Monday, April 4, 2016

ME’NATE Steak House Bangi, Tak Mahal Mane Pun

Hi Korang,


Bila Me’nate Steak House kat Bangi bukak aku yang over excited kan.

Sebab bila masa plak nak pi makan kat branch Setapak or Ampang tuh, lately ni memang aku agak malas sket nak travel lah. Jem teruk everywhere.

Tapi masa dia baru-baru bukak pun tak delah aku terkinja-kinja nak pi pun sebab aku dapat agak memang orang akan berpusu-pusu kemari untuk rasa daging steak yang mahal tu kan. So lek lu biarkan 2-3 bulan bagi orang reda sket then baru aku pi.


Langsung tak plan pun ke mari hari tuh, asalnya nak pi bank in duit kat HSBC yang sebaris dengan Me’nate ni, lepas tu tak tau nak makan apa so Mr Big suggest pi Me’nate je lah. Tak yah beratur pun sebab orang tak ramai lagi time ktorang datang tuh.

kat belakang tuh tempat pilih daging ek

Ini bagi first time nak pi makan di Me’nate Steak House ni ek

nampak betapa ramainya orang tengah pilih daging

1. Once sampai kalau orang tak ramai pi tengok daging kat peti beku dengan kitchen tu ek, kalau ramai sorang chop meja dulu yang lelain boleh pi pilih daging, bukan apa kang budak waiter tu tanye korang duduk mana then meja full cam no plak kan. 

2. Memang harga daging mahal tapi ada jugak pilihan daging yang murah mengikut budget korang, bukan tak de langsung ek paling murah dalam RM40++ siap masak dan side dish sekali.

3. Dah bagi details pasal daging korang tuh, bolehlah duduk dan order makanan sampingan yang lelain

harga menu di Me'nate Steak House

Di sebabkan bawak duit tak berapa banyak time tu, so tak dapatlah makan Wagyu yang harga bermula RM220++ tu kan. Makan jelah daging yang harga dalam RM65-75 sekeping tuh, ermm itu pun dah sedap.


Untuk tambahan aku order mushroom soup dengan garlic bread, bolehlah not bad jugak rasanya buat tambah-tambah selera.

Inilah yang ktorang order

T-Bone Grain FE - RM63.70

T-Bone Grain FE - 57.50

Dua-dua steak Masak medium well, sebab dah biasa makan style tu, nak juicy coz nampak jus daging keluar masa potong tuh lah. 

tebal kan

lebih besar dari sebatang garfu

medium well, ada merah-merah sket je

Kalau well done, kering sket so tak sedap rasa tercekik plak. Side dish simple je mashed potato dengan coleslaw. 


Sempatlah aku buat video sket, makan steak di Me'nate Steak House ni kan, ermm kelam kabut sket lah video sebab ikut suker tekan button kan

Ok bab minuman plak


Minuman memang free flow, bagi air sejuk mahupun air panas. Bukan soft drinks ye, air sejuk air jus dan pilihan minuman panasnya sangat awesome ada black coffee, cappuccino, espresso, hot chocolate pun hado jugak. 

Ini alamat yang outlet di Bangi ek

Me'nate Steak House
Cawangan Bangi
25, Jln Medan Pusat 2D
3B Curve Business Park
Seksyen 9, Bdr Baru Bangi

RSVP HOTLINE : 019-3911047
Operation Hours : Mon-Sun: 11:00 am - 11:00 pm 

Overall tak delah mahal mana pun seperti yang di gembar gempurkan di internet kan, kalau korang rasa teringin nak makan daging yang mahal tu so bolehlah cuba makan tapi kalau budget cipot setakat nak rasa keenakan cara daging steak di masak kat Me’nate ni pilih yang harga mampu milik.


Tapi cam biasa orang-orang Bangi ni memang senantiasa banyak duit ek, masa aku nak bayar tu sekejapan dah ramai beratur untuk masuk ke Me’nate ni, bukan 2-3 family tapi lebih dari 6-7 family kot. Even tingkat atas Me’nate ni pun penuh dengan orang makan. 

So salute la dengan orang-orang Bangi ni.

Wei korang patut pi cuba ek, alah sekali pun tak per lah kan



Gigi Sensitif, Now Ada SENSODYNE MouthWash Boleh Protect 24 Jam Tau

Hi Korang,

Gigi sensitif ermm nak minum air sejuk pun payah ini plak yang ada ais sejuk bagai tu kan. Takut kena petir plak sakit dia tuh. Ye aku pernah rasa dulu, sakitnya ngilu oooo


Baru-baru ni sempat aku ke majlis pelancaran Sensodyne MouthWash di Le Meridien Hotel. Lambat plak keluar office but nasib baik sampai on time event pun start kan. 

Ok jom check out intipati majlis pelancaran ni ek


Di Malaysia, kejadian adalah biasa di kalangan golongan muda, berumur antara 18-34 dan 40% daripada mereka yang mengalami sensitiviti gigi gigi sensitif tidak mengambil kawalan keadaan kesihatan mulut mereka. Sensitiviti gigi itu didakwa sebagai masalah kesihatan oral tertinggi di Malaysia dengan satu dalam tiga orang-orang yang mengalami keadaan. Walau bagaimanapun, hanya satu pertiga daripada pesakit yang menggunakan ubat gigi yang sensitif untuk melegakan sensasi mereka zingy.


“Tooth sensitivity is a common dental problem many people experience. Almost 50% of sensitive sufferers adopt a regime care and this means that almost 1.38 million Malaysian adults are advance oral care regime user. With the increasing incidences of sensitive tooth sufferers in Malaysia, it is timely to launch Sensodyne Mouthwash and we see the importance of encouraging sufferers to opt for an advanced oral care regime. The new Sensodyne Mouthwash provides lasting freshening effect, and fluoride to strengthen teeth and protect against decay,” kata Stacy Wallace, Pengurus Besar GSK pengguna Healthcare Malaysia & Brunei.

Tambahan kepada sedia ada berus gigi dan ubat gigi, ia adalah Cecair kumur pertama di Malaysia yang menawarkan perlindungan gigi sensitiviti rakyat Malaysia yang mengalami sensitiviti gigi, membolehkan mereka keseronokan untuk menikmati makanan kegemaran mereka dengan keluarga mereka dan rakan-rakan mereka tanpa mengalami sensasi zingy yang tahan lama. Cecair kumur Sensodyne 24 jam menyediakan perlindungan berterusan untuk gigi sensitif apabila digunakan dua kali sehari selepas memberus gigi mereka. Bahan-bahan aktif yang dijumpai dalam karya-karya Cecair kumur di dalam gigi untuk membina perlindungan yang menenangkan dan tahan lama sekitar saraf.

Cecair kumur fluorida formula juga menguatkan gigi dan rasa pudina nafas daun segar dan bersih supaya pengguna boleh tinggal yakin semasa interaksi sosial. Cecair kumur Sensodyne baru adalah alkohol percuma, sekaligus menjadikan ia halal; produk yang diperakui untuk semua pengguna untuk menikmati. Pengguna akan dapat memilih daripada dua pilihan iaitu tambahan segar, pedas bunga dengan tanda-tanda bahawa vanilla; dan Cecair kumur Cool Mint, ledakan pudina, mentol, contohnya dan teh hijau.


Dr. Army Empol, perunding dalam pemulihan pergigian yang pada majlis pelancaran yang dikatakan “Sensitive teeth leads to an unpleasant sensation and when prolonged, can affect your daily life. Avoiding your favourite foods that are cold, sweet, and hot does not help you to break free from the zingy sensation in your teeth. It is the regular daily advanced oral regime for sensitive teeth that maintains the sensitivity protection”. 


GSK menawarkan pelbagai jenama penjagaan mulut yang mantap seperti Sensodyne®, Polident® dan parodontax® yang telah telah dirumus khas untuk menampung keperluan khusus. Produk Sensodyne membantu pengguna menikmati pelepasan dari gigi sensitiviti, membolehkan mereka terus menikmati makanan dan minuman yang mereka nikmati Tempahan mereka. Polident adalah jenama produk penjagaan gigi palsu yang terdiri pembersih dan pelekat untuk meningkatkan keselesaan dan keyakinan pemakai gigi palsu supaya mereka boleh memeluk hidup sepenuhnya. parodontax sebaliknya bertujuan untuk melawan gusi berdarah dan mengelakkan masalah gusi yang merupakan punca utama kehilangan gigi. 




Lepas ni tak de masalah lagi lah orang yang ada gigi sensitif ni ek, dah ada ubat kan.



Friday, April 1, 2016

Buffet Ramadhan 2016 | Palace Of Golden Horses Hotel, Seri Kembangan Selangor

Hi Korang,

Ermm bila ada invite untuk buffet Ramadhan 2016 ni terasa benau dah nak dekat je dengan puasa ek. Eh puasa dah ganti ke belum? Kalau belum baik lekassss

Kira awal jugak Palace of Golden Horses menjemput Cik Lily Putih ke buffet Ramadhan ni, haruslah rasa seronok kan tak de kes food review bertindih time dekat-dekat nak puasa nanti.



Untuk tahun 2016 ni, Palace of the Golden Horses telah melancarkan promosi ‘Buka Puasa’ yang menghidangkan menu dari 14 negeri di Malaysia ni yang bertemakan ‘Selera Malaysia’. Wow mesti memacam nak makan kan dan yang istimewanya dihidangkan sekali hidangan ‘Tropical Fruit’ stall yang ada buah-buahan tempatan seperti durian, mangosteen, rambutan dan memacam lagi sebagai pencuci mulut.





Terdapat pelbagai jenis pembuka selera ala Malaysia yang membangkitkan selera korang termasuklah serunding ayam, pecal kampong, kerabu udang celop, paru goreng berlada, kerabu lidah buaya, kerabu kaki ayam, ikan masin goreng, pais udang, ulam-ulam Melayu dan beraneka acar.











Untuk menu utama buffet adalah nasi bukhari, nasi minyak, udang goreng kampung, gulai tulang rawan nangka muda, sambal sotong berpetai, pajeri nenas, ketam masak cili bertelur, anika satay, nasi ayam Palace dan kambing bakar yang senantiasa menjadi pilihan ramai.






*sorry gambar tak berapa cantik sebab lens camera meragam plak time ni ek

Untuk hidangan di gerai-gerai kecil ni terdapat menu-menu yang mewakili negeri-negeri di Malaysia iaitu laksa Johor (Johor), ikan perkasam (Kedah), ayam percik (Kelantan), laksa Nyonya (Melaka), pulut kuning with sambal ikan bilis (Negeri Sembilan), belimbing buluh dengan budu (Pahang), salad limau bali dengan manga (Perak), pulut manga bersantan (Perlis), Penang char kuey teow (Penang), hinava (Sabah), Laksa Sarawak (Sarawak), sup gear-box (Selangor) dan keropok lekor (Terengganu).

Ada juga hidangan bubur lambuk bersama bahan-bahan sampingan seperti serunding ayam, serunding daging, bawang goreng, telur masin





Untuk buffet dinner ‘Selera Malaysia' ni, ianya bermula dari hari 6hb Jun 2016 hingga 3hb Julai 2016

Harga buffet ramadhan di Carousel International Coffeehouse ni adalah

RM138nett untuk dewasa

RM69nett untuk kanak-kanan (5 – 12 tahun) dan warga emas 60 tahun ke atas

Korang boleh dapatkan Mines Privileges Card di mana ianya menawarkan 20% diskaun kepada members dan juga Malaysian Government employees. So baik cercepat apply ek.


Eh ada lagi promosi ni,

Untuk EARLY BIRD booking se awal March 2016 akan mendapat 25% diskaun, bagi tempahan pada bulan April atau May, sebanyak 20% diskaun dan 15% diskaun diberikan. Rasa murah banyak dah tu kan, buat booking dulu sesiap, bayar then tinggal pi makan je nanti.

Kalau tak sempat nak booking jugak, masa bulan Ramadhan nanti ada promosi 9 + 1 Deal, di mana 1 guest akan makan secara percuma dengan pembelian voucher sebanyak 9 orang. Jimat gak tu kan. Bagi Malaysian Government employees dan juga CIMB credit cards holders yang terpilih, a special discount of 20% dan 25% akan diberikan di sepanjang promosi ini berlangsung.

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-8946 4888 atau pun email je ke fnbreservation@pgh.mines.com.my

Jom kita ke

Carousel International Coffeehouse
Palace of the Golden Horses Hotel,
Mines Resort City
Seri Kembangan, 43300, Selangor
Tel : 60 3 8946 4888


Ok ini baru satu hotel yang aku tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2016, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2016 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.