Thursday, October 13, 2016

Mari Kumpul TROLLS Magnet Collection Dari 7-Eleven Malaysia.

Hi Korang,

Menda-menda yang ciut miut ni memang berjaya tarik perhatian aku, sebab aku memang suka kumpul menda-menda unik ni. 


Macam sekarang 7-Eleven Malaysia sedang mengadakan promosi baek punye di kesemua outlet mereka ni iaitu TROLLS Magnet Collection.

Korang tengok ni, comel kan.


Ishkk geram plak aku tengok ek. 

So teringin nak tau cam ne nak redeem Trolls Magnet ni ek, jap aku bagitau.


Untuk redeem satu (1) FREE Trolls Magnet, korang kena kumpulkan 12 stickers. Nak dapatkan stickers alah senang je, korang kena membeli barangan di 7-11 pada minimum harga RM5 di mana-mana 7-11 outlet 

Trolls Collector’s Card


Bila dah ada stickers korang kena tampalkan di Trolls Collector’s Card yang boleh di dapati secara percuma di 7-11 outlet ataupun korang boleh download dan print di link ni bit.ly/TrollsCollectorsCard. Yelah tak delah stickers korang hilangkan sementara nak cukupkan 12 keping. 

Trolls Bonus Sticker


Untuk korang yang tak sabar benau nak kumpul secepat mungkin kesemua stickers ni, korang di galakkan untuk mendapatkan ‘partner product’ dalam pembelian RM5 yang melayakkan korang mendapat bonus sticker. 

Contohnya,

Korang beli barang RM5 termasuk dengan satu (1) partner product yang menboleh korang mendapat one (1) bonus sticker. So total stickers yang korang dapat adalah 2 stickers. Kan cepat tuh korang dapat kumpul stickers ni. 

Korang klik ini untuk dapatkan list partner products ek (bit.ly/TrollsPartnerProducts)

Jangkamasa Promosi


Tempoh Pengeluaran Pelekat: 13 September – 7 November 2016

Tempoh Penebusan: 13 September – 14 November 2016





Ermm banyak masa lagi untuk korang nak kumpul kesemua Trolls Magnet ni ek. Aku ni pun baru je tau dan nak pi kumpul sebanyak mungkin. 

Peraduan Show Your Trolls Colour 


Nak menang lagi hadiah yang lagi best? 


Meh sini korang join peraduan Show Your Trolls Colour, ermm lepas je korang redeem Trolls magnet tuh je.

Cara-caranya

Langkah 1:

Ambil gambar korang berpakaian ala-ala mengikut karekter Trolls yang korang minat, alah ikut yang korang redeem tuh ok jugak. 

Langkah 2:

Korang buat ‘collage’ gambar-gambar korang tuh bersama Trolls magnet yang korang redeem dari 7 - Eleven Malaysia.

*Satu (1) Trolls magnet hanya boleh digunakan untuk satu (1) entri. Untuk entri bonus, dapatkan code mingguan dari : (https://www.facebook.com/SweetSpotMalaysia)

Langkah 3:

Hantarkan gambar-gambar korang ke link bit.ly/7E-SYTC untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik

Tarikh peraduan berlangsung : 13 September – 7 November 2016

Hadiah-hadiah:

Hadiah Utama
  • GoPro Hero 4 + Trolls Fashion Twins Style Pack x 3 units 
Hadiah Sampingan
  • Talkin’ Troll 14” Plush Doll x 10 units
  • Trolls Collectible Figure x 40 units
Jomlah kumpul kesemua trolls yang comel ni ek


*Kempen didapati di seluruh Malaysia, sementara stok masih ada.

Info lanjut korang boleh ke,

Facebook 7-Eleven Malaysia : 

#7ElevenMY 
#Trolls 

Tuesday, October 11, 2016

MANIS APP | Redeem Cash Vouchers Lagi Best Dan Menguntungkan

Hi Korang,


Ingat tak aku pernah tulis pasal MANIS App ni, kalau korang tak baca lagi meh klik kat link ni hah Manis App - Jangan Buang Resit Belanja






Ermm korang dah cuba ke belum? La belum cubanya eee rugilah korang ni sebab aku sekarang ni dah banyak points pun aku collect, yelah everyday ada je yang nak dibeli tak kiralah makan ke, beli baju ke, beli contact lens semuanya aku snap resit dah masukkan ke dalam aplikasi Manis ni. 




So sebagai seorang Manisan (ewah kemain comey nama tuh ek) bermakna kita ada peluang esklusif untuk kita menebus ganjaran hebat tak kira voucher makan ke, beli barang ke semua boleh.

Bagaimana nak redeem?


Dengan menggunakan Manis Rewards Store!

Dengan Manis, korang boleh redeem vouchers seperti top-up telefon, tiket wayang, F&B vouchers, shopping vouchers dan banyak lagi dengan Manis points yang korang dah collect tuh. 

Apa lagi ek?


Eh ada, dengan Manis jugak korang boleh dapat vouchers percuma dan promosi esklusif daripada kedai favourite korang. Yang percuma korang semua mesti suka kan 

Di antara merchants atau kedai/cafe/outlet yang menyertai Manis ni adalah

  • Carl’s Jr
  • Lazo Diamond
  • Kimarie
  • MyNews.com
  • Espressolab
  • Coffea Coffee
Dan banyak lagi yang kalau aku taip kemain panjang lagi entry ni nanti.

Nak kena ada points ke untuk redeem vouchers ni?

Haruslah TIDAK!

Asalkan korang ada download Manis App kat phone korang, terus korang dapat kesemua kemudahan ni tau.

Cara nak redeem vouchers yang best-best ni, ermm senang je.

Korang ikut step by step ni ek

(Rewards & Free Vouchers! & Merchant (Subject to outlet) & Redeem & Swipe Here & Display your QR code & Enjoy your Cash Voucher)


So apa lagi, meh download lekas aplikasi MANIS ni, korang guna link ni ek


So korang boleh download dulu dan cuba sendiri betapa bestnya MANIS app ni hehehhe

Untuk info lanjut mengenai MANIS app ni korang boleh check it out di :

FB Manis :

Pinterest Manis :

Instagram Manis :

Twitter Manis :

Youtube Manis :

Website Manis :


Lepas ni, makin MANIS berserilah hidup korang ek hauhauahuahauha




Belajar Memasak Sambil Menikmati Hidangan Hi Tea Di Dorsett Putrajaya

Hi Korang,

Belajar memasak di hotel? 

Confirm korang cakap aku ni sewel cakap murah kan, hotel kot haruslah mahal.

Ermm itulah korang tak tau citer sebenarnya, meh ni aku story mory kat korang ek. 


Minggu lepas aku ke Dorsett Putrajaya untuk memenuhi jemputan makan-makan sambil memasak di Dorsett Hotel Putrajaya. Aku bett ramai yang tak nampak lagi hotel ni kat mane kan, alah betul-betul berhadapan dengan Masjid Besi di Presint 3 Putrajaya. Aku pun memula pusing 2-3 kali dan akhirnya nampak pun signboard Hotel Dorsett ni ek. 

Sementara menunggu kengkawan lain sampai, aku banjer korang view di sekitar hotel Dorsett Putrajaya ni ek 




Cantik tak? Of courselah cantik kan hehehehe.

Sedikit latarbelakang mengenai Dorsett Hotel Putrajaya

Dorsett Putrajaya, managed by Dorsett Hospitality International opened its doors on 16 January 2016. This urban midscale hotel with 218 rooms is conveniently located in the heart of Malaysia’s federal administrative capital in Precinct 3. This chic yet elegant hotel is within walking distance to key Malaysian government offices such as Perbadanan Putrajaya, National Registration Department, Customs Department, Ministry of Health, Ministry of Entrepreneurship and the Federal Court of Malaysia to name a few. For Leisure travellers, the hotel is close to several places of interest; Tuanku Mizan Zainal Abidin Mosque, Perdana Putra, Putrajaya Maritime Centre, Putrajaya Lake Club, Taman Pancarona, Taman Seri Empangan and adjacent to the soon-to-open Suria Mall. 

Oh baru betul hotel ini dibuka, patutlah cantik ek

Mari kita mulakan kelas memasak ye.


Untuk pertama kalinya Dorsett Putrajaya bakal menganjurkan kelas memasak secara mingguan bagi mereka yang ingin mempelajari resipi-resipi yang istimewa daripada chef di sini. 

Apa yang kitaorang dapat dalam pakej kelas memasak ini adalah:-

Hands-on bengkel memasak + hidangan Tea Time + goodies bag dan hadiah utama untuk hidangan yang menang pada hari tersebut.


Petang tuh, kitaorang belajar membuat nama Mexico Baked Apple Empanadas dari chef profesional Chef Shahril. Semua bahan memasak disediakan korang hanya datang bawa diri sahaja. 


Disebabkan kitaorang ni semua tak berapa skill sangat memasak so Chef Shahril cuba untuk menunjuk ajar sebaik mungkin. Nasib baik aku paham cara nak buat so ok lah, tak delah susah mana pun but utensil yang kitaorang gunakan tak sama macam kat umah itu yang jadi slow motion sket hahahaha.





Inilah hasil kerja keras tangan aku hahahahha


Mexico Baked Apple Empanadas Bentuk Matahari Yang Menyinar hahahahhaa

Walaupun tak menang tapi aku bangga tau sebab bertambah satu lagi ilmu masakan aku ek, terima kasih Chef Shahril.


Disamping itu bukan setakat kelas memasak tapi lepas habis kelas korang akan dihidangkan dengan minum petang hidangan mengikut tema kelas memasak korang. Cam kitaorang hari tuh, tema Mexican so Mexican Hi Tea lah gamaknya. 

Dalam hidangan itu pula ada banyak item-item minum petang yang unik. Korang boleh tengok sendiri dalam hidangan ini ada Nachos bersama 3 jenis sos, kemudian ada Chorrus bersama sos coklat, ada lagi iaitu Apple Empanadas yang masak mula-mula tadi juga ada kek dan prata salad. 


Ermm yum yum meh makan dulu ek


Semua ini akan datang dengan satu cawan kopi atau teh pilihan korang sendiri. Eh boleh refill punya minuman so don't worry. 

Untuk pengetahuan korang, promo pakej ini hanya pada harga RM30nett seorang yang aku rasa sememangnya sangat berbaloi. Pakej ini akan belangsung pada 19 Oktober 2016 ini dari jam 3.30petang di Cafe Citra Rasa Dorsett Putrajaya. 

Tunggu apa lagi ia adalah terhad untuk 20 orang terawal sahaja jadi boleh booking sekarang.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :- 


Jom kita ke: 

Dorsett Putrajaya 
Lot 3 (Lot 3C5) 
Precinct 3, 
Wilayah Persekutuan, 
62000 Bandar Putrajaya, Putrajaya 

Phone: +60 3-8892 8388


So orang-orang Putrajaya dan sewaktu dengannya boleh singgah ke mari ek, belajar dengan Chef tuh kan best!!