Friday, August 5, 2016

Cerita Shopping Di EZBUY.MY, Pening Tapi Seronok

Hi Korang,

Ya ampun

Lately ni aku tak boleh lah tengok website shopping ni, rasa cam nak hantuk kepala kat dinding je sebab barang-barang yang di jual semua best-best belaka hahahahha.

Kali ni aku duk usha website EZBUY.MY ni plak. 

Jap aku citer kan sket ek


EZbuy (dimiliki oleh EZBuy Holding Limited) merupakan pembekal perkhidmatan membeli belah dalam talian. EZbuy telah ditubuhkan semenjak tahun 2010 lagi dan ia sangat terkenal dan popular di serata negara seperti Malaysia, Singapore, Australia, Thailand serta Indonesia. 

Kalau korang masuk website ni memang gerenti rasa pening punye, sebab apa? Sebab tak tau yang mana satu nak beli semuanya murah-murah belaka. Dari pakaian hingga ke barang rumah even alat bersenam, gadget dan memacam lagi lah. 

amik ko banyak giler kategori oo untuk di shopping

Kira macam one stop shopping centre tapi thru online. 

Ni aku tunjukkan korang Cara Shopping Di Ezbuy 

1. Mula mula KLIK link EZBUY.MY

2. Login ke akaun korang 

3. Dah siap login boleh la shopping dengan klik label kat sebelah kiri untuk memudahkan korang memilih kategori barangan yang korang nak shopping.

ini baru sket ek, sebenarnya banyak lagi tau

4. Ok dah siap pilih kemudian ADD TO CHART.

5. Bila dah selesai shopping akan keluar paparan seperti kat bawah ni. Dekat hujung bawah sekali ada di tulis VOUCHER COUPON jadi kat situ jangan lupa letak code EZJUL15 dan korang akan dapat diskaun untuk bahagian shipping sebanyak 15%. Maknanya harga untuk bahagian shipping akan di tolak 15% daripada harga asal shipping korang.

6. Dah siap semua sekali boleh tekan CHECK OUT

bayar duit shipping ek

7. Pastu jangan lupa isi alamat penghantaran dan buat pembayaran.Terdapat tiga pilihan bank untuk korang buat pembayaran iaitu MAYBANK, PUBLIC BANK dan juga RHB BANK.


8. Pembayaran dalam masa 24 jam. Dah siap buat pembayaran korang akan dapat mesej melalui telefon bimbit mengenai pembayaran yang telah berjaya.

9. Kalau korang nak kepastian boleh check lagi sekali kat akaun Ezbuy korang, betul ke tak pembayaran telah berjaya. Korang akan dapat bil daripada pihak Ezbuy melalui email.

Bukan itu je, ada lagi yang aku nak kongsi dengan korang ni. 

Kalau korang register sekarang korang akan dapat extra RM15. Nak register nah korang tekan link ni ---> http://bit.ly/EzbuyRM15

Apa tunggu lagi jom shopping barangan dengan harga murah di EZbuy. Untuk makluman lanjut boleh layari EZBUY.MY

Ok dah baca panjang panjang berjela ni, takkan teruja nak shopping kan? Dah apa tunggu lagi, moh cepat lah kan

Untuk maklumat lanjut mengenai Ezbuy korang boleh KLIK link di bawah 

ezbuy.my link: http://bit.ly/2a82ZFM

prime service link: http://bit.ly/29RgV6v


Thursday, August 4, 2016

Karnival DesaStay Negeri Johor

Hi Korang,


Sabtu lepas aku berpeluang bersama bloggers lain ke Karnival DesaStay Negeri Johor di Rengit, Batu Pahat anjuran Rush Media. 


Kami bergerak dalam 31 orang bloggers bersama team Rush Media dari Kuala Lumpur dan tiba di Batu Pahat pada jam 2 petang, sekali sekala outing bersama teman-teman sangatlah seronok ek dapat kenal blogger baru semua. 


Kami di sambut meriah oleh penduduk kampung Kg Parit Tengah dengan pelbagai aktiviti sebelum ketibaan Y.A.B Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor. 

Jom aku bawak korang melawat beberapa booth yang disediakan bagi Karnival DesaStay Johor ni ek. 











‘DesaStay’ merupakan salah satu produk pelancongan yang berpotensi di kawasan luar Bandar. Program ini bertujuan untuk meningkatkan penyertaan masyarakat luar bandar di dalam sektor pelancongan.

Tidak seperti konsep pelancongan kampung sebelum ini, DesaStay menyediakan bukan hanya penginapan, tetapi menawarkan pakej aktiviti dan cara hidup bersama orang kampung dalam pakej mereka.

Untuk projek kali ini, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti 32 kampung di negeri ini yang berpotensi untuk dijadikan ‘DesaStay’ sebagai satu lagi langkah menjadikan Johor sebagai satu destinasi pelancongan utama negara terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina dan India yang mempunyai keunikan yang tersendiri. 


“Bukan sahaja para pelancong dari luar negara, percayalah, ramai sekali generasi millennials Malaysia yang barangkali tak pernah hidup di desa. Ramai yang lahir di bandar, membesar di bandar, bersekolah dan bekerja di kota dan ibu bapa mereka telah lama meninggalkan kampung halaman mereka” Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor.


Di antara tujuan mewujudkan Program ‘DesaStay’ di seluruh negeri Johor adalah untuk:

1. Memperkembangkan ‘Hospitality Industry’ dan mempertingkatkan industry pelancongan di negeri Johor.

2. Mempelbagaikan bentuk kemudahan penginapan kepada paa pelancong khususnya kepada ‘Budget Travellers’

3. Memperkenalkan cara hidup dan kebudayaan masyarakat setempat

4. Mewujudkan peluang perniagaan kepada komuniti setempat serta meningkatkan ekonomi mereka secara tidak langsung

5. Menyediakan pakej-pakej aktiviti yang menarik untuk diikuti.

Konsep DesaStay Johor inilah yang mungkin akan mengekalkan panorama kampung tetap akan kekal sebagai kampung yang indah. Ia harus kekal sebagai desa yang aman dan semula jadi, tidak perlu untuk dimodenkan.


Sebagai contoh di DesaStay Kampung parit Tengah, Batu Pahat ini, mereka sudah lama aktif dalam projek seperti ini. Mereka mempunyai tawaran yang pelbagai dari segi penginapan, aktiviti kampung dan juga beberapa aktiviti kemasyarakatan yang boleh turut di sertai oleh pelancong.

Dengan sebab itu, Kerajaan Negeri dalam perancangan bajet untuk tahun akan datang akan cuba melihat peruntukkan yang sesuai untuk diagihkan kepada projek DesaStay Johor ini.

Inap Desa Teratak Selari Bonda


Selesai majlis perasmian Karnival DesaStay ni, kami di bawa ke Homestay Teratak Selari Bonda yang berhampiran di kawasan Kg Parit Tengah ini untuk majlis sidang media dan minum petang.

Sidang Media Karnival Desa Stay Negeri Johor

Besar betul rumah ni tau, cantik wei..

Mari aku bawa korang intai-intai homestay yang cantik ni ek







Cantikkan, simple tapi menarik kemudahannya. Semuanya ada so tak yah keluar-keluar kalau menginap di sini ek.

Seronok layan muzik gambus ni ek

Terima kasih kepada Tourism Johor yang sudi mengundang kami untuk memeriahkan lagi majlis Karnival Desa Stay Negeri Johor.

Ok nanti ada sambungan lagi tau, maklum FAM trip ni 2 hari 1 malam so banyaklah citernya kan






Wednesday, August 3, 2016

Dinner Di Nong & Jimmy Thai Seafood BBQ

Hi Korang,


Sabtu lepas, ermm actually 2 minggu lepas ktorang dapat jemputan makan-makan di Nong & Jimmy Thai Seafood BBQ di Ampang.


Kalau tengok alamat memang tak reti nak pi tapi bila WAZE laju je plak sampai walaupun tengah havoc jem petang tuh, yelah orang sibuk pi beraya lagi kan. Ktorang je tak de jemputan hehehehe alah its ok lah, dapat jemputan tapi tak pi pun tak bagus gak kan. 

Dulu restoran ni kat Taman Cahaya Ampang tapi baru je berpindah ke tapak yang baru ni. Kalau tengok dari jauh cam kedai makan cikai-cikai je tapi ermm nanti aku citer lah ek. 

Restoran ni menghidangkan masakan seafood ala-ala Thai gituh. Sama je macam kite pi makan kat kedai thailand tapi ada barbeque gituh lah.




Luas kedai ni, pilih je mana tempat nak duduk kan.

Hari tuh ktorang dijamu dengan beberapa hidangan ‘signature dish’ yang menjadi favourite para pelanggan yang datang makan di situ. 

Pembuka Selera

Zha Gui 
(Small RM8 ,Medium RM10 ,Large RM12)


Actually kuih cakoi sebenarnya, di masak on the spot bila datang order. So bila dihidangkan panas-panas sedap sungguh tapi jangan sampai melecur lidah sudah. Di hidangkan sekali dengan kaya sebagai pencicah. 

Main Dish

BBQ Crab – Seasonal Price


Ketam batu yang di panggang atas api, korang boleh tengok sendiri camne ianya di masak sebab tempat bako tuh betul-betul depan pintu masuk. Rasa sangat awesome langsung tak kering isinya

Tomyam (White) Seafood 
(Small RM22, Large RM37)


Nampak tomyam biasa je tapi kicknya bukan main lagi. Disebabkan ktorang pilh seafood so segala mak neka makanan laut ada di dalam tuh. 

Curry Steam Stingray (RM35)

Jarang kedai thai buat ikan pari masak kari ni, tapi kat sini ianya dihidangkan secara steam kuah kari tuh. Senantiasa panas je lauknya, Mr Big siap hirup-hirup kuahnya kasi licin. 

Hot Basil Leaf Chicken (RM20)

Crispy Fried Kangkong (RM15)

Suker ni sebab garing macam makan keropok lekor hiris nipis tuh ek. Di cicah plak dengan sos Thai lagilah awesome

Crab Meat Fried Rice 
(RM10 per person)

Siam Laksa 
RM10.90 per person (lunch hour only)

Menu yang ni pun special jugak, laksa siam yang dihidangkan secara berasingan tapi bila nak makan di campurkan semua di dalam satu mangkuk dan mee laksa tuh di celup sekejap di dalam kuah laksa dan dihidangkan dengan bahan-bahan lain. 

Kalau kita curah kuah sampai penuh mangkuk laksa ni tapi kat sini lain sket caranya. 

air kelapa thai satu!


Ok je yang sempat ktorang cuba masa tuh, itu pun sampai kenyang-kenyang perut dan paksa –paksa je mulut suruh makan gak sebab tak nak membazir katanya. 

Bagi aku, in terms of harga ok berpatutan dengan makanannya. Dah nama pun seafood kan so harga seafood gak lah tak kan guna harga ayam plak, tak delah mahal macam makan kat hotel. 

Jom singgah ke:

Nong & Jimmy Thai Seafood BBQ
298C, Jalan 15,
Kampung Baru Ampang,
68000 Ampang Selangor.

Opening Hours:
12pm – 2.30pm; 5.30pm – 11pm;
(Closed from 2.30pm – 5.30pm)


Contact: 016-756 8058

Cuba dulu then baru tau, weekend memang penuh ooo.

Selamat makan semuanya..