Friday, April 1, 2016

Guardian Makeover ‘Confidence Creation’Di Ioi City Mall Putrajaya.

Hi Korang,

Last weekend dapat invitation daripada Guardian ke annual makeover event diorang ni. Kali ni best sket sebab dekat nau dengan umah kan so haruslah kena pi kalau tak rugi ooooo…


Guardian Makeover yang ditunggu-tunggu kini kembali! 

Bertemakan Confidence Creation, pesta kecantikan dan kesihatan tahunan Guardian menemui wanita hampir diseluruh Semenanjung Malaysia dalam tiga hujung minggu berturut-turut. Dan buat pertama kali, acara yang memperkasakan wanita dengan tip-tip dan alat-alat untuk tampil anggun dan kekal sihat diadakan di tiga lokasi utama iaitu Putrajaya, Johor Bahru dan Pulau Pinang.


Berucap di majlis perlancaran acara itu di Putrajaya, Christina Low, Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia berkata, "Kami berbangga untuk menyatakan bahawa sejak tahun 2008, ribuan wanita telah hadir ke acara ini untuk dirias semula oleh barisan pakar kecantikan kami. Tetapi apa yang kami lakukan di acara ini, adalah lebih daripada zahirnya. Saya tidak ragu-ragu mengatakan bahawa setiap wanita yang datang ke pameran ini, keluar sebagai seorang yang lebih bersemangat dan berkeyakinan. Apa yang lebih menarik daripada seorang wanita yang yakin?"


"Disebabkan ini, dan bagi meraikan Hari Wanita Sedunia yang disambut awal bulan ini, kami telah memilih Confidence Creation, sebagai tema acara makeover kami. Keyakinan adalah salah satu ciri penting yang perlu dimiliki setiap wanita. Kajian telah menunjukkan bahawa keyakinan menjadikan anda mendekati sesuatu dengan cara yang berbeza. Keupayaan seseorang untuk melihat harga dirinya sudah pasti memberi semangat untuk menghadapi apa jua cabaran dalam kehidupan. Kepada semua wanita di luar sana - akuilah kecantikan diri, sayangi diri anda dan buatlah pilihan yang sihat hari ini!" tambah beliau.


mereka yang meng'makeover' para pengunjung yang datang

Selaku peruncit farmasi, kesihatan dan kecantikan terkemuka di negara ini, Guardian memainkan peranan bersinergi, menggalakkan bukan hanya wanita, tetapi masyarakat secara umum, dan para pelanggannya khususnya, untuk menjalani gaya hidup yang sihat dan aktif. Acara Guardian Makeover yang kini memasuki tahun ke-9, adalah sebahagian daripada usaha berterusan Guardian dalam memperkasakan wanita untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan mereka.






Sahagian pertama acara tersebut telah diadakan di Johor Bahru hujung minggu lalu, dimana ia disertai oleh ribuan peserta. Ia akan dibawa ke Queensbay Mall di Pulau Pinang pada 2-3

April 2016, dimana barisan pakar-pakar kecantikan dan kesihatan Guardian dijangka akan membantu sekurang-kurangnya 3,000 lagi wanita dalam mencipta keyakinan mereka.




Terbuka kepada sesiapa yang memegang tiket yang diperolehi dengan pembelian barangan bernilai RM50 mana-mana jenama yang mengambil bahagian, acara Confidence Creation Guardian menawarkan makeover lengkap yang terdiri daripada solekan oleh Makeup Puzzle dan dandanan rambut oleh A Cut Above Academy. Tampil keluar dengan lebih yakin, peserta seterusnya diraikan dengan satu sesi fotografi profesional!








Acara tersebut turut menawarkan pelbagai tips solekan yang bersesuaian dengan keadaan yang berbeza, agar anda tampil bertenaga, menawan, menyeronokkan dan hebat. Pelbagai aktiviti menyeronokkan turut disediakan, seperti demonstrasi solekan dan permainan menyeronokkan, khas untuk peserta yang datang bersama keluarga. Semua peserta yang mendaftar juga akan diberikan beg cenderahati.

Acara Confidence Creation Guardian juga dimeriahkan dengan pencarian Model Hijabi. Pencarian model-model baru untuk majalah Hijabista akan diadakan diketiga-tiga lokasi acara. Kepada yang berminat bolehlah mengambil bahagian dengan membeli mana-mana produk di acara tersebut, beserta kombo majalah oleh penerbitan tersebut.

Ok giliran mak plak nak makeover ek

duduk sebelah Sherry, cantik rambut dia bile dah siap

ambik gambo stylist plak, diorang ni student je 

ok rambut dah buat mata plak

biasalah pompuan makeup mesti lama ek

comey kan, sket lagi ek

Itulah dia makeover mak uolls. Gambar dah makeover ada amik tapi tak tau plak mana letak plak ek ishkk sengal betul kan...

So this week kat Penang plak, so standby orang Penang ye. Sangat-sangat seronok wei...

Para pelanggan juga boleh mendapatkan beg tote edisi terhad Guardian yang dijual pada harga istimewa RM19.90 (RP RM49.90) di farmasi Guardian di seluruh negara, sementara stok masih ada!

Untuk info lanjut, sila layari www.guardian.com.my

Thursday, March 31, 2016

DYNAMAX 18, Fat Burner Yang Sedap Di Makan

Hi Korang,


Sekarang ni musim orang kuruskan badan agaknya.

Rata-rata orang di sekeliling aku sibuk nak kuruskan badan even Mr Big pun bersungguh-sungguh lah nak bakar lemak. Katanya nak beli baju payah kalau saiz beso ni, yes yang tuh aku akui sebab aku pun sama gak cam dia. 


Aku pun cubalah Dynamx18 ni, ada orang rekemen kan so cubalah kan aku ni mudah terpengaruh hehehehe

Ok sedikit info mengenai Dynamax18

Dynamax18 antara supplement menjadi pilihan ramai untuk menguruskan badan, meningkatkan kecergasan serta menajamkan fokus. Kalau nak tahu , Dynamax18 merupakan supplement pilihan mereka para atlet dan profesional.

Selain khidmat nasihat serta aturan pengambilan selepad belian kepada pengguna. Jadi, kita tak perlu risau, kalau ada sebarang kemusykilan tentang pengambilan Dynamax18, boleh terus berhubung dengan mereka.


Di antara kandungan Dynamax 18:
Maltodextrin, Sipernat, Sucralose, L-Carnitine, Citric Acid, Dextrose, Caffeine, Vitamin C, Arabic Gum, Acaiberry, Cinnamon, Rock Salts, Dates, Green Tea , Blueberry Flavour

Cara Pengambilan Dynamax18 :

letak 1 scoop je

kemudian goncangkan 

Caranya mudah saja, hanya campurkan 1 scoop Dynamax18 dengan 100 - 150 air sejuk dan shake. Disyorkan minum semasa perut kosong iaitu sebelum sarapan, sebelum melakukan workout pada sebelah petang.

Pengambilan Dynamax18 tidak boleh melebihi 4 scoop sehari. Jangan minum 6 jam sebelum tidur. Banyakkan minum air kosong dan amalkan gaya pemakanan yang sihat.

Ermm amalkan gaya hidup sihat tu payah sket kan sebab aku ni malas sket nak work out hehehhehe

Kesan Penggunaan Dynamax18

Aku tulis dalam bentuk point ek, senang sket nak pahan

1. Mencuci perut

Bangun je pagi, buang semuanya segala lemak, air, semua sekali la kan hehehhe

2. Tenaga bertambah

Itu pun betul jugak, rasa jadi cergas setiap waktu. Even aku naik train tak de rasa layu-layu lagi dah kalau travel ke KL ek.

3. Jadi rajin

Dulu lipat kain, 2 minggu sekali sebab malas. Now every week ada je masa lipat kan, rasa cam sekejap je kan. Kerja rumah pun berjalan lancar gak lah.


Aku memang tak timbang pun berat badan aku sebab terlupa tapi aku dapat rasanya ada a few baju lelama aku dah boleh pakai balik. Kira macam kg tak turun tapi inci badan mengecil so nampak slim la sket kan hehehehe wei mau tak bangga kan.

Untuk korang yang rasa nak cuba pembakar lemak sedap ni, meh check it out

Facebook :

Instagram :

Email :
eighteenworld18@gmail.com
admin@dynamax18.com.my

Contact : 

013 - 3808 354 
017 - 6048 354


Set Dynamax18 ni di datangkan dengan shaker dan tshirt lagi tau so boleh pakai tshirt ni sambil work out ek hehehhe. 

Kalau malu nak call, whatsapp jelah kan. Diorang akan reply secepat mungkin so jangan bimbang kan.

Nak cantik, nak kurus boleh jadikan Dynamax 18 amalan tau..


Wednesday, March 30, 2016

Afternoon Hi Tea Di Sunway Putra Hotel Sempena Easter Day

Hi Korang,


Ahad harituh, lepas korang abis ride ke Lemang Toki terus je berdesup ke Sunway Putra Hotel coz ada Afternoon Hi Tea tengahari tuh.


Ermm makan lagi, memang tak abis citer makan kat blog aku ni kan

Sementara nak tunggu tetamu VIP lain sampai, ktorang dihidangkan dengan hidangan hitea yang marbelessss sebab apa banyak sungguh makanan sampai tak tau nak pilih yang mana untuk makan ni ek. Sedap – sedap belaka wei.

Di antaranya








Hah betul kan apa aku cakap! Memang rambang mata

Sambil makan sambil borak-borak sambil memacam lagi lah. Sampai tak larat nak bangun kan, dek makan banyak benau.

Tengok dessert ni plak











Sangat mengundang perasaan untuk makan-makan dan terus makan sebanyak mungkin hahahaha.

Nampak ni,




Memang tak berhenti makan at all, sedap bebenau ek hehehehe


Kebetulan pulak hari Ahad tu merupakan Easter Day so pihak Sunway Putra Hotel turut mengadakan aktiviti untuk kanak-kanak iaitu Easter Egg Hunt. Aku pun first time tau pasal aktiviti ni. Rupanya aktiviti mencari telur easter. Telur tu di warnakan dan di sembunyikan so anak-anak ni nanti pi carilah.




Pihak Sunway Putra Hotel pun turut menjemput anak-anak dari Yayasan ChowKit ni untuk menyertai Easter Egg Hunt ni, yelah bagilah mereka bergembira jugak kan.



Ok ok anak-anak di bahagikan kepada 2 kategori iaitu anak-anak berumur 6 tahun kebawah dan 7 tahun ke atas.


Dalam masa 7 minit, anak-anak comey ni mesti kumpulkan telur-telur yang di sembunyikan di tempat yang disediakan. Kemainlah memasing kan, lari sana lari sini sampai aku sendiri pun duk sibuk tolong diaorang carikan sekali hehehhee.

Ok majlis penyampaian hadiah

tempat ke lima

tempat keempat

tempat ketiga

tempat kedua

tempat pertama

Seronok anak-anak ni ek, yelah hasil usaha penat lelah mereka kan mencari telur tuh.



Selesai jer acara pemberian hadiah kepada pemenang yang bertuah dalam acara Easter Eggs Hunt tadi, tibalah masa untuk pemberian hadiah dan saguhati kepada anak anak Yayasan Chowkit tadi..Ada yang dapat chocolates dan ada juga yang dapat Cookies..Memang terpancar kegembiraan anak anak ni masa Puan Seri Serena Cheah sampaikan hadiah buat mereka..Puan Seri ni sangat lovely dan friendly..


Aku yang tak main kutip telur ni pun dapat chocolates jugak as door gift. 

Balik rumah sambung makan coklat lagi ek

Ok ok yang sibuk nak tau kat mana Sunway Putra Hotel ni, ni hah alamatnya:

Sunway Putra Hotel
100, Jalan Putra, 
50350 Kuala Lumpur 
[Berdepan PWTC]

No. Telefon: 03-4040 9888





Harga Hi-Tea: RM80 nett per pax


Memang setiap weekend ada hi tea, so dont worry ek. Just buat booking then boleh terus datang makan. Itu ajeee..