Saturday, March 12, 2016

Filem The Lion King di Saluran Disney (Saluran Astro 615)

Hi Korang,

Cuti sekolah ni, tv memang 24/7 bukak jelah kan. Yelah apa lagi nak buat selain daripada pi melancong dan buat ulangkaji sekolah kan.

Ni sini aku citer kan adik-adik yang peminat filem The Lion King ek! 


Karya hebat terbitan Disney, “The Lion King” meneruskan kesinambungannya dengan “The Lion Guard: Return of the Roar,” sebuah filem televisyen yang akan ditayangkan pada 20 Mac, 11 pagi di Saluran Disney (Saluran Astro 615) di Malaysia. Filem ini menampilkan Kion, anak singa kedua pasangan Simba dan Nala, yang menyandang gelaran ketua “The Lion Guard,” iaitu sepasukan haiwan yang ditugaskan untuk melindungi kawasan “Pride Lands”. Filem ini akan memperkenalkan rancangan bersiri “The Lion Guard” yang akan ditayangkan pada 17 April, 8.30 pagi di saluran Disney.



“The Lion Guard” menampilkan pelakon alih suara terkemuka seperti James Earl Jones dan Ernie Sabella yang masing-masing kembali memegang watak mereka dalam “The Lion King” iaitu Mufasa dan Pumbaa, sementara Rob Lowe memegang watak sebagai Simba dan Gabrielle Union sebagai Nala. Watak Kion pula dipegang oleh Max Charles. Pelakon alih suara lain terdiri daripada Joshua Rush sebagai Bunga; Atticus Shaffer sebagai Ono; Diamond White sebagai Fuli; dan Dusan Brown sebagai Beshte.



Berlatar belakangkan lanskap Savana Afrika, “The Lion Guard: Return of the Roar” mengisahkan bagaimana Kion menubuhkan pasukan “The Lion Guard”. Mengikut tradisi asal, “The Lion Guard” dianggotai oleh singa-singa paling berani dan gagah di “Pride Lands”. Namun begitu, Kion menongkah arus dengan melantik rakan-rakannya yang secara amnya dianggap tidak layak menganggotai pasukan tersebut. Mereka terdiri daripada sahabat baik Kion, Bunga, seekor “honey badger” yang berani, Ono, bangau yang bijak, Fuli, harimau bintang yang berkeyakinan tinggi, dan Beshte, seekor badak yang peramah dan sentiasa bersikap positif. Kumpulan “Lion Guard” yang baharu ini bersatu untuk melindungi “Pride Lands”. Menerusi filem dan rancangan bersiri, kumpulan ini akan menggunakan keunikan masing-masing untuk menghadapi cabaran bagi mengekalkan keamanan di “Circle of Life”.


Sempena pelancaran filem dan siri ini, kanak-kanak di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara dijemput untuk mengambil bahagian dalam kempen "Show Us Your Roar" di halaman Disney Channel Asia Facebook (https://www.facebook.com/DisneyChannelAsia). Video mengaum yang paling kuat dan kreatif akan disiarkan di Saluran Disney Channel semasa tayangan perdana "The Lion Guard: Return of the Roar"!


“The Lion Guard: Return of the Roar” dan siri “The Lion Guard” akan turut disiarkan di saluran Disney Junior pada masa akan datang tahun ini.

Ford Riley (“Special Agent Oso”) telah membangunkan filem dan rancangan bersiri ini dan menggalas tugas sebagai penerbit eksekutif. Howy Parkins (“Jake and the Never Land Pirates”) pula merupakan pengarahnya.

Jangan lupa tengok tau!!



Friday, March 11, 2016

Semata-Mata Nak Elakkan Jem, Terus Ke IKEA Cheras

Hi Korang,

Semalam petang, malas nak balik umah awal sebab jalan jem.

Sebab tak de tempat nak dituju, ktorang ke IKEA Cheras yeahhh..

Apa ada hal, sebenarnya kalau naik motor mana ada jem kan. Tapi dah tak tau nak makan apa so singgah ke situ. 

Orang tak de lah ramai sangat pun masa ktorang sampai tuh, so boleh lenggang lenggok jalan amik tray, siap facetime dengan Dak Aakif tu ajak diorang sekeluarga datang sekali makan kan. 

Cam biasa, haruslah order

IKEA Meatballs

Dah kira macam signature dish diorang kan, so kalau tak makan rasa cam tak lengkap plak trip ke Ikea. Order tak agak-agak sekali 20 biji terus, RM18.00 sajor.


Ade jugak order menda lain, makan-makan lepak-lepak borak-borak tup-tup dah sampai kul 9.30malam cam tuh. Bayangkan daripada pukul 6.30petang dah ada kat situ kan.

Mentang-mentang air kopi boleh refill so kasi abiskan jelah ek hehehhehe

Ok jom pi Ikea lagi nak?...



Thursday, March 10, 2016

“Melabur” Untuk Kekal Cantik Dan Sihat

Hi Korang,


Meh sembang-sembang sket pasal melaburrrrrr ni kan

Pernah atau tidak anda mengimpikan untuk memakai semula pakaian lama anda semula? Bayangkan pula jika mood anda sentiasa positif setiap hari? Bagaimana pula dengan penampilan anda kini, adakah anda berpuas hati?


InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu kini bakal memberikan anda cara yang paling mudah untuk ‘Melabur’ melalui kempen terbarunya, #NakLawaKenalahMelabur’. 


Mengapa anda perlu “Melabur” setiap hari? Adakah untuk kelihatan cantik semata-mata? Dengan melakukan pelaburan anda setiap hari, anda mampu mengekalkan “Saham” anda daripada jatuh bila anda bersama dengan insan yang anda minati.


InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu dengan rasanya yang sedap dan mudah diminum, terkenal dengan keberkesannya untuk meningkatkan kelancaran usus bagi mengbuang toksin dan menggalakkan sistem penghadaman. Tahukah anda, dengan kerap ‘Melabur’, tubuh anda akan lebih mudah untuk menyerap nutrien dengan lebih effektif.

Bayangkan perasaan anda apabila boleh menyarungkan pakaian lama semula. Pastinya gembira dan anda akan lebih berkeyakinan untuk tampil ke hadapan, bukan? 

Berita baik untuk anda, kini bermula dari Mac 7hb sehingga 30hb, sebanyak 2,000 buah botol InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu akan diedarkan dengan setiap pembelian pek makanan daripada Dah Makan – sebuah servis penghantaran makanan sihat melalui online. 

Setiap pengguna akan dibekalkan dengan sebotol InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu sepanjang tempoh promosi tersebut. 


Mudahkan untuk “Melabur”?

Melalui kempen ini, pengguna disarankan untuk melakukan pelaburan sekurang-kurangnya setiap hari di samping mengamalkan pemakanan yang sihat bagi membantu memulihara kesihatan dan kecantikan secara keseluruhan. Secara tidak langsung, ia mampu memberikan anda mood yang positif setiap hari. Bila anda kerap “Melabur” tiada lagi prestasi berterabur!

Anda boleh menonton beberapa lagi video menarik mengenai kempen #NakLawaKenalahMelabur’ dari InnerShine ini untuk mengetahui lebih lanjut mengapa pelaburan amat penting dalam kehidupan anda. Layari laman Facebook InnerShine® Club dan kongsikan sebarang tips-tips yang berkaitan, melalui hashtag #NakLawaKenalahMelabur atau lawati website http://www.brandsworld.com.my