Friday, June 17, 2016

Pengaruh TV Betul!!

Hi Korang,

Ini kisah pagi tadi..

Aku memang lepas sahur memang tak tidur cuma lepak-lepak tengok tv sambil siap-siap pi keja. Entah cam ne pagi ni, sambil baring-baring depan tv tup-tup boleh terlelap plak. 

Terbangun kul 6.30pagi itu pun mak aku call. 

Aku kalau pepagi ni, family call memang aku cuak so terus angkat cercepat. Once aku angkat je

Omak : Hah tido plak, dah subuh ke blom?

CLP : alamak belom arrghh.

Omak : Hah nanti buat jangan lupa, Dah sekarang ni ni bukak tv channel go shop tuh.

CLP : hah jap (terus tuko channel, nampak orang jual apa ntah)

Omak : ko tolong mak beli mixer tuh?

CLP : mixer apa plak? orang ni jual vakumlah.

Omak : Alah salah channel, ko tekan 103. alah CJ Wow Shop ni hah

CLP : yolah (terus tuko channel ke 103)

Omak : hah ko belikan mak mixer tuh. Murah je tuh RM159 je ko anto kat kampung.

CLP : Alah tak yah membazirlah, amik je yang ja punye ni hah bukan pakai pun.

Omak : Eh tak nak, nak yang cam ni punya order kat tv ni hah.

CLP : Yola yolah.

Omak: Ingat tau jangan lupa ok dah pi solat dulu.

ni hah mixer yang disuruh beli tuh

Ermm lepas letak phone terus je aku solat dulu.

Tapi solat cam tak berapa tenang sket jugak sebab teringat bila plak mak aku pandai order-order kat tv ni ek. Ishkk cepat-cepat solat dan duduk depan tv untuk nak order menda alah tuh. 

Proses order kejap je, bagi details then cakap nak order apa terus je pesanan dibuat. Yang best tuh, cara nak bayar guna C.O.D je. So senang tak yah nak bagi credit card details kat phone, bila barang sampai rumah then bayo terus kat budak yang anto tuh. 

Terus tepon omak aku balik

CLP : Hah dah order dah, minggu depan sampai sebelum hari jumaat. Siapkan je duit nanti bayar kat budak yang anto tu ek.

Omak : Hah yolah. Ko order kat CJ Wow Shop tu kan, bukan beli kat internet kan.

CLP : ye order pakai tepon je ni hah.

Omak : Ok ok dah pi keja kang lambat plak.

Aku pun citerlah dengan Mr Big tadi, terus dia cakap mak ni esok kan kita balik kampung boleh je pi Mydin beli mixer ni kan.. terus aku bantai gelak-gelak sebab terlupa yang ktorang nak balik kampung esok hahahhaha

Omak omak memacam perangai plak lah kan....


THANN Harumkan Rumah Sempena Hari Raya Yang Bakal Tiba

Hi Korang,

Siapa yang tak suka rumah berbau wangi je ke?

Yelah bila kita balik rumah penat-penat, then baru je umah bau wangi ke kan lega sket fikiran. Senang sket nak fikir apa nak buat, nak masak, nak rehat, nak kemas rumah bagai kan. Macam aku, once masuk je rumah mesti aku rehat 15minit sebelum buat kerja-kerja rumah nak bagi hilangkan penat dan stress jem kat jalan raya masa driving balik. 

Nampak tak pentingnya rumah berbau wangi bagi aku!

Penting tuhhh

So nak bagitau ni..


Dengan kemunculan bulan Ramadan tidak lama lagi, persediaan untuk memperindahkan rumah bagi menyambut kepulangan ahli keluarga dan rakan handai pasti akan dilaksanakan, dan salah satu cara terbaik untuk menawan hati tetamu ialah dengan memastikan rumah korang berbau wangi. 


Bagi menyambut perayaan yang bakal tiba, koleksi aromaterapi THANN Oriental Essence yang mengandungi pati minyak Limau Purut dan Serai sangat sesuai digunakan untuk menjana haruman sempurna yang akan menggamit hati nurani tetamu dengan perasaan mesra, santai dan selesa ketika mereka menghidu aroma eksotik dan mewah yang memenuhi ruang rumah korang.


Hanya beberapa titik THANN Oriental Essence Pure Essential Oil 10ml (RM139) sudah mencukupi untuk menghasilkan suasana yang tenang damai seumpama berada di dunia sendiri kerana ia mengandungi 100% pati minyak tulen tanpa sebarang kandungan wangian atau pewarna tiruan.


THANN Oriental Essence Aroma Diffuser 250ml (RM409) pula yang didatangkan dalam bekas elegan memberikan sentuhan aroma mewah yang mampu merangsang suasana santai dan mempertingkatkan kesejahteraan emosi.


Untuk meraikan acara di waktu malam pula, suasana yang hening dapat dihasilkan dengan menggunakan THANN Oriental Essence Aromatherapy Candle 190g (RM139) yang tidak mengeluarkan sebarang asap dan diperbuat dengan menggunakan 100% pati minyak semula jadi tanpa sebarang pewangi tiruan.

Tetamu korang mungkin tidak akan mahu pulang oleh kerana haruman bauan mewah yang mencetuskan suasana tenang damai dan santai langsung tidak akan menguasai aroma bauan rendang dan satay menyelerakan yang dihidangkan. 

Koleksi aromaterapi THANN menampilkan pelbagai rangkaian pati minyak tulen, peresap dan lilin wangi yang diilhamkan oleh alam semula jadi dan tumbuh-tumbuhan, di mana setiap haruman istimewa di adun dengan penuh teliti untuk menghasilkan bauan yang mampu merangsang deria anda dan membangkitkan emosi lantas mencetuskan mood yang tertentu. 

THANN Oriental Essence Fragrance Mist

Koleksi Oriental Essence merupakan sebahagian dari rangkaian produk penjagaan diri dan aroma untuk kediaman THANN yang berasaskan ekstrak tumbuh-tumbuhan dan dihasilkan khusus untuk memenuhi gaya hidup di bandar. Rangkaian produk THANN boleh diperolehi secara eksklusif di kedai Asleep Store di Publika Shopping Gallery dan kedai kendirinya di Seksyen 16, Petaling Jaya. 

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi www.thann.com.my

Mengenai THANN

Menampilkan keseimbangan harmoni antara bahan-bahan semula jadi dan reka bentuk kontemporari, THANN menawarkan rangkaian produk penjagaan kulit secara semula jadi dan wangian rumah yang dihasilkan dari pati tumbuh-tumbuhan yang telah memenangi pelbagai anugerah. Diasaskan pada tahun 2002, jenama ini menggabungkan seni terapi semula jadi dengan sains dermatologi moden untuk menghasilkan pelbagai jenis produk yang dikenali ramai sebagai berkualiti, inovatif, memiliki reka bentuk menarik serta sentiasa dipertingkatkan melalui program penyelidikan dan pembangunan yang berterusan. THANN boleh diperolehi di lebih 18 buah negara,dan diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh H&M Ideal Living Sdn. Bhd.


Thursday, June 16, 2016

Buka Puasa Bersama Zespri KIWI Green Dan Zespri SunGold

Hi Korang,

Puasa ermm kalau tak betul-betul memang tak tahan kan, tapi sebab dah biasa so tak delah terasa lapar sangat. Cuma tenaga tu jelah yang berkurangan, mana taknya buka puasa makan memacam menda yang ala-ala berminyak, berlemak bagai akibatnya badan jadi lesu lah bila hari esoknya. 


So kita kenalah makan makanan tambahan macam supplement ke vitamin ke kan, tapi orang cam aku manalah makan ubat-ubat farmasi ni. Jadi alternatif lain aku cuba amalkan makan buah-buahan sebab buah mengandungi fiber dan gula semulajadi so memang menyihatkan.

Meh sini aku nak kongsikan dengan korang beberapa fakta menarik tentang buah KIWI Green dan SunGold keluaran Zespri ni dalam english ek huhuhuhu bulan puasa ni nak translate pun jadi malas sebab tak makan buah kiwi lagi hehehhe.


1. With 2X the fibre of pineapples and 6X the nutrition of apples (for every 100g of edible flesh) Zespri Green Kiwifruit is rich in Vitamin C and antioxidant.

2. Fibre in Zespri Green Kiwifruit has a high capacity to retain water which creates larger and softer stools, aiding in smooth movement through the digestive tract.

3. During Ramadan, one tends to feast during break fast. A time to enjoy meals with the family and share the togetherness, this may lead to over-eating thus resulting in indigestion and bloating. Eating 2 Green kiwifruit a day was found to significantly improve bowel function and reduce bloating.

4. The natural digestive enzyme, actinidin, found only in kiwifruit improves digestive comfort by increasing the breakdown of proteins and facilitating gastric digestion (emptying of the stomach).

5. Like the Zespri Green Kiwifruit, the Zespri SunGold Kiwifruit is power-packed with over 20 essential vitamins and minerals, more than almost all common fruits.

6. Zespri SunGold Kiwifruit contains 3X the Vitamin C of oranges and 10X the nutrition of apples (for every 100g of edible flesh), which aids to maintain overall well-being during the month of fasting.

7. Just 1 Zespri SunGold Kiwifruit can easily meet your daily Vitamin C needs. This is especially important as the human body is unable to synthesize Vitamin C and can only replenish it daily from food sources.

8. Vitamin C activates enzymes in the body that helps curb feelings of fatigue and elevate energy throughout the day.

9. It is also low in GI. Zespri Green Kiwifruit has a GI of 39 and Zespri SunGold Kiwifruit has GI of 38. This puts kiwifruit in the category of “low” GI content (GI<55 an="" are="" blood="" diabetes="" excellent="" font="" for="" level.="" makes="" monitoring="" option="" or="" people="" sugar="" their="" this="" those="" who="" with="">

10. Kiwifruit pulp is also found to swell up to 4x of its original volume in our digestive track, thus reducing the rate of glucose diffusion into the blood. This also means that the slow uptake of sugars into the bloodstream helps avoid fatigue and making one feel fuller longer between meals – crucial for those who are fasting.

11. The kiwifruit and dates combination will provide excellent nutrients to the body especially during fasting. Iron, being a component of hemoglobin inside red blood cells, determine the oxygen-carrying capacity of the blood. This improves blood circulation as it carries oxygen to various parts of the body to recuperate and refresh the body throughout fasting.

Cukuplah 11 info ni aku dapat kongsikan dengan korang.

At least korang dapat jugak ilmu dengan baca post aku ni kan.


Hari tuh, Zespri dengan baik hatinya menghantar jus kiwi bersama fish tacos daripada dahmakan.com sebagai menu berbuka puasa aku.
 

Bila dapat teguk jus kiwi tuh yang ampun sedapnya kemain lagi, yelah once buka je terus minum ermm memang rasa segar dan bertenaga lepas tuh. Bukanlah bertenaga sampai nak pi perang tapi kira macam memulihkan rasa letih kita berpuasalah. 



Sedap wei siap berebut plak dengan Mr Big kan, minum sorang seteguk selang seli sampai habis. Makan fish tacos pun share gak sebab sedap hehehhehe

Memang bagus jadikan amalan makan buah kiwi ni ek..


Keterangan lanjut layari : www.zespri.com.my

Dan istimewanya di bulan ramadhan ini, Zespri turut menganjurkan Kempen Share-A-Meal di http://zesprishareakiwi.com/

Yang menariknya kawan yang kita syorkan di http://zesprishareakiwi.com/share-a-zespri-greeting/
akan menerima set hidangan berserta smoothie kiwi yang istimewa...

Jomla sertai

#ZespriMY 
#ZespriShareAKiwi 
#ZespriRamadan