Thursday, October 20, 2016

TERAPI.MY - Servis Urutan dan Bekam Terus ke Rumah Korang

Hi Korang,

Selalu kalau kat kampung senang benau kita nak cari tukang urut kan, tapi bila dah duduk kat bandar ni agak payah sket nak cari urutan tradisional, memang spa banyak ada tapi kita pulak yang tak de masa. Pendek kata kerja kerja kerja jelah yang ada dalam kepala otak kita ni. 

Jalan termudah kita cari merata pulak tukang urut, tanya jiran, kengkawan bagai kan ada tuh memang ada tapi latarbelakang kita tak tau pulak ermm terbantut lagi nak mengurut ni, badan makin lama makin sengal-sengal. 

Dah pi kerja jalan pelbagai posisi, membongkoklah, menyengetkan sebab nak kurangkan rasa sakit tuh ek. 


So meh sini aku perkenalkan ada satu website ini iaitu TERAPI.MY yang khusus untuk korang yang sibuk nak mencari servis tukang urut yang hanya dilakukan di rumah. 

Di dalam website Terapi.MY ni ada pelbagai jenis perkhidmatan urutan, bekam dan refleksologi. 


Secara umumnya, tujuan kesemua rawatan ini adalah untuk:

Rawatan Urutan

  • mengurangkan ketegangan otot, meningkatkan peredaran darah serta mengurangkan tekanan

Rawatan Refleksologi

  • Untuk mendapatkan kesan terapeutik dengan meningkatkan aliran darah dan tenaga, merangsang ketenangan dan mengaktifkan homeostatis. Kesan terapeutik ini akan merangsang badan pelanggan itu sendiri untuk menyembuh dan mengelakkan masalah kesihatan

Rawatan Bekam

  • Untuk mengalirkan inflamasi keluar daripada bahagian dalam badan ke permukaan badan agar lebih mudah dirawat
  • Untuk mengubah atau mengarahkan proses inflamasi kepada organ lain yang berdekatan yang kurang mustahak
  • Untuk membekalkan kehangatan dan mengalirkan darah kepada organ yang bermasalah serta mengeluarkan kelembapan daripadanya
  • Untuk mengurangkan kesakitan


Rasa Tak Selesa dengan tukang urut?


Eh janganlah bimbang


Juru terapi bergerak di bawah naungan Terapi.MY ni di pilih dan di lantik berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka di dalam bidang Terapi. Latarbelakang mereka juga disemak. Ini semua adalah bertujuan bagi memastikan Juruterapi Bergerak di bawah Terapi.my adalah berkualiti, bertauliah dan professional.

Ni aku bagitau lagi ni, kalau yang diurut tu perempuan so juruterapi yang datang tuh of courselah perempuan ye. Kalau yang buat tempahan tu lelaki so yang datang pun tukang urut lelaki lah.

Ok tak? Ok lah tu so jangan ragu-ragu ye

Harga rawatan di Terapi.MY



Pembayaran dan harga yang ditawarkan oleh Terapi.MY adalah mudah dan tetap dan harga termasuk kos pengangkutan dan juga GST6%

Cara membuat tempahan di Terapi.MY


1. Tempah rawatan melalui website Terapi.MY ataupun korang boleh gunakan aplikasi smartphone

2. Masukkan kod TERAPI7 untuk dapatkan diskaun 10%

3. Buat pembayaran secara online

4.Nantikan Juruterapi korang kat rumah mengikut temujanji yang ditetapkan

5. Hah enjoy lah rawatan korang tu ek


Sekarang ini khidmat Terapi.my hanya merangkumi kawasan-kawasan ini.

Ampang, Bangi, Bandar Baru Salak Tinggi, Cheras, Cyberjaya, Damansara, Gombak, Kajang, Kelana Jaya, Keramat, Klang, Nilai, Petaling Jaya, Puchong, USJ, Sungai Buloh, Shah Alam dan Subang Jaya

Tapi masa akan datang mereka akan menambahkan kawasan lagi untuk memberi kemudahan ini kepada seluruh rakyat Malaysia. 

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut :- 

Facebook : 

Instagram : 

Tel : 013 - 923 9551



Aku ingat nak cuba jugaklah, ni tengah sibuk plan nak cari waktu yang sesuai ek

Tuesday, October 18, 2016

CASIO EXILIM FR200 dan EX-ZR5000 Untuk Si Kaki Selfie

Hi Korang,

Minggu lepas sempat aku ke event Casio di Armada Hotel, lepas je habis meeting terus je shoot ke sana. Lama jugak tak ke event tech so dapatlah jumpa geng-geng tech 


Casio Malaysia baru-baru ini telah melancarkan kamera terbaru mereka baru iaitu EX-FR200 dan EX-ZR5000. 

Disasarkan kepada mereka yang suka berselfie, dengan EX-FR200 pengguna boleh mengambil keseluruhan imej 180 darjah dengan menekan hanya satu butang, ini termasuklah gambar pemandangan di bahagian belakang. Selain kamera ini boleh merakamkan 360 darjah 'view' horizontal Panorama untuk gambar dan video. Selain itu 208 darjah untuk foto dan video Super Wide Angle. Selain itu FR-200 mempunyai ciri-ciri waterproof, freeze-proof, dan impact resistant.

Full 360 view

Dome view mode


Panorama mode


Main Features of the EX-FR200

■ Dome View mode captures the entire 180-degree view The camera captures the entire 180-degree surrounding view with the press of a button, capturing the whole background including the user and companions, no matter what angle of view. Captured images can be viewed in split perspectives using the EXILIM Album app, truly bringing the experience alive.

■ 360-degree Panorama mode. By shooting with the lens facing up, users can capture 360-degree horizontal panoramic images. Shoot powerful images at the press of a button, without having to turn the camera.

■ 208-degree diagonal Super Wide Angle mode. The camera can capture 208-degree diagonal Super Wide Angle images by automatically trimming from the center portion of the lens’s shooting range

■ Use two cameras to shoot Full 360° images. Use two cameras together to capture Full 360° images with a 360-degree horizontal and vertical view.

Encik Takashi Niida, Pengurus Bahagian Pemasaran Global Strategik, Casio Computer Ltd berkata 


“It is our hope and vision to take away the monotony and limitations of selfie taking using a smartphone camera and encourage users to see the vast capabilities that our digital cameras bring to the global phenomenon of selfies. We wish to keep reminding users that Selfie is Casio and Casio is Selfie.”


Turut diperkenalkan kamera EX-ZR5000, tambahan terbaru kepada siri Casio EXILIM ZR. Model baru ini juga memaparkan 19mm super wide-angle lens dan Wide View Photo mode untuk merakamkan pemandangan yang lebih luas dan berimpak tinggi sekaligus menjadikan gambar-gambar menjadi lebih cantik. 





Dengan spesifikasi dan ciri kamera ini menjadikan pengguna boleh mendapatkan foto ber 'selfie' dan 'wefie' dengan lebih cantik.



Turut hadir ke majlis pelancaran adalah Leona Chin pelumba drift perempuan no. 1 di Malaysia, yang turut sama berkongsi pengalaman beliau menggunakan FR200 ketika melakukan aksi-aksi drift di litar.

FR200 dijual pada harga RM2,399 manakala ZR5000 berharga RM1,949. Kedua-dua model dijangka berada di pasaran pada akhir bulan Oktober 2016.

Monday, October 17, 2016

REVIEW | Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence and Olay Regenerist Micro- Sculpting Cream

Hi Korang,

Lama betul tak buat review skincare product kan!

Itulah asyik dengan event event dan event je manjang ermm kekadang tuh rasa bosan gak sebenarnya but dah nama pun lifestyle blogger kan


So aku nak perkenalkan kepada korang 2 produk terbaru daripada Olay iaitu 

Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence

Olay Regenerist Micro- Sculpting Cream

Dua-dua produk ni aku dapat daripada Lazada untuk di review ye dan kedua-dua ini merupakan produk anti penuaan tau.


Ini adalah Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence yang bernilai RM 79.90 untuk 40ml. 

Apa tujuan kita gunakan pre-essence ni ek?

Ianya untuk langkah permulaan untuk penjagaan muka harian korang, kira macam lepas je cuci muka terus je korang sapukan pre-essence ni ek supaya essence ini dapat membantu meningkatkan metabolism sel muka dan memudahkan penyerapan moisturizer ke dalam kulit muka. 

Ini akan membantu korang untuk mempunyai kulit yang menakjubkan dan lebih muda serta mengurangkan garis-garis halus dan liang muka lebih tegang.



Aku suka botol yang ada dropper ni sebab kita tak payah nak agak-agak tuang banyak ke sikit je kan, korang tekan je penutup atas botol tuh dan ianya keluar secara titik demi titik. So terpulang koranglah nak 2 titik ke 3 titik ke kan, ikut saiz muka.

Tekstur ringan dan cepat meresap kedalam kulit muka.


Ok yang ini pula adalah Olay Regenerist Micro- Sculpting Cream bernilai RM 99.00 untuk 50 gram. 

Lepas guna Pre-essense tuh haruslah kita sapukan micro-sculpting cream ni je sebab ianya harus di ambil untuk menghasil kualiti muka yang lebih maksimum. 

Cepat sket nampak muda kan hehehhe



Olay Regenerist Micro- Sculpting Cream mengandungi Amino-Peptide Complex yang mampu menembusi kedalam kulit muka bagi mengurangkan kemunculan kedutan. Micro-Sculpting Cream di formulasi dengan hyaluronic acid, amino-peptides dan Vitamin B3. Kesemua bahan ini akan saling membantu menganjalkan kulit daripada dalam. Pelembap ini juga akan melembutkan kulit dan mengurangkan garisan halus dan kedutan. 



Aku baru je guna kedua-dua produk ini selama 3 hari walaupun tanda pengurangan tuh belum nampak lagi tapi kulit muka semakin segar dan lembap ada nampak perubahan liang roma ada yang semakin mengecil. Ok itu baru 3 hari kalau sebulan.. hehehehhehe nampak makin muda lah uolls

Dari segi harga, memanglah agak berpatutan dan mampu milik bagi wanita-wanita di luar sana. Tak delah mahal sampai beratus-ratus ringgit sebotol kan. 

Ni aku ada berita baik untuk korang ni,


Kalau korang beli kat Lazada, diaorang dengan baik hatinya menawarkan diskaun code iaitu “15LAPOCT30” untuk dapatkan 15% diskaun ataupun 

Klik SINI untuk dapatkannya 



If you would like to participate in reviews like this in the future, please contact affiliate@lazada.com.my to join the Lazada Family!