Wednesday, April 6, 2016

NIVEA Pearl & Beauty Deodorant Boleh Guna Untuk NIVEA EMPOWER RUN 2016

Hi Korang,

Deodorant ermm


Ada orang panggil ubat ketiak, spray ketiak lah tapi fungsinya tetap sama untuk memberi kesegaran pada badan kita tang ketiak la kan.

So memperkenalkan


NIVEA Pearl & Beauty Deodorant keluaran produk Nivea yang terkini yang mengandungi ekstrak mutiara yang boleh menjadikan árm-pit' kita lebih licin bak mutiara putih. Selain itu ia juga dapat memberi perlindungan 48 jam terhadap peluh dan juga lembut pada kulit kerana ianya tidak mempunyai bahan kimia. 

Paling penting ianya menjadi kita sentiasa segar dan berkeyakinan! Itu sudah pasti.


Aku dah pun mencuba sendiri kedua-dua produk NIVEA Pearl & Beauty Deodorant ni, ternyata ianya sangat bersesuaian untuk aku yang senantiasa busy tak henggat ni. Deodorant ini dapat bertahan sehingga 48jam, bayangkan time peluh-peluh nak naik train tuh balik keje rasa segar je kan. So tak delah malu takut badan korang berbau. 



Ada 2 jenis pilihan samada spray atau pun roll-on, ikut kesesuaian korang lah. Bagi aku spray je senang, sumbat dalam handbag dan bawak kemana-mana. Bukan tak suka yang roll-on tu but aku prefer roll-on tu letak kat umah sebab botol kaca, aku ni clumsy sket kang tengah nak simpan dalam handbag terlepas dari tangan dan jatuh pecah kan hhuhuhuhuhuhu

Apa pun fungsinya tetap sama iaitu menyegarkan dan melembut kulit tiak kite hehehehe

NIVEA juga percaya bahawa apabila kita yakin, tiada apa yang boleh menghalang kita daripada mencapai impian yang ingin direalisasikan. NIVEA memberi kuasa kepada wanita dengan membantu mereka merealisasikan potensi dalam diri mereka dan menggalakkan orang lain untuk melakukan perkara yang sama!

Ni aku nak share dengan korang ni,

Jom kita sertai larian NIVEA EMPOWER RUN 2016, keterangan lanjut dan pendaftaran boleh klik pada pautan link di bawah:-




So wanita luar sana, jom kita berlari ek…

Tuesday, April 5, 2016

KFC Super Jimat Box Bloggers Party

Hi Korang, 


Last week memang pulun habis event ek, semuanya sempat aku pi so syukur dapat jumpa kengkawan bloggers ek. 


KFC Bloggers Party kali ni di adakan di KFC Pavilion KL, aku malas nak bawak kereta so naik train jelah senang sket.



Untuk party kali ini KFC ini memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu KFC Super Jimat Box popular mereka kepada 5 pilihan kotak hebat. Menampilkan hidangan kegemaran KFC, seti ap kotak menawarkan pelbagai variasi pada harga serendah RM8.95 bersih! 

Lanjutan KFC Super Jimat Box ini menampilkan lima kotak yang dicipta khas untuk menyatukan kesemua makanan kegemaran KFC untuk memberikan penjimatan kepada pelanggan setianya tanpa menjejaskan kepelbagaian atau rasa. Sama ada anda penggemar Wrap, peminat Zinger atau hanya ingin memuaskan selera, kelima-lima kotak ini dicipta khas untuk memenuhi citarasa semua. 

Nampak cam best kan

Sebelum kita tengok set KFC Super Jimat Box ni, meh layan party dulu

Nelydia Senrose in the house yo


bloggers yang sporting


foodssss


Lets partyyyyy.........


Ada Nelydia Senrose tau join ktorang sekali, memang sangat kelakar dia seronok je melayan bloggers yang gegila ni. Selain daripada memperkenal Jimat Box ni ada pelbagai aktiviti termasuk tiru tarian artis, lucky draw dan memacam lagi ek. Aku tak join pun coz bagi chance kat orang lain plak kan. 

Pilih daripada Snacker Box, Lil' Zinger Box, Wrap Box, Variety Box, atau Signature Box. Setiap kotak hidangan mengandungi ayam goreng kegemaran ramai (Original Recipe atau Hot & Spicy), Kentang Crispier Fries dan minuman, menjadikan ia sekotak hidangan yang cukup lengkap untuk dinikmati setiap penggemar KFC. 

"Rangkaian KFC Super Jimat Box membolehkan pelanggan untuk 'dapat lebih, belanja kurang' dengan pelbagai pilihan lazat untuk memenuhi selera sambil menyelamatkan poket. Kami mahu pelanggan merasai penjimatan dan menikmati keenakan hidangan bernilai hebat dari KFC," kata Angelina Villanueva, Pengurus Besar Kanan, KFC Marketing.






Berikut adalah kandungan dan harga setiap Super Jimat Box:



KFC SUPER JIMAT BOX
Jenis
Kandungan
Harga
KFC Snacker Box
4 ketul Nuggets
1ketul ayam KFC (Original Recipe/ Hot Spicy)
1(S) Crispier Fries
1(R) Minuman Berkarbonat
RM 8.95
KFC Lil' Zinger Box
1Lil' Zinger burger
1ketul ayam KFC (Original Recipe/ Hot & Spicy)
1(S) Crispier Fries
1(R) Minuman Berkarbonat
RM 9.75
KFCWrap Box
1Lil' Cheezy Wrap
1ketul ayam KFC (Original Recipe/ Hot Spicy)
1(S) Crispier Fries
1(R) Minuman Berkarbonat
RM 9.95
KFC Variety Box
Lil' Zinger burger
3 ketul Crispy Tenders
1ketul ayam KFC (Original Recipe/  Hot & Spicy)
1(S) Crispier Fries
1(R) Minuman Berkarbonat
RM 12.95
KFC Signature Box
Zinger Burger
1ketul ayam KFC (Original Recipe/ Hot & Spicy)
1(S) Crispier Fries
1(R) Minuman Berkarbonat
RM 13.45
KFC Super Jimat Box tidak boleh didapati melalui  KFC Delivery dan semasa waktu Sarapan (4pg-11pg  di semua cawangan Sarapan Pagi).



KFC Super Jimat Box telah dilancarkan pada 23 Februari 2016. Jangan lepaskan peluang korang untuk menikmati penjimatan ini. 

Yang mana malas nak masak balik karang tu nanti boleh pi singgah KFC, alah bukan makan pun kan 

Thanks KFC for the invite !

 



Sarapan Pagi Di Lemang Toki Bersama Geng KTM Bikerz

Hi Korang,

Memang jarang aku rasa citer pasal ride Mr Big dengan bebudak KTM Bikerz ni sebab bukan aku ikut ride diorang ni pun kan, sebab cuak seh nak jadi pembonceng motor ni. Nipis nau rasanya kan…

Last 2 week Mr Big ada breakfast ride ke Lemang Toki, apa jadahnya diorang ni suker nau ke kedai lemang ni kan, padahal nowdays melambak je orang jual lemang tepi jalan. Ishkk pelik plak aku kan, bila dah banyak soal jawab dan Mr Big malas nak layan dia suruh aku ikut dia hari tuh.

ktorang memula sampai sini

Oh come on, dengan tak de kelengkapan ride aku ikut jugak lah. Ermm takper sarung je bebarang Mr Big ni, nampak gelobos sket lah tapi gaya mesti mau ada. 

Untuk orang yang first time naik motor ala-ala touring ni apa ko rasa, seram gak lah but nekad je dalam hati fikir macam naik motor biasa dia pi keje tuh. Bila naik ermm rasa cam tinggi dan selesa daripada motor kecik tuh.


Trip dari rumah ke meeting point kat BHP Tol Gombak tuh, once sampai je sana rasa ok lagi sebab Mr Big bawak bukan laju pun cam biasa dia bawak pi keje.


Sampai dah tempat gather-gather ni, la ingatkan geng-geng budak KTM Bikerz je rupanya ramai lagi bikers yang jadikan tempat ni meeting point, even Porsche car owner pun ada. Meet new frens, actually level adik-adik sebenarnya pun Bella dan Ima. Yang lelain tuh bebudak lelaki lah, so malas la sket kan. Tak per lelama cam muka diorang ni nanti hehehehe

Ok here we go..



Lebih kurang 55 bijik motor KTM ok yang join ride ni, dan semuanya kemain laju gile bawak wei. Kalau tak betul-betul boleh jadi pengsan di buatnya, laju laju dan sangat laju. Maybe bagi diorang tak laju kot tapi bagi aku 120km/j so sangat laju ooo bagi motor oren nipis ni kan. Aku sampai kena marah dengan Mr Big sebab tak peluk kuat-kuat kan, yelah member nak speed tapi aku plak duk memain-main kan, kang tercicir baru tau. Hahahahahha… gituh rupanya kalau jadi pembonceng


Sampai jugak ke Lemang Toki ni ek


Rupanya yang ktorang pi Lemang Toki 2, outlet diorang yang baru. Yang lama tu jauh ke dalam lagi alah tak perlah janji makan lemang ek. Ok susun motor dulu, then susun meja plak kemudian baru pi amik makan.











Flexible jugak system order makan diorang ni, pi beratur untuk amik makanan tak kira apa pun lemang ke, ayam bakar ke, nasi putih ke, mee goring ke semua self-service. Moh beratur ek pepanjang ni kan. Haruslah amik lemang dengan rendang daging bersama ayam bakar, nasi-nasi tak yah ratah gituh je. 

ayam bakar

lemang dengan rendang daging


Abis makan sembang-sembang kosong sementara tunggu orang lain abis makan. Citer pasal ride tadi lagi, ride lepas-lepas dan memacam lah, biasa mat motor of course citer pasal motor lah.



tablemate ktorang


Video sekangkang kera je, sebab ingatkan nak masukkan dalam instagram tapi terlebih duration plak kan hahaha

Dah tuh makan ek, jom ke tempat lain plak.

ok briefing sket

bebudak sengal


Next check point diorang nak ke Ulu Yam mandi sungai, ya ampun best sungguh ek but sorry tak dapat nak ikut sebab Mr Big ada hitea event dan aku ada meeting kat Sunway Putra Hotel so babai je mengikut diorang ek huhuhuhuhu

Walaupun rasa sengal-sengal badan tapi seronoknya kemain sangat ek. 

Yelah kita dah bertahun-bertahun naik kereta ke sana ke mari ni tup-tup rasa naik motor untuk long distance mau tak cuak kan. Memula memang takut aku sampai pucat-pucat muka sebab laju sangat kan lepas tu kira ok sket.


Kalau di beri kesempatan lagi untuk ikut ? ermm ikut kot tapi yang day trip punye ride lah. Kalau ride 2-3 hari tuh lemau jugaklah kot, yelah nak bawak barang lagi nak bawak orang lagi kan..

To all KTM Bikerz happy to meet you all…