Monday, September 19, 2016

Menikmati Masakan Udang Galah di The Nai Cafe, Shah Alam

Hi Korang,

Diam tak diam, sempat jugak aku menyinggah di salah sebuah cafe yang menghidangkan menu udang galah di Shah Alam ni. 

Ni semua gara-gara mengikut bebudak blogger ni lah pi event makan-makan hehehehe



Kitaorang ke The Nai Cafe yang terletak di kawasan perumahan Denai Alam. Ermm first time aku kemari wah tempat baru rupanya cantik gak kawasan perumahan kat sini lah. 





Suasana di dalam kedai bagi aku simple je. Disebabkan perabutnya berwarna putih so aku rasa sangat luas cafe ni. Minimalis katanya.


Ada macam-macam hidangan menu makanan yang sedap-sedap tapi aku nak citer pasal menu udang galah je tau sebab menu ni merupakan signature dish bagi The Nai Cafe ni.

Meh aku tunjukkan pada korang ek.


Udang Masak Lemak Cili Api + set nasi | RM14.90

Hidangan udang masak lemak cili api ni, rasa lemak-lemak pedas, cukup seimbang dengan rasa masam dan pedas berlemak sememangnya enak dinikmati dengan nasi panas. Favourite orang Negeri Sembilan ni. Manis udang tuh ada dalam kuah tuh.


Sambal Udang + set nasi | RM14.90

Nampak macam pedas tapi tidak langsung ye. Rasanya masam-masam manis, agak pekat juga kuahnya 


 Tomyam Udang + set nasi | RM14.90

Rasa tomyan menjadi lebih sempurna dengan tambahan rasa kemanisan udang sebagai bahan utama dalam masakan. Bahan-bahan lagi seperti daun limau purut, serai, cili padi juga membantu menaikkan rasa tomyam itu sendiri


Udang Goreng + set nasi | RM14.90

Udang digoreng bersama 'butter', bawang, serbuk rempah (meyebabkan rasa pedas sedikit) dan juga daun kari ini memang memberi kelainan dari segi rasa. Yang tak makan pedas, boleh cuba menu ringkas ni.

Di The Nai Cafe ini juga, mereka menghidangkan masakan panas dan ada live station lagi iaitu Char Kuay Teow yang ditambah udang galah sebagai penyedap rasa menu tersebut. 

Adalah 2 saiz pilihan udang galah iaitu saiz M dan L di sini. Terdapat 3 jenis masakan panas-panas Char Kuay Teow boleh dicuba di antaranya seperti Char Kuey Teow goreng basah, Char Kuey Teow goreng lembap dan Char Kuey Teow goreng kering


Char Kuey Teow goreng basah | RM12.90

Menu diatas adalah menggunakan udang galah gred A. Kita juga boleh membuat permintaan untuk jenis udang yang lain iaitu samada jenis L atau M. Portion sederhana tapi cukup mengenyangkan. 

Char Kuey Teow goreng lembap | RM12.90

Untuk yang sukakan masakan tidak terlalu kering dan berkuah bolehlah mencuba char kuey teow lembap. Cukup bahan dan rasa dan kehadiran udang galah menambahkan lagi kemanisan semulajdi dalam masakan. Ianya tentu lebih umphhh bila dinikmatinya bersama cili jeruk.

Nasi Goreng Udang | RM12.90

Nasi goreng udang! Masih menampilkan udang sebagai bahan utama. Cuma hidangan ini dilengkapi dengan sup, hirisan timun dan keropok. Hidangan tidak penas sesuai untuk kanak-kanak.



So aku Cik Lily Putih bagi 3.5/5 star untuk menu di The Nai Cafe ni ek sebab ada banyak lagi hidangan lain aku belum cuba. 

So gimane?

Berselera ngakk menu udangnya..

Korang boleh datang ke

The Nai Cafe
23-1 Jalan Elektron U16/F
Denai Alam
Seksyen U16
50150 Shah Alam

Tel : 03-7832 4481 

ataupun layari sahaja laman sosial media The Nai Cafe seperti dibawah:-

Facebook : 

Instagram : 

Jawabnye weekend memang kena datang sini untuk mencuba menu lelain ek




Perlawanan Amal Hari Malaysia 2016 | Harimau Malaysia vs Dugong All Stars

Hi Korang,

Jumaat lepas kan cuti Hari Malaysia 2016.

So tak de apa buat, kitaorang sempat attend perlawanan amal di antara Pasukan Harimau Malaysia menentang Dugong All Stars yang bertempat di Stadium Paroi Negeri Sembilan.


Ermm sebab Senawang dengan Bangi tu tak jauh so pi jelah.

Ingatkan tak de ramai sangat orang ya ampun rupanya lebih 20 ribu orang hadir tau. Yelah tiket yang berharga RM5 habis 15 ribu dan itu belum termasuk yang redeem tiket online secara percuma, kanak-kanak masuk free uiskk memang ramai sungguh.


Yelah pasukan bola sepak negara lawan dengan selebriti of courselah ramai orang datang, aku pun datang sebab nak tengok team Harimau Malaysia je hhuahauhauaha yelah diaorang ni kan otai so haruslah nak face to face. 

Mr Big memang sukalah pi event cam ni sebab dia boleh turun padang ambil gambar secara dekat, pendek kata ‘all access’ kan. Aku cuma duduk kat bilik media je tengok bola dari situ huahauua. 


List pemain kemain lagi ek, team Dugong All Stars sampai 40 pemain. Main gilir-gilir katanya, sama jugak dengan pasukan Harimau Malaysia. Dah nama pun perlawanan amal so tak delah strict sangat rulesnya.


Both team main dengan chillax je demi menghiburkan penonton yang hadir.

Korang tengok ni beberapa keping gambar yang Mr Big ambil.
















p/s : pixels gambo jadi kecik sebab nak masuk dalam blog, so nampak cam blur gituh lah ek sket. mintak maaf

Actually lebih 200 keping dia ambil tapi letak sket cukuplah kan, tapi kalau nak tengok sangat korang boleh ke fanpage https://www.facebook.com/SRO-photography untuk tengok gambar yang lelain ek


Keputusan berpihak kepada pasukan Harimau Malaysia 3:1 eh otai mestilah menang kan hehehehhe

Sangat-sangat seronok tau!

Kan aku cakap dia memang suka event cam ni, seronok ambil gambar sampai langsung terlupa kat bini dia yang sorang ni. Aku jumpa dia balik lepas press conference, maknanya dari start masuk padang sampai abis event.


Terima kasih kepada Astro Arena kerana menjemput kitaorang ke event ni, lama tak tengok bola kat stadium sekali sekala best jugak ek.

Itulah jelah yang kitaorang buat masa cuti panjang weekend lepas ek...


Sunday, September 18, 2016

MOLPay Cash | Shopping Di Hermo Dan Bayar Tunai Di 7-Eleven

Hi Korang,

Shopping online memang tak akan pernah berhenti.

Terutamanya barangan kecantikan, make up dari oversea especially dari Korean kan? Dahlah barangan skincare diaorang ni memang sangat awesome dan salah satu website yang aku suker benau shopping ni adalah di Hermo.MY


Ya ampun, bebarangnye best-best wei sampai leka di buatnya

Selalunya kalau tengah asyik masyuk shopping confirm akan tekan tekan dan tekan dan bila check-out tup-tup baru ingat duit tak de dalam account. 

La cam no tuh?

Biarkan jelah tersadai je order tuh padahal duit ada je dalam tangan cuba tak sempat nak pi bank in. 

So Hermo.MY ni telah pun menyenangkan korang dengan adanya aplikasi MOLPay Cash. Ni aku terangkan sket ek


Apa itu MOLPay Cash?


MOLPay Cash merupakan satu penyelesaian pembayaran di seluruh kedai serbaneka 7-Eleven Malaysia bagi pilihan pembayaran yang inovatif. Jadi korang kini boleh membayar tunai di kedai 7-Eleven yang terdekat untuk barangan mereka membeli dalam talian seperti Hermo.MY

Ni aku bagi contohnya:

Contohnya kalau korang yang tak ada credit card atau tak cukup duit dalam account bank, korang boleh jer pergi 7-Eleven untuk buat pembayaran tu dengan tunai. 

Kan senang tuh kan!!


Faedah MOLPay Cash kepada pengguna macam kita-kita ni adalah :- 


1. Cara mudah bagi yang tiada akaun banking online / tidak cukup wang dalam banking online / tiada credit card 

2. Mudah untuk bayar tunai dengan MOLPay Cash di mana-mana kedai serbaneka 7-Eleven yang berdekatan dengan korang

3. 24 jam kemudahan bayaran di semua 7-Eleven 

4. Korang tak perlu risau tentang tersalah bayaran kepada pihak penjual 

5. Lebih mudah dan lebih jualan 


Aku terangkan sket langkah-langkah untuk menggunakan MOLPay Cash untuk shopping di Hermo.MY


Langkah 1 - 
Beli barang yang korang nak shopping di Hermo.MY website, kemudian proceed to checkout dan Pilih MOLPay Cash sebagai cara pembayaran

Langkah 2 - 
Tangkap gambar transaction detail [Transaction ID, Verification Code, Jumlah Bayaran] 

Langkah 3 - Pergi ke 7-Eleven yang berdekatan dengan rumah korang 

Langkah 4 - Bagitahu cashier nak buat MOLPay Cash 

Langkah 5 - Tunjukkan bukti detail Transaction ID dan Verification Code 

Langkah 6 - Bayar jumlah yang korang shopping pada cashier, kemudian cashier akan beri resit MOLPay dan resit 7-Eleven sebagai bukti pembayaran. 2 resit tau ingat tu!! 

Langkah 7 - Korang hanya perlu tunggu barang yang korang shopping sampai depan rumah. 



Untuk korang yang dah excited nak shopping di Hermo.MY ni, aku akan nak kongsikan diskaun hebat sebanyak RM5 dengan pembelian minima RM60 (tidak termasuk kos penghantaran) di website Hermo.MY


HMOLPAYCASH05

* Diskaun sah | 1 Sep 2016 - 31 Dec 2016
* Penggunaan sekali sahaja bagi setiap pelanggan
* Tawaran ini tidak sah dengan penggunaan kod promosi

Aku?

Haruslah mempergunakan diskaun hebat ni kan.

Sekarang ni pun duk pilih-pilih bebarang apa nak beli ek, barang-barang pompaan ni memang seronok nau nak beli ek. 

Untuk info lanjut mengenai 

MOLPay Cash - www.molpay.com/v3/cash