Sunday, March 6, 2016

Semangat OTAI Terus Berbisa Di Pentas KILAUAN EMAS OTAI

Hi Korang,

Untuk peminat setia Kilauan Emas Otai

Jeng jeng jeng...

Setelah melakar kejayaan besar dalam mencipta fenomena baru dunia seni hiburan yang mengangkat bakat nyanyian generasi ‘otai’, kini pihak Astro Prima dengan berbesar hati membawakan kembali program realiti berkonsepkan pertandingan nyanyian ini dengan edisi istimewa iaitu Kilauan Emas Otai untuk musim yang terbaharu.


Rangkaian program Kilauan Emas Otai akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Prima (105) dan siaran serentak di Maya HD (135). Rutin para peserta dapat ditonton melalui liputan harian Nota Kilauan Emas Otai pada setiap hari Isnin dan Selasa, jam 9.30 malam bermula pada 7 Mac 2016. Manakala Konsert Mingguan KE Otai pula akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam mulai 9 Mac 2016. Menarik lagi, para peminat juga boleh menonton persembahan akustik menerusi kapsul Sembang Kilauan Emas Otai pada setiap hari Khamis hingga Ahad bermula 10 Mac 2016.

Sedikit berbeza dengan format seperti lima musim yang pernah diterbitkan sebelum ini, edisi kali ini menjanjikan persaingan yang amat sengit kerana ia akan menghimpunkan semula kesemua lima bekas juara Kilauan Emas yang layak menyertai pertandingan ini secara automatik serta sepuluh bekas peserta yang dipilih berdasarkan undian oleh orang ramai secara online sewaktu pusingan Hot Seat yang dibuka sejak 26 Januari hingga 14 Februari lalu menerusi portal rasmi www.kilauanemas.com.my


Bagi merancakkan lagi penganjuran tahun ini, sepuluh calon peserta yang berjaya disenarai pendek menerusi pusingan Hot Seat perlu bersaing untuk ‘merebut tempat’ masing-masing sewaktu konsert Kilauan Emas Otai yang pertama sebelum layak diserap masuk sekaligus melengkapi jumlah keseluruhan senarai barisan peserta yang bertanding untuk musim ini. Keputusan penuh hanya akan diumumkan sejurus tamat konsert tersebut. Kuasa mutlak pemilihan adalah 100% diserahkan kepada barisan juri profesional yang akan memilih peserta yang benar-benar layak dan menyerlah untuk menyertai musim ini.

Lima bekas juara musim terdahulu ialah ALI KE1 (Ali Bin Norpiah, 51, Pahang), FUAD KE2 (Ahmad Fuad Bin Zaharullail, 48, Perak), MIOR KE3 (Mior Yazid bin Ahmad, 47, Perak), ARIP KE4 (Omar Sharif Bin Mat Din, 44, Pahang) dan MUSTAR KE5 (Mustaffa Rasyid Bin Abd. Jabar, 47, Selangor).

Manakala 10 calon peserta yang telah disenarai pendek menerusi pusingan Hot Seat adalah terdiri daripada ELJI (Wan Muhammad Logan Bin Wan Abdul Rahman, 44, Johor), NAS (Mohammad Nasiruddin Bin Mohd Hashim, 45, Pahang), SILAH (Silahudin Bin Hj. Ali, 55, Johor), RINA (Jasrina Binti Jaafar, 51, Kedah), IDRIS (Idris Bin Mohd Shabidin, 54, Perak), AZIANA (Aziana Binti Ab Kadir, 48, Kuala Lumpur), RAIDA (Zuraidah Binti Mohd Zain, 43, Johor Bahru), BEN (Benasil Bin Kudong, 65, Sabah), TAURATH (Mohd Tauraht Bin Mohd Saed, 51, Sarawak) dan SHAMSIAH (Shamsiah Mohd Said, 54, Johor).


Untuk edisi kali ini, terdapat dua orang juri tetap yang akan dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Pengarah muzik tersohor iaitu Datuk Haji Ramli MS dan selebriti popular yang cukup dikenali iaitu Erra Fazira bakal digandingkan bersama sebagai juri tetap untuk musim ini. Manakala seorang lagi juri akan diundang khas sebagai juri jemputan pada setiap minggu.

Selain itu, Kilauan Emas Otai juga bakal membawa masuk dua tenaga pengajar untuk menyumbangkan khidmat dan kepakaran masing-masing bagi membimbing peserta otai musim ini iaitu Siti Hajar sebagai Guru Vokal dan Ayai Ilusi sebagai Guru Seni Persembahan. Manakala Shah Slam pula dilantik sebagai Pengarah Muzik.


Musim ini juga turut mengekalkan pengacara, pelakon Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin atau lebih dikenali sebagai Kak Engku sebagai pengacara Konsert Kilauan Emas Otai. Manakala pelakon popular Zara Zya pula akan menggalas tanggungjawab sebagai pengacara untuk Nota Kilauan Emas Otai.


“Saya mewakili pihak Astro Prima dan produksi Kilauan Emas Otai ingin mengucapkan selamat kembali kepada barisan juri serta tidak ketinggalan juga kepada Kak Engku selaku pengacara konsert. Kami juga amat mengalu-alukan kehadiran Zara Zya yang terlibat buat pertama kali ke dalam keluarga Kilauan Emas untuk memeriahkan musim ini selaku pengacara nota. 

Kesemua mereka yang akan terlibat dalam menjayakan edisi kali ni telahpun diberikan tugas serta pengkhususan tersendiri yang meliputi setiap aspek bagi memastikan penerbitan musim ini berjalan lancar seperti yang dirancang. Persetujuan dan komitmen mereka untuk sama-sama menyumbang kepada kejayaan Kilauan Emas Otai amat dihargai dan saya pasti musim ini akan lebih meriah dengan kehadiran mereka.”

Kilauan Emas Otai masih mengekalkan format pemarkahan asal seperti musim sebelum ini yang mana nasib para peserta akan diadili berdasarkan sistem pemarkahan 50% oleh juri tetap. Manakala 50% lagi akan ditentukan berdasarkan undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan. Talian undian secara SMS akan dibuka secara rasmi sejurus tamat konsert mingguan yang pertama pada 9 Mac kelak.

Juara Kilauan Emas Otai bakal membawa pulang hadiah lumayan iaitu wang tunai berjumlah RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro. Naib juara pula bakal memenangi wang tunai RM50,000 dan trofi. Manakala pemenang tempat ketiga dan keempat pula masing-masing akan memenangi wang tunai RM30,000 dan RM10,000 beserta trofi. Pemenang untuk kategori Anugerah Khas Juri pula bakal menggondol hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi. 

Untuk musim ini, D’nars Lutox hadir selaku penaja. Manakala Radio Sinar FM dan THR Gegar pula hadir sebagai radio rasmi atau lebih dikenali sebagai radio ‘otai’ untuk menjayakan musim ini. Aplikasi Raku turut hadir memberi sokongan selaku radio digital ‘otai’.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai program ini, sila layari laman web rasmi di www.kilauanemas.com.my

Saturday, March 5, 2016

SEXTORTION – Kalau Tak Bayar, Sebarkan Gambar Intim Ke Internet

Hi Korang,


Ingat tak tujuan masa kite main internet, selain dari cari info pasal sesuatu menda?

Of courselah cari kengkawan baru kan, mana tau kot-kot tersangkut, ada jodoh. Itu yang niatnya nak cari kawan or cari jodoh . Tapi ada jugak segelintir orang kat muka bumi ni duk lepak dengan internet ni bertujuan tak baik plak. 

Cam ni camni, aku bagi contoh ek.

Ali dan Minah ni berkenalan melalui internet, so lepas seketika diorang pun declare jadi couple. So bila dah declare tu memacam pulak si Ali nak daripada si Minah ni termasuklah tunjuk kat Ali gambar Minah pakai seksi kat umah dengan alasan alah untuk si Ali ni sorang dan lepas tengok gambar tuh then delete lahkan. Dek sebab sayang si Minah ni pun bagilah, bukan seksi sket tapi seksi banyak oooo

Tup-tup diorang ni gaduh dan si Minah ni mintak clash, si Ali tak nak. So beria-rialah Minah mintak gak, then Ali kata boleh putus tapi dengan syarat Minah kena bagi Ali RM1000 kalau tak gambar seksi Minah tu Ali viralkan dekat internet. 

Nak tak nak Minah bayar je RM1000 tu dan suruh Ali delete gambar tu depan dia, so Ali pun delete lah. Tapi korang rasa si Ali tu tak buat copy ke gambar tu ek? Ermmm..


Itulah dia kisah S£X On The NET atau lebih di kenali sebagai SEXTORTION.

Jadi apa itu Sextortion?

A form of sexual exploitation that employs non-physical forms of coercion by threatening to release sexual images or information to extort sexual favours from the victim. – Collins Dictionary

Sextortion is a global problem

“There is a growing number of sextortion victims in Hong Kong, Indonesia, Singapore, Philippines, United Kingdom and the United States with potential victims in Australia, Korea and Malaysia,” - Alan Purisima, Philippines Police Chief

Nampak tak, betapa teruknya penyakit masyarakat masa kini ek. 

Aku petik beberapa case lagi di ASKLEGAL.MY ni untuk pemahaman korang, biar lagi korang ek. 

  Credit : http://uk.pcmag.com/

Sextortion cases di Malaysia

Case 1:

Muhammad Shazarul Ikhmal Rospisham, 20, pleaded guilty to an extortion charge and was fined RM4,000 for extortion by threatening to distribute nude photographs of a former girlfriend, an offence under the Penal Code.

Case 2:

Kelvin Chong, 37, met with a female Filipino on Tagged. He was smitten by her looks and she convinced him to show himself nude over the webcam. Thereafter he was blackmailed.

Out of fear of embarrassment, Chong relented and sent the money to an address in Marikina City in the Philippines.

But it did not stop there. The demands for money kept coming in.

SEXTORTION, Suatu Kesalahan?

Mestilah wei, giler apa tak salah plak kan. 

Perbuatan peras ugut adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 383 Kanun Keseksaan. Jika seseorang itu untuk mengambil ini lagi ia juga boleh terjumlah kepada rogol, kerana kebenaran tidak diberikan secara bebas. Walau bagaimanapun, ramai di agensi-agensi penguatkuasaan percaya bahawa ia adalah lebih mudah untuk menjalankan satu operasi untuk peras ugut daripada cuba untuk mendakwa kes rogol. Pihak polis juga boleh menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.


SEXTORTION Itu adalah RASUAH!

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), SEXTORTION adalah satu bentuk rasuah.

“I believe the victims don’t have any idea that they can report the crime to us… many people don’t know this. This may be because people always think that corruption only involves money… if victims of sextortion report the matter to us, we will carry out investigations immediately,” - Datuk Han Chee Rull, MACC Legal Research Division Deputy Commissioner

Pendapat Aku:

Sebenarnya masyarakat kita ni tidak didedahkan dengan perkara-perkara cam ni. Asal rasuah je ingat duit, sogok duit manjang je kan. Kita tak terfikir pun menda alah cam ni, bila tak de knowledge akibatnya kita sendiri mudah tertipu. 

Bagus jugak website ASKLEGAL.MY ni ek.

Bukan setakat masalah rasuah ni je, masalah perundangan yang kita tak tau pun ada jugak tau. Dah tuh ok singgah ke sini ek.

Lagipun membacakan jambatan ilmu.. 


Friday, March 4, 2016

REVIEW | Filem The Kid From The Big Apple, Sangat Awesome

Hi Korang,

2 hari lepas aku sempat saksikan tayangan media preview bagi filem The Kid From The Big Apple di GSC Mid Valley. Hilang stress kerja sebab dapat layan movie komedi kekeluargaan nilah.

Mesti ramai yang ingat filem ni English filem but bukan ye, ianya filem Mandarin tau.



Meh aku ringkaskan sinopsis filem The Kid From The Big Apple ni ek


Filem ini mengisahkan ‘Sarah’ dibesarkan di New York oleh ibunya Sophia Lin, dibawa melawat Malaysia buat kali pertama. Dia terpaksa ditinggalkan bersama Datuknya, Gen disebabkan ibunya mempunyai urusan penting di China.

Konflik mula timbul bila Sarah tidak mahu tinggal bersama Datuknya di Malaysia dan ingin balik ke New York. Dalam keadaan terpaksa, Sarah terpaksa mengalah dan tinggal dengan Datuknya.

Dari perasaan benci dan marah, kemudian semakin lama semakin Sarah mula menerima Datuknya. Tetapi berjayakah Sarah menyesuaikan diri dengan Budaya Malaysia, rakan-rakan baru serta cara hidup di Malaysia?








Nampak sinopsis je dah best, belum tengok lagi kan hehehehe



Pada pandangan aku:-

Ya ampun sangat gelak ketawa pada mulanya dengan keletah Sarah yang tak boleh terima sikap atuknya. Yelah sorang omputih sorang lagi typical chinese kan, nasib baik ada anak jiran di Bao tu yang berjaya membuatnya mereka berbaik.






Lama- kelamaan daripada benci terus menjadi sayang Sarah kepada atuknya tapi di akhir filem ni ermm aku tak sangka yang……. Jeng jeng jeng… kasi suspen sket ni. Bagi aku citer ni mengimbau kembali kenangan masa aku bebudak dulu, yelah duduk kat flat kengkawan ramai, petang-petang lepak kat court tengah rumah tu kan.. memang seronoklah

Cik Lily Putih bagi : 4/5 bintangggggg….






Nak bagitau korang yang filem ini 100% pengambaraannya di jalankan di Malaysia tau walaupun pelakon utamanya pelakon popular Hong Kong.


Filem ini diarahkan oleh Jess Teong, juga produser untuk filem Paper Moon (2013) yang telah memenangi anugerah Filem Bukan Melayu Terbaik di FFM26. Filem ini dibintangi oleh pelakon popular Hong Kong: Tommy Tam (Ti Lung) dan Jessica Hester Hsuan, serta pelakon dari Malaysia: Tan Qin Lin dan Tan Jason, sebagai watak utama.

Baru-baru ini, The Kid From The Big Apple telah merangkul beberapa anugerah di Festival Filem Antarabangsa Macau ke-7 seperti

Penulisan Skrip Terbaik,
Pelakon Baharu Terbaik,
Pelakon Terbaik 
Pelakon Pembantu Terbaik.

Seterusnya ia bakal ditayangkan di Festival Filem Asia Osaka ke-11.

Of courselah filem ini sesuai di tonton seisi keluarga ek. Jangan tunggu lagi, saksikan sendiri filem The Kid From The Big Apple ini. Ia akan mula ditayangkan di Malaysia pada 10 Mac 2016 di pawagam berhampiran korang. Bawaklah adik beradik, atuk nenek, mak ayah, anak-anak sebab banyak mesej tersirat mengenai keluarga di selitkan di dalam file mini

Tarikh tayangan: 10 Mac 2016
Bahasa: Mandarin, Inggeris
Genre: Drama, Comedy
Pengarah: Jess Teong
Pelakon: Tommy Tam, Tan Qin Lin, Tan Jason, Jessica Hester Hsuan, Ling Tang, Kelvin Leong, Lenna Lim