Monday, June 6, 2016

KEMPEN KESEDARAN SAYANGI KULIT WAJAH ANDA DENGAN EPHYRA

Hi Korang,


Terdedah kepada sinaran UV atau cahaya matahari terik dalam tempoh yang panjang adalah antara punca terjadiya masalah kulit wajah termasuk kanser kulit. Perkara ini didedahkan oleh Pakar Estetik dan Kecantikan, Dr. Hatun Deleila Azrai dalam Majlis Kempen Kesedaran “Sayangi Kulit Wajah Anda” anjuran Ephyra. 


Antara masalah kulit yang timbul termasuklah jeragat, tompok hitam atau ‘melasma’ yang menyebabkan wanita kurang berkeyakinan diri untuk berjumpa orang ramai. Seawal usia 20-an, wanita berisiko untuk berdepan dengan masalah kulit wajah. Jeragat terutamanya, bukan sahaja mencacatkan penampilan seseorang malahan tanpa pengawalan dan rawatan yang betul ia boleh menjadi masalah serius. 


“Kajian menunjukkan 80-90% wanita Asia mengalami masalah jeragat akibat sinaran UV. Sinaran UV dari matahari yang berlebihan menghasilkan melanin yang banyak. Melanin diperlukan oleh kulit untuk melindungi sel daripada rosak. Namun, sekiranya penghasilan melanin berlebihan, ia akan menyebabkan tompok hitam terjadi dan tidak terkawal.” 

Kempen kesedaran “Sayangi Kulit Wajah Anda!” yang dianjurkan Ephyra memberi kesedaran kepada wanita untuk menjaga dan menghargai kulit wajah mereka dalam cabaran cuaca hari ini. 


Pengarah Urusan & Pengasas Ephyra, Pn. Amiza Amiruddin memberitahu Ephyra kini menambah dua lagi produk penjagaan wajah iaitu Serum Ephyra Skin Nano Advanced Repair & Pelembap Muka Ephyra Skin Snow Advanced White Repair. Disamping ‘killer product’ mereka iaitu sabun pencuci muka Ephyra Skin Bar. 

Serum yang berteknologi Nano & dipatenkan di Switzerland ini bertekstur ringan dengan bahan asasnya adalah air. Manakala pelembap muka dengan teknologo Geno-White pula sangat mudah menyerap dan langsung tidak melekit atau berminyak apabila digunakan. 

Ia dirumuskan khas dan difokuskan kepada masalah kulit wanita Asia seperti jeragat, jerawat, parut jerawat, kulit kendur dan kulit kusam. Formulasi semulajadi yang hebat digunakan dengan kandungan bahan antioksida seperti Glutathione, Vitamin C dan Vitamin E yang diekstrak dari sumber buah-buahan. 

Duta Ephyra, Memey Suhaiza & Norman Hakim pun turut berkongsi pengalaman mereka menggunakan produk Ephyra setelah hamper 4 tahun. Malahan apa yang menarik Ephyra yang terkini telah menerima Anugerah Asia Pacific Super Health Brand 2015-2017. Anugerah ini memberikan kredibiliti dan keyakinan pengguna tentang kualiti produk tempatan seperti Ephyra. 


Semalam, baru je terima parcel Ephyra Skin Care Series. Tak sabar nak cuba dan rasa sendiri keberkesanan produk terbaik dari Ephyra ni. Tambahan pula nak Hari Raya kan, semua nak berseri-seri & nampak cantik. Tunggu review dari saya ye! 

Untuk konsultasi dan maklumat lanjut mengenai produk Ephyra hubungi –

Facebook : 

Instagram : 

Hotline : 
019-3999 238 / 03-4141 7889



Saturday, June 4, 2016

VERMILLION ESSENCE MIST Produk Kecantikan Dari EZZATY ABDULLAH Dan AZWAN KOMBOS

Hi Korang,

Last week aku berkesempatan untuk menghadiri majlis pelancaran produk kecantikan keluaran pelakon si cantik manis Ezzaty Abdullah bersama tunangnya pelakon Azwan Kombos bertempat di Flora Terrence Café.


Majlis pelancaran ini di hadiri oleh ahli keluarga mereka yang terdekat di samping rakan-rakan artis yang sudi memberi sokongan kepada projek sulong mereka ini.

Vermillion Essense Mist merupakan sejenis produk anti penuaan yang mampu menghilangkan kedutan di wajah sekaligus menegang dan menganjalkan kulit. Selain itu, produk istimewa ini dapat memberi kesan pantas seawal semburan pertama.


Kandungan utama Vermillion Essence Mist ini adalah daripada buah Kigelia African Extract. Ia merupakan sejenis buah-buahan yang hanya terdapat di Afrika dan berbentuk seperti sosej. Buah ini turut bertindak sebagai ejen penyembuh kesan luka akibat terbakar.


Menurut Ezzaty, inisiatif untuk mengeluarkan produk kecantikan ini kerana merupakan satu impiannya serius berada dalam bidang perniagaan kosmetik. Katanya, dia secara tidak langsung mahu membantu para wanita dan lelaki untuk menjadi lebih cantik dan kacak tanpa perlu kosmetik yang belum pasti tahap keselamatannya. 

"Saya teruja menceburkan diri dalam bisnes ini lebih-lebih lagi ia merupakan produk pertama di Malaysia. Daripada kecil memang cita-cita saya ingin mempunyai perniagaan sendiri. Saya pernah mempunyai beberapa bisnes sebelum ini tetapi gagal kerana kurang fokus, kali ini saya betul-betul serius". 


Tambah Ezzaty, ramai yang tidak ambil peduli tentang penjagaan kulit terutamanya yang bebas daripada kesan jangka panjang. Vermillion merupakan produk terbaik yang membantu kulit lebih muda dan tegang dengan pantas serta tiada kesan sampingan.

Sementara itu, Azwan Kombos berkata, impian untuk melancarkan produk ini diibaratkan seperti angan-angan menjadi nyata. 


“Sejak menceburkan diri dalam perniagaan, banyak peluang dan ruang yang saya nampak di depan mata saya. Malah, idea untuk menubuhkan syarikat bersama Ezzaty Abdullah merupakan salah satu punca pendapatan kami. Produk ini bukan sekadar trend semata-mata, ia adalah satu bentuk inisiatif yang perlu dilakukan ketika masih muda. Yang penting, saya pasti Vermillion dapat membantu ramai masyarakat khususnya wanita di luar sana menjaga kesihatan kulit dan wajah.”

Vermillion Mist didatangkan dengan dua saiz iaitu 30ml dan juga 10ml (pek percubaan).


Jemput FOLLOW, untuk info produk lebih lanjut :




dan boleh hubungi talian ini untuk pertanyaan dan pembelian :- +6011 2887 0867


Friday, June 3, 2016

REVIEW | Charletta Beauty Fiber Drinks

Hi Korang,


Meh sini aku nak citer mengenai Charletta Beauty Fiber Drinks yang aku rasa lain daripada yang lain tau. 



Aku berkesempatan untuk bertemu sendiri dengan founder Charletta Beauty Fiber Drinks iaitu Ms Tia baru-baru ini di Greenhouse by Muir Jalan Ampang. Walaupun pertemuan singkat je disebabkan jadual aku yang senantiasa penuh je kan tapi banyak jugak info yang aku dapat tau mengenai Charletta Drink Charletta Beauty Fiber Drinks s ni.


Meh sini aku sharekan dengan korang mengenai apa itu CHARLETTA ye.


Charletta beauty fiber drinks ini merupakan minuman kesihatan dan kecantikan pertama di Malaysia yang berkonsepkan 2 in 1 yang mengandungi bahan-bahan aktif dalam proses menguruskan badan secara semulajadi dan juga membuatkan kulit wajah berseri-seri tanpa berlapar sepanjang hari. 


Di antara bahan – bahan penting yang terkandung di dalam Charletta adalah:

SLIMMING – garcinia, white kidney bean,

GLOWY SKIN – sakura nano white, vitamin C, gluta,

Memang kita sedia maklumlah garcinia sangat elok untuk proses membuang dan membakar lemak dan bahan sakura nano white sesuai untuk menjadikan kulit muka naik serinya.


Di antara kebaikkan mengamalkan Charletta Beauty Fiber Drinks

1. Langsing dan cerah

2. Berat badan ideal

3. Merawat gastrik

4. Merawat kulit

5. Merawat sendi dan lenguh

6. Glowy skin

7. Zero kolestrol

8. Kesan seawal 7 hari

9. Dapat mencuci plak dan lemak yang degil di dalam usus yang sekian lama tak pernah dicuci.

10. Sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit dan proses perlawasan kerana kandungan fiber serat yang tinggi

Tambah plak, dalam minum Charletta ni ada collagen asli yang mampu untuk membaik pulih kulit dan sel-sel dalam badan.

Seronok plak bila dapat tau tentang kebaikkan Charletta ni kan, terus bersemangat nak mengamalkannya.

Cara nak minum?

Senang je



Minum 1 sachet yang dicampurkan bersama secawan air sejuk sebelum sarapan pagi.

Pengalaman Mengamalkan 5 sachets Charletta

Ermm pengalaman ek

Of courselah berbeza-beza sebab immune badan kita tak sama setiap orang. Macam aku, memang Charletta ni sangat-sangat membantu dalam proses perkumuhan, pendek kata buang air besar lah. Untuk 2 hari pertama, lepas je aku minum Charletta 2-3 kali je toilet untuk membuang. Dia tak de rasa sakit perut yang mencucuk-cucuk tuh, rasa cam biasa nak buang air kecil terus terbuang air besar. Rasa lega dan perut nampak kempis sket lepas membuang tu tau. 

Untuk hari 3 hingga ke 5, proses perkumuhan aku back to normal tapi kadar yang banyak. Aku rasa Charletta dah mula bekerja membuang apa yang patut hehehhee

Ada kengkawan cakap kulit muka nampak cam berseri-seri sedikit dan ada yang siap tanya apa rahsianya kan hahahaha tak per tak per nanti aku perkenalkan Charletta pada diorang ni lah. 


Oh ye lupa nak bagitau yang Charletta ni mempunyai kelulusan KKM ye so janganlah bimbang atau ragu-ragu nak minum.


Jadi aku rasa memang patut kita amalkan meminum Charletta di bulan Ramadhan yang bakal tiba tak lagi ni, yelah selain boleh di jadikan makanan tambahan semasa buka puasa ianya dapat menyelesaikan masalah perut buncit dan juga menaikkan seri raut wajah lagi ek. Ini kerana Charletta boleh dijadikan sebagai energy booster dan mencegah gastrik sebab ianya boleh membantu perut daripada menahan lapar dalam masa yang lama sehingga waktu berbuka puasa. 

Nak raya mesti nak cantic berseri je orang memandang kita ek


Harga sekotak Charletta Beauty Fiber Drinks adalah RM89 sekotak yang mengandui 15 sachets. Kalau korang beli 2 kotak boleh daparkan harga RM170 kalau ianya di beli secara terus di HQ.

Charletta ni hanya di jual dan di edarkan secara ekslusif di dealer yang mendaftar sahaja so kat kedai jamu memang tak de jual produk ni ek.



Untuk info lanjut, boleh ke

Social media 

Instagram : 

Facebook : 

Phone no : 013-2717191

‪#‎charlettaofficial‬