Wednesday, March 9, 2016

REVIEW | Face & Body Care By HONEYLOFT Handmade

Hi Korang,

Nowdays orang especially pompuan ni dah mula start memilih menda-menda yang organik, tak de paraben dan natural kan.


So aku berkesempatan untuk mencuba produk-produk sebegini dari HoneyLoft Handmade. Ermm bila plak plak si Hanz ni berkesempatan nak buat semua ni, setahu aku Hanz ni memacam menda yang dia buat selain dari housewife je kan.

Mehlah kita intai produk-produk awesome dari HONEYLOFT Handmade ni ek 


ROSE FACIAL MIST 
(100ml RM 25 / 50ml RM14)

Bahan-bahan : Rose Floral Water, Rose Essential Oil, Rose Fragrance,Witch Hazel Extract, Vegetable Glycerine

Cara nak guna :
Aku buat facial toner sebelum sapu cream muka, boleh juga di gunakan penyegar muka yelah time korang ngantuk-ngantuk tuh hah spray sket nok. 

Testimoni, korang refer kat sini ek: 


SOOTHING MASSAGE OIL 
(40g RM 35 - small travel pack available upon request)

Bahan-bahan : Sweet Almond Oil, Lavender EO, Ylang Ylang EO, Clary Sage EO, Peppermint EO


Cara nak guna :
Sakit kepala ke, mood swings ke kan just sapu je kat memana bahagian yang korang cam lenguh-lenguh, ini untuk segarkan bahagian yang lenguh tuh. Kira macam rilekskan muscle ewah...

Testimoni, korang refer kat sini ek: 


ALL-PURPOSE HEALING SALVE 
(20G RM 18)


Bahan-bahan : Specially made combination of homemade chamomile infused oil & lavender infused oil. Also included Lavender EO, Roman Chamomile EO, Shea Butter, Vitamin E & Natural Beeswax.


Cara nak guna :
Untuk kulit kering, kulit merekah, gatal-gatal, kene gigitan serangga kecil, melecet, lebam dan sapu kat kulit time panas-panas untuk melembap pun boleh.

Sesuai untuk dewasa dan bayi

Testimoni, korang refer kat sini ek: 


TEA TREE SPOT GEL 
(30g RM 16)


Bahan-bahan : Tea Tree Essential Oil, Aloe Vera Gel, Cucumber Essential Oil


Cara nak guna :
Tea Tree kan terkenal dengan minyak antibacterial dan antifungal, so inilah kegunaannya. Sapu pada tempat yang bermasalah tuh 2 kali sehari sejurus selepas kulit dibersihkan. Lelama kuranglah parut tuh nanti ek

Testimoni, korang refer kat sini ek: 

Apmacam, best kan!!


Kesemua produk keluaran HoneyLoft ini merupakan homemade, handmade, bebas bahan kimia berbahaya. Ianya berasaskan aromaterapi dan pati tumbuhan dan pati minyak (carrier oils)

Yang penting tiada pengawet dan 99% natural (alami) dan lagi ianya freshly made upon request untuk jaminan kawalan kualiti.

Nak order boleh pm Hanz Jamaludin atau di page atau WhatsApp 011-21121628

Nak details lanjut boleh ke :


Website : 

FB Page : 

Tuesday, March 8, 2016

Jom Sambut EARTH HOUR 2016 Di The School JAYA One

Hi Korang,

Dah bertahun bertahun-tahun kita sambut EARTH HOUR ni tapi aku still tak de kesempatan nak pi celebrate dengan kengkawan kat luar kan.


Ok ok ni ada berita baik aku nak kongsikan dengan korang ni ek

Bersempena dengan sambutan Earth Hour ini 19 dan 20 Mac 2016, The School di Jaya One akan memulakan Pusat Latihan Eco-Schools dengan kerjasama Program Eco-Schools oleh WWF-Malaysia (World Wide Fund for Nature Malaysia) di bahagian Aras Bawah. 


Orang ramai boleh menjangkakan pelbagai bengkel pendidikan dan pameran mengenai kehidupan lestari, persembahan secara langsung oleh artis-artis tempatan yang berbakat, bazar makanan dan healthy living eco-camp sepanjang dua hari ini.

Di antara aktiviti yang diadakan oleh Pusat Latihan Eco-Schools adalah,

Kids having fun planting seeds and plants

Kids learning more about plants under the supervision of a certified WWF trainer

Kids were taught how to dispose waste properly as part of the Eco-Schools Programme by WWF-Malaysia

Kids were taught how to draw flora using their own creativity

Mayor of Shah Alam, Y.Bhg Dato' Ahmad Zaharin bin Mohd Saad visiting students' exhibition that showcases the nine eco themes

Students of Eco-Schools Programme were taught how to grow and plant


“We are very excited to be working with the Eco-Schools Programme by WWF-Malaysia to bring forth this meaningful initiative to all the families in The School. We hope that this training centre will help shift mindset and empower the young generation to start recycling their waste as well as to educate them that every little step counts in making the world a better place,” kata Charles Wong, Pengarah Eksekutif Tetap Tiara Sdn Bhd, pemaju bagi Jaya One dan The School.

Semua aktiviti adalah terbuka kepada orang ramai dan akan bermula dari pukul 11 ​​pagi hingga 9.30 malam pada hari Sabtu, 11 pagi hingga 4 petang pada hari Ahad. Untuk semua penggemar makanan or kaki makan, acara dua hari ini tidak boleh dilepaskan kerana ia juga menghidangkan pelbagai hidangan gastronomi menampilkan artisanal penjual makanan dan trak makanan (food truck) yang terdiri dari kegemaran tempatan untuk pencuci mulut buatan sendiri.

Bestnya ada makan-makan, kan aku suka bab makan ni ek. Confirm perut mengembang masa 2 hari ni ek


Pada 19 Mac 2016, di sebelah petang pula, di adakan hiburan yang bakal dimeriahkan oleh Megan Tan, personaliti TV yang terkenal yang menghiburkan orang ramai. Akan ada jua persembahan yang menarik dan penampilan daripada learning tenants The School serta pelbagai penghibur terkenal seperti Dina Nadzir, Baki Zainal dan Shawn Lee serta ramai lagi.

Apabila jam tepat 8.30 malam, The School ini akan ditukarkan kepada tempat perkelahan di dalam keadaan gelap selama satu jam demi menyokong Earth Hour selama 1 jam, gerakan di seluruh dunia untuk meningkatkan kesedaran mengenai perubahan iklim dan isu-isu alam sekitar yang lain .

Apmacam apmacam seronok kan!

Itulah aku pun dapat rasakan mesti awesome punye lah. Makan dalam keadaan suram bertemakan pelita comel ermm romantic gituh ekk hehehhe

Untuk info lanjut, korang boleh check it out di

The School Earth Hour 2016, 

Website at 

or 

The School’s Facebook page at www.facebook.com/theschool.my





MAGNUM PINK DAN MAGNUM BLACK Media Launch Di ALOFT KL Sentral

Hi Korang,


Dalam sibuk-sibuk kerja pun sempat aku ke Magnum Ice Cream media launch baru-baru ni di Aloft Hotel KL Sentral.


Ermm naik train je pun, malas nak bawak kereta kan sebab risau parking takde hehehhe..



Nampak? 
Register guna sensor wristband je. Exclusive bebenau ek.




Sebelum masuk ke ballroom tuh, mingle around dulu. Amik-amik gambar, borak-borak dengan orang yang lama tak jumpa sambil makan-makan kan, kira macam cocktail party gituh tapi ktorang minum mocktail la kan heheheehe


Sedikit Info Mengenai MAGNUM PINK DAN MAGNUM BLACK

Sebuah kelahiran terbaru dari MAGNUM yang bakal memenangi hati setiap Pleasure Seeker, MAGNUM PINKmengetengahkan keenakan perisa Buah Delima Merah Jambu yang sungguh mengasyikkan digabung dengan sos Buah Delima. Di bahagian luarnya ialah salutan Coklat Belgium berona merah jambu yang terkenal di seluruh dunia memenuhi setiap inci aiskrim premium ini. Bukan itu sahaja, rasa Buah Delima yang membangkitkan jiwa serta warna merah jambu yang ceria mencerminkan mood yang gembira, teruja dan penuh dengan semangat. 

MAGNUM BLACK pula melambangkan kemewahan yang sebenar. Rasa Espresso yang pekat menyelusuri setiap pelusuk aiskrim Vanila yang enak dan lembut serta disaluti dengan lapisan coklat Tanzania yang tebal, menghasilkan rasa yang hebat serta menarik perhatian para peminat kopi gourmet dan coklat. 





Once pintu ballroom dibuka, ktorang pun apa lagi dengan seronoknya main TAG sensor di setiap kaunter untuk merasai aiskrim MAGNUM PINK DAN MAGNUM BLACK ni. Ada 4 station yang merekod mood ktorang tau samaada cenderung ke Pink ataupun Black.

Black Espresso Mocktail

Panna Cotta

Pop cakes


Strawberry Mocktail

Magnum Pink Ice Cream

Bermula dengan ujian interaktif yang terletak di kiosk MAGNUM MOODOLOGY, kitaorang mengambil bahagian untuk menentukan samada tergolong dalam rona merah jambu atau hitam. Apabila kitaorang melangkah masuk ke dalam ruang acara dan dipersembahkan dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan mood seperti MAGNUM PINK & BLACK PLEASURE BAR yang menyediakan aneka pemanis mulut dan minuman yang diinspirasi daripada kedua-dua aiskrim terbaru itu. Selain itu, sebuah stesen MAKE MY MAGNUM turut diadakan bagi kitaorang yang berminat untuk mencipta sendiri hiasan MAGNUM PINK & BLACK menggunakan topping eksklusif berwarna merah jambu dan hitam. Kitaorang juga turut berpeluang mengambil gambar mereka di photobooth MAGNUM MOMENT.


Acara pada petang itu dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Nadia Heng diikuti dengan kata aluan oleh Encik Rakesh Mohan, Pengerusi Unilever Malaysia, Singapore, Myanmar & Laos.


“Kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada para konsumer dengan inovasi yang berterusan. Kenikmatan dan kemewahan sememangnya tiada batasan, begitu juga dengan aiskrim Magnum. Kami berasa amat bertuah kerana mempunyai pengguna dan peminat setia dan kami tidak akan berhenti dari memanjakan mereka dengan lebih kenikmatan dalam bentuk yang unik dan serba baru,” kata Encik Rakesh Mohan.



Kitaorang dihiburkan dengan persembahan tarian video mapping yang dinamik, memaparkan mood PINK dan BLACK dalam bentuk gerakan, tempo dan pencahayaan khas, sebelum memulakan pelancaran MAGNUM PINK & MAGNUM BLACK. Disamping menikmati keenakan kedua-dua perisa baru yang unik, kitaorang juga disajikan dengan pelbagai hiburan, bermula dengan persembahan medley yang mencerminkan elemen-elemen mood warna PINK dan BLACK oleh penggesek biola terkenal Dennis Lau.

dengan pelakon Diana Danielle

dengan Kinah yang giler-giler

Bagi menutup tirai acara pelancaran pada malam itu, kitaorang turut dihiburkan dengan persembahan mantap dari penyanyi sensasi tanah air Ning Baizura. Beliau menyanyikan sebuah medley dengan rentak yang diinspirasikan dari mood warna PINK & BLACK. Sebagai tanda kenangan, kitaorang pulang dengan cenderahati istimewa yang dipadankan dengan mood yang tertera pada tag di pergelangan tangan memasing tau.


Dengan pelancaran MAGNUM PINK & MAGNUM BLACK, reputasi MAGNUM sebagai jenama ais krim dan coklat premium di dunia sememangnya tidak dapat disangkal lagi, justeru menjadi satu pencapaian yang membanggakan dalam sejarah jenama MAGNUM. Pelbagai promosi dan roadshow bakal dijalankan untuk memperkenalkan kedua-dua variasi aiskrim ini kepada Pleasure Seekers di serata pelusuk Malaysia.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang MAGNUM PINK and MAGNUM BLACK, boleh layari:

Website : 

Facebook : 

Instagram :