Wednesday, April 20, 2016

Bunga sebagai Hadiah, Just Order Online Je

Hi Korang,

Siapa suka bunga?
Meh cepat angkat tangan lelaju ek... 

Aku pun suker bunga sebab tu lah nick name aku Cik Lily Putih sebab aku suke lily putih, harum wei baunya bila time ianya nak mengembangkan tu kan hehehhee


Hari ni aku nak cerita sikit pasal bunga. 

Bunga biasanya diberikan kepada orang yang kita sayang. Mungkin bunga juga adalah hadiah yang paling popular di dunia, sama ada sekuntum bunga atau sejambak, ia pasti memberi makna kepada penerima. Bunga ni memang secara semulajadi cantik dan memikat hati sebab tu bunga mampu dijadikan medium untuk menyampaikan pelbagai mesej kepada orang-orang yang kite sayang. Kite boleh jadikan bunga sebagai simbol kasih, cinta, friendship, tanda minta maaf, tanda simpati dan juga hiasan untuk majlis-majlis tertentu.


Aku rasa bunga ni memang versatile la. 

Sebab tu sesuai sangat dijadikan sebagai hadiah kepada kekasih, hadiah birthday, hadiah pada ibu on mother’s day, hadiah opening ceremony untuk kedai-kedai, hadiah graduation dan pengantin perempuan mesti nak ada hand bouquet wedding samada fresh flowers atau bunga plastik. Anyway korang kena tahu, setiap ciri-ciri atau jenis bunga ada maksudnya. Contohnya ros merah memang sinonim untuk menyampaikan rasa cinta pada kekasih hati, ros kuning untuk menghargai persahabatan dan carnation putih lambang cinta yang suci murni. Tetapi bergantung juga pada warna kegemaran pasangan korang. Maybe pasangan korang sukakan warna-warna yang rare macam dark purple atau biru. Bonus bagi korang untuk tahu warna kegemaran dalam pemilihan bunga untuk dihadiahkan.


Untuk Mother’s Day yang akan datang, kalau korang takde idea nak bagi ape, maybe boleh bagi basket of flowers dengan coklat or buah-buahan. Nak bagi bunga saja pun boleh. Selalu mak-mak kite tak harap apa-apa sangat dari kita, tapi kalau kite bagi diaorg bunga sebagai penghargaan kasih dan sayang, mesti diaorg suka.


Nak cari bunga fresh senang je sekarang. Samada kite cari dekat kedai-kedai bunga yang ada di tepi jalan atau dalam mall, atau google je subang jaya florist. Kalau rasa malas nak keluar, cari je flower delivery kuala lumpur. Pilih dan beli online, kemudian kite tunggu je diaorang deliver. Dalam banyak-banyak florist, Bloom2u yang boleh hantar nationwide. Tak payah susah-susah dah aku nak cari ikut negeri orang yang aku nak hantar bunga tu.


Sapa-sapa yang nak hadiah free untuk bagi pada mak or nakkan bunga tu jadi hiasan atas meja, Bloom2u tengah adakan peraduan Mom & Me Lookalike Photo Contest. Senang je nak join. 


Post gambar korang dekat Facebook Bloom2u dan ajak kawan-kawan untuk like, share atau komen gambar tu. Lagi banyak like, share dan komen, lagi banyak point yang korang dapat lagi cerah peluang korang nak menang hadiah bunga bernilai RM200. Nak tau lebih lanjut, pegi kat website www.bloom2u.com.

Tuesday, April 19, 2016

Makan FLAMING TEPPANYAKI Di KIN NO UMA JAPANESE RESTAURANT, Palace Of Golden Horses

Hi Korang,


Japanese food? 
Ermm siapa suke angkat tangan pls..


1, 2, 3, 4, 5, ermm ramai jugak yang minat Japanese food ni ek, especially sushi, sashimi, bento box, teppanyaki kan. Aku of courselah lagi minat kan, memang patutlah di gelar #bloggerkakimakan.



Last week, aku berkesempatan untuk pi merasai salah satu menu makanan jepun iaitu Teppanyaki di restoran Jepun Kin No Uma di Palace Of Golden Horses ni ek. Ermm dekat dengan office dan dinner time plak tu kan so why not, makan tuh oooo hehehhe



Kin No Uma Japanese Restaurant menghidangkan promosi istimewa yang menampilkan set Teppanyaki dari air tangan Sous Chef Mohd Rafidon. Para tetamu akan mendapat peluang untuk menikmati makanan mereka disediakan khas dengan ramuan yang paling segar dan premium.


Jom tengok apa yang hidangan teppanyaki yang aku citer ni ek,

Wakadori Age Dofu Soba Teppan (RM25 nett)
chicken, tofu and soba noodles served with mixed salad, miso soup and tropical fruits.

Saba Udon Teppan (RM28 nett)
blue mackerel fillet, udon noodles and butter garlic sauce vegetables, served with mixed salad, miso soup and tropical fruits.

Sanma Kabayaki Teppan (RM25 nett)
taste of pan-fried spike mackerel, served with mixed salad, Japanese garlic fried rice, miso soup and tropical fruits.

lka To Shake Teppan (RM28 nett)
some stir-fried squid with garlic butter sauce served with mixed salad, Japanese garlic fried rice, miso soup and tropical fruits.

Shake Atama Kani Age Teppan (RM38 nett)
consist of grilled Norwegian salmon fish head and soft shell crab served with mixed salad, Japanese garlic fried rice, miso soup and tropical fruits.

Ebi To Hotate Maruyaki Teppan (RM44 nett)
pan-fried prawns, scallops and butter prawn sauce vegetables, served with mixed salad, Japanese garlic fried rice, miso soup and tropical fruits.

Gyuniku Hiyashi Sobayaki Teppan (RM28 nett) 
that has sliced beef with tomato and fried soba noodles with assorted vegetables

The Mongolian Teppanyaki (RM32 nett) 
teppan-style chicken, beef, prawns, fish, clams and vegetables with Mongolian Barbeque sauce.

So promosi ‘Flamming Teppanyaki’ ni sedang berlangsung dari April hingga penghujung bulan Mei 2016, dan harga serendah RM25 nett je tau untuk satu hidangan.

ni signature sushi tau sebab kena gigit 2 kali baru lepas masuk mulut sebab beso ooo

Selain daripada promosi teppanyaki, Kin No Uma Japanese Restaurant ada promosi lain seperti the Express Bento Box yang pilihan popular di waktu makan tengahari (RM49 nett) dan makan malam (RM73 nett) serta weekly Saturday Buffet Dinner at a promotional price of RM138 nett (adult) and RM69 nett (child).


Rebutlah peluang untuk menikmati bufet pada harga diskaun dengan Mines Privileges Card yang menawarkan diners diskaun sebanyak 30% bagi orang dewasa yang membayar sahaja. Diners boleh memohon untuk Kad di Hotel semasa ketibaan dan menikmati faedah-faedah yang sah untuk satu tahun.

So apa lagi, mari ke

Kin No Uma Japanese Restaurant
Level 1,
Palace of the Golden Horses Hotel,
Mines Resort City
Seri Kembangan, 43300, Selangor

Tel : 60 3 8946 4888
Website: www.palaceofthegoldenhorses.com.my

Meh cepat siapa nak banjer aku ni ek.. ke korang nak aku banjer korang kan... ermm....

Monday, April 18, 2016

REVIEW | Grand Imperial Bird's Nest Instant Drink

Hi Korang,


Minuman sarang burung? Ermm memang biasa dengar tapi tak pernah minum pun. 

Yelah mahal kot, so manalah mampu kan. Lagipun bukan semua tempat ada jual air sarang burung or nama sedapnya bird nest dan jugak orang cina je suka minum bird nest ni ek. Memang minuman warisan diaorang kan.


So baru-baru ni aku dapat cuba sendiri minuman kesihatan bird nest dari Grand Imperial ni, eh eh ada sijil halal tau.

Meh aku citer sket tentang bird nest sket ek

Made from our own breed house nest, which has been carefully selected personally and cleaned after harvest. It is manufactured under strict and hygienic condition by a specially designed vacuum sterilization process. The product contains no bleaching agent, colouring and preservative.


Cantik kan packaging ni ek?

Ada 8 botol dalam kotak yang cantik ni. Di seal dengan teknologi vakum dan di sterilkan dengan proses rawatan haba untuk menjaga kualitinya. Benar-benar 100% semulajadi dan bebas daripada bahan pengawet tiruan, pewarna atau perasa.

Ok aku listkan kebaikan meminum bird nest ni ek
1. Bird nest boleh merangsang pembahagian sel dan pertumbuhan kulit, sekali gus mempertingkatkan penjanaan semula sel-sel dan meningkatkan sistem imun. 

2. Ianya menggalakkan pertumbuhan kulit yang berseri dan menghalang kesan penuaan jika diambil secara tetap. 

3. Untuk warga tua pula ianya dapat melegakan batuk. Menguatkan fungsi-fungsi dalaman badan dan meningkatkan selera makan. 

4. Untuk para suami pula ia bagus untuk menguatkan buah pinggang dan saluran pernafasan 

5. Kanak-kanak pula dapat meningkatkan anti bodi badan. (Note: Sesuai untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas)
6. Ibu-ibu mengandung dapat meningkatkan kekuatan kandungan dan mempercepatkan pemulihan selepas bersalin jika diambil sepanjang tempoh kehamilan. 


Yang paling penting, Grand Imperial Bird Nest menggunakan hanya sarang burung yang telah dituai dengan berhati-hati dan dihasilkan menggunakan teknologi canggih dalam kemudahan certifed GMP dan HACCP dan juga mendapat pensijilan Halal untuk semua produk.

Kesan penggunaan selepas 3 hari.

Aku amalkan meminum bird nest ni sebelum tidur. First day tuh cam cuak-cuak gak kan but lepas minum tu sedap plak rasanya yelah sebab ada rasa rock sugar so manis-manis sket lah kan. Rupanya bird nest tuh teksturnya cam jelly-jelly so sedap tau. Bila dah 2-3 malam minum tuh, tidur pun rasa selesa je dan bangun on time. Kulit muka pun rasa berseri-seri je rasanye lah. 

Agaknya kalau setiap malam minum, confirm makin lama makin cantik ek hehehehe


Bird’s Nest Instant Drink with Rock Sugar – 
8 bottles x 75 ml – RM 179 

Aku rasalah kan Grand Imperial Bird’s Nest ni sesuai untuk hadiahkan kedua ibu bapa kita kan sempena Hari Ibu dan Hari Bapa yang akan datang ni kan, dan juga ideal untuk di jadikan corporate gift lah ye

Untuk info lebih lanjut, korang boleh call

Hotline: +6012-6309938 / +603-33621938
(Mon-Fri: 9am-6pm) 

or 


layari Grand Imperial Bird's Nest di:

Website: 

Facebook: 

GIBN Holdings Sdn Bhd
No.18, Jalan Setia Dagang AK,
U13/AK, Seksyen U13, Setia Alam,
40710 Shah Alam, Selangor.