Wednesday, April 27, 2016

Pakej Perkahwinan Menarik di D’SAJI Kajang Perdana Avenue

Hi Korang,


Ermm wedding time sekarang ni? Hehehehe

Memang ye ada je jemputan majlis perkahwinan setiap hujung minggu, tak kira siang ke malam pun kan. Janji majlis sempurna mengikut idaman pengantin. Nowdays plak ramai yang suka buat kat dewan or hotel. Payah nak jumpe yang buat kat rumah kecuali rumah diorang tuh besar dan luas kawasan halaman rumah dan manpower yang awesome kan. Yelah jemputan ramai takkan korang nak bagi makan roti canai order kat mamak plak.

Ishk not nice!

So carilah dewan plak. 

Banyak jugak kriteria yang perlu di ambil kira seperti lokasi, keluasan dewan, kemudahan, makanan dan memacam lagi lah. Eh penting semua tuh, takkan bayar mahal-mahal tapi service out, lokasi susah, makan tak sedap kan.


Ni aku kongsikan dengan korang ada lokasi sesuai untuk di jadikan lokasi majlis perkahwinan yang cun, cute, comel, grand, meletops tapi dengan harga yang berpatutan.

Memperkenalkan


D’SAJI Kajang Perdana Avenue

Minggu lepas aku sempat kemari atas jemputan wakil dari D’SAJI ni. La rupanya dekat je dengan rumah pun, ktorang berdua siap ber WAZE bagai ek heehhehe. Sesampai je aik apsal ramai benau orang ni dan ada majlis kahwin. Memang ye pun, sebenarnya pihak D’SAJI nak ktorang rasai sendiri dan tengok camner majlis perkahwinan di adakan di Kajang Perdana Avenue ni. Nasib baik pakai sopan masa tuh, so kurang sket rasa segan kan hehehhe

Jom kita tengok suasana di dalam dan di luar dewan D’SAJI nie k

ni bahagian luar dewan, nampak dinding cermin tuh. boleh tengok pengantin dari situ je. tak yah masuk pun


bahagian dalam dewan

ni bahagian dalam dewan, air cond tau


di bahagian luar, nampak tak kipas beso tuh


Ada 2 bahagian iaitu di bahagian dalam ber air-con dan bahagian luar ada kipas besar yang besau benar di setiap bahagian. Meja Meja utama disediakan untuk tetamu VVIP dengan bilangan maksima 10 pax . Hiasan dan gubahan bunga segar turut disediakan. 

meja makan pengantin




Ada MEJA KHAS iaitu 4 set meja berhidang hea ted dome untuk tetamu VIP lengkap dengan Sarung Kerusi, Riben Kerusi, Alas Meja Bulat & Overlay serta set crockeries dan cutleries jamuan secukupnya.

Menu Makanan untuk Pakej Perkahwinan di D’SAJI Kajang Perdana Avenue


Makanan dan Minuman dihidang secara Buffet atau Dome, ikut pilihan dan citarasa pelanggan dan ada tambahan 3 hidangan di meja hi-table (meja pengantin) yang akan ditentukan oleh Chef D’Saji. 



Disediakan juga waiter or waitress yang dipanggil pramusaji D’Saji yang lengkap beruniform, so tak delah korang nak upah orang kemas meja, angkat pinggan dan buang sampah bagai ek

kuih muih


buah-buahan


ikan sweet sour

ayam goreng berempah

daging masak lemak cili padi

sayur campur, i likeee

Bagi mendapatkan kepercayaan dan kepuasan dari setiap pelanggan, satu sesi “Food Discussion” untuk 10 orang akan dijalankan.

kosong je kek, kena tambah hiasan lagi ni kan

Eh, kek perkahwinan pun di sediakan sekali. 3 tingkat ‘dummy cake‘ juga ada untuk upacara memotong kek.

ni pun cantik kan, kalau nak grand tambah je lagi

Penyediaan pelamin asas oleh kontraktor yang telah dilantik oleh Felda D’Saji. Kalau korang nak tambah-tambah boleh discuss lah nanti dengan pihak D’SAJI ek. “Public Address” (Sistem P.A) dan Rostrum untuk kegunaan juruacara majlis perkahwinan bersama lagu-lagu pengantin baru dimainkan melalui CD.

Hah panjang lebar aku citer ek.

Eh ada lagi info ni jap jap

yang ni parking sebelah luar kawasan dewan, ada abang RELA jaga kat sini tau

parking sebelah dalam dewan

ni parking sebelah dalam dewan

Di sebabkan tempat ni sangat luas so tempat letak kereta disediakan secara percuma, tak de nak bayar parking pun. Lagipun Unit Keselamatan (RELA) disediakan untuk memastikan keadaan lalu lintas berjalan dengan lancar. Tak payah korang terhegeh-hegeh menjenguk sana sini panjangkan leher nak cari parking bagai ek. 

Waktu jamuan majlis perkahwinan adalah seperti berikut :

Jamuan makan tengahari : 
11.30 pagi - 3.30 petang

Jamuan makan malam : 
7.30 malam - 10.30 malam

Harga pakej perkahwinan yang di tawarkan adalah seperti berikut:



PAKEJ
MINIMA PAX
HARGA
(PERHEAD)
DEWAN

BUFFET SIANG
1,000
RM28
A1 & A2
700
RM28
A3
1,500
RM28
A1, A2 & A3
BUFFET MALAM
700
RM35
A1, A2 & A3

DOME
600
(MAKSIMA)

RM55

A1, A2 & A3

NOTA
1. Pakej disertakan – normally pakej termasuk dewan, kerusi meja, alas meja, katering, pelamin dan pa system

2.Kapasiti: 600 pax dalam satu masa ( 200 aircond, 400 terbuka) – semuanya menggunakan chiavari chair

3.Parking: Luas – lebih 250 buah kereta

4.Fasiliti: 1 bilik perbincangan, 1 bilik persalinan, surau, tandas awam, tandas oku


5.Akses: Lebuhraya LEKAS, Lebuhraya SILK, Persiaran Kajang-Semenyih, Akses mudah dari Putrajaya, Kajang, bangi, Semenyih, Seremban, Nilai, Puchong

So korang boleh buat calculation sendiri ek mengenai pakej-pakej yang aku attached tuh. Bagi aku berpatutan lah dengan budget rakyat marhaen cam kita-kita ni kan. Kalau nak tambah grand boleh je korang discuss dengan pihak D’SAJI untuk tambah apa yang patut. 

Ni aku sharekan lokasi dewan ni ek,

KAJANG PERDANA AVENUE
Lot PT 15788, 
Jalan Kajang Perdana 2/2,
Taman Kajang Perdana, 
43000 Kajang, 
Selangor Darul Ehsan.

Sebarang pertanyaan, sebutharga dan tempahan, sila hubungi:-

NOR SYAIFUL NAZLAN NORSHAM 013 – 386 0453

NURUL NADIA BT ABD GHAFAR 019 – 295 6232

JABATAN JUALAN PUTRAJAYA 03 – 8881 1311

JABATAN JUALAN KUALA LUMPUR 03 – 2698 8302


Ermm korang call je dulu buat appointment untuk pi tengok keadaan dewan D’SAJI Kajang Perdana Avenue ni kan. 

Rasa sesuai grab je terus !! Kena book awal sebab dewan ni kira cam hot stuff jugak tau, dah ada location then baru boleh plan yang lelain.

MAKLUMAN

1. Bayaran tambahan untuk setiap tambahan unit Heated Dome sebanyak RM150.00 per unit. Maksima penggunaan Dome ialah sebanyak 6 unit sahaja.

2. Bagi setiap pelanggan yang membuat tempahan minimum seramai 1000 pax, pihak Felda D’saji akan menyediakan Set Teh Tarik Coner sebanyak 300 pax.

3. Harga pakej yang tertera tidak termasuk 6% GST. (GST ID : 000183664640)

4. Kemudahan surau dan bilik air yang selesa dan bersih turut disediakan.

5. Dua (2) majlis boleh dilakukan secara serentak dimana satu boleh dilakukan di venue A1 & A3 dan satu lagi venue di A3.




Nak Jadi Abang SADO Kena Ambil MAX 7 Sebagai Makanan Kesihatan

Hi Korang,

Sekarang ni musim SADO ke ek?


My partner in crime, sape lagi kalau tak bukan Mr Big pun sibuk-sibuk jugak nak jadi SADO. Tapi bukan nak buat-buat badan pun cuma untuk kesihatan je kan hehehhee. Seriously ramailah lelaki kat luar sana, baik tua mahupun muda pun sama gak mengikut trend SADO ni kan

Meh aku perkenalkan MAX 7 ni pada korang ek!

Kan aku cakap aku kan suka mencuba, tapi produk ni tak lah. Aku bagi Mr Big yang consume sebab inikan produk abang SADO katanya hehehhe


MAX 7 menggunakan konsep "Cegah & Rawat" yang diperkenalkan oleh RNVHERBS supaya kaum lelaki dapat mencegah penyakit kemurungan yang menganggu emosi disamping merawat juga mereka yang mengalami tenaga batin yang lemah.

Kajian Sainstifik antarabangsa mendapati Gabungan herba-herba utama di dalam MAX 7 dapat membantu :

Meningkatkan Kesuburan

Mengawal berat badan

Mencegah dan Merawat Penyakit Kanser Prostat

Merangsang tenaga seksual lelaki

Memulihkan kesihatan tubuh badan

Mengelakkan masalah jantung

Memulihkan kecelaruan neurosis

Bahan-bahan yang terkandung di dalam MAX 7 ni adalah, Campuran herba yang terbaik seperti Maca, Tribulus Terrestris, Cordyceps, Epimedium, Ashwaganda, Pumpkin Seed, Saw Palmetto, Ginseng dan Epal Hijau dimampatkan di dalam MAX 7 untuk memastikan keberkesanan yang maksimum.

Produk ini adalah serbuk yang boleh terus makan dari paketnya tak perlu bancuh pun. Mr Big cakap ok je rasanya, bila masuk mulut tu ada rasa sedikit pahit lepas tu rasa sedap dan hadam dalam perut. Senang je nak makan


MAX 7 mempunyai 7 sachet untuk setiap kotak di mana setiap sachet mengandungi kandungan nutrisi dan khasiat hasil dari kajian dan penyelidikan sainstifik antarabangsa dan nutrionist tempatan. 


Antara kandungannya :

Vitamin A,D, E,C, B complex
Kalsium
Magnesium
Besi
Zink
Iodin

Setiap lelaki disyorkan untuk mengambil MAX 7 sebagai makanan tambahan bagi mengekalkan kesihatan mereka disamping mendapatkan nasihat doktor pakar bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi contoh kadar testosteron yang rendah dalam badan seseorang boleh menyebabkan penurunan fungsi seksual dan gejala ini akan menganggu emosi dan akhirnya membawa kepada kemurungan. 


Produk dihasilkan mengikut piawaian Amalan Perkilangan yang baik (GMP - Good Manufacturing Practice) yang mendapat perakuan Halal dan diperakui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Semua ni penting bagi mendapatkan produk yang diakui selamat oleh pihak yang berwajib.

Harga MAX 7 ni adalah

RM80.00 sekotak yang ada 7 sachet di dalamnya.


Kalau korang nak order boleh contact seperti info di bawah ni :-


Alamat : 
RNVHerbs of RN Ventures 
Block A09, 4th Floor, 
Pusat Perdagangan Taman Dagang 
Jalan Dagang Besar Taman Dagang, 
68000 Ampang Selangor
 
Email : rnv.inbox@gmail.com
Tel : 010 202 9080 / 016 202 8275

Tuesday, April 26, 2016

Makan Tengahari di DOMINO’s PIZZA Sempena Kempen 'Bonus For All' Untuk Lebih JIMAT

Hi Korang,

Yeahh citer pasal makan sedap lagi..



Tengahari tuh kena paksa pi event dengan Nanie Isa dan Ayu Rafikah, nasib baik halfday so boleh borak lama sket kan hehehe



Ktorang ke Dominos Outlet yang ke 150 di Seksyen 14 Petaling Jaya sempena grand opening tu tau. Sekejapan dah 150 ek, hebat Dominos Pizza ni lah tapi pizza dia pun memang sedap pun kan.

Setuju tak?


Selain daripada perasmian pembukaan outlet terbaru, Domino's turut mengumumkan tentang kempen 'Bonus For All' yang sedang berlangsung dari sekarang hingga 31 Mei 2016. Menurut Encik Shamsul Amree (Senior General Manager, Operations Domino's Pizza Malaysia dan Singapura), "We are cognisant of the fact that during this challenging economic landscape, consumers are being more prudent with their spending. As an entity that is sensitive to consumer sentiment and in line with our commitment to provide ongoing value to our customers, we are pleased to introduce Bonus for All. We hope that through this campaign, consumers will be able to take their ringgit to the extra mile as they will be receiving a set of discount vouchers with their purchase, on top of promotional deals."

Kesungguhan masyarakat ini yang tidak pernah berputus asa menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada negara, selain untuk mencari pendapatan buat diri dan keluarga, menjadikan mereka ini boleh dianggap sebagai Únsung Heroes' yang perlu kita banggakan.


"We are inspired by these individuals and they are our Unsung Heroes. Through our simple gesture, we hope to show them that their efforts are cherished, and that they are making a real difference. At times, we may forget the significant contributions these individuals have in society, thus the Bonus for All is our way of saying thank you to them. We aim to reach out to more of everyday heroes that exist in our communities. This is an initiative that we look forward to carrying on throughout the year," kata En Shamsul Amree lagi

Tersentuh tau hati bila tengok tayangan video mengenai ‘Unsung Heroes’ Campaign diorang ni, yelah membantu kepada mereka yang memerlukan. Kita tak tau pun rupanya ada disekeliling kita ni orang-orang yang struggle untuk meneruskan kehidupan seharian mereka. Memang sangat bagus usaha CSR Domino’s Pizza ni lah. 

Mak sokong 100%!!!

Dengan tawaran voucher sebanyak RM 3, RM8 dan RM15 sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk menikmati hidangan Domino's pada harga cukup murah.


Gambar voucher adalah seperti diatas.

Pembelian mengenai voucher ini boleh digunakan sama ada melalui pembelian terus di outlet Domino's mahupun melalui online https://www.dominos.com.my


Cuba bayangkan jika beli 2 extra large pizza pada harga RM70 diberi pengurangan lagi RM15, jumlah perlu dibayar hanyalah RM55 sahaja! Murah giler!!

Apa lagi jomlah pi makan di Domino’s Pizza





Janganlah nak berkira sangat kan, sekali sekala banjerlah kengkawan opis ke, kengkawan blogger ke kan hahahahaha

Nak pi makan dengan aku?
Bagitau lah tapi kene ikut time aku la kan hehehehe