Wednesday, June 8, 2016

Food Hunt Di KLANG PARADE, Mencari Makanan Untuk Berbuka Puasa Di Sini

Hi Korang,


Klang Parade? 

First time jejak kaki ke sini dan first time jugak aku beranikan diri drive SiEvo ni jejauh buta ni kan tapi bila dah masuk area Shah Alam tuh la dekat je jalan nak ke Klang Parade ni ek.


Ktorang seramai 12 orang bloggers ni kemari atas satu tujuan iaitu ‘Food Hunt’ yeahhhh. Makan siapa tak suka kan, lebih-lebih lagi di bulan puasa ni. Pasti ramai yang sibuk mencari sambil mengoogle tempat buka puasa yang harganya berpatutan, dekat dan sedap. 

So kitaorang meet up dulu di

TEH TARIK PLACE

Hebat jugak Teh Tarik Place di Klang Parade ni ek sebab ramai orang. Oh ye menu kat outlet sini aku rasa lagi banyak dan sedap-sedap belaka lah. Tengok menu dah sedap inikan plak bila dapat makan hahahah

Petang tuh ktorang dijamu dengan

POPIA

PISANG GORENG

TEH TARIK

Sesuai dengan waktu ketika itu untuk minum petang. Memang 3 hidangan ni cukup meriah sampai bertambah-tambah kitorang makan especially popia sebab dalamnya ada udang seketul hehehhe. Teh Tarik memang senantiasa awesome tiada tolok bandingannya.

Promosi buka puasa di Teh Tarik Place, memacam ada ek dan nampak sedap plak set mealnya. Arrrghh temptingnya nak makan


Disebabkan kitaorang ni ramai, so kitaorang di bahagikan kepada 3 kumpulan. Lepas je di agih-agihkan terus je ktorang ke venue makan yang berlainan so memasing dapat rasa sendiri kenikmatan menu makanan tu ek. Aku dalam group 1 bersama Aten, Naomi, Naim dan Azraei. Ok je group, group kuat makan semuanya hahahaha

Tempat pertama yang group 1 jejak iaitu

THE CHICKEN RICE SHOP

Yeah memasing tak puas makan di Teh Tarik Place tadi kan so ktorang sambung makan di sini. Nasi ayam I like it!! Kitaorang dijamu dengan hidangan nasi ayam yang terdiri daripada 4 jenis cara ayam di masak iaitu roasted, steamed, honey dan soy sauce.







Makan jangan tak makan



Oh bulan Ramadan ini The Chicken Rice Shop ada promosi menu ‘Ayam Berempah Istimewa’ yang boleh di pesan mengikut set menu A, menu B dan menu C dan jugak secara ala-carte. 

Baik amik yang menu set kot sebab aku rasa lebih berbaloi untuk yang kuat makan kan.




Sempena bulan Ramadan ini jugak, pihak Klang Parade senantiasa akan mengadakan jualan murah serta promosi hari raya ini. Segala-galanya berlangsung di centre court Klang Parade ni. Nampak ni sekarang ni tengah promosi barangan bayi.



Tapi nampak tak kat stage tuh?
Hah pihak Klang Parade dah ada plan untuk invite team boboboi datang untuk memeriahkan acara di sini tak lama lagi tau. Bestkan, ewah aku plak yang excited lebih. 

Next, ktorang ke tingkat 5 plak.



Level 3-5 ni diorang kira cam baru refurbish so nampak all brand new cantik je warna putih dan terang benderang. Kira level 5 ni merupakan tempat entertainment sebab ada panggung wayang, tempat berlibur dengan main game, ada karaoke dan yang penting ada tempat makan yang banyak .

Ok tempat kedua group 1 pi iaitu

TAKO WAN

Kiosk ni betul-betul berhadapan dengan escalator, so naik-naik je dah nampak kedai kan. Kedai Tako Wan ni menghidangkan menu takoyaki yang mempunyai pelbagai perisa.







Kitaorang sempat cuba takoyaki perisa octopus, chicken and cheese, otak-otak, sosej dan dihidangkan sekali dengan minuman ice blended yang sedap.

Tempat ketiga yang ktorang jejak adalah

SSF

Ini bukan tempat makan ek tapi tempat keperluan hiasan rumah tak kira luar mahupun dalam rumah. Boleh meruntun jiwa aku bila masuk kedalam kedai ni.

Korang tengoklah ek



















Itulah segala kelengkapan hari raya boleh di dapati di sini. Cakap je nak apa semua ada, tapi barangan deco rumah lah kan. Bunga-bunga, daun-daun, lampu, langsir even perabut pun ada jual sekali ek. Untunglah orang Klang, nak shopping raya kan datang je ke Klang Parade ni. 

Dan terakhir sekali ktorang ke

NEXT FOOD JUNCTION

Rupanya inilah food court di dalam Klang Parade ini. 

Nampak cam simple je tapi bila masuk ada macam-macam kedai makan yang tersedia di sini.









Majoriti menu makanan semuanya yang aku suka makan, ada ikan bakar, ayam penyet, steamboat, makanan tomyam dan memacam lagi. 

Nampak ni,



Si Fatin ni memang kaki makan betullah, cepat je dia order makanan. Aku tengah tunggu makanan dia dah nak makan dah kan. Ishkkk cepat dan pantas. Duduklah ktorang melepak makan-makan kat sini plak. 

Anyway, terima kasih kepada team Klang Parade kerana sudi mengajak ktorang ke mari untuk mencuba segala jenis makanan di samping dapat bershopping di sini kan.


Bagi warga Klang dan sekitarnya iaitu Shah Alam, why not korang singgah ke mari dan mencuba menu-menu makanan yang terbaik di Klang ni kan, kira macam korang tak sempat balik berbuka or stuck jem di area Klang tuh meh singgah kemari untuk berbuka puasa.


Lepas-lepas buka tuh baliklah rumah terus kan, tapi kalau yang singgah tuh geng mak-mak haruslah ke SSF untuk mencuci mata melihat dekorasi rumah. Eh kata raya so rumah pun kena cantik jugak selain kita pakai baju raya kan

Tenkiu Klang Parade

NIVEA EMPOWER RUN 2016 Di Setia Alam

Hi Korang,

Berpeluh merupakan fungsi utama semula jadi yang terdapat pada badan manusia bagi mengekalkan suhu badan. Ia mengelakan kita daripada mengalami kepanasan melampau terutamanya ketika melakukan aktiviti-aktiviti luar dalam cuaca yang panas terik. 


Walaupun berpeluh itu baik dari aspek kesihatan, air peluh yang bercampur dengan bakteria di sekitar kawasan kulit akan mengeluarkan bau yang kurang meyenangkan. Pelbagai jenis deodoran dalam saiz, haruman dan formulasi boleh didapati di rak-rak pasar raya, pasar mini, dan farmasi, namun pilihan yang banyak ini bukan sahaja tidak memberi penyelesaian tetapi menyukarkan pengguna untuk memilih deodorann yang sesuai.

Memilih deodoran yang sesuai dengan anda kadangkala memberikan tekanan, tetapi dengan deodoran NIVEA Pearl & Beauty, anda tidak perlu lagi risau! Dengan formulasi yang lembut pada kulit serta ekstrak mutiara yang menyuburkan bahagian bawah lengan, ia memberikan kulit segar, halus dan cerah bagaikan mutiara. Dengan perlindungan selama 48 jam daripada peluh dan bau badan, ia memastikan bahagian bawah lengan anda kekal segar dan yakin sepanjang hari. 


Selama bertahun-tahun, NIVEA sering menggalakkan para wanita untuk menggapai aspirasi, merialisasikan matlamat serta menyerlahkan potensi yang ada dalam diri mereka. NIVEA sentiasa menyokong semua inisiatif bagi memperkasa golongan wanita dan membantu mereka yang memerlukan. Bantuan diberikan melalui bekalan kemahiran serta keyakinan bagi mendapatkan pekerjaan supaya mampu memperbaiki taraf hidup serta membina masa depan yang lebih cerah.

Tahun ini, dengan semangat untuk memperkasa wanita, NIVEA Pearl & Beauty menganjurkan NIVEA EMPOWER RUN 2016 pada 5 Jun (Ahad). Terbuka kepada semua, orang ramai diberikan peluang untuk mengambil bahagian bagi memperkasa wanita melalui pendaftaran atas talian. Pada bulan Mei, peserta akan diberikan kit larian yang mengandungi semburan deodoran NIVEA Pearl & Beauty, Sehelai baju-T NIVEA Empower Run, sehelai skirt tutu, sehelai bib larian dan pelbagai barangan dari Watson. Para peserta digalakkan untuk memakai skirt tutu yang dibekalkan dalam kit larian sebagai simbol kewanitaan dan menunjukkan bahawa wanita mampu mencapai apa jua keinginan dengan cara sendiri yang paling elegan. 



Seramai 2,000 peserta hadir seawal pagi bagi menyertai acara NIVEA EMPOWER RUN 2016 di Setia City Mall, Oval Field. Sedia untuk beraksi, para peserta berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan selebriti-selebriti tempatan kegemaran mereka seperti penyanyi R&B dan pengamal kesihatan terkemuka Atilia Haron, pelakon dan model yang sedang meningkat naik, Eyka Farhana dan juga pemenang Miss Malaysia 2010 Nadia Heng yang turut berperanan sebagai pengacara pada hari tersebut!

Sebelum larian dimulakan, setiap peserta diberikan belon NIVEA yang bio-degradable. Larian bermula dengan peserta mengangkat tangan penuh yakin dan melepaskan belon ke udara. Aktiviti ini merupakan simbolik melangkaui segala batasan. Semasa acara larian, peserta akan melalui kawasan kiosk foto bagi merakamkan aksi penuh teruja & bersemangat bersama rakan larian mereka. Setelah larian sejauh 5km ini, peserta mengakhiri larian dengan aktiviti terakhir di stesen ketiga menerusi Pearl & Beauty Experience. Di stesen ini, mereka dapat merasai kesegaran dan nafas baru dengan deodoran NIVEA Pearl & Beauty. Selain daripada activiti yang terdapat di dalam larian ini, para peserta turut bergembira dengan acara White Ball Treasure Hunt yang memberi mereka peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik. 

Sambil menghilangkan dahaga dengan minuman 100 Plus dan Air Mineral Ice Mountain yang tersedia di stesen minuman, peserta dihiburkan dengan persembahan istimewa dari Atilia Haron. Beliau menyampaikan sebuah lagu tema NIVEA Women Empowerment. Selain membawa pulang pingat diatas kejayaan menamatkan larian yang penuh dengan keterujaan, beberapa perserta yang bertuah juga turut membawa pulang hadiah cabutan bertuah pada akhir acara. 


Menjadi sebahagian dari aktiviti larian ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada peserta serta menyuntik kesedaran tentang kehadiran deodoran NIVEA Pearl & Beauty, malah aktiviti ini sebenarnya membantu golongan wanita yang kurang bernasib baik untuk membina masa depan yang lebih cerah. Para peserta secara tidak langsung telah menyumbang kepada mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan. NIVEA telah mendermakan hasil keuntungan yang diperoleh melalui acara larian ini kepada organisasi kebajikan “For Wisdom & Revolutionary Development (FORWARD)”. Forward merupakan organisasi Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang cenderung untuk membantu komuniti yang memerlukan melalui bekalan latihan kemahiran yang bersesuaian agar mereka dapat memperoleh pendapatan serta memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak.

Mr Ng Hock Guan giving his speech during NIVEA Empower Run 2016

“Kami ingin menyeru orang ramai supaya mengambil bahagian bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan. Kita tidak mahu memberikan bantuan yang mampu memberikan faedah jangka masa pendek, sebaliknya melengkapkan diri mereka dengan kemahiran serta latihan yang bersesuaian agar mereka dapat mencari nafkah dan mencipta pendapatan dengan usaha sendiri” kata Ng Hock Guan, Pengurus Serantau Beiersdorf Malaysia & Singapura pada acara NIVEA Empower Run. 

Jelas beliau lagi, “Kempen Memperkasa Wanita sentiasa menjadi tapak bagi NIVEA menggalakkan wanita mencapai impian mereka. Wanita tidak seharusnya meletakkan batasan ke atas diri mereka kerana kami percaya dengan tunjuk ajar yang betul, segala impian tidak mustahil untuk dikecapi.”


Melalui kerjasama ini, matlamat NIVEA dan FORWARD adalah membantu golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan dari kemelut kemiskinan. 

Tuesday, June 7, 2016

Tujuh Nikmat Berbuka Puasa Dengan Fozen Yogurt

Hi Korang,

Nak citer pasal sesuatu yang sedap di makan di bulan puasa ini. 

Dah masuk hari kedua kita menyambut bulan Ramadhan ni kan. Dengan bermulanya amalan puasa, Muslimin dan Muslimat, terutamanya ibubapa, sudah tentu akan memastikan anak-anak tersayang menjalankan kewajipan mereka dengan baik serta berusaha untuk menyediakan makanan yang seimbang untuk mereka semasa berbuka.


Selepas sehari suntuk berpuasa, ia adalah penting untuk mengambil makanan yang sesuai, bukan sahaja untuk menambah tenaga tetapi juga untuk mengelakkan senak atau ketakcernaan. Yogurt merupakan makanan pilihan orang ramai untuk berbuka puasa, kerana ia begitu berkhasiat dan senang dihadam.

1. Yogurt penuh dengan probiotik

Lactobacillus dan streptococcus adalah bakteria yang membantu sistem pencernaan kita. Setelah berpuasa lebih 12 jam, badan kita perlu menyesuaikan dirinya untuk pengambilan makanan yang pertama, dan kehadiran probiotik membantu pencernaan. Ini telah dibuktikan oleh penyelidik-penyelidik di Women's and Children Hospital di Adelaide, Australia.

2. Bermula secara ringan

Yogurt adalah amat sesuai untuk berbuka puasa kerana ia ringan dan senang dihadam. Berbukalah dengan secawan yogurt, dan menunaikan Solat Mahgrib dahulu sebelum menjamu selera penuh. Jangan bimbang, kurma kambing dan rendang daging tidak akan kemana-mana.

3. Untuk nafas yang segar

Selepas sehari suntuk berpuasa, tidak hairanlah nafas kita akan berbau. Jangan khuatir, kerana yogurt dapat membantu anda. Penyelidikan yang telah dibentangkan di International Association for Dental Research, Baltimore, telah membuktikan bahawa yogurt dapat membantu mengatasi masalah nafas berbau.

Petra Empire director Tan Kai Young targets to open 35 llaollao outlets in Malaysia within 3 years

4. Penuh dengan khasiat

Yogurt sejuk beku llaollao mengandungi kandungan protein dan kalsium yang tinggi, manakala kandungan gula dan kalori adalah rendah. Diperbuat daripada susu skim hanya sebelum ia dihidangkan, satu tab yogurt llaollao mengandungi 46% daripada jumlah kalsium harian yang disyorkan. Walaupun llaollao adalah rendah lemak, rendah kalori dan tanpa gluten, kemewahan rasa yogurt yang berkrim tidak terjejas.

5. Tambah buah-buahan segar untuk gizi yang seimbang

Di llaollao, buah-buahan segar dijadikan topping untuk meningkatkan nikmat rasa yogurt sejuk beku serta menjadikannya hidangan yang seimbang.

6. Topping dan sos dari Eropah akan merangsang anda

Selain buah-buahan segar, llaollao menawarkan beraneka jenis topping seperti sos dan topping Crunches rangup seperti bijirin, bijian berkaramel, muesli dan kacang. Selain itu, llaollao juga boleh dihidangkan dengan kegemaran klasiks eperti KitKat® dan OREO®.

7. Dan akhir sekali, rasa llaollao yang lazat! 

Tidak hairanlah kerana llaollao merupakan jenama yogurt sejuk beku nombor satu di Eropah dan Asia. 

Shoppers queue up to try llaollao at the outlet in Mid Valley Megamall

Berasal dari Sepanyol, llaollao (disebut yao-yao) boleh didapati di sekitar Lembah Kelang, termasuk Pavilion, Mid Valley, One Utama, Sunway Pyramid, AEON Shah Alam dan Shell Taman Connaught. Di Pulau Pinang, llaollao terletak di Gurney Plaza. Khabarnya satu lagi kedai akan dibuka di Johor Bahru dalam masa terdekat.

Selaras dengan trend global, pengguna-pengguna di Malaysia juga semakin mementingkan penjagaan kesihatan. Untuk membantu meningkatkan kesedaran, llaollao telah melancarkan kempen Wellness day dengan menawarkan diskaun sehingga 33% pada hari Rabu untuk cawan yang kedua. Untuk melayakkan diri, anda perlu meneka tiga emoji buah-buahan dengan betul.


Langkah pertama: 
Paparkan 3 emoji buah-buahan di Facebook anda sebelum ke kedai llaollao. 

Langkah kedua:
Tunjukkan pilihan 3 emoji buah-buahan anda kepada krew llaollao. Jika anda meneka ketiga-tiga emoji dengan betul, anda layak mendapat diskaun 33% untuk belian cawan yang kedua. Jika anda meneka dua emoji dengan betul, anda layak mendapat diskaun 22%, manakala jika hanya mendapat satu emoji, anda masih mendapat diskaun 11%.

Tips:Untuk meningkatkan peluang anda, layarilah Facebook llaollao Malaysiapada hariSelasa kerana emoji pertama akan ditunjukkan di sana. Ini bermakna anda hanya perlu meneka dua lagi emoji!

makan tak henggat kan, sedap benau llao llao ni


Mengenaillaollao

llaollaoadalahjenama yogurt sejuk beku nombor satu di Eropah dan Asia. Sejak kedai pertamanya dibuka di Sepanyol pada tahun 2009, llaollao kini mempunyai kira-kira 200 cawangan di empat benua - Eropah, Asia, Amerika Selatan dan Afrika. Sebagai perintis budaya yogurt global, llaollao berharap dapat menggalakkan pengguna mengamalkan gayahidup yang lebih sihat dengan menyediakan pilihan makanan berkhasiat sebagai pelengkap gayahidup masa kini yang sibuk.

Dipadankan dengan pelbagai topping, setiap sajian llaollao pastinya akan membangkitkan selera anda. Anda boleh memilih untuk menambah:

Topping Crunches: Topping Crunches kami kaya dengan zat-zat penting seperti vitamin, mineral dan serat. Pilihlah daripada bijirin, brittle, bijian berkaramel, muesli, biskut, kacang dan juga pilihan klasiks eperti KitKat®, dan OREO®.

Buah-buahan: Di llaollao, kami hanya menggunakan buah-buahan segar bermusim untuk memastikan kesegaran maksimum. Malah buah-buahan itu juga baru dipotong untuk memastikan semua kebaikannya tidak hilang. Kaya dengan seratdan vitamin, buah-buahan juga merupakan ejen pemulihan dan anti-oksidan untuk membantu anda melalui gayahidup yang padat.

Sos: Kami mempunyai pelbagai jenis sos – mangga, coklat, strawberi, dulce de leche – untuk menyuntik rasa eksotik kepada yogurt llaollao