Thursday, March 17, 2016

Pening Betul Bila Masuk Public Toilet Lah

Hi Korang,


Rasanya setiap hari kita akan masuk toilet selain daripada yang ada kat umah kita kan. Yelah toilet opis, toilet kedai makan, toilet mall dan memacam toilet lagi kan. 

Kalau aku plak siap guna portable toilet lagi maklumlah keje kat site kan, itu je yang senang ktorang sewa untuk pekerja-pekerja ni. 

Seronok masuk toilet kat umah kan sebab semua bersih, cantik dan harum je manjang. Pantang kotor sket abis aku amuk Mr Big suruh cuci toilet tuh. Yelah nak guna pun happy la sedap je mata memandang tapi tandas awam? Ya ampun kembang-kembang tekak rasanya, sebab memacam menda yang kita akan jumpa. Kekadang tuh menda yang tak sepatutnya ada pun boleh ada kat dalam public toilet ni kan. 

mari mulakan kerja inspector gadget

Yang paling aku rimas tuh, orang pijak alas mangkuk tandas, wei korang dah kenapa kan. Itu tandas duduk so kena duduk dah kalau geli nak duduk alas tisu then baru duduk. Kang heboh nak mencangkung terus kaki dalam mangkuk tandas tu baru padan muka.. 

Puncanya apa ?

Sikap manusia yang pentingkan diri sendiri.

Lepas guna biarkan cam tuh je, ada tu yang buang je tissue dalam mangkuk tandas tu, ada plak yang tak flush at all dan ada plak yang tinggalkan je pad cam tu je tanpa bersihkan dulu ek

ARGGGH tidakkk !!!!!!

Pening ooo perangai manusia cam nie

ok dah siap dah survival kit kite ek

kena pakai topeng mulut tau, kebersihan itu wajibbb

jom lekas la

Sudahnya aku malas nak masuk public toilet ni kalau jejalan kat mall. Selagi boleh tahan then aku tahan, kalau tak pun minum air sket je sebab nak elakkan masuk toilet. Tapi kalau tak tahan gak tutup sebelah mata dan tahan nafas then buang jugaklah kan.


Nasib baik Kleenex®, jenama peneraju dunia dalam produk pembersihan peribadi, telah memperkenalkan penyelesaian ringkas yang boleh digunakan dengan mudah pada bila-bila masa dan di mana sahaja – Tisu Tandas Basah Kleenex®.



“Tisu Tandas Basah Kleenex® adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia, ia direka mengikut keperluan pengguna untuk pembersihan di luar rumah. Bungkusannya yang kompak boleh dibawa ke mana-mana dan senang untuk digunakan – hanya sapu dan pam,” kata Encik Raman Tarun, Pengarah Pemasaran, Kimberly-Clark Malaysia. “Kadang-kadang kita tidak sedar dengan adanya produk sekecil ini di dalam bag kita, boleh memberikan perbezaan ketara – ia umpama kebersihan peribadi di dalam poket.”


*Selamat untuk dipam dan hipoalergenik, Tisu Tandas Basah Kleenex® diformulasikan dengan air yang ditapis sebanyak 9-peringkat untuk memastikan 99.9% kebersihan dan lembut dan halus di kulit, memberikan rasa lebih bersih dan segar kepada pengguna selepas menggunakannya.


Tisu Tandas Basah Kleenex® boleh didapati dalam dua saiz – pek dengan 10 helai yang boleh diletakkan dalam poket atau beg tangan (RRP RM2.10), bungkusan nilai-jimat tiga pek (RRP RM5.80) atau pek dengan 40 helai (RRP RM7.40). Ketiga-tiga saiz kini boleh didapati di pasar-pasar raya di seluruh negara.

Sertai Kleenex® dan Jihan Muse hari ini untuk Menangani Kesulitan Mengguna Tandas Awam


Dapatkan pek sampel percuma dan sertai pertandingan kuiz mudah untuk memenangi bekalan setahun Tisu Tandas Basah Kleenex® dengan mendaftar di www.kleenexcleans.com.my


Dan jangan lupa untuk kongsikan pengalaman korang di media sosial di ruang komen FB peraduan dengan menggunakan hashtag, #KleenexSurvivalGuide. 3 pemenang di cari setiap minggu untuk memenangi bekalan Kleenex Wet Tissue Toilet selama 6 bulan. Dan paling best, hadiah utama untuk peraduan ini merupakan iPhone 6s!

Keterangan lanjut boleh layari :-


Talian Khidmat Pengguna Kimberly-Clark :1-800-82-1188 

* Dinasihatkan untuk mengepam tidak lebih daripada 2 helai tisu pada satu masa, tidak sesuai untuk digunakan di dalam tangki septik.

Wednesday, March 16, 2016

Mana Tau Bertemu Jodoh Di Muslim Gathering (Speed-Dating) Anjuran Clique2Click Ni Kan..

Hi Korang,

Hah bila nak kawin?

Nak tunggu putera raja masuk meminang ke jawabnya sampai jadi ANDARTU laaa..

Citer pasal jodoh ni memang tak pernah nak putus kan, tapi menda ni sensitif ooo.

Siap boleh jadi gaduh sampai tak balik kampung sebab tak nak bersua muka dengan orang kampung yang duk sibuk tanya bila nak kawin kan.

Satu ketika dulu aku pernah kena cam tu, time tuh memang malas nak fikir pasal kawin-kawin ni sebab cari duit lagi penting ooo bagi aku. Bila sekali dua kena sound dengan makcik aku still ok, tapi bila setiap kali jumpa tak kira kat mana pun asyik duk kena sound je rasa yang bagi tendangan kalaripayat plak kan. Untuk tenangkan hati aku tak attend memana family event untuk elakkan daripada tapak kaki aku hinggap kat muka orang yang duk sibuk bertanya tuh kan.

Until aku dah kawin arrrr lega skett..


Aku paham perasaan orang-orang yang sama kes cam aku ni kat luar sana.

Kita ni bukan tak nak kawin tapi jodoh tu belum sampai lagi, bukan nak tunggu prince charming pun but yang sesuai yang memahami jiwa dan raga kita kan. Sebab kawin ni kalau boleh sekali je seumur hidup.

Nak cari tu lah yang payah, yelah kita ni orang pompuan takkan perigi cari timba. Kang kata menggedik, geletis nak berlaki sangat. Sudahnya ku pendam segalanya sebab jalan cari jodoh tuh makin lama makin kaburrrr…..

Ok aku ada dapat tau ada satu company ni yang aku rasa cam agensi mencari jodoh gituh iaitu Clique2click, di jalankan secara online.


Ni aku share sket background Clique2click ni ek

Clique2click is an event company which specialized in organising events for singles. We offer new options for our participants to socialize, bringing social networking offline. Singles get to meet one another in group setting. Co-founder, Ms Lydia have been running fun, interactive and enriching events since 2004.

Clique2click understand the importance of marrying people who share the same faith. Since 2015, Clique2click.com has been running regular social events for Muslims singles to meet one another in Singapore and Jakarta. 

The fast-paced city life made singles focus so much on building their career that their social life has taken a backseat. This fantastic event is a great chance for Kuala Lumpur Muslim singles to expand their social circle in a relaxing, safe and interactive manner. Our events are only for people who are legally single and we do verify their identity. Our experienced friendly facilitators will be there to run the event to ensure it is a smooth, interactive and pleasant experience. Most of Clique2click.com participants’ are professionals, business owners and executives in the age range of 20s to 30s.

Nampak tak?

Aku sendiri pun tak tau ada service cam ni ek. Kira bagus gak lah kan. So tak delah kes perigi cari timba lagi sebab timba dan perigi dipertemukan di tempat yang sama hehehhehe

So Clique2click akan mengadakan untuk pertama kalinya :


Muslim Gathering (Speed-Dating)

Venue: To be disclosed to paid participants (Bangsar area)

Date/Time: 30th March 2016, Wednesday, 7.30- 10.00pm

Price: RM 130 Price includes GST, facilitation, light snacks accompanied with free flow ice lemon tea.

Cam best je ek!!

Malu-malu nak tanye aku plak kan. Tak yah tanye aku korang boleh pi register di

Email : match@clique2click.com with event title 'KL Muslim Gathering'

Masukkan butir-butir diri seperti:

Name:
Gender:
Profession:
Email address :
NRIC:
Handphone number:

Kalau malas nak email, korang just klik kat http://www.clique2click.com/event_kualalumpur.htm

All events are subjected to our T&Cs and refund policy.


Aku galakkan pada mereka yang single mingle lagi tuh supaya dating dan get to know each other. Bukan suruh kawin terus but kenal-kenal dulu, borak-borak, makan-makan kan mana tau kot-kot tersangkut ke kan. Yang penting dapat kenal lebih ramai lagi orang-orang single di luar sana.

So korang yang baca entri aku ni dan kenal sesape yang masih mencari tapi belum ketemu baik join Muslim Gathering (Speed-Dating) ni anjuran Clique2click ni ek..

Have fun korang….

Makan Roti Puri Di Langkawi

Hi Korang,

Wow tajuk entry tak agak-agak ek

Poyo je bunyinya hahahahhaa

Ye ko, first time aku makan roti puri ni. Memang dekat kedai mamak ada roti puri tapi asyik tak kesampaian je nak makan sebab kat mata asyik ingat roti telur je kan. 

Akhirnya buat pertama kali makan roti puri di Langkawi

hah ko mampu, idokk ler kan

Alah ini pun sebab aku travel adhoc so dapatlah makan di Langkawi.

Actually tak plan pun trip ni, tup-tup mak aku call ajak pi Langkawi jejalan time cuti sekolah ni kan. Ok ok yang tu citer nanti ek hehehehe

roti puri

Ermm rupanya roti puri ni pakai tepung gandum biasa je, campurkan dengan air, garam. Uli-uli kemudian leperkan nipis dalam bentuk bulat dan kemudianya di goreng dalam minyak panas. Ermm amik ko gelembung naik ek. Itu yang cantik tuh, ranggup dan garing je

Selalunya Puri di makan bersama kuah kari atau dal tapi kat Langkawi ni diorang makan dengan sambal tumis je. Sedap gak wei, makan panas-panas kan. Kalau dah sejuk mesti jadi liat punye.

Balik KL nanti aku carilah roti puri ni kat kedai mamak, susah-susah sangat buat sendiri jelah ek..

Korang pernah tak makan roti puri ni? ke terrer masak sendiri. Nanti share resipi ek...