Thursday, July 14, 2016

Raya 2016, Sederhana Saje Janji Meriah

Hi Korang,


Sambungan citer raya lagi ni ek..


As usual siapkan hidangan atas meja sementara tunggu geng-geng lelaki balik solat raya. aku pun terus bersiaplah. Warna tema ktorang tahun ni warna kelabu sekeluarga, alah beli kain masak aku pi Jakarta hari tuh so beli lumpsum semua sekali, so settle. 

Perasan tak aku tak amik gambo full ktorang berdua?


Sebab baju yang mak aku buat besoooooo, tangan labuh sampai kena lipat, kain pun kena lipat. Padahal ikut ukuran yang selalu tuh. Rupanya badan aku dah susut lah, total inch loss lebih kurang 6inch, patutlah bahu jatuh. Kira baguslah penangan makan ubat kurus kunyah #Leptos ni ek.

kunyah 3 bijik sebelum sarapan pagi raya hari tuh

Tulah korang tak caya, walaupun aku tak hardcore nak kurus tapi pengambilan secara regular dapat kurus jugak wei. 


dah kenapa plak laki aku ni ek

Lepas bermaafan terus berjalan raya pi umah nenek aku di Senggeh. Ya ampun ramai suku sakat balik sampai tak boleh nak jalan kan, sudahnya ktorang duk luar sambil makan hidangan raya. Kemudian jalan raya lagi sampai tengahari.

sempat petik buah mangga apple umah nenek sedara ni ek ishkk perangai kan

Balik rumah plak, baru je nak duduk orang dah menderu sampai, maklumlah ayah aku ni anak paling tua so semua pi beraya rumah ktorang dulu lah. Hah terus tuko uniform chef untuk sessi hidang menghidang even adik aku dan Mr Big pun kena jadi pelayan gak anto-anto makanan kan. Bayangkan betapa sibuknya ktorang time tuh. Ermm gambo langsung tak sompek nak amik.


Dah petang cam tu, barulah surut sket orang datang ek.

Aku pun terus amik chance kuar dengan Mr Big dan adik aku pi beraya umah mak long aku plak. Alah mak tinggal tak per coz diorang boleh pi lain hari. 

hah makanlah sket kan

memacam hado hahaha

hah guna monopod senang, semua masuk

Sampai sana diorang pun cam baru kena serang, semua baru nak rehat-rehat makan so ktorang pun duduk sambung makan terus hahaha

memalu memasing amik gambo ek hehehe


control macho lah adik aku tuh kan hahahaha

Tiba umah dah tak de orang dah so barulah kemas rumah balik, panaskan lauk, susun-susun pinggan balik dan prepare untuk crowd esoknya plak.

secawan kopi untuk sarapan

On second day tuh, assistant mak aku balik so kuranglah sket beban memasak kan. Lagipun petang camtuh nak gerak ke Rembau plak umah sebelah Mr Big plak. So aku cuma tolong-tolong potong sayur je untuk laksa hahahahaha pemalas punye pompuan ek.

budak ni senantiasa je hado kan

Sampai Rembau semua adik beradik Mr Big dah ada, so borak-borak lah kejap sebelum tetamu lain sampai, maklumlah 2nd day raya memang open house umah ni so orang senantiasa ada jelah.


Yang kemas meja lain,prepare masak lain, yang melayan tetamu lain memasing ada tanggungjawab sendiri. So kalau ada part yang terkurang so orang tuh yang kena buat kan hahahahha. Kalau tak bahagikan tugas, diorang ni jadi pelosek or keleso, alah orang negeri Sembilan tau lah apa tuh kan.



adik beradik je ni

Sebelum tuh, sempat bergambar satu family bagai ek. Ini pun orang belum sampai lagi ni.


Itulah citer raya ktorang untuk tahun 2016 ni.

Memang simple-simple je tapi meriah dan seronok dapat berkumpul sekeluarga ishkk bukan senang tau. Maklumlah memasingkan diva dan retis busy tahap gaban hahahahha

GIVEAWAY | Teka Siapakah DUTA Men’s Bioré Double Scrub Terbaru

Hi Korang,



Ini Giveaway entry, sila scroll down untuk entries terkini.. 


Aku nak share info kat korang ni especially si kaki contest ni alah bukan kaki contest pun tak per janji pembaca setia blog aku yang comey ni ek..

Untuk korang yang sayangkan lelaki-lelaki di sekeliling korang tuh, tak kiralah suami ke anak ke adik ke abang ke ayah ke skandal ke kawan baik ke kan, baik korang join contest senang ni ek

Alah senang je contestnya, korang cuba teka siapakah DUTA Men’s Bioré Double Scrub Yang terbaru ni ek ?


Apmacam, senang kan ?

Hah teka jelah

Alah korang cuba je teka selebriti lelaki yang hot manjang sepanjang tahun ni kan, so itulah je.

Bila dah fikir jawapan, korang komen je kat entry ni seperti berikut :

Jawapan:

Nama:

Email address:

Giveaway ni bermula dari 13 Julai hingga 25 Julai 2016 dan terhad kepada 10 pemenang yang meneka jawapan yang betul. 


Hadiahnya merupakan KAO Hamper bernilai RM100 akan di berikan kepada korang yang bertuah ek

Hint: selebriti ni badan ala-ala sado cam Mr Big tapi perut tak kedepan lah..yang penting bujang trang tang tang

So apa lagi hantar seberapa banyak komen yang boleh untuk teka siapa selebriti yang glamer ni ek, aku akan publish jawapan yang salah je so korang boleh dapat idea siapa artis tu ek…

Dah cer-cepat komen ni ek

Wednesday, July 13, 2016

Raya 2016 - Hari Mantai

Hi Korang,

Ermm raya tahun ni


Sesimple yang boleh je pun tak de nak beria sesangat lah sebab raya ketiga aku dah keje hauhauhauahuahaua.. nangis tepi bucu katil sebab Mr Big terpaksa keja so secara automatically aku pun kene balik so keja jelah.


Hari Mantai

Ermm orang sebelah Negeri Sembilan dan sempadan Melaka ni panggil hari pengabis ramadan tuh hari mantai, ntah kenapa don't ask me kang tak pasal-pasal aku kena bantai plak hahahaha. Biasalah lepas sahur tuh tak tidur pun terus siap-siap pi pasar. Walaupun daging dah tempah dalam 12kg termasuk dengan organ dalaman tapi bahan-bahan lain kena pi beli gak lah. 


So berduyun-duyun orang kat pasar Jasin tuh, shopping barang masak last minit. 

tak larat nak pegang letak tepi je sementara tunggu Mr Big datang jemput, siap beli dapur batu extra tau mak aku ni sebab yang lama dah pecah

ayam tua salai, masak lemak cili api sodap ooo

Padahal boleh je pi beli awal-awal tapi tak feel raya lah, nak gak rasa kekecohan kat pasar kan. Orang berteriak beli ayam, beratur beli santan, beli sayur secara bundle kan hahahaha

Sementara nak tunggu bank bukak sebab nak tukar kad atm mak aku, ktorang singgah Mydin plak. Tak pernah-pernah seumur hidup tolong bukakkan pintu Mydin ek, first customer tuh bukan nak beli apa pun saja singgah. End up ktorang pi beli lampu lip lap sebab nak gantung kat depan umah hahaha tak ke saje buang duit ek. 

Singgah bank dalam 40 minit lepas tuh balik umah, ek boleh ramai plak orang kat bank ni ek, nasib baik Mr Big ada so dialah yang siapkan segala mak neka form so mak aku just sign ek. Untunglah ada menantu keje bank kan, semuanya dia settlekan

Sampai rumah kul 1.00pm.

Wei dah tengahari tak masak lagi ermm memang haru oooo huahauhauahua



Di sebabkan manpower kurang tahun coz memasing adik beradik mak aku beraya di rumah memasing dulu so tukang masaknya tinggal aku dengan mak aku lah. Alhamdulillah sebab mak aku bahan-bahan mentah cam bawang, garlic, halia, kunyit, serai, semua dia dah siap blender so balik tuh campurkan apa patut dah tumis je. Mak aku memang cam ni perangai dia, prepared for everything, even cawan, pinggan mangkuk untuk tetamu datang pun dia dah siap basuh dan susun cantik-cantik. senang katanya tak yang nak cari-cari nanti. 

assistant aku petang tuh, hah sama gak tolong masak rendang

Memang betullah hari pengabisan ramadan memang merupakan puasa paling panjang sekali, yelah dengan penatnya duduk depan api, basuh daging, nampak Mr Big siapkan air batu bagai kan.. argghhh hausnya..

Abis je masak, terus terbaring kat pintu dapur ni gak sebab nak luruskan pinggang, ishk orang jarang buat keje berat cam ni so cepatlah penatkan. 


Lega siap masak sepenuhnya, tup-tup lepas maghrib tuh balik plak diorang ni reramai arr dapatlah rehat sekejap so diorang ni sambung buat keje.

Malam tuh tidur cepat akibat keletihan yang amat sesangat kan hahahaha diorang ni boleh pi layan EURO 2016 plak lagi tuh.. ishkk tak penat ke hah

Ini baru citer hari mantai belum citer first and second day raya lagi ek.. so tunggu tau...