Saturday, March 19, 2016

9 Essential Pointers for Home Buyers

Hi Korang,


Aku nak share sket tips bagi mereka yang nak beli rumah kan.

Yelah rumah kan sekarang ni mahal-mahal belaka, so ni aku nak citerlah cara-cara menyimpan untuk rumah impian korang ek

By the way, article dalam english ek..

Nak bagi korang paham lagi details lah sebenarnya


Buying a home means you’re tying your financial resources down for a given period of time. Given the amount of money involved, being prudent about your financial choices is a must. With so many money pitfalls you could fall into, it’s best to know what you can do to steer clear of them. 

Start with These Tips

1. Know your financial capability, says Free Malaysia Today. Before you go shopping for a home in Penang, Kuala Lumpur or Selangor, determining your financial capabilities should come first. That way, you’ll know just how much you can afford. 


2. Get out of debt. Financial capacity is an important factor in buying a home. So if you’re still in debt, the smarter choice is to put off your decision to purchase a property, at least until you’re well and truly financially ready. The same logic applies if you’re still paying for a car. Before you tack on new bills onto your existing pile of expenses, clear the most out of our monthly payments first. Get rid of your debts. Free up most, if not all, of your financial obligations. That’s the only time you that you’re ready to take on the financial challenge of paying for a home. 

3. Be familiar with market conditions. Knowing what market trends are, what the latest investments are saying, can help you pick the right properties to go for. For instance, you might want a single, unit bungalow while other people can only be happy in a 2- or 3-storey home. Different strokes for different people apply but read up on market news to know which housing unit is more popular for buyers. If you’ve got an eye for resale value, then it’s equally important to study market conditions. If such insights elude you, ask for a professional opinion from someone you trust. That way, you can easily make a decision on which property to invest in. 

4. Read through the fine print. There are plenty of clauses and content that in stiff, legal speak, can bore you to tears. Don’t let that stop you from reading and understanding every word, chapter and verse. You wouldn’t want to sign on for something that could potentially bankrupt you or put you deep in financial trouble. So make sure you know what you’re signing up for. 

5. Don’t be an emotional buyer, says HGTV. Some home buyers make the mistake of falling in love with a home as soon as they see, buying it up no matter the cost. That’s not a smart idea. You’re already going to spend a lot on that home. And you’re going to be tied up for payments for years on the mortgage alone. The least you can do is pick a home that’s not going to put you debt territory for a dozen years. Always shop with a clear head, not your heart. 


6. Get professional tools. With property finders like Property Guru, a bungalow home is easy to find. With photos onsite, culling out prospective homes is far simpler and far easier to accomplish. 

7. Go for a tour. Some home buyers, thinking only to get ahead to the finish line, cut corners when they can such as skipping the home inspection process. But this one is crucial. You need an expert’s eye to tell you if something is wrong with the house. You won’t have the necessary skill and expertise to spot the tells. You can also ask a real estate agent to come with you so you have someone to see the property with fresh eyes, telling you if something is wrong and you’re missing it simply because you want the house, no matter how impractical it is. 

8. Don’t rush. Do your research first, about the market and then, the property. Don’t be in a rush to get to the finish line simply in a bid to put an end to all the stress and worry. By investigating the home further, you might end up discovering a lot of reasons why you wouldn’t want to buy it in the first place. And what about your financing? Research can help you find the most affordable way to finance your home without breaking the bank. Take your time. You’ll make better decisions that way. 

9. Consider location, always. The Malay Mail Online says it’s important to find a property that’s centrally located. If your home is located a few hours away from where you work, you’re going to end up dealing with a lot of commuting woes and stress. So between buying a home that’s miles off and one that’s located a short distance away from your office, go with the second option. 


In Conclusion

It doesn’t hurt to keep these tips front and center when you start shopping around. Think of them as a handy guideline to keep you from making the worst financial decision of your life when you buy a home. 

So apmacam?

Agak-agak korang boleh ikut tak..

Nak seribu daya tak nak seribu dalih kan...

photos: credit to google.com




Friday, March 18, 2016

'ARIANI x SITI NURHALIZA' dan 'CREACION' By Dato' Siti Nurhaliza Fashion Show

Hi Korang,

Mesti korang tengok duk sibuk dengan berita yang Datuk Siti Nurhaliza dah keluarkan clothing line beliau yang di namakan ‘Creacion’ kan. 

Memang cantik-cantik belaka. 


Aku dah tengoklah wei, kan hari tuh aku ada attend 'ARIANI x SITI NURHALIZA' dan ‘Creacion By Datuk Siti Nurhaliza Fashion Show di Royal Chulan Hotel. Ramai ooo yang hadir, VIP, selebriti, Datuk, Datin, penyokong kuat Sitizoners dan kami-kami lah media yang bekerja hehehhee 

Meh aku citer sket latarbelakang 'ARIANI x SITI NURHALIZA' supaya korang lebih details lagi paham kan 

Gandingan 'ARIANI x SITI NURHALIZA' ibarat kembali mengulang memori indah apabila sekali lagi menjalinkan kolaborasi dalam menghasilkan hijab untuk pelanggan ARIANI juga buat seluruh peminat figura tersohor ini sehingga menyatukan dua nama ke satu pentas peragaan yang bakal menjadikan permulaan luar biasa bagi kedua-dua jenama ini untuk tahun 2016. 

ARIANI yang telah sembilan tahun mencipta nama di dalam industri hijab premium Malaysia pada tahun ini, telah menghasilkan dua koleksi istimewa untuk pelanggan mereka hasil kolaborasi bersama Dato' Siti Nurhaliza. 'ARIANI X SITI NURHALIZA' dan juga 'ARIANI STOCKIST X SITI NURHALIZA' adalah koleksi terkini yang dianggap paling istimewa apabila mendapat sentuhan peribadi Dato' Siti Nurhaliza. 


Menurut Datin Farah Haryani Muhamad Philip, Pengarah Pemasaran Ariani Textiles and Manufacturing (M) Sdn. Bhd. berkata di dalam ucapannya, dengan pemilihan Dato' Siti Nurhaliza sebagai IKON ARIANI 2016, kami bermatlamat untuk menjadikan ARIANI sebagai hub jenama tudung yang eksklusif tetapi mampu milik dan menjadi pilihan utama untuk seluruh wanita yang berhijab di Malaysia dan serantau. Di samping dapat membawa imej ARIANI sesuai digayakan untuk semua golongan dan peringkat usia. Seperti aura Dato' Siti Nurhaliza yang sentiasa mendapat tempat di hati kebanyakan peminatnya, seperti itu jugalah hasrat ARIANI untuk membawa jenama ini mendapat tempat di hati semua wanita 



Ok lets the show begin.. 

Majlis pada petang itu telah dimulakan dengan persembahan koleksi dari 'ARIANI X SITI NURHALIZA.' Kesemua koleksi ini dihasilkan dengan sentuhan tiga elemen utama yang merangkumi exclusivity, modesty dan contemporary yang menjadi nadi kepada penstrukturan selendang dan tudung koleksi ini. Sebanyak enam jenis koleksi tudung instant dan selendang telah diperkenalkan sempena kempen kolaborasi ini yang merangkumi Selendang Malvina, Instant Naureen, Instant Madeena, Instant Avelyn, Instant Raina dan juga Instant Erina










Kesemua koleksi selendang dan tudung instant yang diperkenalkan pada petang itu sebagai memenuhi permintaan pelanggan dan pasaran yang mahukan koleksi tudung instant yang mudah digayakan disamping mempunyai sentuhan eksklusif. Kebanyakan koleksi ini dihasilkan daripada fabric chiffon dan bubble georgette yang bermutu tinggi. 

Di datangkan dalam pilihan warna pastel dan vibrant, koleksi 'ARIANI X SITI NURHALIZA' ini direka untuk semua peringkat umur wanita dan latar belakang serta boleh disesuaikan untuk pelbagai majlis dan acara. 

Segmen kedua majlis pada petang itu telah menampilkan kolaborasi julung kalinya antara 'ARIANI STOCKIST X SITI NURHALIZA.' Sebanyak enam koleksi telah diperkenalkan pada petang itu yang merangkumi Instant Layla Deluxe, Instant Layla Glorious, Instant Layla Demure, Instant Avelyn Allure, Instant Avelyn Magnifique dan Instant Majestic Basic







Kesemua koleksi ini direka dengan mengadaptasi karektor dan personaliti keanggunan, kesopanan dan nilai eksklusif Dato' Siti Nurhaliza ke dalam helaian tudung instant yang mudah dan praktikal untuk digayakan dalam pelbagai cara. 

Ariani Stockist yang telah diperkenalkan pada tahun 2015 bermatlamat untuk menyediakan platform perniagaan kepada usahawan baru atau yang telah lama berkecimpung untuk meluaskan perniagaan mereka. Kesemua koleksi yang diperkenalkan di Ariani Stockist merupakan koleksi terhad yang dihasilkan untuk para stokis berdaftar ARIANI dan tidak terdapat di mana-mana cawangan Galeri Ariani. 

Ok ok masa yang di tunggu-tunggu kan.. 













Melengkapi pertunjukan fesyen pada petang itu, acara tertumpu kepada koleksi Creacion by Siti Nurhaliza mengisi pentas pertunjukan yang dihadiri 500 tetamu itu. Dengan imej kasual dan minimal, kesemua koleksi ready-to-wear Creacion by Siti Nurhaliza dipersembah dalam atmosfera berbeza apabila diiringi lagu Aku Cinta Padamu dalam susunan muzik yang rancak dan segar. 

Bersesuaian dengan konsep ready-to-wear, koleksi Creacion by Siti Nurhaliza bersifat lebih minimal, elegan dan eksklusif. Kesemua koleksi ini adalah ilham sepenuhnya figura ini bersama pereka Creacion by Siti Nurhaliza. Bermula dari proses rekaan, pemilihan fabrik sehinggalah ke proses pengeluaran dan pembuatan, Dato' Siti Nurhaliza terlibat secara total dalam perusahaan label fesyen miliknya ini. 












CREACION By Siti Nurhaliza mentakrifkan koleksi ini sebagai sentral fesyen ready-to-wear terbaru yang mensasarkan kepada golongan wanita yang mementingkan gaya dan penampilan tanpa mengira usia, latar belakang dan bangsa. 




Kemuncak pertunjukan fesyen ini, Dato' Siti Nurhaliza tampil ke pentas peragaan diiringi seluruh peragawati yang menjayakan pertunjukkan itu sebagai menutup tirai ARIANI X CREACION BY SITI NURHALIZA pada petang itu. 



Sebelum bersurai, Datin Seri Hamidah Khamis, isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia diiringi Datin Farah Haryani Muhamad Philip, Pengarah Pemasaran Ariani Textiles & Manufacturing (M) Sdn. Bhd tampil ke pentas untuk menerima bingkisan cenderahati bersama-sama Dato' Siti Nurhaliza pada petang itu.



Memang seronoklah ktorang petang tu, sebab jadi orang yang pertama dapat saksikan koleksi-koleksi yang menarik ni kan. Even orang yang bersaiz comel cam aku pun boleh beli koleksi ‘Creacion'


Korang boleh dapatkan Creacion by Siti Nurhaliza di butik fizikalnya yang berkeluasan kurang lebih 800 meter persegi bertempat di Jakel Mall, Kuala Lumpur.

Jom apa lagi meh serang sekarang gak kannn…