Tuesday, September 20, 2016

MaskSlim Memperkenalkan After Love & De Stress Masks Yang Sesuai Untuk Mereka Yang Stress

Hi Korang,


Sabtu lepas aku ke majlis pelancaran produk jenama ‘MaskSlim’ yang bertempat di MK Curtain Nilai 3. 

Lama betul tak kemari, nasib baik ingat jalan lagi hehehehe


MaskSlim, perintis di dalam mask muka harian, memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu After Love and De Stress masks hasil cetusan idea semasa pihak MaskSlim mengumpul wang untuk membiayai idea perniagaan melalui banyak penderma (crowdfunding platform).

Pada pelancaran produk diadakan di MK Curtain Group di Nilai, Pengasas MaskSlim Miss Estee Leong menyerahkan After Love and De Stress masks kepada penyokong dan penderma yang membantu dalam pembiayaan kejayaan produk-produk kecantikan melalui MyStartr . Pelancaran itu juga dihadiri oleh Tetamu Kehormat Tan Sri Dato ' Soong Siew Hoong - Penasihat Eksekutif Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia ( ACCCIM) , VVIP Dato KK Chai - Pengasas KK Super Mart, Dato ' Calvin Khiu Fu Siang - Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MK Curtain Group of Companies, pemimpin industri yang lain , tetamu dan media.

MaskSlim telah ditubuhkan pada tahun 2015 dengan tujuan untuk menyediakan wanita di seluruh dunia dengan cara yang semula jadi dengan mencipta pelbagai mask muka semulajadi yang ideal untuk kegunaan harian, yang memerlukan hanya 15 minit untuk melihat perbezaan yang ketara . MaskSlim menjalankan penyelidikan dan mengeluarkan pelbagai sendiri produk di Perancis , dengan menggunakan formula sel stem oren dan bahan-bahan semula jadi. Sehubungan dengan itu, MaskSlim memutuskan untuk menyediakan dua jenis mask muka untuk membantu individu atau pasangan untuk berehat dan mengembalikan tenaga akibat aktiviti harian yang aktif.


Ms Estee Leong berkata "We created the After Love mask for couples and De Stress mask for students. The After Love mask has Lavender oils that helps balance hormones and its smell can set the tone for a romantic environment with couples in keeping their love life alive under the sheets."

Beliau menambah lagi, "De Stress mask helps the user relax and sleep better, as Peppermint and Tea Tree oils can also soothe, nourish and hydrate especially students' skin to stay clear of breakouts caused by stress."



Kitaorang dapat mencuba sendiri mask muka semasa majlis pelancaran tersebut, ermm rasanya hilang stress bila dah tekap mask ni dimuka.


Kedua-dua After Love and De Stress masks akan berada di pasaran iaitu di KK Mart stores nationwide menjelang awal Oktober tahun ini.

Sebelum tuh, aku nak citer pasal pasal event sebelumnya ek.



Di majlis pra pelancaran sebelumnya itu, salah satu program CSR MaskSlim ini , Komuniti LiFE Ribbon melancarkan Penanaman Vertical Drums dengan Tetamu Kehormat, Tan Sri Oato ' Soong Siew Hoong , Dato Calvin Khiu dan Encik Jeff Kong- Presiden Urban Rooftop Persatuan Penanaman Vertical Drums dan Komuniti LiFE Ribbon, pengasas bersama-sama dengan penderma yang menyokong pembiayaan orang ramai MaskSlim dengan lebih RM1,000 atau lebih pada MKAYE CHARIS AMAL BERHAD, rumah orang tua di Nilai (dimiliki oleh Dato ' Calvin Khiu ).



Komuniti LiFE Ribbon adalah satu perhimpunan individu diasaskan oleh Estee Leong bersama-sama dengan Jeff Kong, untuk berkongsi pengetahuan, menyokong satu sama lain dengan mewujudkan persekitaran yang positif bagi masyarakat sekitar . Komuniti Life Ribbon Komuniti bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang sihat dengan mendidik masyarakat bahawa makanan yang dimakan dan produk yang digunakan setiap hari sarat dengan bahan kimia berbahaya dan bahan pengawet.


Its Penanaman Vertical Drums dilancarkan awal tahun ini telah membantu meningkatkan kesedaran dengan komuniti kecil mengenai cara-cara untuk menanam sayur-sayuran mereka sendiri Vertical Drums di rumah mereka sendiri melalui Urban Farming. Projek ini berharap untuk terus mencipta nilai pada MKAYE CHARIS AMAL BERHAD, dengan menyediakan Vertical Drums yang boleh digunakan bukan sahaja untuk menanam sayur-sayuran organik tetapi juga untuk mencantikkan amal rumah dengan pokok bunga. Semua pihak yang terlibat bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang positif , gembira dan sihat di kalangan lipatan lama dengan projek ini.


Tan Sri Dato' Soong Siew Hoong, yang juga Penasihat Eksekutif Urban Rooftop Vertical Farming Association berkata "With the support of Ministry of National Unity, Urban Farming in Vertical Drums is encouraged by LiFE Ribbon Community as it saves space, time and water. Vertical Drums uses organic waste (food you throw) as fertilizer which is healthier than chemicals."

Beliau menambah lagi, "Urban Farming improves the interaction among family members, as the activity of growing your own vegetables and fruits means you teach your parents or your children on how to survive in this world healthily whilst bridging the generation gap."

Actually kita boleh cuba juga penanaman sebegini ek terutama sekali yang tinggal di kawasan persekitaran rumah yang sedikit seperti di condominium dan apartment juga. 

Ermm why not!


Untuk info lanjut mengenai MaskSlim,

Website : www.maskslim.com


Instagram : www.instagram.com/maskslim

Monday, September 19, 2016

Menikmati Masakan Udang Galah di The Nai Cafe, Shah Alam

Hi Korang,

Diam tak diam, sempat jugak aku menyinggah di salah sebuah cafe yang menghidangkan menu udang galah di Shah Alam ni. 

Ni semua gara-gara mengikut bebudak blogger ni lah pi event makan-makan hehehehe



Kitaorang ke The Nai Cafe yang terletak di kawasan perumahan Denai Alam. Ermm first time aku kemari wah tempat baru rupanya cantik gak kawasan perumahan kat sini lah. 





Suasana di dalam kedai bagi aku simple je. Disebabkan perabutnya berwarna putih so aku rasa sangat luas cafe ni. Minimalis katanya.


Ada macam-macam hidangan menu makanan yang sedap-sedap tapi aku nak citer pasal menu udang galah je tau sebab menu ni merupakan signature dish bagi The Nai Cafe ni.

Meh aku tunjukkan pada korang ek.


Udang Masak Lemak Cili Api + set nasi | RM14.90

Hidangan udang masak lemak cili api ni, rasa lemak-lemak pedas, cukup seimbang dengan rasa masam dan pedas berlemak sememangnya enak dinikmati dengan nasi panas. Favourite orang Negeri Sembilan ni. Manis udang tuh ada dalam kuah tuh.


Sambal Udang + set nasi | RM14.90

Nampak macam pedas tapi tidak langsung ye. Rasanya masam-masam manis, agak pekat juga kuahnya 


 Tomyam Udang + set nasi | RM14.90

Rasa tomyan menjadi lebih sempurna dengan tambahan rasa kemanisan udang sebagai bahan utama dalam masakan. Bahan-bahan lagi seperti daun limau purut, serai, cili padi juga membantu menaikkan rasa tomyam itu sendiri


Udang Goreng + set nasi | RM14.90

Udang digoreng bersama 'butter', bawang, serbuk rempah (meyebabkan rasa pedas sedikit) dan juga daun kari ini memang memberi kelainan dari segi rasa. Yang tak makan pedas, boleh cuba menu ringkas ni.

Di The Nai Cafe ini juga, mereka menghidangkan masakan panas dan ada live station lagi iaitu Char Kuay Teow yang ditambah udang galah sebagai penyedap rasa menu tersebut. 

Adalah 2 saiz pilihan udang galah iaitu saiz M dan L di sini. Terdapat 3 jenis masakan panas-panas Char Kuay Teow boleh dicuba di antaranya seperti Char Kuey Teow goreng basah, Char Kuey Teow goreng lembap dan Char Kuey Teow goreng kering


Char Kuey Teow goreng basah | RM12.90

Menu diatas adalah menggunakan udang galah gred A. Kita juga boleh membuat permintaan untuk jenis udang yang lain iaitu samada jenis L atau M. Portion sederhana tapi cukup mengenyangkan. 

Char Kuey Teow goreng lembap | RM12.90

Untuk yang sukakan masakan tidak terlalu kering dan berkuah bolehlah mencuba char kuey teow lembap. Cukup bahan dan rasa dan kehadiran udang galah menambahkan lagi kemanisan semulajdi dalam masakan. Ianya tentu lebih umphhh bila dinikmatinya bersama cili jeruk.

Nasi Goreng Udang | RM12.90

Nasi goreng udang! Masih menampilkan udang sebagai bahan utama. Cuma hidangan ini dilengkapi dengan sup, hirisan timun dan keropok. Hidangan tidak penas sesuai untuk kanak-kanak.



So aku Cik Lily Putih bagi 3.5/5 star untuk menu di The Nai Cafe ni ek sebab ada banyak lagi hidangan lain aku belum cuba. 

So gimane?

Berselera ngakk menu udangnya..

Korang boleh datang ke

The Nai Cafe
23-1 Jalan Elektron U16/F
Denai Alam
Seksyen U16
50150 Shah Alam

Tel : 03-7832 4481 

ataupun layari sahaja laman sosial media The Nai Cafe seperti dibawah:-

Facebook : 

Instagram : 

Jawabnye weekend memang kena datang sini untuk mencuba menu lelain ek




Perlawanan Amal Hari Malaysia 2016 | Harimau Malaysia vs Dugong All Stars

Hi Korang,

Jumaat lepas kan cuti Hari Malaysia 2016.

So tak de apa buat, kitaorang sempat attend perlawanan amal di antara Pasukan Harimau Malaysia menentang Dugong All Stars yang bertempat di Stadium Paroi Negeri Sembilan.


Ermm sebab Senawang dengan Bangi tu tak jauh so pi jelah.

Ingatkan tak de ramai sangat orang ya ampun rupanya lebih 20 ribu orang hadir tau. Yelah tiket yang berharga RM5 habis 15 ribu dan itu belum termasuk yang redeem tiket online secara percuma, kanak-kanak masuk free uiskk memang ramai sungguh.


Yelah pasukan bola sepak negara lawan dengan selebriti of courselah ramai orang datang, aku pun datang sebab nak tengok team Harimau Malaysia je hhuahauhauaha yelah diaorang ni kan otai so haruslah nak face to face. 

Mr Big memang sukalah pi event cam ni sebab dia boleh turun padang ambil gambar secara dekat, pendek kata ‘all access’ kan. Aku cuma duduk kat bilik media je tengok bola dari situ huahauua. 


List pemain kemain lagi ek, team Dugong All Stars sampai 40 pemain. Main gilir-gilir katanya, sama jugak dengan pasukan Harimau Malaysia. Dah nama pun perlawanan amal so tak delah strict sangat rulesnya.


Both team main dengan chillax je demi menghiburkan penonton yang hadir.

Korang tengok ni beberapa keping gambar yang Mr Big ambil.
















p/s : pixels gambo jadi kecik sebab nak masuk dalam blog, so nampak cam blur gituh lah ek sket. mintak maaf

Actually lebih 200 keping dia ambil tapi letak sket cukuplah kan, tapi kalau nak tengok sangat korang boleh ke fanpage https://www.facebook.com/SRO-photography untuk tengok gambar yang lelain ek


Keputusan berpihak kepada pasukan Harimau Malaysia 3:1 eh otai mestilah menang kan hehehehhe

Sangat-sangat seronok tau!

Kan aku cakap dia memang suka event cam ni, seronok ambil gambar sampai langsung terlupa kat bini dia yang sorang ni. Aku jumpa dia balik lepas press conference, maknanya dari start masuk padang sampai abis event.


Terima kasih kepada Astro Arena kerana menjemput kitaorang ke event ni, lama tak tengok bola kat stadium sekali sekala best jugak ek.

Itulah jelah yang kitaorang buat masa cuti panjang weekend lepas ek...