Tuesday, June 7, 2016

KIPLING Summer Pre-Fall 2016 Collection Showcase

Hi Korang,


Hari tuh sebelum puasa aku sempat ke fashion show anjuran KIPLING ni tau.


Jangan main-main ek, begnya sangat cantik dan harganya pun cantikkk jugak oullss

Meh aku citer sket sejarah terciptanya KIPLING ni ek

In 1987, three designers in Belgium discovered crinkled nylon fabric, and Kipling was born. Named after Rudyard Kipling, who wrote Jungle Book, the spirited monkeys in the story became the main inspiration for Kipling's products. The result is a colourful array of handbags, backpacks, luggage and accessories, created for the gal-on-the-go in mind. Every design is seriously playful, positively stylish and delightfully carefree -letting you live by your own rules.

Untuk koleksi Kipling's Summer Pre-Fall 2016 ini, bertemakan motif City Jungle. Kita dibawa menjelajahi ranjung onak dan duri untuk mencari hidden treasures kononnya sambil Berjaya dengan beg KIPLING yang terkini.

Jom aku tunjuk kat korang beberapa design yang aku rasa comey bebenau












Kannnn

Comel tak? Geramnya rasa nak beli time-time jugak tapi apakan daya belum ada stock time launching hari tuh, sekarang ni dah ada lah.

Sekitar majlis showcase KIPLING Summer Pre-Fall 2016











Catch the KIPLING Summer Bus!


Ada berita baik bagi peminat beg KIPLING ni tau, KIPLING akan mengadakan contest ‘Count the KIPLING Monkeys’ dimana korang boleh menang beg KIPLING yang awesome ni. Ini hah simple instructionnya

1. Catch the Kipling Summer Bus at Kipling roadshows and activities.

2. Count the number of monkeys depicted on the exterior of the bus.

3. Submit your entry with a creative caption via Kipling's Facebook.

4. Write a creative caption to go with your entry.

5. Stand a chance to win bags!


Untuk mereka yang kaki selfie, korang amik je gambar KIPLING Summer Bus atau KIPLING monkey on the dan upload kat Instagram dengan hashtag #MyKipling dan #KiplingSummerFun16 untuk redeem merchandise KIPLING on the spot.

Untuk info lanjut, meh check it out di facebook KIPLING Malaysia:





Monday, June 6, 2016

Ramadhan Buka Puasa 2016 | HEI SUSHI, Alamanda Putrajaya

Hi Korang,


Ermm first day berpuasa tahun 2016 ni ek.

Adalah rasa lesu-lesu sket sebab tak dapat pekena kopi waktu pagi kan, so kena maintain segar bugar jugak dan takkan nak bantai tido je sepanjang hari wei makruh tu tau!


Aku nak kongsilah lagi dengan korang mengenai buffet Ramadhan 2016 di kawasan Putrajaya iaitu lebih specific sekali di Alamanda. Ramai orang ingat kedai jepun Hei Sushi ni hidangkan sushi je tapi silap ye korang ada berpuluh jenis hidangan jepun yang difusionkan mengikut tekak kita orang Malaysia.


First time ke Hei Sushi ni ek walaupun lalu lalang tapi tak perasan pun maybe mata dan hati ingat menda lain time tuh so terkaburlah kejap. 

Hei Sushi menyajikan hidangan buffet ramadahan yang bermula 23 Mei sehingga 31 Julai 2016 seawal jam 6 petang sehingga 9.30 malam, Hei Sushi menawarkan pelbagai jenis hidangan berbuka dengan gaya Jepun.


"This ramadhan menu consists of 3 set meals designed to suit the Ramadhan and Raya celebration with different group of friend and families. Thus, there are now even more reasons for family members and loved ones to gather together over a delicious and wholesome meal at Hei Sushi" kata Jessica Tan, Assistant Marketing manager Hei Sushi


Apa yang lebih menark set hidangan adalah bermula serendah harga RM19.90!

Antara 3 set hidangan yang ditawarkan di Hei Sushi adalah seperti di bawah ni hah:-

Set A- untuk 1 pax. 
Harga yang ditawarkan RM19.90

Merangkumi:
Hidangan utama boleh pilih;
*Katsu Jyu (pilihan sos samada kari, teriyaki atau kuah kacang pedas) atau
*Tori Jyu (pilihan sos samada kari, teriyaki atau kuah kacang pedas) atau
* Tenzaru Inaniwa Udon (mee udon bersama udanng dan sayur digoreng ranggup) atau
* Tori Inaniwa Udon (mee udon bersama hirisan ayam panggang)
+
* buah kurma
*Salad atau sup miso
* minuman sejuk red passion

Set B- untuk 1 pax. 
Harga yang ditawarkan RM25.90

Merangkumi:
Hidangan utama boleh pilih 1 antara;
*Katsu Jyu (pilihan sos samada kari, teriyaki atau kuah kacang pedas) atau
*Tori Jyu (pilihan sos samada kari, teriyaki atau kuah kacang pedas) atau
* Tenzaru Inaniwa Udon (mee udon bersama udanng dan sayur digoreng ranggup) atau
* Tori Inaniwa Udon (mee udon bersama hirisan ayam panggang) atau
*Kaisen Inaniwa Udon (mee udon bersama seafood)
+
Side dish boleh pilih antara 1;
*spider Maki atau
*otak-otak harumaki atau
*sunshine maki atau
*ebi tempura
+
* buah kurma
*Salad atau sup miso
* minuman sejuk red passion

Set C- untuk 4 pax. 
Harga yang ditawarkan RM129.90

Merangkumi:
Hidangan utama boleh pilih 4 antara;
*Heri Tori Specialty atau
*Tori Chicken atau
*Shake Kara + White Rice
* Ika Kara + White Rice
* Tenzaru Inaniwa Udon (mee udon bersama udanng dan sayur digoreng ranggup) atau
* Tori Inaniwa Udon (mee udon bersama hirisan ayam panggang) atau
*Kaisen Inaniwa Udon (mee udon bersama seafood) atau
* Saba Kara + White Rice
+
Side dish boleh pilih antara 2;
*spider Maki atau
*Hei maiki atau
*sunshine maki atau
*Hana neta
*Tempura Moriowase
*Temari combo
*Sashimi platter (3 jenis)
+
* buah kurma x 4
*Salad atau sup miso x 4
* minuman sejuk red passion x 4

Meh aku tunjukkan beberapa jenis gambar makanan ADD-ON tu ek hehehhe

Spider Maki

Hei Tori Specialty

Shake Kare 

Salad

Sunshine Maki

Hei Maki

Hana Neta

Temari Combo

Tempura Mariawase

Sashimi Platter (3 jenis)

Tori Inaniwa Udon dan Tenzaru Inaniwa Udon

Red Passion

Ermm memang sangat membuka selera korang kan, time-time bulan puasa ni. Even aku sendiri masa menaip entry ni hamper pening dibuatnya sebab rasa lapo yang amat meninggi hauhauhauaha

Ini plak,


Pencuci mulut yang meleleh air liuq - ais krim besama nangka goreng!

Hidangan ini tiada dalam set, tapi boleh order kerana ianya adalah dalam menu hidangan di Hei Sushi.

Jom kita ke:

Hei Sushi 
P03A Plaza Alamanda
Putrajaya
03-88931066

Ok ini baru satu hotel yang aku tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2016, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2016 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.




KEMPEN KESEDARAN SAYANGI KULIT WAJAH ANDA DENGAN EPHYRA

Hi Korang,


Terdedah kepada sinaran UV atau cahaya matahari terik dalam tempoh yang panjang adalah antara punca terjadiya masalah kulit wajah termasuk kanser kulit. Perkara ini didedahkan oleh Pakar Estetik dan Kecantikan, Dr. Hatun Deleila Azrai dalam Majlis Kempen Kesedaran “Sayangi Kulit Wajah Anda” anjuran Ephyra. 


Antara masalah kulit yang timbul termasuklah jeragat, tompok hitam atau ‘melasma’ yang menyebabkan wanita kurang berkeyakinan diri untuk berjumpa orang ramai. Seawal usia 20-an, wanita berisiko untuk berdepan dengan masalah kulit wajah. Jeragat terutamanya, bukan sahaja mencacatkan penampilan seseorang malahan tanpa pengawalan dan rawatan yang betul ia boleh menjadi masalah serius. 


“Kajian menunjukkan 80-90% wanita Asia mengalami masalah jeragat akibat sinaran UV. Sinaran UV dari matahari yang berlebihan menghasilkan melanin yang banyak. Melanin diperlukan oleh kulit untuk melindungi sel daripada rosak. Namun, sekiranya penghasilan melanin berlebihan, ia akan menyebabkan tompok hitam terjadi dan tidak terkawal.” 

Kempen kesedaran “Sayangi Kulit Wajah Anda!” yang dianjurkan Ephyra memberi kesedaran kepada wanita untuk menjaga dan menghargai kulit wajah mereka dalam cabaran cuaca hari ini. 


Pengarah Urusan & Pengasas Ephyra, Pn. Amiza Amiruddin memberitahu Ephyra kini menambah dua lagi produk penjagaan wajah iaitu Serum Ephyra Skin Nano Advanced Repair & Pelembap Muka Ephyra Skin Snow Advanced White Repair. Disamping ‘killer product’ mereka iaitu sabun pencuci muka Ephyra Skin Bar. 

Serum yang berteknologi Nano & dipatenkan di Switzerland ini bertekstur ringan dengan bahan asasnya adalah air. Manakala pelembap muka dengan teknologo Geno-White pula sangat mudah menyerap dan langsung tidak melekit atau berminyak apabila digunakan. 

Ia dirumuskan khas dan difokuskan kepada masalah kulit wanita Asia seperti jeragat, jerawat, parut jerawat, kulit kendur dan kulit kusam. Formulasi semulajadi yang hebat digunakan dengan kandungan bahan antioksida seperti Glutathione, Vitamin C dan Vitamin E yang diekstrak dari sumber buah-buahan. 

Duta Ephyra, Memey Suhaiza & Norman Hakim pun turut berkongsi pengalaman mereka menggunakan produk Ephyra setelah hamper 4 tahun. Malahan apa yang menarik Ephyra yang terkini telah menerima Anugerah Asia Pacific Super Health Brand 2015-2017. Anugerah ini memberikan kredibiliti dan keyakinan pengguna tentang kualiti produk tempatan seperti Ephyra. 


Semalam, baru je terima parcel Ephyra Skin Care Series. Tak sabar nak cuba dan rasa sendiri keberkesanan produk terbaik dari Ephyra ni. Tambahan pula nak Hari Raya kan, semua nak berseri-seri & nampak cantik. Tunggu review dari saya ye! 

Untuk konsultasi dan maklumat lanjut mengenai produk Ephyra hubungi –

Facebook : 

Instagram : 

Hotline : 
019-3999 238 / 03-4141 7889