Thursday, April 14, 2016

Dapat Sup Dan Ice Lemon Tea PERCUMA Sempena Ulangtahun Kenny Rogers Roasters 22 Deliciously Healthy Years

Hi Korang,

Wow citer makan sedap di sambung lagi ek


Kali ni citer pasal ayam plak wei, mana nak cari ayam yang di hidangkan secara sihat? Of courselah di Kenny Rogers Roasters kan.

Ye ramai yang tau Kenny Rogers Roasters (KRR) sememangnya menghidangkan hidangan ayam yang menyihatkan kerana ayamnya di panggang dan di lengkapi dengan hidangan sampingan yang menyelerakan lagi berkhasiat, nak side dish yang sejuk boleh dan panas pun boleh ye.


22 Deliciously Healthy Years – Minuman & Sup PERCUMA!

Kenny Rogers Roasters (KRR) mula dibuka di Kuala Lumpur, pada tahun 1994 dan kini ianya menjadi sebutan ramai dan bersempena 22 Deliciously Healthy Years! Kita sebagai pelanggan setia KRR ni boleh menikmati Iced Lemon Tea dan Country Style Chicken Soup secara PERCUMA dengan pembelian mana-mana hidangan Main Meal.


Aku dengan MrBig hari tuh pun dah pi makan di Kenny Rogers Roasters ni ek, ktorang pi di outlet Berjaya Times Square. So haruslah order Kenny’s Quarter Meal sebab ktorang berdua ni suker yang klasik dan simple so set ni memang menambat hati. Ada ayam, 2 side dish, muffin dan dapat free soup dan air.





Settle makan malam hari tuh, ringkas lagi menyihatkan dan sesuai untuk ktorang yang dah mula nak kuruskan badan ek hehehehhe

Tengok ni


Suker nau diorang ni berdua dapat makan kan hehehhee...



Senarai Hidangan Kenny Rogers Roasters yang korang boleh nikmati :

Salad Meal 
Chicken Caesar Salad Meal 
Roasted Chicken Salad Meal 

Pasta Meal 
Chicken Macaroni Cheese 
Tangy Chicken Spaghetti 
Beef Bolognaise Spaghetti Grilling Moments 
Teriyaki Chicken Meal 
Teriyaki Chicken & Soup Meal 
Teriyaki Chicken Lite Meal 
Beef Steak 

Kenny’s Chicken Meal 
RED Hot Meal 
Kenny’s Quarter Meal 
Kenny’s Half Meal 
Kenny’s Chicken & Garden Meal 
Kenny’s Chicken & Pasta Meal 
Kenny’s Chicken & Soup Meal 

Terma dan Syarat :
~Penebusan bermula dari 4 April 2016 – 29 May 2016
~Sah untuk makan di restoran sahaja. 

~Baucar tidak boleh ditukar dengan wang tunai. Sila tunjukkan baucar sebelum membuat pesanan. 

~Tidak sah dengan tawaran / promosi / diskaun yang lain.
~Sah di semua cawangan Kenny Rogers ROASTERS di Malaysia sahaja. 

Selain dari baucar minuman dan sup percuma, inisiatif lain juga turut diadakan iaitu dengan setiap 22 LIKES di Facebook post, KRR akan menyumbang 1 hidangan untuk sebuah pertubuhan amal.


Sila download baucar di http://bit.ly/krrpromo segera! kat tepi blog aku ni sebelah kanan ada voucher ni ek.

suker sungguh dengan muffin KRR ni sedap ooo

Ok ok nak bagitau kat korang lagi ni..

Berita baik untuk pembaca blog CIKLILYPUTIH.COM ni ek

Aku ada sesuatu untuk semua pembaca blog comey yang tuan empunya kaki makan ni. Saya Cik Lily Putih akan adakan contest sempena dengan ulang tahun Kenny Rogers Roasters ini. Ada hadiah istimewa untuk korang boleh makan banyak lagi kat sini. Tunggu ok kat semua laman social media Cik Lily Putih tau tau tau.


Selamat menjamu selera semua.

Jom Like dan Folllow KRR Malaysia di sini :- 

Facebook : 

Twitter : 

Jom Pi LEGO STAR WARS DAYS 2016 Di LEGOLAND Resort Johor Sepanjang Mei 2016

Hi Korang,


Aku ni bukanlah kaki Star Wars pun kan tapi aku layan gak movie diorang ni kat tv, yelah dari episod 1 – 6 ek, ntah aku tengok je.


So baru-baru ni sempat lah aku ke press conference ‘Lego Star Wars Days 2016’ di Legoland Office minggu lepas. Ya ampun masuk office dia pun dah menarik wei, banyak nau lego-lego sana sini kan.




Ok dah jom check it out intipati sidang media ‘MASTER Your Force’ ni ek.

Peminat LEGO dan Star Wars khasnya pasti tidak sabar menantikan kemunculan bulan Mei 2016. Ini kerana acara LEGO Star Wars terbesar di rantau ini bakal berlangsung di LEGOLAND Johor selama sebulan!


“This is the grandest full-fledged partnership that The LEGO Group is doing with LEGOLAND Malaysia Resort, and the synergy is absolutely wonderful – we know that Star WarsTM fans love the sets that we have, and this is a chance for parents to show their children what they’ve loved since they themselves were kids. The LEGO Star WarsTM Miniland is the perfect place for them to show exactly what LEGO Star WarsTM can be like in creating the world of the beloved franchise. We’re very excited and we can’t wait for everyone to experience all this!” kata Dick Yoong, Country Manager, LEGOMalaysia


Ms Thila memberi penerangan mengenai acara yang bakal berlangsung di LEGOLAND sepanjang bulan Mei 2016. 

Antaranya seperti :-

- Perarakan Besar-Besaran (special Parade) Pada 7-8 Mei 2016
Antara yang bakal mencuri perhatian pengunjung, perarakan Darth Vader, Imperial March Stormtroopers bersama karektor Star Wars yang lain (ada 90 cosplay Star Wars akan menyertai sama).

- Bersama Membina LEGO Gergasi
Pengunjung juga boleh menyertai membina LEGO Millenium Falcon dan TIE Fighters!


- Kehadiran hos LEGO Master Builder
Bagi peminat tegar LEGO, kehadiran ayah dan anak ini memang sangat dinantikan ~Daniel Steininger dan Christoper Steininger yang akan membina kapal angkasan yang menjadi ikon dalam Star Wars iaitu Millenium Falcon yang melibatkan 20,000 lego!!!

- Build Your Dream Lego Star Wars Starship (bermula dari 21 April - 8 May 2016)
*Ibubapa berpasangan dengan anak dengan membina kapal angkasa (starship) LEGO Star Wars yang mereka imaginasikan/idamkan.

* Muat turun kapal angkasa yang siap dibina di wall LEGOLAND Malaysia Resort FB page dengan hashtag #MasterYourForce dan #LEGOStarWarDays

* 10 pemenang akan dicari berdasarkan kapal angkasa terbaik yang dibina (pemilihan oleh LEGO master Builders). Penyampaian hadiah adalah pada 14 May 2016.

- Pertandingan My Own Creation (MOC)
Peminat LEGO boleh juga menyertai MOC, yang mana pertandingan ini turut disertai oleh pembina-pembina LEGO dari Malaysia, Singapura, Taiwan, Indonesia dan Hong Kong. Yang mana pertandingan MOC, kali ini memerlukan pembina LEGO bertanding dengan membina babak-babak dalam filem Star Wars menggunakan LEGO. Untuk tahun 2016, pertandingan ini telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu: 7-15 tahun, 15 tahun ke atas dan kategori baru - pasangan ibu bapa dan anak. Setiap pemenang dari kategori akan diumumkan pada 8 Mei 2016. Semua pemenang karya MoCS akan dipamerkan di Legoland sehingga 31 Mei 2016.

- Aktiviti Sepanjang Bulan May 2016 di Legoland
* Pada kanak-kanak yang menggayakan/memakai costume seperti karakter Star Wars kegemaran mereka boleh memasuki ke taman tema Legoland secara PERCUMA.

* Untuk aktiviti setiap minggu:-
a. Pengunjung taman LEGOLAND berpeluang untuk membina dan membawa balik edisi terhad mini Milennium Falcon.
b. Kanak-kanak juga berpeluang untuk menyertai aktiviti menari bersama LEGO Darth Vader di Star Wars Miniland.

* Setiap keluarga juga boleh menyertai pelbagai aktiviti antaranya seperti mencari Harta Karun (treasure hunt)edisi Star Wars dan lain-lain serta berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa.

* Boleh bergambar di Star Wars 'Photo Wall'


Di majlis sidang akhbar Master Your Force di LEGOLAND ini, aku berpeluang sendiri melihat beberapa koleksi LEGO dari edisi terhad STAR WARS yang dipamerkan. Ye ko, kagum aku sekejap kan dengan keunikkan hasil bina dari blok-blok LEGO ini. Bukan mudah ye untuk hasilkan senibina yang terbaik, ermm suruh aku dengan Mr Big jawabnya memang tak ler kan.

Antara koleksi LEGO edisi terhad Star Wars seperti :












Nak bertemu dengan LEGO Darth Vader ini?


Jangan lupa kunjungi LEGOLAND bulan Mei nanti ya!

Keterangan lanjut mengenai acara dan harga tiket boleh layari http://www.legoland.com.my/

May the force be with you


Ni mesti nak kena bagitau adik aku ni, dia kan ada annual pass masuk Legoland ni. Haruslah dia bawak anak beranak dia pi kan..

Ishk nyampahhh

About LEGO®

The LEGO® Group is a privately held company based in Billund, Denmark. The company is still owned by the Kirk Kristiansen family who founded it in 1932.

It is the LEGO philosophy that ‘good quality play’ enriches a child’s life – and lays the foundation for later adult life. We believe that play is a key element in children’s growth and development and stimulates the imagination and the emergence of ideas and creative expression. All LEGO products are based on this underlying philosophy of learning and development through play.

About LEGOLAND® Malaysia Resort

The LEGOLAND® Malaysia Resort brings together a LEGOLAND Theme Park, Water Park and Hotel in one LEGO® themed location. It is a family holiday destination with more than 70 hands-on rides, slides, shows and attractions and designed for families with children aged 2-12. It’s the first of its kind in Asia and offers adventure, education and fun for action-packed day trips or short break destination.

Wednesday, April 13, 2016

Buffet Minum Petang Hari Ibu 2016 Di Hotel Puri Pujangga, UKM

Hi Korang, 


Lagi sebulan je nak Hari Ibu ek.. 

Sekejapan masa berlalu huhuhuhuhu… 

Alih-alih dapat jemputan ke food review buffet minum petang sempena Hari Ibu di Hotel Puri Pujangga UKM kan. Bestnye, lepas maghrib terus bergegas ke mari dengan Mr Big rempit sajor naik motor. 


Tema "Saya Sayang Ibu" di memberi makna yang mendalam bagi anak-anak mempamerkan kasih sayang mereka kepada ibu dan Hotel Puri Pujangga berbangga berkongsi perasaan tersebut bersama ibu-ibu tersayang. 


Pelbagai jenis aktiviti telah diatur untuk diraikan bersama ibu serta keluarga tersayang. Kehadiran ibu-ibu akan disambut dengan minuman 'mocktail' serta pemberian cenderahati istimewa. Ibu-ibu akan dimanjakan dengan urutan tangan dan sesi make­ over oleh La Facia Beauty Queen Spa & Hair Salon. Bagi merakamkan saat indah di hari yang istimewa tersebut, satu sesi fotografi bersama keluarga akan diadakan. Di samping itu, pelbagai jenis juadah disediakan bagi memastikan ibu dilayan seperti Permaisuri dalam sehari tersebut. Selain itu, mengeratkan lagi hubungan ibu dan anak, aktiviti dekorasi cup cake akan diadakan. Ibu akan berkongsi kreativiti bersama anak mencipta satu kenangan yang tidak ternilai harganya. Anak-anak kecil juga akan diisi aktiviti dengan pertandingan mewarna. Satu sesi cabutan bertuah juga akan diadakan bagi memeriahkan acara pada hari tersebut. Pada tahun ini juga satu sesi jualan hazar yang menjual pelbagai barangan penjagaan diri dan keperluan wanita diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan yang diadakan.


MOTHER'S DAY HI TEA 
MAY 2016, SUNDAY 
12:00 NOON - 4:00 PM 
BEGONIA COFFEE HOUSE 


APPETIZER 
4 types of Green Lettuces 
Vegetables Crudities 
6 types of Dressing 
6 types of Condiments 
Pasembor 
3 types of Fruit Pickles 
Papadom, Keropok Ikan & Keropok Udang in Jar 


SANDWICHES STATION 
3 types of Filling - Tuna, Egg and Chicken Floss 
3 types of Bread - White, Wholemeal and French 
Onion, Tomato and Cucumber 
Mayonnaise, Thousand Island and Butter 

SOUP 
 French Onion Soup Bread & Butter 



MAIN DISH 
Roasted Chicken with Forest Mushroom Sauce 
Baked Potato & Mushroom Mixed Vegetable Deluxe Thai Fragrant Fried Rice 
Steamed Jasmine White Rice 

KIDS CORNER 
Assorted Mini Pizza Corn on Cob Chicken Pop Corn 
Fish Finger with Potato Wedges 

NOODLE COUNTER 
Mee Rebus Johor 
Aglio -Olio Pasta 







DESSERT 
Assorted Sliced Cake Cream Puff 
Red Velvet Cupcakes with Cream Cheese Frosting 
Churros with Cinnamon Sugar & Chocolate Sauce Rainbow
 Cake with Happy Mother's Day wording (whole cake) 
Pulut Mangga 
Buah Melaka 
Frozen Chocolate Fruit 
Assorted Cookies in Jar 
Fresh Tropical Fruit
2 types of Pudding
2 types of Jelly
Pengat Pisang Bread &Butter Pudding Ice Kacang & Cendol
6 types of Ice-Cream with Condiments


Coffee & Tea 

Ucapkan kepada Ibu korang bahawa "Saya Sayang Ibu" di Hotel Puri Pujangga. Pastikan ibu merasai kasih sayang tersebut serta gembirakan ibu dengan hari yang penuh istimewa ini. 



Sambutan Hari Ibu di Hotel Puri Pujangga akan diadakan pada 8 Mei 2016 dari jam 12.00 tengah hari hingga jam 4.00 petang di Begonia Coffee House. Ditawarkan pada harga RM55.00 nett untuk dewasa dan 50% potongan dari harga asal untuk kanak-kanak yang berumur 6 hingga dua belas tahun.




Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 

KHAILA KHALID 
Pengurus Operasi 

HOTEL PURI PUJANGGA 
Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 UKM, Bangi Selangor Darul Ehsan 

Office : +603 8922 2891 / 8927 4128 / 8926 2443 
Mobile : +6017 699 2437 
Fax : +603 8922 2890 

kami dah rasa, sedap wei


Apa tunggu lagi, janganlah lepaskan peluang kan. Bagi aku worth it harga buffet tersebut. Lagipun sekali sekala bahagiakan ibu tercinta apa salahnya kan.