Saturday, April 16, 2016

NABIL AHMAD Duta Ca’ya™ Menyinari Kehidupan Harian Lelaki Di Luar Sana

Hi Korang,


Nak citer dengan korang ni ada produk terbaru keluaran Cerebos Malaysia ni tau. Alah syarikat yang banyak mengeluarkan produk kesihatan BRANDS dan INNER SHINE tu ek. 

Meh baca sini ek..

Cerebos Malaysia, salah satu pengeluar produk kesihatan terkenal negara melancarkan minuman kesihatan baharu, yang menggabungkan dua ramuan semula jadi, yang boleh membantu mengekalkan tenaga dan daya hidup jangka panjang bagi individu yang ingin mengamalkan gaya hidup yang aktif.

Gaya hidup aktif dan sihat telah menjadi fenomena baru dalam masyarakat kini, yang mana ramai perlu menyeimbangkan peranan masing-masing dalam kehidupan mereka. Pelbagai tanggungjawab dan kewajipan yang harus dimainkan sama ada seseorang tersebut baru ingin melangkah ke alam kerjaya, menjadi seorang ketua keluarga, mahupun seorang romeo yang setia kepada isteri, kaum lelaki masa kini sememangnya sentiasa sibuk mengejar masa dalam kehidupan. Mereka sememangnya perlukan tenaga yang berkekalan.


Ca’ya™, bukan sahaja mempunyai rasa yang sedap, minuman kesihatan yang baharu ini juga mampu menyeimbang dan menyempurna kenikmatan hidup seseorang individu itu, dengan memberi sumber tenaga harian kepada mereka yang sentiasa sibuk, memberi kuasa tenaga semula jadi dan selamat, sambil mereka mencapai keharmonian fizikal dan rohani dalam memainkan peranan mereka yang pelbagai.

Dikeluarkan selepas tiga tahun menjalani kajian saintifik dan pengguna, Ca’ya™ diformulasi khas dengan dua bahan utama yang hebat lagi semula jadi, yang amat diyakini khasiatnya – Habbatus Sauda dan Ginseng.

Dipercayai berkurun lamanya dengan keupayaan untuk memberi tenaga dan memulihkan sistem imunisasi tubuh, Habbatus Sauda (atau lebih dikenali sebagai Jintan Hitam) sememangnya diperakui sebagai suatu ramuan yang ajaib kerana ianya boleh menjadi kuasa penyembuh. Apa yang membuatkan produk ini lebih menakjubkan dan lengkap adalah dengan adanya Ginseng, satu lagi bahan hebat yang disahkan secara saintifik, mampu menangani kelesuan dan meningkatkan tenaga.

Kombinasi ulung dari habbatus sauda dan ginseng dicipta bagi meningkatkan kesejahteraan fizikal lelaki dengan juga membantu memperbaiki sistem immunisasi serta merangsang tenaga dalam badan untuk prestasi yang optimum, dengan jaminan dan warisan daripada bahan-bahan tersebut, yang mampu untuk memberi keharmonian juga kesejahteraan rohani.

Ca’ya spokesperson, Nabil Ahmad (right) with Koh Joo Siang, Vice President and General Manager of Cerebos Malaysia and Neerja Sewak, Executive Vice President and Chief Commercial Officer of Cerebos Pacific Limited

Antara salah satu keunikan Ca’ya™ yang menjadikannya satu produk yang lain daripada minuman bertenaga yang lain, adalah ianya mengandungi bahan semula jadi serta tidak mengandungi bahan kafein, bahan pengawet, lemak atau pewarna yang kurang menyihatkan, sekaligus menjadikannya minuman yang sesuai untuk diminum setiap hari dalam mengekalkan tenaga. 

Berdasarkan hasil ujian yang dijalankan, 88% di kalangan pengguna megesahkan bahawa mereka berasa kurang lesu selepas meminum Ca’ya™. Di samping itu, 76% daripada mereka menyatakan bahawa minuman ini mempunyai rasa yang sedap.


Hadir di majlis pelancaran yang berlangsung di ibu pejabat Cerebos Malaysia di Shah Alam adalah wajah kempen terbaru itu – hos, DJ radio dan pelakon, Nabil Ahmad. Terkenal dengan gaya hidup yang serba aktif dan juga seseorang yang telah pun berkeluarga, Nabil melambangkan sebuah personaliti seorang lelaki berjaya yang hidupnya telah pun seimbang dan sempurna, apa lagi beliau dikuasakan dengan Ca’ya™.

Ca’ya spokesperson, Nabil Ahmad

“Disokong dengan sains dan bahan semula jadi yang memang saya percaya dalam hidup saya, Ca’ya™ adalah sumber tenaga yang saya perlukan dan yakin mampu memberi saya daya hidup untuk kekal aktif dan juga membantu saya melengkapkan kewajipan dan tanggungjawab saya yang memainkan pelbagai peranan sebagai seorang lelaki, sambil menikmati kehidupan dengan lebih sempurna,” kata Nabil di majlis pelancaran tersebut.

Dijual dalam pek 6-botol (RM34.80) di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi, Ca’ya™ juga akan dikeluarkan dalam pek individu di beberapa kedai serbaneka terpilih di Semenanjung Malaysia dengan harga RM5.80 sebotol. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk paling baru ini, layari laman web www.caya.com.my atau hubungi Talian Prihatin Pelanggan di 1 300 228 300.

MAYBELLINE New York 'MakeItHappen'

Hi Korang,

Ermm terlambat sket nak post pasal event ni ek


Baru-baru ini aku di jemput untuk menghadirkan diri di majlis Maybelline, di mana ianya menyeru gadis Malaysia untuk #MakeItHappen. 

Jenama make up No 1 Malaysia hari ini melancarkan slogan baru khas untuk memberi insipirasi kepada para gadis yang sedang mengejar impian mereka . #MakeItHappen menjadi slogan inspirasi baru daripada Maybelline New York yang mahukan para gadis di Malaysia mengejar impian mereka tanpa rasa takut sebaliknya dengan penuh keyakinan, sikap positif dan penuh kreatif dengan penggunaan mekap


“Melalui slogan baru #MakeItHappen kami kini meminta wanita untukmentakrifkan kecantikan mengikut terma masing-masing dan dengan semangat keyakinan yang memacu kecantikan menjadi tindakan yang penuh kerberanian. Perkataan “IT” dalam #MakeItHappen merupakan satu perkataan yang penuh berkuasa yang menjadi sebahagian daripada slogan Maybelline sejak beberapa dekad ini, kini “IT” terletak kepada setiap wanita untuk mentakrifkannya sendiri. Slogan ini juga menyatakan bagaiman Maybelline New York memperkasakan para wanita hari ini untuk mentakrikan kecantikan mereka sendiri,menjalani kehidupan yang sepenuhnya dan mencapai impian” tambah Pink Fong, Pengurus Pemasaran Maybelline New York Malaysia.

“Apa yang di lakukan oleh Maybelline adalah untuk menawarkan kuasa transformasi mekap untuk membantu para gadis mencapai impian mereka. Apabila mereka melihat ke dalam cermin semasa memakai mekap, seorang gadis bukan sahaja menyerlahkan ciri wajah tetapi turut meningkatkan keyakinan, menyatakan kreativiti, penyelesaian masalah, menunjukkan kecantikannya dan melihat dirinya sendiri dan dunia dalam sudut pandangan yang lebih positif” tambah Fong lagi.


Pada hari pelancaran #MakeItHappen turut diperkenalkan juga gadis “IT” Maybelline; di antara yang hadir adalah Johanis Mohd Sani penyanyi Youtube Pereka barangan kemas Harmini Asokumar. “Maybelline merupakan jenama yang mengubah wanita untuk memberi mereka sikap dan kekuatan bagi meneruskan apa yang mereka percaya. Ia bukan hanya mekap tetapi keyakinan yang di berikan daripada penampilan kita yang terbaik tanpa perlu berbelanja besar ” kata Harmini apabila ditampilkan sebagai gadis “IT” dalam kempen #MakeItHappen.

Wong JieXhia – vlogger kecantikan dan gaya hidup Nur Elisya Mohd Faisal – aktres turut sama hadir. Sedikit kata-kata; “Setiap kali saya berasa putus asa, saya akan menggunakan gincu Maybelline Rosy Matte. Gincu ini menjadikan bibir saya kelihata cantik dan mungil selain tanda-tanda keletihan hilang di muka saya dan digantikan dengan rupa bertenaga dan yakin”


Selain dari gadis “IT” , kehadiran para finalist di dalam Asia’s Next Top Model Season 4 menyemarakkan lagi suasana pelancaran. Ditampilkan dulu Angie peserta dari Singapura dan Aidilia peserta dari Indonesia yang turut menggunakan Maybelline untuk melengkapkan wajah ayu mereka.Selain daripada berkongsi kisah Make It Happen, mereka menyerlah dengan solekan Maybelline oleh mekap artis StevenSunny Informasi dan pendapat di kongsi oleh Angie buat para tetamu yang hadir tentang Maybelline


Apa yang di minati oleh Aidila tentang produk Maybelline sambil dimekapkan oleh jurumekap undanganCantik bukan wajah mereka selepas di mekapkan menggunakan produk Maybelline


Satu-satunya wakil dari Malaysia yang berjaya mendapat tempat di dalam rancangan Asia’s Next Top Model Season 4 Finalis Asia’s Next Top Model Season 4 – Nuraini Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Tuti mendedahkan bahawa mekap bukan sekadar sebahagian daripada kerjayanya sebagai model. “Saya suka dengan keyakinan yang di berikan oleh mekap kepada saya. Bagi saya rangkaian produk Maybelline yang pelbagai membolehkan saya menyerlahkan daya kreativiti sama ada untuk berkerja, santai mahupun formal. Daripada gaya yang seksi dan menggoda, anggun dan elegan, cergas atau bertenaga, apa yang perlu buat cuma melihat pada cermin pilih produk Maybelline dan #MakeItHappen. Segala-galanya mungkin selagi saya berani berimaginasi termasuk impian saya menjadi top model Asia yang akan datang,” kata Tuti kepada tetamu yang hadirInilah antara gadis “IT” kempen Maybelline #MakeItHappenPara finalist Asia’s Next Top Model Season 4 yang hadir


Gambar kenangan bersama jurumekap undangan StevenSunny dan para gadis IT jua finalist Asia’s Next Top Model Season 4 


Ketahui lebih lanjut tentang kuasa transformasi melalui solekan Maybelline solek dalam buku “IT” Girls, dan juga boleh di layari di


Juga hashtag rupa yang anda suka atau tanpilkan dengan #MaybellineITGirls. Pelbagai produk Maybelline boleh di dapati dimana-mana kedai utama dan juga farmasi yang berdekatan, mesej “Make It Happen” oleh jenama ini bakal mencapai kepada gadis-gadis dari Malaysia dari semua lapisan masyarakat, memberi insipirasi kepada mereka untuk berjaya. 

Terima kasih atas jemputan dari pihak PR dan juga pihak Maybelline kerana sudi menjemput aku turut sama menyaksikan perlancaran ini.


Thursday, April 14, 2016

Dapat Sup Dan Ice Lemon Tea PERCUMA Sempena Ulangtahun Kenny Rogers Roasters 22 Deliciously Healthy Years

Hi Korang,

Wow citer makan sedap di sambung lagi ek


Kali ni citer pasal ayam plak wei, mana nak cari ayam yang di hidangkan secara sihat? Of courselah di Kenny Rogers Roasters kan.

Ye ramai yang tau Kenny Rogers Roasters (KRR) sememangnya menghidangkan hidangan ayam yang menyihatkan kerana ayamnya di panggang dan di lengkapi dengan hidangan sampingan yang menyelerakan lagi berkhasiat, nak side dish yang sejuk boleh dan panas pun boleh ye.


22 Deliciously Healthy Years – Minuman & Sup PERCUMA!

Kenny Rogers Roasters (KRR) mula dibuka di Kuala Lumpur, pada tahun 1994 dan kini ianya menjadi sebutan ramai dan bersempena 22 Deliciously Healthy Years! Kita sebagai pelanggan setia KRR ni boleh menikmati Iced Lemon Tea dan Country Style Chicken Soup secara PERCUMA dengan pembelian mana-mana hidangan Main Meal.


Aku dengan MrBig hari tuh pun dah pi makan di Kenny Rogers Roasters ni ek, ktorang pi di outlet Berjaya Times Square. So haruslah order Kenny’s Quarter Meal sebab ktorang berdua ni suker yang klasik dan simple so set ni memang menambat hati. Ada ayam, 2 side dish, muffin dan dapat free soup dan air.





Settle makan malam hari tuh, ringkas lagi menyihatkan dan sesuai untuk ktorang yang dah mula nak kuruskan badan ek hehehehhe

Tengok ni


Suker nau diorang ni berdua dapat makan kan hehehhee...



Senarai Hidangan Kenny Rogers Roasters yang korang boleh nikmati :

Salad Meal 
Chicken Caesar Salad Meal 
Roasted Chicken Salad Meal 

Pasta Meal 
Chicken Macaroni Cheese 
Tangy Chicken Spaghetti 
Beef Bolognaise Spaghetti Grilling Moments 
Teriyaki Chicken Meal 
Teriyaki Chicken & Soup Meal 
Teriyaki Chicken Lite Meal 
Beef Steak 

Kenny’s Chicken Meal 
RED Hot Meal 
Kenny’s Quarter Meal 
Kenny’s Half Meal 
Kenny’s Chicken & Garden Meal 
Kenny’s Chicken & Pasta Meal 
Kenny’s Chicken & Soup Meal 

Terma dan Syarat :
~Penebusan bermula dari 4 April 2016 – 29 May 2016
~Sah untuk makan di restoran sahaja. 

~Baucar tidak boleh ditukar dengan wang tunai. Sila tunjukkan baucar sebelum membuat pesanan. 

~Tidak sah dengan tawaran / promosi / diskaun yang lain.
~Sah di semua cawangan Kenny Rogers ROASTERS di Malaysia sahaja. 

Selain dari baucar minuman dan sup percuma, inisiatif lain juga turut diadakan iaitu dengan setiap 22 LIKES di Facebook post, KRR akan menyumbang 1 hidangan untuk sebuah pertubuhan amal.


Sila download baucar di http://bit.ly/krrpromo segera! kat tepi blog aku ni sebelah kanan ada voucher ni ek.

suker sungguh dengan muffin KRR ni sedap ooo

Ok ok nak bagitau kat korang lagi ni..

Berita baik untuk pembaca blog CIKLILYPUTIH.COM ni ek

Aku ada sesuatu untuk semua pembaca blog comey yang tuan empunya kaki makan ni. Saya Cik Lily Putih akan adakan contest sempena dengan ulang tahun Kenny Rogers Roasters ini. Ada hadiah istimewa untuk korang boleh makan banyak lagi kat sini. Tunggu ok kat semua laman social media Cik Lily Putih tau tau tau.


Selamat menjamu selera semua.

Jom Like dan Folllow KRR Malaysia di sini :- 

Facebook : 

Twitter :