diadakan di pusat beli-belah Sunway Pyramid. Di acara tersebut, Sydonie telah naik ke pentas untuk menerangkan inspirasi di sebalik edisi 2016 beg oren tersebut; dan Pengarah Program EcoKnights, Fadly Bakhtiar, memberikan penerangan lanjut tentang program ‘Daripada Sampah kepada Taman’ kendalian pertubuhannya. 

Excitedlah tuh korang ek!!

Korang boleh dapatkan recycle bag yang gorjes ni di kesemua outlet Guardian yang berhampiran dengan korang ek...




Monday, October 31, 2016

Program ‘ReNew+’ Dari CompAsia, Membolehkan Telefon Pintar Mampu DiBeli Setiap Tahun

Hi Korang, 

Syarikat pelupusan aset teknologi maklumat (IT Asset Disposition) yang terulung iaitu ComputerAsia Sdn Bhd (jenama 'CompAsia') pada hari ini melancarkan satu program pemilikan yang bijak digelar “ReNew+’’ yang dijangka dapat mengubah cara bagaimana pengguna akan menjual-beli telefon pintar mereka di negara Malaysia, Singapura dan Filipina. 


Pelancaran ReNew+ ini adalah merupakan satu langkah perintis yang tidak pernah diterokai oleh mana- mana syarikat ITAD yang berani menembusi untuk bersaing di pasaran telefon pintar baru yang begitu kompetitif di ketiga-tiga negara itu. 

Baru-baru ini aku sempat ke media launch bagi program terbaru dari CompAsia iaitu ReNew+. 


CompAsia yang ditubuhkan pada tahun 2012 untuk membangun industri membaikpulih peralatan elektronik di rantau Asia telah bermula mengendalikan operasi fasiliti pertamanya di Petaling Jaya pada hujung tahun 2012. Aktiviti-aktiviti komprehensif yang dilaksanakan termasuk penghapusan data secara selamat serta membaiki, membina semula, mengubah suai dan seterusnya memasarkan semula peralatan elektronik pengguna yang terpakai ini. Perkakasan elektronik yang dibaikpulih untuk penggunaan semula adalah termasuk pelbagai komputer riba, komputer meja, laptop, monitor, pelayan web, komputer tablet dan telefon pintar yang akan dijual menerusi kedai online sendiri (www.comp-asia.com) dan juga melalui rangkaian pengedaran yang terdapat di seluruh negara. Pada hari ini dan empat tahun kemudian, CompAsia telah berjaya melebarkan sayapnya menembusi pasaran Singapura dan kini Filipina dalam usaha merealisasikan matlamatnya menerajui industri ini sebagai pembekal peralatan elektronik dan telekomunikasi gunasemula yang terunggul dan juga profesional di rantau Asia. 


Kemunculan ReNew+ yang pertama pada hari ini telah membolehkan telefon pintar baru semakin mampu dibeli pada setiap tahun. Program naik taraf (upgrade) yang lebih bijak ini telah memperkenalkan tawaran produknya yang pertama – pembeli di Malaysia hanya dikenakan bayaran bulanan yang rendah untuk mendapatkan iPhone 7 dan iPhone 7+ yang baru dan disamping itu juga pembeli dapat memulangkan iPhone mereka in selepas selesai pembayaran 12 bulan mereka bagi melayakkan diri untuk mendapat iPhone generasi baru tahun depan tanpa sebarang kerumitan susulan upgrade maupun dikenakan sebarang yuran pembatalan. 

Pembeli hanya dikehendaki membeli iPhone terbaru ini dari kedai online CompAsia (www.compasia.com) ataupun dari mana-mana kedai tertentu yang turut menawarkan program ReNew+ ini. Dianjurkan melalui Maybank EzyPay, pelan ini menawarkan pembayaran ansuran tanpa faedah sehingga 24 bulan hanya untuk mereka yang layak membeli dengan menggunakan kad kredit Maybank mereka. Disamping menawarkan bayaran bulanan rendah tanpa apa-apa bayaran pendahuluan, pembeli turut berpeluang mendapat insuran “Phone Guard’ percuma selama setahun sebagai perlindungan daripada skrin retak. 


Secara ringkas, ReNew+ yang bercorak unik ini direka khas untuk menawarkan pilihan yang lebih bijak kepada pengguna yang ingin menaiktaraf telefon pintar mereka setiap tahun. Namun ia tidak serupa dengan pelan tradisional lain yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi tempatan kerana ReNew+ ini membebaskan pengguna daripada terikat kontrak dengan syarikat telokomunikasi selama dua tahun. Program upgrade ini amat fleksibel sekali kerana ia membenarkan pengguna bebas memilih samada syarikat telekomunikasi sendiri maupun bersambung semula sahaja dengan yang sedia ada. Yang amat menarik sekali ia memudahkan pengguna bebas untuk menukar syarikat telekomunikasi walaupun selepas 

12 bulan tanpa sebarang kerumitan susulan pembatalan kontrak dua tahun dengan syarikat tersebut. 

So bagaimana cara ReNew+ dilakukan? 


Langkah 1: Beli telefon iPhones terbaru di CompAsia's online store (www.compasia.com) atau dari mana-mana store yang menyertai program ini. 

Langkah 2: Buat bayaran menerusi Maybank Credit Card dan sertai Maybank's EzyPay untuk plan interest percuma sehingga 24 bulan. 

12 bulan kemudian... 

Korang dah boleh ‘trade-in’ dan dapatkan iPhone keluaran terbaru tanpa upgrading atau termination fees! 


"Pada tahap permulaannya, ReNew+ dilancarkan hanya untuk menawarkan program upgrade bagi telefon pintar iPhone sahaja memandangkan terdapat permintaan tinggi di pasaran jualan semulanya dan juga peranti ini merupakan iOS premium yang berharga tinggi dan masih tidak mampu dibeli orang ramai terutama mereka dari pasaran Asia yang sedang membangun. Selain itu, pengguna iPhone didapati lebih cenderung dan kerap kali menaiktaraf telefon pintar mereka jika dibanding dengan pengguna jenama lain," ujar Julius Lim, Ketua Pegawai Eksekutif CompAsia. 

Harganya bagaimana pulak? 


IPHONE 7 | IPHONE 7 PLUS 

32GB: RM160/month | RM190/month 

128GB: RM185/month | RM215/month 

256GB: RM210/month | RM240/month 


Lim turut mengumumkan, "ReNew+ yang dianjurkan oleh CompAsia ini akan menawarkan lagi satu program upgrade istimewa pada awal tahun ini khas untuk pengguna yang gemar telefon pintar Android. Program ini akan bercorak ‘jenama bebas’ di mana pembeli mempunyai kebebasan untuk menukar atau menaiktaraf telefon pintar mereka kepada telefon pintar baru yang sama mewah tetapi berjenama lain.”

ComputerAsia Sdn Bhd
Suite 2.04 Level 2,
Wisma Academy,
No. 4A, Jalan 19/1,
46300 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.

Website: my.compasia.com
Facebook: fb.com/CompAsiaMY
Twitter: @compasiamy
Instagram: @compasiamy

Business Hours:
Monday – Friday, 8.30am – 6.00pm 
Closed on Saturday, Sunday and Public Holiday