Monday, September 12, 2016

“Taste Selebriti” Terokai Tempat-Tempat Makan Menarik di Seluruh Malaysia

Hi Korang,

Selasa hari tuh sempat ke media launch rancangan terbaru Astro Bella iaitu 'Taste Selebriti' yang bertempat di Restoran Rebung, Jalan Tanglin ni. 


Alah restoran milik Chef Ismail of courselah menu masakan melayu kampung kan, dapat jugak aku jamah sket sebelum press conference bermula. 

Saluran gaya hidup, Astro Bella membawakan sebuah lagi program menarik untuk tontonan penonton di rumah menerusi “Taste Selebriti”. Program berkonsepkan food-travelogue ini menampilkan 13 selebriti popular tahah air yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk berkongsi makanan tradisi, makanan unik serta juadah yang terkenal di negeri mereka. Akan mula bersiaran di Astro Bella, saluran 133 dan Astro Mustika HD, saluran 134 mulai 26 September ini, setiap Isnin, jam 9.00 malam, Taste Selebriti menjanjikan pengembaraan makanan menarik yang pastinya membuatkan penonton teruja terutamanya apabila melihat gelagat para selebriti menikmati juadah-juadah istimewa ini.


Antara selebriti yang akan muncul dalam program 13 episod ini adalah Neelofa (Kelantan), Kamal Adli (Pahang), Ayu Raudhah (Kedah), Izreen Azminda (Perlis), Syatilla Melvin (Pulau Pinang), Zizan Razak (Terengganu), Mawi (Johor), Aril (Melaka), Sari Yanti (Negeri Sembilan), Fattah Amin (Selangor), Marsha Milan Londoh (Sabah), Hafiz Suip (Sarawak) dan Raja Ilya (Perak). Setiap episod akan memaparkan tiga ke empat jenis hidangan menarik di samping tips-tips mengenai tempat-tempat makan hebat di sekitar negeri kelahiran selebriti ini sendiri. Selebriti tersebut akan turut bertindak sebagai hos untuk mengemudi episod yang didedikasikan khas buat mereka ini. 


Pengurus Saluran Astro Bella, Natasha Hashim berkata “Semua sedia maklum, Malaysia terkenal dengan kepelbagaian makanannya yang seringkali menjadi tarikan pelancong di seluruh dunia. Oleh sebab itu, kami tampil dengan idea menghasilkan “Taste Selebriti” yang mana rancangan ini membawa penonton mengenali dengan lebih dekat lagi makanan-makanan tradisi dan unik yang cukup menarik dari setiap negeri di seluruh Malaysia. Sebagai sebuah saluran gaya hidup (lifestyle) dan bagi memainkan peranan kami selaku peneraju kandungan media tanah air, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk turut memperkenalkan makanan warisan tempatan kepada semua agar kewujudan juadah ini tidak dimamah usia, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”.

Antara juadah dan tempat makan popular yang menjadi pilihan dalam rancangan ini adalah hidangan Pais Tempoyak Ikan Patin di Restoran Mabiq (Episod Pahang), Asam Pedas Tetel di Claypot Nyonya (Episod Melaka), Lontong Power di Klang (Episod Selangor) dan banyak lagi menu yang pastinya membuka selera penonton Taste Selebriti. Konsep satu episod satu selebriti juga merupakan daya tarikan utama untuk program ini. Tambah Natasha lagi, pemilihan selebriti berdasarkan kampung halaman masing-masing juga merupakan kelainan yang cuba ditampilkan oleh Taste Selebriti. 


“Program Taste Selebriti ini secara tidak langsung turut membantu mempromosikan lokasi-lokasi terbaik yang boleh dilawati pengunjung sebagai sebahagian dari aktiviti pelancongan mereka. Tambahan lagi, kolaborasi yang terjalin di antara Astro Bella dan Tourism Malaysia ini turut memudahkan kami untuk merealisasikan program ini. Kami mahu program ini menjadi rujukan kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi elemen informatif yang cuba kami sampaikan. Ramai di antara kita tidak tahu akan kewujudan juadah-juadah unik ini, justeru itu Taste Selebriti boleh diandaikan sebagai satu platform yang boleh diguna pakai untuk mempromosikan sektor pelancongan negara”, ulas Natasha lagi.

Jangan lupa saksikan episod pertama Taste Selebriti di mana pelakon popular, Fattah Amin akan membuka tirai dengan episod yang menampilkan makanan tradisi negeri Selangor mulai 26 September 2016, setiap Isnin, jam 9.00 malam di saluran 133, Astro Bella dan saluran 134, Astro Mustika HD.

Friday, September 9, 2016

Shopping Online Di SGshop, Semua Barangan Murah-Murah



Hi Korang,

Korang pun tau kan yang aku ni kalau nak shopping kat mall memanglah agak lembab-lembab sket perangainya. 

Bukan apa, kalau pi berdua dengan Mr Big memanglah kesekejapan je so nak cari barang pun lelaju je, langsung tak de feel nak shooping. Tapi kalau pi shopping sengsorang rasa cam loser plak tak de kawan bagai kan.

Sudahnya shopping secara online sajor la ek.

Memang banyak website untuk dishopping tapi nak cari yang betul-betul murah, trustworthy ni agaklah payah jugak so pemilihan tuh penting. 


Aku dapat tau ada shopping online website terbaru di pasaran ni iaitu SG Shop yang merupakan website yang menjual barangan daripada China dengan harga yang betul-betul murah. 


Apa itu SGshop? 


SGshop merupakan satu laman web shopping online antarabangsa dari China ke Malaysia dengan harga yang murah. SGshop ditubuhkan pada bulan Ogos 2011 dan sebuah syarikat tempatan yang berdaftar serta pakar dalam logistik supaya boleh menerima produk yang dikehendaki untuk dibeli dari laman web e-dagang China. Selain itu, pihak SGshop juga bekerjasama dengan pelbagai pihak bank untuk memastikan bahawa proses pembayaran selamat dan cekap.


Kenapa perlu shopping di SGshop? 


a. Mendapatkan barang-barang yang berkualiti tinggi pada harga yang rendah dari laman web e-dagang China dan penjual 

b. Harga paling murah dan penghantaran yang cepat 

c. Pemeriksaan percuma oleh pusat logistik di China 

d. Mesra pelanggan dalam talian untuk perkhidmatan korang 


Cam ne nak shopping di SGShop ni ek?

Ni aku cerita dengan korang satu per satu, kira macam step by step la ye biar senang sket nak paham ye anak-anak. 

1. Register Account

Apa-apa pun korang mesti kena registerlah. Kang macam ne plak nak simpan semua details korang.

Ini link untuk register : www.sgshop.com.my/?action=register

2. Check it out kategori barangan


Kat sinilah aku terhenti selama seminggu sebab tak tau nak beli apa, rambang mata wei. Tengok sana, tengok sini. Murah ya ampunn bukk! Segala mak neka barang semua murah tapi ade certain barang descriptionnya dalam Bahasa cina so pepandai korang copy kat google translate then translate la. 

Dari barangan personal sampai ke gadget, periuk belanga, towel mandi, makanan kucing semua hado.

3. Submit Order


Ok hari ke lapan baru aku submit order sebab dah pilih barang apa yang nak di beli, banyak benda merepek daripada barang yang perlu sebab suka tengok designnya yang cantik molek. 

4. Pay Order


Hah amik ko kena bayar RM150 gituh. Lepas korang submit order nanti korang akan dapat mesej dari SGShop email yang mengatakan pesanan korang sudah pun di terima dan di proses. 

5. Submit Delivery

Isi segala mak neka details korang macam nama, alamat dan no telefon untuk penghantaran. 


Kemudian pilihlah shipping method korang nak guna, special air ke, sea shipping ke kan. So kalau nak cepat kenalah bayar mahal sket tapi cam aku yang kedekut sket ni kita pilih yang murah sajor la kan, janji jimat.

Itu je then tunggulah barangan korang sampai.

Kena macam aku memang berjanggut nak menunggu ek sebab barang akan sampai 2 minggu cam tuh, so bertabahlah.


Ok satu lagi benda penting nak bagitau kalau di SGshop korang kena top up dulu credit dalam account SGshop. Kemudian baru boleh buat pembayaran untuk belian dan juga kos penghantaran. Jika dalam account SGshop korang ada lagi credit boleh jer withdrawal ke account bank korang. Best kan so korang tak der la rugi tertinggal baki duit dalam tu. 

Ermm

Jiwa rasa gelora
Kasih pada SG Shop
Cepat jelah hantar bebarang tu ek…
Hati tak sabar nak bergaya-gaya tau


Untuk maklumat lanjut atau belian online boleh terus ke :-

Website : 

Instagram : 

Facebook : 




Thursday, September 8, 2016

Asalnya Nak Beli Rempah Je

Hi Korang,

Ahad lepas..

Memang tak de apa nak buat so duduk rumah jelah.

Bila tengah hari tuh, kengkonon nak masak lah kan. So buka fridge tengok apa yang ada. Eh ada ayam, ikan, telur kentang dan sayur bakchoy sket

Cari-cari rempah kari tak de plak..

Terus je Mr Big ajak, mehlah pi HALFEST beli rempah kari.


Ko bayangkan semata-mata nak beli rempah kari je kitorang ke HALFEST ni, ermm nasib baik dekat je dengan rumah so oklah. Walaupun kereta banyak dan jem sket tapi parking ada je cuma kena jalan sket lah.

Memasuk je register dulu.

Then masuklah ke hall yang beso tuh. 




Bayangkan 541 booth yang nak kena lalu, mostly produk makanan jelah yang banyak. Pusing kiri rasa susu kambing, pandang kanan rasa ais krim, jalan ke depan rasa frozen food, pandang belakang makan kepok leko plak. 

Memang betul-betul kenyang dibuatnya. 


Poket pun bocor gak, sebab dek asyik membeli je kan. Pantang benda sedap terus beli. Kordial beli berbotol-botol.

Dapatlah jugak beli rempah.


Kemain memacam rempah aku beli sampai Mr Big cakap, ni kalau tak masak tak tau lah kan. Rempah kari, rempah ikan bakar, rempah kurma, rempah asam pedas, rempah, gulai kawah ewah kemain ada hati nak masak gulai kawah ni hauhauahuahuaa

Sudahnya balik rumah tak jadi masak kari, aku masak ayam goreng berempah dengan sup cendawan je, settle dinner hari ahad lepas.

hehehehehe....