Hi Korang,
Last aku jejak kaki ke Pullman Putrajaya ni 3 tahun lepas kot.
Itu pun sebab dapat voucher stay-in sambil celebrate anniversary ktorang yang ke berapa ntah, tengok memang pelupa betul huahauhuauha
Bila dapat jemputan ke Ramadhan review 2016 di Pullman Putrajaya Lakeside ni of courselah rasa teruja betul yelah siap ada tema tau iaitu ‘Magical Ramadhan Nights’ secara simboliknya untuk memberi peluang kepada para pengunjung untuk merasai kemeriahan penuh magis di malam bulan ramadhan sewaktu berbuka puasa.
Ermm cantikkan tempat ni
Azan berkumandang dari Menara tinggi ni lah, kalau orang tak dengar jugak memang melampau ek hehehhe LIVE wokeh LIVE…
Terletak pada lokasi berbuka puasa yang cantik, bersebelahan tasik. Dan juga pelbagai pilihan menu berbuka puasa yang sememangnya menarik .
Malas nak cakap banyak lagi, aku letak jelah gambar-gambar makanan yang rasanya akan buat korang meleleh air liur kan huahauahua
seafood galore
tengok sotong tuh, mantap ooo
satay
ikan beso
kambing golek
Ok itu yang grand-grand dish yang aku dapat snap, jap ada lagi ni tau
Ok ini baru sebahagian menu lauk pauk kampung ye..
Yang ni plak live cooking tau, kalau korang nak makan order sajor nak sket ke banyak ke kan nanti chef tolong buatkan untuk korang..
Ok dessert plak
milkshake dan ice blended
can drinks
popcorn
Amik ko.. banyak kan korang rasa. ermm sebenarnya banyak lagi ni wei
Aku rasa macam ada kat food festival sebab banyak sungguh buffet area yang mengujakan perut aku tau, setiap khemah mengikut tema menu makanannya yang tersendiri. Penat berjalan ke sana kemari nak ambil makanan tapi seronok sekaligus boleh exercise kaki dan perut jugak kan.
Jika korang ingin menikmati buah-buahan tempatan seperti raja buah durian ataupun manggis, pisang, duku dan rambai, cempedak, nangka dan banyak lagi. Jangan lupa untuk merasai keenakkan buahan tempatan yang turut ditawarkan sepanjang malam Magical Ramadhan Nights di Pullman Putrajaya Lakeside.
dengan blogger kaki makan yang non-stop makan hahaha
Selain itu, pastinya malam magis berbuka di sini pasti meninggalkan memori yang manis buat kita. Nak-nak kalau pi berbuka dengan kengkawan office kan boleh jadi bahan bualan di office nanti hehehe
Buffer ramadhan Magical Ramadhan Nights akan bermula 7hb Jun sehingga 3hb Julai 2016, dari jam 7.00 malam sehingga 10.30 malam.
Harga buffet ramadhan di Pullman Putrajaya Lakeside ni adalah
Untuk harga dewasa : RM169 (nett)
Utuk harga kanak-kanak : RM130 (nett) * 4 - 10 tahun
Bagi korang yang membuat tempahan sebelum 15 Mei 2016, akan diberikan diskaun sebanyak 25%. Dan bagi mereka yang membuat tempahan lebih daripada 10 pax untuk satu-satu masa, berpeluang menerima penginapan semalam di bilik DELUXE di Pullman Putrajaya Lakeside.
Tempahan untuk berbuka puasa, korang boleh hubungi talian : 03-8890 0000
atau
email ke magicalramadhan@pullmanputrajaya.com
Jom kite ke
No.2, Jalan P5/5, Presint 5
62200 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan, Malaysia
Official website : http://www.pullmanputrajaya.com/
Terima kasih kepada team Pullman Putrajaya Lakeside kerana sudi menjemput ktorang blogger-blogger kaki makan ni ek
Ok ini baru satu hotel yang aku tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.
Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2016, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2016 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.