Friday, April 22, 2016

Rangkaian Pembersih Wajah SAFI Diperkaya Dengan Habbatus Sauda

Hi Korang,


Nak cantik, nak bersih, nak suci ni aku perkenalkan rangkaian produk kecantikan daripada SAFI ni tau.


Tiada yang sebaik sentuhan semulajadi. Kebaikan hasil alam seperti Gamat, Pokok Lidah Buaya dan Mentimun diperakui ramai sejak zaman- berzaman bagi memberikan khasiat terhadap kulit wajah. Harus difahami bahawa membersih wajah menggunakan pembersih wajah akan menjadikan kulit lebih halus dan lembut berbanding sabun biasa. Penggunaan pembersih wajah amatlah penting kerana ia diformulasi khas untuk tekstur kulit wajah. Inspirasi ekstrak semula jadi yang selamat dan efektif pada kulit wajah menzahirkan khasiat terkitab SAFI dalam memberi yang terbaik untuk semua wanita.


Memahami keperluan wanita moden kini, SAFI menggenggam manfaat kehebatan alamiah dan diolah menjadi produk kecantikan berasaskan ekstrak tumbuhan semulajadi. SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian pembersih wajahSAFIyang diperkaya dengan manfaat Habbatus Sauda agar khasiat pada kulit wajah dapat dipertingkatkan.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. dalam Hadis Riwayat Bukhari & Muslim yang dipetik dari Kitab Ash Shahihain, “Gunakanlah Habbatus Sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)”

Rangkaian Pembersih Wajah SAFI adalah regim penjagaan wajah asas bagi wanita yang inginkan sentuhan semulajadi. Rasaiformulasi ekstrak semulajadi yang hadir dalam variasi berikut- Sari Mentimun dan Habbatus Sauda, Sari Susu Manggis dan Habbatus Sauda, dan Sari Gamat dan Habbatus Sauda.



Formulasi baharu SAFI didatangkan dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang selari dengan jiwa wanita yang cintakan sentuhan semula jadi, mempunyai personaliti ceria namun masih kekal ayu dan sopan.Warna biru laut, ungu dan hijau terang yang mewakili konsep alampasti kelihatan menonjol dan menarik perhatian pengguna.

Berikut adalah wahana baharu buat wajah cantik berseri:

Formulasi dipertingkat!

Habbatus Sauda atau dikenali sebagai Jintan Hitam merupakan kombinasi utama dalam formulasi baharu rangkaian Pembersih Wajah SAFI bagi membantu kulit agar kelihatan halus dan lembut semulajadi.Habbatus Sauda melindungi kulit dengan nutrien dan bahan antibakteria. Ayuh nikmati kulit lembap dan licin sepanjang hari secarasemulajadi.

1. Rangkaian produk pembersih muka SAFI


a. Pembersih Muka Sari Mentimun & Habbatus Sauda SAFI 50g- RM 6.10, 100g-RM 10.80

Rasai manfaat Sari Mentimun yang mampu mengecilkan pori. Pembersih ini mampu membersihkan kotoran secara mendalam, membuat kulit terasa lebih mulus, segar & berseri. Dengan khasiat mentimun, sel kulit mati akan mudah tertanggal malah kotoran dapat dibersihkan secara berganda! Pembersih ini sesuai untuk semua jenis kulit. Kini kulit wajah terasa halus dan pori tidak tersumbat lagi!


b. Pembersih Muka Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda SAFI
50g-RM 6.10, 100g-RM10.80

Inilah rahsia cerah berseri secara semula jadi! Terkenal dengan gelaran “Ratu buah-buahan”, rumusan khas Sari Susu Manggis menjadikan kulit wajah cerah dan lembap sepanjang hari. Pembersih ini amat sesuai untuk semua jenis kulit khususnya mereka yang berkulit kering. Alami kecerahan kulit secara semulajadi dan nikmati kelembapan kulit wajah berpanjangan!


c. Pembersih Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI 
50g-RM 6.10, 100g-RM 10.80

Kehebatan gamat memang diperakui ramai sebagai agen pemulihan dalam rawatan tradisional. Ia juga mampu mengawal minyak dan jerawat di samping membersihkan kulit wajah dengan sempurna tanpa cela. Tampil yakin dengan kulit bebas minyak & jerawat!

2. Penyegar Sari Mentimun & Pokok Lidah Buaya bersama Habbatus Sauda SAFI 
100ml- RM 7.50

Dapatkan kehebatan dua khasiat alamiah Sari Mentimun dan Pokok Lidah Buaya yang membuatkan kulit wajah anda tegang dan sentiasa lembap dengan penyegar Safi. Penyegar tanpa alcohol ini berkesan mengecilkan pori sambil membersihkan sisa kotoran. Kulitmu kini lebih segar dan bersih sentiasa.

3. Rangkaian produk pelembap muka SAFI


a. Pelembap Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI 80g- RM 8.90

Kebaikan Sari Gamat sebagai agen pemulihan mampu mengawal minyak dengan efektif agar kulit bebas bernafas dan lebih sihat tanpa jerawat. Berikan nafas baharu serta kesegaran pada kulit wajah anda!


b. Pelembap Muka Sari Pokok Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI 
80g- RM 8.90

Manfaat ekstrak Sari Pokok Lidah Buaya ini umpama terapi wajah, selain menyejukkan ia juga membekalkan mineral dan vitamin yang diperlukan oleh semua jenis kulit. Kulitmu pasti terasa lebih lembap dan sihat dengan terapi wajah ini!


4. Krim Kecantikan Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI 16g-RM 7.40

Rumusan khas kini dipertingkat dengan gabungan Sari Pokok Lidah Buaya dengan Habbatus Sauda mengandungi nutrien semula jadi agar kulit kekal lembap dan segar sepanjang hari. Ia membantukulit wajah tampil halus, lembut dan berseri. Krim kecantikan ini amat sesuai digunakan sebagai krim pelembap dan asas solekan. Tampil cantik berseri dengan asas solekan semulajadi!

Produk SAFI ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Bersama kita nikmati khasiat semulajadi dengan manfaat berganda Habbatus Sauda. 

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari 

facebook SAFI 
laman instagram 

youtube SAFI  

Thursday, April 21, 2016

Kuih TIRAM Buat Kudapan Di Bila-Bila Masa Korang Lapar

Hi Korang,


Kuih Tiram tau?
Ermm lidah buaya… krik krik krikk tau ke idokk ni kan..

Dasar orang bando, kena twist sket je dah jadi blur kan hahahaha. Jangan cakap korang aku pun tak tau gak yang kuih Tiram ni ada banyak nama. Ada ke nama lidah buaya, pelik sungguh la kan orang dulu-dulu bagi nama ek.

Sekarang ni nak dapatkan kuih Tiram yang betul-betul mengikut spesifikasi tekak aku amatlah payah until ada orang approach aku suruh cuba rasa kuih Tiram keluaran Anjung Suri ni.


Kuih tradisi yang kekal menjadi kudapan sehingga kini. Kerangupan sehingga ke serdak terakhir … Tak kira siang atau malam, pagi atau petang.. rasa nak mengunyah selalu.. 

Tak percaya? CUBALAH.... 

Istimewanya Kuih Tiram keluaran Anjung Suri ni adalah

Tanpa perisa tambahan 

• Tanpa pewarna 

• Tanpa pengawet 

• Tidak tengik atau berbau hapak 

• Tahan lama


Balik-balik tu terus je cuba sambil duduk depan tv tengok drama Castle kan, kerup kerap kerup kerap sampai Mr Big balik pun tak perasan dan yang best tuh kuih Tiram ni dah tinggal setengah balang. Korang bayangkan ler ek. Buruk nau perangai, si kuat makan ni. 

Nampak letak sebelah laptop je kuih tiram ni ek

tak nak bagi orang share, siap pegang bagai ek

sambil menaip sambil mengunyah, teruk punye perangai kan

Harga tak delah mahal mana pun kan satu balang cuma RM17.00 (berat dgn balang plastic +/- 500gm) Ok tak harganya? Ermm berbaloi sesangatlah!

Untuk kaki-kaki berniaga online ke dropship ke offline ke kann, ini ada chance baik ni, Anjung Suri kini mencari agen untuk kuih Tiram ni, yang mana 1 kawasan 1 agen sahaja tau. Tak de lah kes berebut kawasan, nak jadi kakak kawasan semua ada ek hehehhehe


Untuk info lanjut, korang boleh:-

AnjungSuri Boutique
No 10-1, Jalan Seri Putra 1/5,
Bandar Seri Putra, Bangi
43000, Kajang
Selangor

Online order, whatsapp to 013-6747052.

Instagram : @anjungsuri

Baik korang cuba dulu, nanti time nak raya nanti senang order je terus tak yah nak rasa sample-sample bagai, order online terus je dihantar..

Aku plak?
Of courselah akan order ishkkk tanye plak kan


UNITEN Open Day 2016, Panduan Untuk Adik-Adik Masuk Universiti Tenaga Nasional

Hi Korang,

Hari tu sempat aku pergi ke UNITEN Open Day 2016


Ini first time saya attend open day untuk universiti ni, yelah dulu-dulu time aku belajar tak de pun Open Day or Hari Terbuka universiti ni kan.



Open day UNITEN ini berlangsung di Administration Building, ermm first time masuk so ikut je signage yang telah pun di sediakan tak delah sesat pun cuma tempat parking tu yang aku keliru sket dan nasib baik ada pak guard lalu lalang then terus je tanya kan. Sampailah dengan selamatnya.

Meh aku story sikit latar belakang UNITEN atau Universiti Tenaga Nasional ni ek

Universiti Tenaga Nasional commenced operation in 1976 as Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS), which served for many years as the corporate training center for Tenaga Nasional Berhad (TNB) and its predecessor, the National Electricity Board. In 1994, ILSAS was transformed into an institute of higher learning and renamed Institut Kejuruteraan Teknologi Tenaga Nasional (IKATAN). It offered academic programmes in engineering and business management at undergraduate and graduate levels through twinning links with local and foreign universities which is (Indiania-University Purdue University Indianapolis, USA for Engineering). In 1997, IKATAN was upgraded to Universiti Tenaga Nasional.


Tujuan  UNITEN Open Day 2016 ini diadakan adalah untuk pelajar-pelajar lepasan SPM/SPTM yang baru dapat result tu untuk mengenalpasti arah tuju selepas SPM/STPM. Adik-adik yang nak sambung belajar tu, kena rajin lah usha mana-mana universiti yang mengadakan Open Day. Penting  tau ! Sebab budak-budak lepasan SPM/STPM ni baru lagi dan tak tahu sangat mengenai alam universiti. Betul tak? nak sambung apa lepas SPM? Nak jadi apa? Nak ambik couse apa? So sebab tu lah adik-adik lepas SPM/STPM kena datang event macam ni.




Bidang Yang Terdapat di UNITEN ?
UNITEN ni lebih tertumpu kepada bidang teknologi maklumat (IT), kejuruteraan,  pengurusan perniagaan dan lain-lain. Dah moh tengok bidang apa yang ditawarkan kat UNITEN.

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Campus Academic Programmes/Courses

Foundation Programmes
Foundation in Electrical and Electronic Engineering
Foundation in Electrical Power Engineering
Foundation in Mechanical Engineering
Foundation in Civil Engineering
Foundation in Computer Science
Foundation in Information Technology

Foundation in Business Administration



Diploma Programmes

Diploma in Mechanical Engineering

Diploma in Electrical Engineering
Diploma in Computer Science
Diploma in Accountancy
Diploma in Finance
Diploma in Business Studies


Engineering Programmes
Bachelor of Civil Engineering (Hons)

Bachelor of Electrical and Electronics Engineering (Hons)
Bachelor of Electrical Power Engineering (Hons)
Bachelor of Mechanical Engineering (Hons)

Bachelor of Computer and Communications Engineering (Hons)


Computer Science and IT Programmes

Bachelor of Information Technology (Information Systems) (Hons)
Bachelor of Information Technology (Graphics & Multimedia) (Hons)
Bachelor of Computer Science (Systems & Networking) (Hons)
Bachelor of Computer Science (Software Engineering) (Hons)

Bachelor of Computer Science (Cyber Security) (Hons)
Bachelor of Information Technology (Information Systems) (Hons)

Bachelor of Information Technology (Graphics & Multimedia) (Hons)

Bachelor of Information Technology (Visual Media) (Hons)



Accounting and Business Programmes

Bachelor of Accounting
Bachelor of Finance
Bachelor of International Business
Bachelor of Business Administration (Hons) in Human Resource Management

Bachelor of Business Administration (Hons) in Marketing

Bachelor of Business Administration (Hons) in Entrepreneurship & Venture Management


Hah amik ko berapa banyak course daaaa....

Ermm berbelit gak akak lily ko nak menaip semua course-course yang ada di UNITEN ni ek. So pilih yang betul-betul sesuai dengan minat dan jiwa korang tau. 

Ini pulak di antara kemudahan dan perkhidmatan yang di sediakan di UNITEN ni untuk kegunaan para pelajar.




Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Facilities and Services

- Library
- Laboratories
- Computing
- Food
- Outlets
- Social / Sports
- Accommodation
- Residence  Hotel @ Uniten
- Transportation
- Health and Medical


Bagus semua yang penting ada ek. 

sempat makan kat cafe Uniten ni, sedap gak wei. orang banjerrr

Tak yah la nak keluar masuk kampus kalau ada barang yang tak cukup kan. Tapi sekali sekala nak keluar time hujung minggu apa salahnya kan, di antara mall yang dekat dengan UNITEN ni adalah IOI City Mall, Bangi Warta, Bangi Gateaway, PKNS, Metro Point dan ada tempat-tempat lain yang dekat-dekat je. So don’t worry kalau tak cukup makan kan hehehehhe

Mengenai yuran pembelajaran di UNITEN

Yuran Pengajian di UNITEN di antara RM 15,000 sehingga RM 75,000 mengikut pengajian.

Program Pengajian
Tempoh Pengajian
Yuran Pengajian
Foundation Programmes 
1 Year
RM 15,000 – RM 17,000
Diploma Programmes
2 1/2 Years
RM 24,200 – RM 26,000
Engineering Programmes
4 Years
RM 75,000
Computer Sciences and IT Programmes 
3 Years
RM 58,000
Accounting  and Business Programmes
3 / 4 Years
RM 49,000 – RM 63,000


Wei jangan risau sangat pasal bab yuran tu ek,  UNITEN ada menyediakan beberapa pinjaman pelajaran yang boleh membantu korang adik-adikku yang bijak pandai ni untuk menyambung pengajian.

Diantaranya
1 . PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi  Nasional)
2. MARA – Majlis Amanah Rakyat
3. YTAR – Yayasan Tunku Abdul Rahman
4. YTN – Yayasan Tenaga Nasional
5. JPA – Jabatan Perkhidmatan Awam
6. YCU – Yayasan Cancelor Uniten
7. Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor
8. Yayasan Pahang
9. Yayasan Khazanah

Ok ok nak bagitau kat korang adik-adik yang nak tengah browse pasal UNITEN ni tentang jeng jeng jeng



Ada peluang baik untuk korang adik-adik ni tau, korang berpeluang untuk memenangi  sebuah iPad Mini dan ada juga hadiah powerbank.

Caranya:-

1. Adik-adik just selfie je as university student, ermm pepandai korang lah kan
2. Log In ke SNAPUNITEN (www.snapUNITEN.com)
3. Upload gambar adik-adik dan tambahkan UNITEN Stamp
4. Save gambar dan upload di Instagram dengan hashtag #iLoveUniten

Alah hantar gambar je pun, mudah kan. Adik-adik hantar banyak banyak pun tak per sebab FREE kan sebab lagi banyak korang hantar gambar so lagi tinggilah chance korang nak dapatkan iPad tu ek.


Hah ada lagi ni akak Lily nak share lagi ni tau.

Kepada korang yang termiss UNITEN open day pada bulan Mac baru-baru ni don’t worry sebab Uniten akan mengadakan ‘UNITEN Open Day” lagi pada 7hb  - 8hb Mei 2016 akan datang ni. Korang boleh tau lagi mendalami mengenai segala kursus/programme yang ada di samping tu dapat explore kehidupan di UNITEN Universiti ni lagi.

Apmacam? Best kan!!

kalau aku nak pilih course yang mane ek

Itulah aku plak yang tak sabar ek, ermm maklumlah time belajar dulu tak de menda-menda cam ni semua kan.

Kepada adik-adik yang berminat masuk ke UNITEN, boleh layari website UNITEN untuk mendapat maklumat lanjut:

Website : 

UNITEN
Putrajaya Campus,
Jalan IKRAM-UNITEN,
43000 Kajang,
Selangor.
Tel : 603-8921 2020
Fax : 603-8928 7166. 

UNITEN
Sultan Haji Ahmad Shah Campus, 
26700 Bandar Muadzam Shah, 
Pahang. 
Tel: 609-455 2020 
Fax: 609-455 2000.