Tuesday, August 30, 2016

MAGGI® Royale Thai Tom Yam Seafood Putih Mesti Jadi Favourite Punye

Hi Korang,

Di sebabkan aku suka makan maggi so haruslah event maggi aku attend kan, yelah ko maggi tuh. 

Siapa yang tak suka kan


Semua penggemar makanan di Malaysia pasti teruja kerana mereka kini boleh memenuhi keinginan untuk menikmati masakan Tom Yam dalam keselesaan rumah mereka, dengan produk terbaru dari rangkaian premium MAGGI® – MAGGI® Royale Thai Tom Yam Seafood Putih! MAGGI® Royale Thai Tom Yam Seafood Putih telah dilancarkan secara rasmi di AEON Mall Shah Alam.

MAGGI® Royale Thai Tom Yam Seafood Putih adalah satu olahan unik daripada resipi biasa Tom Yam yang berasal dari Thailand. Ia mempunyai perisa tersendiri dan juga merupakan yang pertama di Malaysia bagi memuaskan hati mereka yang mengidamkan rasa hidangan ini yang telah menjadi kegemaran ramai di seluruh dunia.


Perisa MAGGI® Royale Thai Tom Yam Seafood Putih diperkaya dengan herba segar dan rempah ratus. Bersedialah untuk membawa deria rasa anda mengharungi pengembaraan yang dipenuhi dengan rasa manis dari makanan laut segar, digabungkan dengan kepedasan dari cili kering dan rasa masam dari limau purut dalam setiap sudu sup pekat. Ditambah dengan daun bawang sebenar, cili dan hiasan ala-ala daging dengan mi yang kenyal, resipi ini adalah ciptaan bersama antara MAGGI® Royale dan Chef Wandee Na-Songkhla, seorang pakar masakan Thai.

Selain kepakarannya dalam bidang masakan, Chef Wandee juga terkenal sebagai seorang ikon TV, penulis buku masakan dan pengasas kepada Wandee Culinary School di Thailand. Sebagai penyokong kuat Masakan Thai yang asli, Chef Wandee berharap untuk membawa rasa asli Thailand kepada rakyat Malaysia melalui kerjasama dengan MAGGI® Royale.


"Rakyat Malaysia gemar mencuba sesuatu yang baru, terutamanya dari segi makanan dan MAGGI® ingin memenuhi keinginan mereka melalui pengalaman makanan yang unik. Pasukan kami terdiri daripada kumpulan penggemar makanan yang sentiasa mencari hidangan tempatan dan antarabangsa yang popular untuk membolehkan kami membawa perisa yang baru dan menarik ke dalam pasaran Malaysia. Untuk membolehkan rakyat Malaysia memperoleh kenikmatan masakan Thai di rumah dengan orang yang tersayang, kami telah berkerjasama dengan Chef Wandee – seorang pakar masakan Thai yang telah memenangi pelbagai anugerah, untuk mencipta resipi Tom Yam Seafood Putih yang paling lazat. Produk baharu ini akan membantu memuaskan sifat 'foodie' dalam diri kami semua," kata Rosalyn Simba, Pengurus Eksekutif NestlĂ© (Malaysia) Berhad.

"Tom Yam Seafood Putih Thai yang menyelerakan bukan sahaja bergantung kepada kepedasannya,. Ia merupakan sebuah dimensi deria rasa yang digabungkan dengan aroma daripada perisa pedas dan masam; dan diakhiri dengan tekstur yang ringan dan pekat daripada kemanisan makanan laut yang segar. Untuk menikmati pengalaman yang lebih menyeluruh dan bermakna, anda boleh menambah bahan-bahan segar kegemaran anda seperti udang, sotong dan sayur-sayuran apabila anda menyediakan hidangan yang seimbang dengan MAGGI® Royale Thai Tom Yam Seafood Putih. Anda juga boleh menambahkan sentuhan peribadi untuk membuat hidangan anda lebih istimewa," kata Chef Wandee, pakar masakan Thai yang diiktiraf oleh Paduka Yang Mulia Raja Thailand.

MAGGI® percaya bahawa kebahagiaan bermula dari rumah dan sentiasa mencari pelbagai cara untuk membangkitkan sifat chef dalam diri pengguna dengan menggalakkan mereka untuk memperibadikan dan mempertingkatkan kenikmatan mi mereka dengan bahan-bahan segar pilihan tersendiri. Dengan pelbagai pilihan daripada MAGGI® Royale, pengguna sentiasa mengalami pengembaraan dan keseronokan dalam setiap suapan.




Habis ke media launch ada pertandingan masak MAGGI® Royale Thai Tom Yam Seafood Putih di antara media. Haruslah blogger Ayu Rafikah dan Blogger Kolin masuk bertanding, kitaorang duduk bawah jadi tukang sorak jelah hehehhehe

Ingat senang ke nak memenangi hati Chef Wandee?


Setelah beliau merasai kesemua hasil masakan MAGGI® Royale Thai Tom Yam Seafood Putih ni, akhirnya beliau memilih pemenang iaitu salah seorang media mainstream kerana beliau sukakan sup magginya yang banyak dan pedas. Congrats to him!




Kitaorang seronoklah makan MAGGI® Royale Thai Tom Yam Seafood Putih ni sampai bermangkuk-mangkuk aku makan hehhehehe

Rakyat Malaysia kini boleh mengenang kembali pengembaraan makanan 'Royale' mereka dan memenuhi keinginan untuk menikmati hidangan Tom Yam dalam keselesaan rumah mereka, dengan MAGGI® Royale Thai Tom Yam Seafood Putih yang boleh didapati melalui laman web atau pasaraya hiper dan cawangan runcit lain di seluruh negara. Rangkaian MAGGI® Royale juga termasuk MAGGI® Royale Penang Seafood Kari dan MAGGI® Royale Daging Tumis Pedas Korea.


Untuk aktiviti-aktiviti menarik akan datang dan resepi lazat MAGGI® Royale, sila kunjungi:-

Laman rasmi MAGGI® Malaysia : 

Laman Facebook MAGGI® Malaysia : 

Laman YouTube MAGGI® Malaysia : 

Monday, August 29, 2016

Jalan-Jalan Di Cameron Highlands

Hi Korang,
Tetibe tekak ni nak makan strawbery fresh dr ladang ... Errmm tingg!!
Apa lagi mestilah kita terbayangkan luas terbentangnya kehijauan ladang teh di kaki bukit dan warna warni pelbagai bunga bunga cantik di tanah tinggi Cameron Highland kan.
Actually, bukan sekali dua kita dah pergi ke Cameron Highland ni.



Bahkan dah boleh dikatakan disini la destinasi wajib untuk keluarga kita setiap tahun. Tambah tambah kalau adhoc punya plan percutian..Ini disebabkan Cameron ni  berdekatan dengan kampung halaman . Dan pulak dah ada laluan Simpang Pulai. Nak drift pun boleh dah sekarang..
Opsss !!  tapi jangan tau.. Sayangi diri dan keluarga anda ye. Kami seleluarga selalu memilih Cameron Highland sebagai destinasi jalan jalan makan angin kami. Udara yang sejuk, konon boleh feeling feeling berada di oversea bila waktu malam.

Kali ni nak share tentang Cameron Highland, nak pergi pun dah sangat mudah dengan Highway Simpang Pulai tu.. Kalau nak kesana, korang bukak map Cameron Highland tuh ada dua alternatif untuk sampai ke sana iaitu melalui Tapah dan Simpang Pulai.  Sekiranya kita memilih laluan Tapah jalannya sangat bengkang bengkok dan sangat perlu berhati hati dengan laluan ini.Tapi istimewanya kita dapat melihat penempatan  pekampungan orang asli di sepanjang perjalanan kita. Bukan tu saja gerai gerai kecil yang mejual hasil hutan pun mudah didapati di sepanjang perkampungan ini. Sepertinya itu antara sumber pendapatan penduduk  disini. Antara nya madu dan buah buahan hutan. 

Laluan Simpang Pulai adalah laluan terbaru yang dibina oleh kerajaan untuk keselesaan pengunjung untuk berkunjung ke sini. Laluan lebih selamat dan selesa. Ini sekaligus dapat menarik lagi ramai pengunjung untuk berkunjung ke tanah tinggi Cameron.

Kredit Gambar: Google Image

Bekenaan penginapan atau tempat bermalam  selepas  penat pusing pusing tanah tinggi ni, jangan risau, pelbagai alternatif penginapan Cameron Highlands hotel yang menarik, apartment cameron highland, resorts ataupun homestay yang boleh kita temui disini.. Kalau tanya kita yang dah ntah berapa kali ke sini..

Apa kita boleh share kan bila percutian beramai ramai bersama keluarga kita lebih selesa memilih apartment Cameron Highland yang sesuai untuk keluarga, bila bersama sama kawan-kawan terdapat banyak hotel murah di cameron highland disediakan. Hotel yang bukan di kategorikan sebagai hotel budget pun banyak dan mudah di perolehi. Tapi tetap dengan rate yang masih reasonable. Kalau nak lagi mudah, pergi saje ke website website yang ada promo tempat tempat pelancongan lagi senang... Di hujung jari dah boleh bercuti ke sana. Errmm ni link ni boleh merealisasikan impian korang untuk bercuti bersama sama orang tersayang tanpa pening pening kepala https://www.traveloka.com/en-my/..
Layari je sure berderet-deret list hotel murah di Cameron highland yang murah dan yang sedang memberikan promosi istimewa untuk pekenalkan hotel mereka.

                                                Kredit Gambar: Google Image

Nanti bila ke sana jangan lupa sediakan budget untuk membeli sayur dan buah buahan fresh tau. Strawberi cicah madu atau pun coklat dengan harga yang sangat berpatutan. Sure melting di dalam mulut. Bunga bunga rose dan lavender antara bunga yang sentiasa jadi tumpuan di sini.


Ermm nak cerita tentang Cameron ni memang banyak lagi, kita syorkan rasai dan nikmati sendiri suasana berada di sana,Pasti akan ada kunjungan kesekian kali nya. Jangan lupa untuk layari link tu,bermacam macam promosi boleh kita dapat. Kita sambung ke destinasi lain pulak lepas ni ye.

OK bye see u soon..
Ermm terus je plan nak bercuti ke Cameron Highlands cuti sekolah bulan September ni nanti ek



Sunday, August 28, 2016

Jom Sertai Pirate Fest 2016 di INTI College Subang

Hi Korang,

Untuk korang yang suka berparti dan meet new friends kan.

INTI International College bakal mengadakan PIRATE FEST 2016 untuk korang berhibur.

Ini butirannya



Date: 24th September 2016
Time: 7 PM - 11 PM
Venue: INTI International College Subang

Harga untuk ke Pirate Fest 2016 ini adalah 

Early bird: RM 25

Walk-in: RM 30

Tiket-tiket boleh di beli secara online dan juga dengan menelefon di 017 – 656 3594

Untuk info lanjut boleh ke:


Jumpa di sana nanti ye…