Sunday, October 30, 2016

Banane Munch - Kerepek Pisang Bersalut Coklat

Hi Korang,


Selalu orang makan pisang secara goreng ke, buat pengat ke atau makan cam tu je kan.

Pernah dengar atau tengok kerepek pisang di salut coklat?

Tak kan!!


Itulah ni aku nak perkenalkan kepada korang kerepek pisang bersalut coklat yang di beri nama BANANE MUNCH.

Wah unik sungguh namanye ek!!


Ramuan yang terdapat di dalam BANANE MUNCH ini termasuk lah :
-coklat susu (gula, lemak sayuran, serbuk whey powder, koko, susu tepung skim, pengemulsi, letin soya, vanilin,) kerepek pisang (pisang dan garam).

Rasanya?


Of courselah rasa kerepek pisang bersalut coklat lah hehehhee lemak lemak manis gituh, sebab manis coklat tuh.

Sesuai untuk sesiapa yang sukakan kerepek pisang, terutama sekali boleh di jadikan kudap-kudapan ketika lapar, nak-nak bila stuck dalam jem kan.

Dari segi packaging nya, memang BANANE MUNCH ni mudah dibawa sebab didatangkan dengan kotak yang bersize kecik dan ringan. Tapi isi nya tetap banyak dan sedapppp


Dengan harga RM7.90 sekotak, kalau korang berminat untuk beli boleh terus hubungi:

Banane Munch - 012 808 8804

Nak tau info lanjut tau pun promosi mengenai Banane Munch, korang boleh check it out di

Facebook - 

Instagram - 



Jom berkudap-kudap ek!!

Saturday, October 29, 2016

Shopping Online Di ezbuy.my, Mudah, Murah Lagi Menyenangkan.

Hi Korang,

Online shopping memang menjadi pilihan aku sejak setahun dua ni, yelah mudah lagi menyenangkan, betul tak?


Selalu aku akan selalu check it out kat website seperti 11th Street, Lazada, Zalora dan sekarang ni aku dah mula terjebak dengan website shopping oversea pulak, ada 2-3 aku cuba gak dan yang terbaru ni adalah ezbuy MALAYSIA yang dahulunya di kenali sebagai 65daigou.

Apa itu EZBUY?




ezbuy adalah sebuah pembekal professional yang memberi perkhidmatan membeli belah dalam talian. Ditubuhkan pada tahun 2010 lagi dan menjadi platform membeli-belah di luar negara yang pertama dan terbesar di Singapura. Sehingga hari ini, ezbuy menyediakan perkhidmatan membeli-belah dari China, Taiwan, Amerika Syarikat, Singapura, Malaysia, Australia, Thailand dan akan memperluaskan lagi perkhidmatan kepada lebih banyak negara.


Dalam ruangan ni, korang boleh pilih barangan apa yang menarik hati korang, nak cari best seller ke, diskaun 50% ke, under RM30 ke kan semuanya ada.

Ni aku tunjukkan kepada korang beberapa barangan yang aku rasakan murah dan berpatutan sungguh harganya

Women clothing

Stationeries

Beauty stuff

Mainan anak

Kenapa Perlu Shopping di ezbuy?


1. Kepelbagaian Produk


Korang bayangkan apa jua barangan yang korang inginkan semuanya ada di ezbuy ni. Baik dari segi pakaian, gadget, alat tulis, permainan kanak-kanak, peralatan rumah. Cuma kena rajin browse satu per satu ek.

2. Kadar penghantaran yang rendah dan tiada bayaran agen


Bila shopping di website oversea ni, kita kena tanggung kos penghantaran barangan. So ezbuy menawarkan kadar yang aku rasa amat berpatutan iaitu bermula dari RM4.50 bagi 500gm pertama dan yang penting tiada bayaran agen ye.

3. Gunakan PRIME SERVICE dengan hanya RM8.80



Ini aku nak citer kat korang ni lagi, memperkenalkan Prime Service. Perkhidmatan Prime ini merupakan kadar penghantaran barangan yang tiada had  dengan hanya bayaran Rm8.80 sahaja. Dengan Prime kita boleh beli banyak tanpa perlu risau kos penghantaran antarabangsa. Daftar sebagai ahli Prime dengan bayaran Rm18.80/Sebulan atau Rm188.00/Setahun. Untuk maklumat lanjut semak ezbuy PRIME di SINI


Apa lagi, jom shopping di ezbuy.

Untuk korang yang pertamanya ke website ini, of courselah korang kena mendaftar dulu ye.

Senang aje, meh sini aku tunjukkan cara-caranya

Mendaftar di ezbuy.[Pengguna kali pertama]




1.Langkah pertama:Register dulu account dengan ezbuy kat [SINI] bagi yang belum mendaftar lagi. Kalau dah ada terus LOG IN jer.

Bila dah login akaun korang macam gambar dekat bawah.

2.Pilih barang yang dikehendaki.

3. Lepas dah pilih semua , ADD TO CHART.

Untuk yang ini,sila perhatikan yang ditandai warna merah.Untuk domestic shipping ada dua iaitu free ataupun berbayar.Untuk yang available for Prime atau ezbuy,korang boleh pilih Prime atau ezbuy. Ada juga produk yang hanya available untuk Prime atau ezbuy sahaja. Apa beza Prime atau ezbuy?Korang kena teruskan membaca.Untuk shopping cart terdapat 4 pilihan iaitu Prime,CN,TW,US dan Local.Item tu daripada China, USA dan Taiwan. 

4. Bila puas hati boleh lah klik CHECKOUT untuk lihat order korang, Untuk Shipping fee pula,ada beberapa kaedah yang item anda akan dihantar: - 

DHL Express 
Priority Air 
Economy Air 
Sea 

Harga untuk setiap kaedah penghantaran adalah berbeza iaitu dari yang laju & agak mahal ke lambat & murah.Boleh pilih mana-mana pun.Sebelum checkout jangan lupa gunakan voucher free tadi dan masukkan kod untuk diskaun 15% fee shipping ezship15




Lepas klik check out,boleh tengok detail order summary sekali lagi berserta kos shipping dengan kos penghantaran domestic bolehlah klik BUY NOW dan dekat bawah ada pilihan sama ada korang nak barang korang tu nak diinsurankan ataupun tidak.

4. Lepas klik BUY NOW akan keluar page seperti dibawah.Klik ADD NEW ADRESS.

Masukkan butiran peribadi seperti nama, alamat dan nombor telefon dan sila pastikan segala maklumat yang diisi betul.

5. Selesai proses mengisi maklumat peribadi.korang akan dibawa ke page seperti dibawah.
Seterusnya klik TOP UP NOW


6. Akhir sekali, pilihlah cara pembayaran yang korang mahukan. Selesai,tinggal tunggu barang korang sampai je.



Kalau aku, lebih suka shopping menggunakan ezbuy PRIME kerana: 

Apa sahaja barangan yang anda beli kos penghantaran hanya RM8.80/nett 

Pastikan korang beli barangan secara banyak kalau nak jimat. Untung kalau beli barangan secara pukal, besar dan murah. 

Untuk Pelanggan setia ezbuy, Prime ni sangat sesuai untuk anda menikmati program ekslusif yang memberikan anda kelebihan selama satu tahun dengan hanya RM188 tahunan tidak kira berapa berat, jumlah barangan yan anda ingin beli. 






Gunakan KOD : ezship15

Untuk mendapatkan 15% shipping fee

Selamat Bershopping semua!!



Friday, October 28, 2016

Pelancaran Aplikasi SEND Delivery Bersama Jorge Lorenzo

Hi Korang,

Ni aku nak citer ni mengenai satu aplikasi servis terbaru iaitu SEND Delivery secara online iaitu ianya merupakan aplikasi penghantaran barangan secara murah dan cepat. 


Majlis pelancaran ini juga mengumumkan bahawa Jorge Lorenzo, 3 kali MotoGP Juara Dunia 3 kali MotoGP, sebagai rakan kongsi perniagaan mereka dan juga Duta Jenama Global SEND.

Aplikasi servis penghantaran ni di ilhamkan oleh oleh seorang usahawan muda Malaysia, Dato 'TP Chin, yang memulakan perniagaan ini setelah mengenal pasti trend, gaya hidup dan permintaan untuk aplikasi penghantaran yang membolehkan pembinaan komuniti sejagat.



Aplikasi SEND yang mewujudkan komuniti secara online ini kini boleh di dapati iOS dan Android, yang bertujuan untuk merevolusikan bagaimana orang ramia melakukan penghantaran. Fokus aplikasi ini adalah penghantaran dalam permintaan, yang item mungkin tiba di depan pintu dalam masa 2 jam atau kurang. Aplikasi SEND juga percaya bahawa menggunakan platform dan teknologi itu akan memberi kemudahan kepada orang ramai di mana rata-rata kita menghabiskan masa yang kurang tujuan mereka sendiri demi untuk menghantar dan menerima barangan keperluan mereka.


“SEND is an on-demand delivery application-based platform that connects the Creator, SENDer and Recipient which we coined it as CSR. SEND utilized state of the art matching technology to allows the creator to choose the individual preferred SENDer to perform the job requested at the tip of the fingers and have the delivery done in secure and speedy manner.” kata TP Chin, pengasas dan CEO kepada SEND.

SEND menyediakan pelbagai perkhidmatan serba boleh dari segi apa yang boleh dihantar sebagai platform masyarakat yang mempunyai pelbagai jenis kenderaan; seperti basikal, motosikal, kereta, van, dan lori. Oleh itu, SEND menggalakan orang ramai untuk menggunakan penghantaran besar-besaran seperti perabot bergerak dan menyampaikan produk dalam kuantiti yang tinggi.

Beliau menambah “We want SEND to be your day-to-day application which brings convenience to a person’s lifestyle. Our focus revolves to three results – efficiency, empowerment, and opportunity.” 

Sebagai sebahagian daripada wawasan SEND, TP mahu memberi kuasa kepada lebih ramai orang untuk menggunakan platform bagi menjana pendapatan tambahan kerana kos sara hidup semakin meningkat setiap tahun.

penghantar SEND di pantau melalui sistem GPS

Untuk memastikan Creator dapat mengesan barang-barang mereka dan mempunyai ketenangan fikiran, permohonan Aplikasi SEND dilengkapi dengan sistem GPS hidup yang dapat memantau pergerakan Penghantar apabila kerja penghantaran dilakukan. 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SEND, TP Chin, menyebut bahawa, “With the ecommerce continuously growing in Asia, consumers expect to have more convenient options for delivery and at a cost that suits them. SEND is already working closely with few major ecommerce partners in Malaysia to integrate this innovation.”


The Global Duta SEND, Jorge Lorenzo, menambah, “I like the idea when it was first shared with me. I could see the opportunity of this technology going very far. I am looking forward to see how SEND financially empowers people, because it has always been my desire to contribute something back to the society, and I believe this is the right opportunity. I want to even introduce this platform to my own country to increase more job opportunity.”

Pada masa ini, saiz komuniti SEND mempunyai lebih daripada 10,000 orang. sasaran TP meningkat sehingga 300,000 menjelang akhir tahun 2017 dan kini pasukan pemasaran telah mula mempromosikan ia di Lembah Klang sejak suku kedua tahun ini.



SEND telah menetapkan beberapa rancangan untuk memperluaskan pasaran global pada masa akan datang. Dan Malaysia tapak permulaan untuk mereka ke ke pasaran Asia pada 2017.

SEND merupakan aplikasi yang bakal menjadi gelombang besar didalam industry penghantaran dan memecahkan halangan dan memperkasakan masyarakat.