Wednesday, April 13, 2016

Buffet Minum Petang Hari Ibu 2016 Di Hotel Puri Pujangga, UKM

Hi Korang, 


Lagi sebulan je nak Hari Ibu ek.. 

Sekejapan masa berlalu huhuhuhuhu… 

Alih-alih dapat jemputan ke food review buffet minum petang sempena Hari Ibu di Hotel Puri Pujangga UKM kan. Bestnye, lepas maghrib terus bergegas ke mari dengan Mr Big rempit sajor naik motor. 


Tema "Saya Sayang Ibu" di memberi makna yang mendalam bagi anak-anak mempamerkan kasih sayang mereka kepada ibu dan Hotel Puri Pujangga berbangga berkongsi perasaan tersebut bersama ibu-ibu tersayang. 


Pelbagai jenis aktiviti telah diatur untuk diraikan bersama ibu serta keluarga tersayang. Kehadiran ibu-ibu akan disambut dengan minuman 'mocktail' serta pemberian cenderahati istimewa. Ibu-ibu akan dimanjakan dengan urutan tangan dan sesi make­ over oleh La Facia Beauty Queen Spa & Hair Salon. Bagi merakamkan saat indah di hari yang istimewa tersebut, satu sesi fotografi bersama keluarga akan diadakan. Di samping itu, pelbagai jenis juadah disediakan bagi memastikan ibu dilayan seperti Permaisuri dalam sehari tersebut. Selain itu, mengeratkan lagi hubungan ibu dan anak, aktiviti dekorasi cup cake akan diadakan. Ibu akan berkongsi kreativiti bersama anak mencipta satu kenangan yang tidak ternilai harganya. Anak-anak kecil juga akan diisi aktiviti dengan pertandingan mewarna. Satu sesi cabutan bertuah juga akan diadakan bagi memeriahkan acara pada hari tersebut. Pada tahun ini juga satu sesi jualan hazar yang menjual pelbagai barangan penjagaan diri dan keperluan wanita diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan yang diadakan.


MOTHER'S DAY HI TEA 
MAY 2016, SUNDAY 
12:00 NOON - 4:00 PM 
BEGONIA COFFEE HOUSE 


APPETIZER 
4 types of Green Lettuces 
Vegetables Crudities 
6 types of Dressing 
6 types of Condiments 
Pasembor 
3 types of Fruit Pickles 
Papadom, Keropok Ikan & Keropok Udang in Jar 


SANDWICHES STATION 
3 types of Filling - Tuna, Egg and Chicken Floss 
3 types of Bread - White, Wholemeal and French 
Onion, Tomato and Cucumber 
Mayonnaise, Thousand Island and Butter 

SOUP 
 French Onion Soup Bread & Butter 



MAIN DISH 
Roasted Chicken with Forest Mushroom Sauce 
Baked Potato & Mushroom Mixed Vegetable Deluxe Thai Fragrant Fried Rice 
Steamed Jasmine White Rice 

KIDS CORNER 
Assorted Mini Pizza Corn on Cob Chicken Pop Corn 
Fish Finger with Potato Wedges 

NOODLE COUNTER 
Mee Rebus Johor 
Aglio -Olio Pasta 







DESSERT 
Assorted Sliced Cake Cream Puff 
Red Velvet Cupcakes with Cream Cheese Frosting 
Churros with Cinnamon Sugar & Chocolate Sauce Rainbow
 Cake with Happy Mother's Day wording (whole cake) 
Pulut Mangga 
Buah Melaka 
Frozen Chocolate Fruit 
Assorted Cookies in Jar 
Fresh Tropical Fruit
2 types of Pudding
2 types of Jelly
Pengat Pisang Bread &Butter Pudding Ice Kacang & Cendol
6 types of Ice-Cream with Condiments


Coffee & Tea 

Ucapkan kepada Ibu korang bahawa "Saya Sayang Ibu" di Hotel Puri Pujangga. Pastikan ibu merasai kasih sayang tersebut serta gembirakan ibu dengan hari yang penuh istimewa ini. 



Sambutan Hari Ibu di Hotel Puri Pujangga akan diadakan pada 8 Mei 2016 dari jam 12.00 tengah hari hingga jam 4.00 petang di Begonia Coffee House. Ditawarkan pada harga RM55.00 nett untuk dewasa dan 50% potongan dari harga asal untuk kanak-kanak yang berumur 6 hingga dua belas tahun.




Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 

KHAILA KHALID 
Pengurus Operasi 

HOTEL PURI PUJANGGA 
Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 UKM, Bangi Selangor Darul Ehsan 

Office : +603 8922 2891 / 8927 4128 / 8926 2443 
Mobile : +6017 699 2437 
Fax : +603 8922 2890 

kami dah rasa, sedap wei


Apa tunggu lagi, janganlah lepaskan peluang kan. Bagi aku worth it harga buffet tersebut. Lagipun sekali sekala bahagiakan ibu tercinta apa salahnya kan. 



I is Sangat Penat

Hi Korang,

Lately ni hidup aku tak berapa tentu arah lah.

Kerja hakiki makin menimbun, kerja untuk blog lagi melambak-lambak yang mana nak review, nak attend event, nak buat video bagai kan itu belum kira kerja rumah lagi.

Alah hai, makin usia meningkat makin banyak plak keja buat ek.

Biasalah nak senang di hari tua macam mak apak aku ginilah kan, buat 2-3 kerja dalam sehari. 

Tapi sekarang ni lagi bertambah penat sebab apa?

Nowdays duty travel untuk kerja hakiki aku jarang nak drive, semua aku bantai naik train or naik teksi. Nak bawak si Kancil EVO tu masuk KL memang tak ler kan. Sakit kaki ooo gear manual, kena plak jalan jem 1-2 jam tak de boleh tercabut engsel lutut tuh ek hahahahaha

serabai nau aku tengok kan pompuan gemuk ni ek

Kalau nak train, masa plak banyak terbuang in sense of tunggu train, transit train tapi tak per I like sebab boleh exercise. Kena berdiri dalam train, kena berjalan ke station LRT, kene lintas jalan beso, naik tangga tempat parking keta dan memacam lagi ek. Tak per tak per janji exercise, nak kurangkan saiz peha, saiz perut dan saiz lengan hahahaha

Itulah gamaknya citer aku yang sadis untuk minggu ni..

Struggle ooo untuk kesenangan hari tua...

huahauahuahua..

So apa motif entry aku ni ek, alah sekadar nak luahkan perasaan je lah...

Monday, April 11, 2016

Pasal Makan Sedap Di Hujung Minggu

Hi Korang,

Kalau nak citer makan sedap memang tak akan pernah abis ni di blog aku ni. 

Dah kalau asyik makan sedap je bilalah nak kurus ek hhehehehhee

Alah mak aku kata makan je selagi boleh makan tapi kena pandai kawal pemakanan tu je. Ewah dah nama nutritionist plak kan omak den ni. 

So ini dia cerita minggu lepas..

Aku balik Melaka coz cousin aku nak kawin, so kawin jelah. Apa nak tunggu lagi semua dah cukup, rumah ada, kete ada, keje ada kan. Kawin dengan orang Jempol ermm jempol-jempol orang kat sini ek hahahha

Lepas subuh aku dah bergerak dah, Mr Big tak ikut sebab dia ada event lain nak attend plak. Lately ni ktorang cam artis ada je function je attend ek, dah macam YB pun ada gak hahahah berangan lagi. 


So sampai Jempol dari umah mak aku dalam kul 9.30 pagi cam tuh, so terus berkumpul kat masjid. Wah masa aku sampai tu pengantin tengah kene interview dengan tok kadi kat bilik lain, aku plak yang nebes ek hahaha

Kemudian majlis pun bermula



2 kali lafaz je dah jadi laki orang budak Azwan ni, dulu masa kecik-kecik asyik nangis je kan. Now dah kawin pun. Sekejap je masa berlalu

Abis nikah, terus pi umah pengantin pompuan untuk makan.

daging salai, ayam masak merah, ikan masin, sambal belacan dengan timun


Ko tengok lauknye sedap wei, lauk kampung. Terus bertambah-tambah makan di buatnya ke sebab time tu lapo tak henggat. Air pulak Lai Chee Kang, lagilah marbeles panas-panas pekena air  ni kan. Sudahnya aku bedal 4 mangkuk air ni. Sedap wei

Panas sangat wei time ni

Lepak kat homestay yang diorang sediakan untuk tunggu time bersanding nanti. Haruslah tidur kejap sebab dah kenyang kan.

Time bersanding ni, ermm makan lagi.


Kalau ni makan berhidang plak, nak tunggu apa lagi. Makan jelah orang dah sediakan. Lagi sekali bertambah-tambah makan sebab sedap.

Ermm sampai umah mak aku, lepak-lepak sambil borak-borak hal family plak kan. Sambil kemas-kemas kononnya, tapi aku tidur kat hall. 

Lepas maghrib keluar plak ke Melaka.

apa jadahnye aku beli reben plak kan hauhauhaua

Alah amik angin kat Cowboy tuh, pi beli barang-barang dapur plak untuk umah mak aku ni. Best jugak cowboy ni ek, semua ada cuma barang makanan basah tak de lah. Boleh beli in bulk sangat-sangat murah ooo.

On the way, singgah Mc Donalds plak.


Biasalah ayah aku teringin nau nak makan burger #yanggempak, #yanghangat, #yangklasik tu kan. Ishk pengaruh tv sungguh orangtua ni ek. Tahniah McD ek, untung korang sale malam tuh. Aku je beli sampai seratus lebih kan.. Sampai umah terus open table makan reramai. 

Itulah kisahnya makan sedap aku last week ek..

Minggu ni ntah apa plak kan so stay tuneee.....